You are on page 1of 7

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI 2019

ABSK 3103

FIQH MUNAKAHAT

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1.0 Pengenalan

2.0 Metodologi tarbiyyah Rasulullah SAW terhadap para


sahabat dalam mengembangkan dakwah islamiah.

3.0 Faktor kejayaan tentera muslim dalam operasi ketenteraan


yang diketuai oleh baginda dan cabaran yang dihadapi.

4.0 Persamaan dan perbezaan cabaran yang dihadapi oleh


kaum muslimin pada zaman Rasulullah SAW dengan
realiti pada masa kini

5.0 Kesimpulan
1.0 PENGENALAN

Islam membenarkan pembubaran perkahwinan sebagai jalan keluar kepada pasangan


yang berhadapan dengan masalah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Menurut
‘Abd al-Karim Zaydan, Islam membenarkan pembubaran apabila ikatan perkahwinan
tidak dapat memberikan kebaikan kepada pasangan hasil dari permasalahan yang
berlaku di Antara mereka. Ini bukan bermaksud Islam menggalakkan pembubaran
perkahwinan kerana Ibn Taymiyyah menyatakan hukum asal pembubaran
perkahwinan adalah haram tetapi ianya dibenarkan dalam keadaan yang tertentu.
Oleh itu, pembubaran perkahwinan tanpa sebarang keperluan dan sebab yang
munasabah dicela oleh Islam.

Di Antara bentuk pembubaran perkahwinan dalam Islam ialah talaq, ta’liq talaq,
li’an, khul’ dan fasakh. Talaq ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan
menggunakan lafaz yang tertentu seperti talaq atau seumpamanya seperti lafaz
kinayah manakala kuasa talaq diberikan kepada suami oleh syarak. Selain itu pihak
suami boleh membuat permohonan li’an kepada mahkamah syariah sekiranya suami
berasa curiga dan tidak mengakui zuriat yang dilahirkan oleh isteri atau suami
menuduh isteri berzina. Syarak mengimbangi hak pembubaran perkahwinan oleh
suami dengan memberikan hak kepada isteri untuk membubarkan perkahwinan
melalui khul’ dan fasakh. Khul’ ialah pembubaran perkahwinan dengan permintaan
isteri di mana isteri perlu membayar sejumlah bayaran mengikut jumlah yang
ditetapkan oleh suami atau melalui perbincangan bersama pasangan. Fasakh boleh
dipohon oleh isteri kepada mahkamah syariah dengan alasan yang dibenarkan oleh
syarak seperti suami berlaku zalim terhadap isteri, suami mengidapi penyakit tertentu
seperti sopak, kusta, dan lain-lain.

3
2.0 KONSEP TALAK DALAM PERKAHWINAN DAN DALIL YANG
MENGHARUSKAN

Talak dalam Bahasa Arab bermaksud nelepaskan ikatan atau menceraikan. Menurut
istilah, talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang
semakna dengannya. Talak juga sah memalui tulisan atau isyarat yang boleh
difahami. Malah, talak melalui media baru seperti e-mail, facsimile atau khidmat
pesanan ringkas (SMS) pun tetap dikira sah walaupun agak kurang beradab. Talak
hanya sah dilakukan oleh suami. Walaubagaimanapun, isteri diberi hak khuluk dan
fasakh. Bilangan talak adalah sebanyak tiga kali. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu, bolehlah dia
(rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau
melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Baqarah, 2:229)

Hukum talak adalah harus. Talak adalah sebagai langkah terakhir untuk
menyelesaikan masalah rumah tangga. Talak disyariatkan dalam Islam berlandaskan
dalil al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Wahai Nabi! Apabila kamu- (engkau dan umatmu)- hendak menceraikan isteri-isteri
(kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya.”

(Surah at-Talak, 65:1)

4
Walaupun hukumnya harus, talak merupakan perkara yang amat dibenci Allah s.w.t.
seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah
yang bermaksud:

“Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.”

Malah, golongan isteri dilarang sama sekali meminta-minta untuk diceraikan tanpa
sebab syarie. Diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Tirmidhi dan Ibn Majah, Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebarang


sebab, haram baginya bau syurga.”

Ulama Islam bersepakat menyatakan talak adalah harus. Namun, menurut Abdul Ghani
(1994), hukum harus ke atas talak boleh berubah mengikut situasi, seperti :

Hukum Situasi
Wajib Perselisihan berat yang tiada jalan perdamaian Antara suami isteri
walaupun melalui pengantara (hakam) dan kedua-duanya juga
memilih sendiri untuk berpisah.
Sunat Menceraikan isteri yang memiliki akhlak buruk dan tiada cara lain
yang boleh membaikinya serta tidak taat kepada agama.
Makruh Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang baik
tingkah laku serta taat kepada agama.
Haram Melafazkan cerai pada waktu yang diharamkan seperti ketika isteri
sedang haid atau hamil. Namun, hukum talak tetap terlaksana.

5
3.0 PEMBAHAGIAN TALAK DARI ASPEK LAFAZ DAN KESAN BESERTA
CONTOH

Di Antara bahagian dan jenis talak ialah :


3.1 Talak Dari Aspek Lafaz
Talak dari aspek lafaz iaitu talak yang berdasarkan sighah atau lafaz talak yang
digunakan sama ada jelas atau tidak. Talak jenis ini terbahagi kepada dua iaitu:
a) Talak Sarih
Talak yang diucapkan dengan menggunakan lafaz talak yang jelas.
Sebagai contohnya, suami berkata kepada isterinya, “Aku ceraikan
kamu.” Lafaz yang jelas seperti ini hukumnya telah berlaku talak
walaupun tanpa niat untuk melakukan sedemikian.

b) Talak Kinayah
Talak yang diucapkan dengan menggunakan lafaz yang tidak jelas sama
ada talak atau tidak. Sebagai contoh, suami berkata kepada isterinya
“Engkau adalah haram bagiku”. Lafaz seperti ini hukumnya tidak jatuh
talak melainkan suami memang mempunyai niat yang begitu. Oleh itu,
lafaz seperti ini perlu dipastikan niat pengucapanya. Jika niatnya untuk
bercerai, sahlah talak tersebut. Jika tidak, talak tidak berlaku.

3.2 Talak Dari Aspek Kesan


Talak dari aspek kesan iaitu talak sama ada boleh dirujuk atau tidak selepas
diceraikan. Talak dari aspek kesan ini terbahagi kepada dua iaitu:
a) Talak Raj’ie
Talak yang boleh dirujuk dalam masa idah tanpa memerlukan akad nikah
baru iaitu talak satu atau talak dua yang pernah berlaku persetubuhan
suami isteri dan belum tamat idahnya.

b) Talak Bain
Talak yang tidak boleh dirujuk. Talak jenis ini terbahagi kepada dua iaitu:

6
i. Talak Bain Sughra
Talak yang tidak boleh dirujuk kembali, kecuali dengan akad nikah
baru seperti khuluk, fasakh atau talak ke atas isteri yang belum
pernah disetubuhi.

ii. Talak Bain Kubra


Talak tiga yang tidak boleh dirujuk kembali, kecuali selepas
isterinya berkahwin dengan lelaki lain, kemudian telah disetubuhi
oleh suami barunya dan diceraikan atau suami keduanya meninggal
dunia dan selepas tamat idah.
RUJUKAN

Al-Quran Karim, Surah Al-Ahzab,(33;21), Surah An- Nisa’ ; ayat 71. Surah Al-Anfal;
ayat 60. Surah Al-Ahzab; ayat 22. ( http://quran.com/33/21 )

http://whizteenz.tripod.com/perjuangan.html

http://tolibun.blogspot.my/2014/06/sejarah-permulaan-dakwah-rasulullah-saw.html

http://www.addeen.my/index.php/sirah/sirah-rasulullah/item/28-strategi-kepimpinan-
rasulullah

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0107&sec=Rencana&kp=re_06.htm

Rasid bin Muhamad,2000. ‘Pengurusan Disorot Melalui Jendela Sirah’ dalam Gading,
Jilis 5 bil 1, Uitm Cawangan Pahang.

Rasid bin Muhamad, 1996, Matra Tamadun Islam, ABIM, Kuala Lumpur

You might also like