You are on page 1of 28

NORIDAH BINTI MUSTAFA

lwn

ROSLI BIN LEP

[Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Negeri Selangor. Kes Mal Bil.: 10010-016-0162-
2018 (Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar, HMRS)]

[8 Jamadilawal 1443H bersamaan 3 November 2022]

Undang-Undang Keluarga Islam – Mutaah Di Bawah Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang


Keluarga Islam (Selangor) Tahun 2003.

Undang Undang Keterangan Islam – Tahap Pembuktian Dalam Kes Mal- Seksyen 74- Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes
[1] Plaintif iaitu Noridah Binti Mustafa telah menuntut Mutaah sebanyak RM 200,000.00
daripada Defendan iaitu Rosli Bin Lep. Defendan tidak bersetuju dan memohon
mengisytiharkan bayaran pinjaman rumah atau bayaran MRT berjumlah RM 33,600.00
sebagai bayaran Mutaah. Kes ini telah selesai dibicarakan pada 6 September 2022.

Diputuskan
(1) Mahkamah perintahkan Defendan membayar Mutaah kepada Plaintif sebanyak RM 26,
800.00 sahaja.
(2) Bayaran hendaklah dengan memasukkan RM 10,000.00 ke dalam akaun Plaintif dalam
tempoh 60 hari daripada tarikh hari ini, dan bakinya sebanyak RM 16,800.00 hendaklah
dibayar sebelum atau pada 31 Disember 2023.
(3) Kos tindakan ini sebanyak RM 4,000.00 ditanggung oleh Defendan.

1
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Peguam Syarie
1. Plaintif : diwakili oleh Pn. Salwila Binti Abdullah.
2. Defendan : diwakili oleh En. Muhammad Hafiz Bin AB Rashid.

Surah al-Quran yang dirujuk


1. Surah al-Baqarah : ayat 236 dan 241.
2. Surah al-Ahzab : ayat 28.

Kitab - kitab yang dirujuk


1. Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, ms: 316 juz 7, Cetakan Dar
aIFikr, Damsyik, 1984.
2. kitab 1'anah al-Talibin, Juzuk 3, muka surat 356.
3. Kitab Kifayatul Akhyar, Juzuk 2 mukasurat 42.
4. Tafsir Ahkam al-Quran al-Azim oleh Ibnu Kathir, Juzu’ 1 di halaman 297.
5. Kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid 4 di halaman 399.
6. Kitab Qalyubi wa Umairah, Juzu’ 3 di dalaman 290-292 .
7. Syeikh Muhammad bin Muhammad Al-Khateeb AlSyarbini Shamsuddin. Iqna’ Abi Sujak.
Jilid 2, Dar Al Kotob Al-Ilmiyah.

Undang - undang yang dirujuk


1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) Tahun 2003- Seksyen 23, 124

Kes - kes yang dirujuk


1. Yang Chik lwn Abd. Jamal (1986) 6 JH 146.
2. Faridah Binti Sulaiman Iwn. Mohd. Noh Bin Othman(2004) JH19(1)135.
3. Noorbee Iwn. Ahmad Sanusi (1978)1 JH (2) 63 .
4. Piah Iwn.Che Lah (1980) 3JH 220 .
5. Pulau Pinang, Zawiyah lwn Ruslan (1980) 1 JH (2) : 102.).
6. Rooseliwati Binti Hussein lwn Syed Farouk Azlan bin Abdul Aziz JH 36 bhg, 1, 100
7. Norizam Iwn Halim Azman (1993) 10 JH 65.
8. Jinah Iwn. Abdul Aziz (1987)6 JH 344.
9. Ismail lwn. Norsiah (1970)2JH111

2
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Penghakiman oleh Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar, HMRS

[2] Kes yang didengar di hadapan Mahkamah ini ialah pendengaran tuntutan Mutaah oleh
Plaintif ke atas Defendan. Plaintif dan defendan telah berkahwin pada 20 Mei 1983 di Batu
Pahat, Johor dan dikurniakan 5 orang cahaya. Plaintif dan defendan bercerai talak satu pada
7 Jun 2016. Kedua-dua pihak diwakili oleh peguam – peguam Syarie masing-masing iaitu
Plaintif diwakili oleh Pn. Salwila Binti Abdullah manakala Defendan diwakili oleh En.
Muhammad Hafiz Bin AB Rashid. Berdasarkan penyata tuntutan terpinda bertarikh
12/07/2018, plaintif memohon perkara berikut:

[i] Bahawa Defendan membayar mutaah sebanyak RM 200,000.00 berdasarkan


peruntukan Sesyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

[ii] Kos tindakan ditanggung oleh Defendan.

[3] Defendan telah memfailkan penyata pembelaan yang bertarikh 30 Julai 2018. Defendan
enggan membayar mutaah. Namun Defendan memohon Mahkamah menetapkan bayaran
pinjaman rumah atau bayaran MRT berjumlah RM 33,600.00 sebagai bayaran Mutaah.

[4] Oleh itu terdapat dua perkara pokok yang perlu diputuskan oleh Mahkamah dalam kes ini;
iaitu persoalan quantum :

[i] Sama ada Plaintif layak mendapat mutaah atau tidak?

[ii] Berapakah kadar yang munasabah? .

[5] Seterusnya setelah pliding dan proses sebutan sempurna, Mahkamah mula mendengar
keterangan Plaintif pada 8 Oktober 2018. Plaintif telah mengemukakan 3 orang saksi serta
keterangan-keterangan dokumen. Manakala Defendan mengemukakan 2 orang saksi dan
keterangan-keterangan dokumen.

3
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Sama Ada Plaintif Layak Mendapat Mutaah Atau Tidak?

Konsep Mutaah

[6] Apa yang dimaksudkan dengan mutaah? Hukum Syara' mentafsirkan mutaah kepada tiga
pengertian:

[i] Mut'ah haji (bab haji)

[ii] Perkahwinan yang bertempoh sesuatu masa

[iii] Mut'ah perempuan perempuan yang diceraikan oleh suaminya.

[7] Pengertian yang ketiga adalah berkaitan yang perlu dijelaskan disini telah diberi erti oleh
Dr. Wahbah al Zuhaili, dalam kitabnya al Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, ms: 316 juz 7,
Cetakan Dar aIFikr, Damsyik, 1984 sebagai yang bermaksud: "... harta yang wajib keatas
lelaki membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup dengan talaq dengan
beberapa syarat yang tertentu...".

[8] Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 menafsirkan "mut'ah"
ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara kepada isteri yang 'diceraikan;
Dalam versi Bahasa Inggeris mutaah diberi "mut'ah' means a consolatory gift that is
reasonable according to Hukum Syarak given to a divorced wife;

[9] Walaubagaimapun terdapat sesetengah penulis menterjemahkan maksud mutaah dalam


bahasa Melayu sebagai pampasan. (lihat Nik Noraini Nik Badli Shah Perkahwinan Dan
Perceraian di bawah Undang-Undang Islam (Mut'ah). Kamus Dewan edisi ketiga, memberi
erti makna pampasan sebagai wang (barang dll) yang dibayar sebagai ganti rugi. Memberi
makna pampasan bermakna ianya adalah ganti rugi kerana telah melakukan kesalahan.
Berdasarkan takrifan yang ditaqninkan di bawah undang-undang, makna sebenar mutaah
adalah sebagai saguhati dan ianya bukan pampasan.

[10] Hak seorang perempuan yang diceraikan untuk memohon mutaah mengikut undang-undang
telah Mahkamah jelaskan sebelum ini. Seterusnya merujuk kepada Hukum Syarak,
dinyatakan bahawa hak mutaah adalah pemberian dari bekas suami kepada bekas isterinya
yang diceraikan. la adalah wajib bagi seorang bekas suami yang menceraikan isteri samada

4
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
isterinya telah disetubuhi ataupun tidak, samada telah ditentukan mahar (maskahwin) atau
tidak. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 28:

َ ُ ‫ى قُل ِِّل َ ْز َٰ َو ِج َك ِإن ُكنت ُ َّن ت ُ ِر ْدنَ ْٱل َح َي َٰوة َ ٱلدُّ ْن َيا َو ِزينَتَ َها فَتَ َعالَيْنَ أ ُ َمت ِ ْع ُك َّن َوأ‬
‫س ِر ْح ُك َّن‬ ُّ ‫َي َٰـٰٓأَيُّ َها ٱلنَّ ِب‬
ۭ ًۭ ‫س َرا ًۭ ۭحا َج ِم‬
‫يًل‬ َ

Bermaksud:
“Katakanlah kepada isteri-isteri kamu "sekiranya kamu semua mahukan kehidupan
dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah) maka marilah supaya aku
berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan
cara yang sabaik-baiknya".

[11] Ayat yang lain pula jelas menyatakan kewajipan seorang suami memberikan mutaah seperti
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 241:

َ‫علَى ْٱل ُمتَّقِين‬ ِ ‫ت َمت َ َٰـ ٌۢع ِب ْٱل َم ْع ُر‬


َ ‫وف ۖ َحقًّا‬ َ ‫َو ِل ْل ُم‬
ِ ‫طلَّقَ َٰـ‬
Bermaksud:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut'ah (pemberian saguhati) dengan
cara yang patut sebagai cara tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

[12] Status hak yang wajib suami yang menceraikan membayar mutaah wajib kepada isterinya
yang sudah disentuh (disetubuhi) ataupun ianya (isteri itu) seorang hamba dengan sebab
berlaku perceraian yang bukan dari pihaknya dan perceraian yang bukan kerana kematian
salah satu dari kedua mereka jelas dibahaskan dalam kitab 1'anah al-Talibin, Juzuk 3,
mukasurat 356. Nas dalam kitab tersebut berbunyi: Di dalam Kitab Kifayatul Akhyar, Juzuk
2 mukasurat 42 yang ada menyebut “Mutaah ialah nama bagi harta yang dibayar atau
diberikan oleh seseorang lelaki kepada isteri disebabkan oleh perpisahan dengan
perempuan itu. Dan setiap perpisahan daripada atau dari orang luar sama hukumnya
dengan talak seperti saling bertuduhan berzina atau bapa si suami atau anaknya”.

[13] Dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 236 yang berbunyi:

5
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
َ ‫ض ًۭةۭ ۚ َو َمت ِعُو ُه َّن‬
‫علَى‬ ۟ ‫ض‬
َ ‫وا لَ ُه َّن فَ ِري‬ ُ ‫سو ُه َّن أَ ْو تَ ْف ِر‬ َ ِ‫طلَّ ْقت ُ ُم ٱلن‬
ُّ ‫سا ٰٓ َء َما لَ ْم ت َ َم‬ َ ‫ََّّل ُجنَا َح‬
َ ‫علَ ْي ُك ْم ِإن‬
َ‫علَى ْٱل ُم ْح ِسنِين‬ ِ ‫علَى ْٱل ُم ْق ِت ِر قَدَ ُر ۥهُ َمت َ َٰـ ٌۢعۭا بِ ْٱل َم ْع ُر‬
َ ‫وف ۖ َحقًّا‬ َ ‫ْٱل ُمو ِسعِ قَدَ ُر ۥهُ َو‬
Bermaksud:

“Tiadalah kamu berdosa jika kamu menceraikan isteri kamu sebelum mereka itu kamu
sentuh atau sebelum kamu tetapkan maskahwin untuk mereka. Berilah mereka mutaah,
orang kaya secara kekayaannya dan orang miskin secara kemiskinannya iaitu pemberian
menurut yang patut sebagai kewajipan bagi orang-orang yang berbuat kebaikkan”.

[14] Dalam ayat ini terkandung beberapa hukuman di antaranya:

[i] Jika seseorang itu mengahwini seseorang perempuan tetapi belum lagi ditentukan
mas kahwinnya, maka sahlah nikahnya. Kemudian apabila diceraikan sebelum
disetubuhi, maka wajiblah ia memberi mutaah.

[ii] Perempuan yang dicerai sesudah disentuh tiada baginya mutaah tetapi dengan
sendirinya ia berhak menuntut sepenuh mahar mithli. Walaupun begitu, mengikut
pendapat Al-Syafi’e yang muktabar, sekalipun isteri telah diberi mahar atau
maskahwin, apabila diceraikan, maka wajiblah juga diberi mutaahnya. Ini
berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 241.

[15] Ayat ini secara am menerangkan hukum mutaah kepada perempuan yang diceraikan, sama
ada sudah disentuh atau belum disentuh, mutaah itu menjadi haknya dan menjadi
kewajipannya kepada orang-orang yang taqwa untuk menunaikannya. Dengan ayat ini,
sesetengah ulama’ berpendapat bahawa mutaah wajib bagi perempuan yang diceraikan,
sama ada belum disentuh atau telah disentuh dan ini adalah satu pendapat al-Syafi’e (rujuk
Tafsir Ahkam al-Quran al-Azim oleh Ibnu Kathir, Juzu’ 1 di halaman 297).

[16] Pendapat ini juga selari dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh Yang Arif Kadhi
Besar Wilayah Persekutuan, Sheikh Ghazali Bin Abd Rahman dalam penghakimannya di
dalam kes Yang Chik lwn Abd. Jamal (1986) 6 JH 146. Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj,
jilid 4 di halaman 399, menyebut: “Sekiranya tidak mendapat kata sepakat tentang kadar
mutaah, maka kadilah yang akan menentukan.”

6
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[17] Dalam kes Yang Chik ini, diputuskan bahawa Mahkamah berpendapat dan memutuskan
bahawa Plaintif berhak mendapat mutaah daripada Defendan. Ini adalah berdasarkan kepada
pendapat dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 4 di halaman 398 yang berbunyi : “Mutaah
bagi perempuan yang diceraikan sebelum disentuh sekiranya tidak diberi setengah mahar,
begitu juga bagi perempuan –perempuan yang telah disentuh mengikut pendapat yang
azhar dan penceraian bukanlah disebabkan oleh isteri seperti fasakh nikah oleh pihak isteri
terhadap suaminya”.

[18] Dalam menghuraikan ayat ini, Prof. Dr. Hamka, melalui tafsir al-Azhar telah menyebut
dengan panjang lebar bahawa, “Ayat ini untuk menjelaskan lagi. Sebab pada ayat 236 sudah
diterangkan bahawa perempuan yang ditalaq sebelum disentuh (disetubuhi), ataupun mahar
belum dibayar, supaya diberi ubat hati kerana bercerai. Ini sudah terang. Tetapi dengan ayat
ini diterangkan lagi yang tadi belum diterangkan. Iaitu segala isteri yang diceraikan, bukan
saja yang belum disentuh, hendaklah diberi juga pengubat hati jika dia diceraikan. Iaitu
menurut berapa patutnya wang, barang, emas, perak atau rumah lengkap dengan isinya”. Di
dalam Surah al-Ahzab : ayat 49 ada menyebut yang bebunyi:

‫علَ ْي ِه َّن‬ ُّ ‫طلَّ ْقت ُ ُمو ُه َّن ِمن َق ْب ِل أَن تَ َم‬


َ ‫سو ُه َّن فَ َما لَ ُك ْم‬ ِ ‫َي َٰـٰٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُ ٰٓو ۟ا ِإذَا َن َك ْحت ُ ُم ْٱل ُمؤْ ِمنَ َٰـ‬
َ ‫ت ث ُ َّم‬
ۭ ًۭ ‫س َرا ًۭ ۭحا َج ِم‬
‫يًل‬ َ ‫ِم ْن ِعد ٌَّۢة ت َ ْعتَدُّونَ َها ۖ فَ َمت ِعُو ُه َّن َو‬
َ ‫س ِر ُحو ُه َّن‬
Bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuanperempuan


yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah
kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan
masanya. Oleh itu, berilah mutaah (pemberiaan saguhati) kepada mereka dan lepaskan
mereka denagn cara sebaik-baiknya”.

[19] Dalam Tafsir al-Manar oleh Prof Dr Hamka ada menyebutkan cerita bahawa Sayyidina
Hassan bin Ali bin Abi Talib pernah memberikan wang pengubat hati isteri yang diceraikan
10,000 dirham, diiringi dengan kata terharu, “Hanya sedikit kiriman dari kekasih yang
terpaksa berpisah”. Disebutkan juga bahawa beliau di dalam penceraian yang lain pernah
mengirimkan wang ubat hati 20,000 dirham. Dalam Kitab Sahihnya, Iman Bukhari
menyebut mengenai hadis berkenaan dengan mutaah yang diberi oleh seorang suami kepada
isteri yang diceraikan di mana mas kahwinnya belum ditetapkan dan beliau merujuk kepada

7
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Surah al Baqarah (2): 236 dan Surah al-Baqarah (2): 241. Beliau menambah bahawa Nabi
Muhammad s.a.w tidak menyebut bahawa hadiah hendak diberi kepada seorang perempuan
yang diceraikan oleh suaminya selepas diadakan kes li’an . (Sahih al-Bukhari, Kitab al-
Talaq)

[20] Mengenai hikmah mutaah, Prof Dr. Hamka berkata : “Adapun hikmahnya ialah supaya
penceraian jangan menimbulkan bisik desus, gunjing dan umpat. Dan menjadi tanda
bahawa si laki-laki adalah seorang yang halus perasan tidak membiarkan janda nda
terlantar sesudah bercerai, sampai dia mendapat suami lain, atau jangan ia selama tinggal
dengan orang tuanya menjadi beban berat kepad aorang tuanya. “ (Tafsir al-Manar, Jilid 1
di halaman 259)

[21] Menurut nas dalam Kitab Qalyubi wa Umairah, Juzu’ 3 di dalaman 290-292 yang berbunyi:-
Maksudnya: dan dari segi syara’ mutaah adalah harta yang wajib ke atas suami kerana
mencuai dengan memenuhi syarat-syarat. Dan perpisahan bukan kerana sebab isteri seperti
suami menjadi murtad atau masuk Islam. Adalah hak mutaah tidak kurang daripada 30
dirham dan kadar itu tidak boleh melebihi ke atas suami yang hamba, tetapi tidak ada had
bagi kadar wajib. Kesimpulannya, maka jika bertelingkah Kadi akan takdirkan mengikut
pandangan dan ijtihad dengan mengambil kira kedua suami isteri senang susah isteri, senang
susah suami dan keterunan isteri dan sifatnya.

[22] Dalam kitab I’anah al-Talibin juzuk 3, muka surat 595-596 ada menyebut:- yang bermaksud:
“Suami wajib memberi mutaah kepada isterinya yang telah disetubuhi walaupun isterinya
itu seorang hamba, oleh kerana berlakunya penceraian yang bukannya berpunca daripada
isteri dan bukan juga disebabkan mati seorang sumai isteri itu “.

[23] Manakala dalam Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003 ada menyatakan seperti berikut:
Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan
yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah
atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas
mendengar pihakpihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah

8
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang
yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

[24] Bagi melihat kedudukan hak mutaah dalam perundangan Syariah di Malaysia, Mahkamah
merujuk kepada kes-kes oleh Hakim-Hakim Syarie di Mahkamah-Mahkamah Syariah di
Malaysia. Dalam satu kes yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan, YA Tuan Abu Bakar Bin Ahmad pada 5 Ogos 2004 (Kes
Faridah Binti Sulaiman Iwn. Mohd. Noh Bin Othman(2004) JH19(1)135. Yang Arif hakim
merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Noorbee Iwn. Ahmad Sanusi (1978)1
JH (2) 63 dan menyatakan: "Mut'ah adalah pemberian yang diwajibkan oleh syarak kerana
perceraian yang bukan dari sebab isteri kerana keaiban yang ada pada dirinya atau fasakh
dari isteri dengan sebab iksar suami (suami tidak mampu beri nafkah) atau aib yang ada
pada dirinya. Ia bukan diwajibkan kerana kehilangan kasih sayang sahaja kerana mut'ah itu
juga diwajibkan dalam keadaan dimana isteri menebus talaq dari suami. Mut'ah juga
bertujuan untuk menutup rasa malu yang dialami oleh isteri dan menghindarkan fitnah serta
sebagal asas untuk memulakan hidup bersendirian. Seorang isteri yang diceraikan akan
merasa malu dan mungkin akan menerima prasangka buruk daripada masyarakat
sekelilingnya. Untuk menghilangkan prasangka buruk bahawa seorang isteri itu diceraikan
bukanlah kerana keaiban yang ada pada dirinya maka lazim mut'ah diwajibkan ke atas
suami. "

[25] Berdasarkan panduan di atas jelas sekali mutaah adalah hak isteri yang kuat dan ia tidak
akan gugur sekalipun isteri dalam keadaan nusyuz, kerana tiada halangan itu dinyatakan
di dalam perbahasan ayat al-Quran, kitab feqh dan kes yang dirujuk sebelum ini. Di
tegaskan juga dalam kes Piah Iwn.Che Lah (1980) 3JH 220 dalam keputusannya Kadi Besar
menyatakan: "Dalam kes ini jelas perceraian itu berlaku dengan talaq oleh suami terhadap
isterinya sekalipun ada tanda-tanda nusyuz. Tetapi nusyuz tidak menafikan hak mut'ah
sekiranya in berlaku. "

[26] Dalam kes di Pulau Pinang, Zawiyah lwn Ruslan (1980) 1 JH (2) : 102.) isteri yang
diceraikan menuntut mutaah selain dari nafkah. Kadi Besar telah memerintah pihak kena
tuntut membayar mutaah sebanyak RM700 dan dalam keputusannya telah berkata, 'Mutaah
menurut takrif dalam Kitab Kifayah alAkhyar ialah nama bagi harta yang diberikan

9
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
seseorang lelaki kepada isterinya disebabkan perceraian dengannya. Perceraian yang kena
dibayar mutaah ialah setiap perceraian daripada suami tidak dari sebab pihak perempuan
seperti fasakh kerana aib yang ada pads diri perempuan itu, atau perempuan memfasakh
nikahnya dengan suaminya disebabkan sara nafkah atau sebagainya. Dalam kes ini
perceraian berlaku bukan kerana kecacatan yang ada pada diri perempuan, dan tidak pula
dengan sebab perempuan memfasakh nikah. Yang kena tuntut mendakwa bahawa
perceraian ini disebabkan oleh perangai pihak isteri tetapi tidak membuktikan apa-apa
kesalahan, yang didakwanya dilakukan oleh pihak isteri yang boleh menggugurkan hak
mutaah ini. Pada asal Syarak mutaah digalakkan tetapi jika berlaku pertikaian mengenai
kadar mutaah maka hendaklah diselesaikan oleh Mahkamah. Asas penentuan yang mesti
diikuti ialah panduan ayat 230 Surah alBaqarah yang bermaksud: 'Dan berilah muta'ah
mengikut kadar yang kaya menurut kekayaannya dan yang susah mengikut kesusahannya'.
Pasangan dalam kes ini adalah pasangan yang sederhana.

[27] Kesimpulanya, berdasarkan panduan ulamak, gugurnya hak mutaah hanyalah merujuk
kepada faktor-faktor yang telah dijelaskan sebelum ini, antaranya:
[i] Perceraian disebabkan isteri telah masuk Islam
[ii] Perceraian disebabkan isteri telah keluar dari Islam
[iii] Semasa perceraian isteri masih status hamba kepada suami
[iv] Perceraian fasakh disebabkan aib suami
[v] Peceraian fasakh disebabkan aib isteri
[vi] Apabila suami isteri menjadi murtad serentak
[vii] Semasa perceraian suami masih status hamba kepada isteri
[viii] Perceraian dengan kematian salah satu pihak suami isteri atau keduanya sekali.
(1'anah al'Talibin, juzuk 3, 1993m/1414h, mukasurat 356).

[28] Dalam kes di hadapan Mahkamah pada hari ini, peguam Defendan menghujahkan pada m/s
15-17 dalam hujahannya, Plaintif telah gagal membuktikan elemen mutaah iaitu seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya. Perceraian antara
Plaintif dan Defendan adalah secara persetujuan bersama.

[29] Dalam hal ini Mahkamah berpendapat, mutaah tidak berhak diberikan kepada isteri bagi
sebab-sebab yang Mahkamah telah senaraikan di atas. Plaintif tidak perlu membuktikan

10
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
kerana kaedah “Asal sesuatu itu ialah tiada”. Plaintif bukan menjadi mudai mendakwa tidak
wujud perkara di atas. Tidak perlu membuktikan bahawa sesuatu itu tidak wujud jika sejak
awal lagi, tidak wujud. Bahkan tanggungjawab Defendan untuk membuktikan kepada
Mahkamah bahawa perceraian berlaku berpunca dari sebab-sebab di atas. Perkara ini
disebabkan sejak awal perkahwinan, perkara-perkara seperti keaiban isteri dan suami ini
tidak wujud. Plaintif hanya menuntut haknya pada Mutaah dan Defendan sepatutnya
membuktikan kenapa Plaintif tidak layak mendapat Mutaah dengan membuktikan sebab
yang patut isteri yang dicerai. Pengertian sebab yang patut ini, telah diberi penafsiran oleh
keputusan-keputusan kes yang terdahulu yang telah Mahkamah petik sebelum ini.

[30] Persetujuan Plaintif terhadap perceraian tidak membuat Plaintif terhalang daripada
menerima Mutaah sepertimana yang yang berlaku dalam kes Rooseliwati Binti Hussein lwn
Syed Farouk Azlan bin Abdul Aziz JH 36 bhg, 1, 100, di mana dalam kes ini pihak-pihak
bercerai secara persetujuan Bersama dan YA Hakim telah memerintahkan Mutaah dibayar
kepada pihak Plaintif.

[31] Mahkamah putuskan dalam kes ini, Plaintif berhak mendapat Mutaah daripada Defendan.

Berapakah Kadar Yang Munasabah?

[32] Plaintif memohon Mutaah RM 200,000.00 sahaja. Peguam Plaintif tidak menunjukkan cara
pengiraan bagaimana memperolehi jumlah tersebut. Kaedah yang digunakan adalah kaedah
umum sahaja. Boleh jadi juga tuntutan ini mengambilkira tuntutan persaraan yang diterima
oleh Defendan sebanyak RM 192,213.74. Namun, peguam Plaintif tidak menunujukkan
secara terperinci cara pengiraan.

[33] Defendan pula mencadangkan bayaran pinjaman perumahan dan bayaran MRT yang telah
dibayar oleh Defendan sepanjang Plaintif tinggal di rumah milik Defendan jumlah
keseluruhan sebanyak RM 81,600.00 sebagai bayaran Mutaah. Dalam hujahannya, Peguam
Defendan merujuk kes YAM Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra lwn
Manohara Odelia Pinot 336 [2010] 1 CLJ (Sya), penentuan pemberian hutang atau hibah
ditentukan oleh pemberi.

11
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[34] Mahkamah tidak bersetuju aplikasi kes yang dirujuk oleh peguam Defendan digunakan
dalam kes ini. Dalam kes tersebut adalah bagi menentukan pemberian yang dibuat adakah
hibah atau hutang. Kedua-dua transaksi ini adalah dua transaksi yang mudah dan tidak
memerlukan kontrak perjanjian antara kedua-dua belah pihak.

[35] Dalam kes ini, Defendan niatkan bayaran pinjaman rumah yang diduduk oleh Plaintif adalah
sebagai bayaran mutaah kepada Plaintif. Bayaran tersebut dianggap sewa yang perlu dibayar
oleh Plaintif kepada Defendan. Transaksi sewa memerlukan persetujuan tuan tanah dan
penyewa. Kedua-dua pihak perlu bersetuju dengan kadar sewa dan tempoh sewaan. Dengan
memaksa Plaintif membayar sewa yang ditentukan sebelah pihak sahaja, perkara ini tidak
dibolehkan mengikut syarak. Berbeza dengan hutang, penerima hutang menerima wang dan
membelanjakan wang. Jika dituntut kembali wang yang telah dibelanjakan, penerima hutang
perlu menjelaskan hutang tersebut kerana wang tersebut telah digunakannya. Konsep hutang
dalam islam memulangkan kembali tanpa faedah. Jelas dakwaan Defendan bahawa Plaintif
sepatutnya membayar sewa rumah tersebut adalah menyalahi kontrak penyewaan.

[36] Selain itu juga, bayaran Defendan ke atas rumah tersebuat adalah obligasi Defendan kepada
pihak bank. Sekiranya Plaintif tidak tinggal di rumah tersebut, bayaran tetap perlu
dilunaskan oleh pihak Defendan.

[37] Mahkamah boleh sahaja terima, bahawa bayaran Defendan kepada pihak bank adalah
sebagai bayaran Mutaah. Bermaksud Defendan membayar rumah tersebut bagi pihak
Plaintif kerana diniatkan bayaran kepada bank sebagai bayaran Mutaah. Maka rumah
tersebut tidak dikatakan milik mutlak Defendan kerana sebahagian modal membeli rumah
tersebut sebanyak RM 81,600.00 adalah dari pihak Plaintif. Plaintif mendapat hak atas
rumah tersebut dan sekiranya dijual, hasil keuntungan jualan akan dibahagi mengikut
sumbangan dan bahagian masing-masing. Mungkin Plaintif memperolehi keuntungan sama,
lebih atau kurang daripada RM 81,600.00. Atau jika rumah tersebut tidak dijual, Plaintif
berhak terus tinggal di rumah tersebut kerana haknya yang ada pada rumah tersebut.

[38] Namun jika Mahkamah memerintahkan yang sedemikian, perintah Mahkamah tidak
menyelesaikan pertikaian isu mutaah secara muktamad. Pertikaian akan berlarutan untuk
menentukan bahagian kedua-dua pihak ke atas rumah tersebut. Selain itu, tidak menjadi

12
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
hasrat Plaintif dan Defendan menuntut atau menawarkan pemilikan rumah tersebut sebagai
bayaran Mutaah. Cuma Mahkamah berpendapat tuntutan balas oleh Defendan tidak
menepati hukum syarak dan tidak menyelesaikan pertikaian berkaitan mutaah secara
keseluruhan (total).

[39] Peruntukan undang-undang tidak menyatakan panduan jelas bagaimana Mahkamah


menjalankan fungsi budi bicaranya, setelah mendengar pihak-pihak itu, memutuskan kadar
mutaah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Sumber al-quran ada menyatakan
panduan asas tentang penentuan kadar mutaah sebagaimana berikut: ْ Maksudnya : Tidaklah
kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin). Jika kamu
menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur dengan mereka) atau
(sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka walaupun demikian hendaklah kamu
memberi mut'ah (saguhati) kepada mereka (yang diceraikan) iaitu suami yang senang
(hendaklah memberi saguhati) menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah
menurut kemampuannya sebagal pemberian (saguhati) menurut yang patut lagi menjadi
satu kewajipan atas orangorang yang mahu membuat kebaikan. (al-Baqarah : 236).

[40] Walaupun begitu, jika berlaku pertelingkahan dalam menentukan kadar mutaah antara dua
pihak, mengikut Hukum Syarak, Hakim hendaklah menentukan kadar mutaah tersebut
berpandukan kepada kedua-dua belah pihak semasa penceraian berlaku, dengan melihat
kepada kesenangan dan kesusahan pihak suami, serta keturunan dan sifat isteri. Adalah
menjadi tugas Mahkamah dalam menentukan kadar mutaah yang sesuai dengan melihat dari
sudut-sudut berikut:
[i] Kesenangan suami dan kesusahan suami;
[ii] Keturunan Isteri; dan
[iii] Sifat-sifat isteri.

[41] Seterusnya bagaimana prinsip-prinsip penentuan kadar mutaah yang dinyatakan itu
digunapakai, wajar kita melihat panduan kes dari Mahkamah yang Iebih tinggi yang telah
diputuskan sebelum ini.

[42] Kes yang dirujuk sebelum ini iaitu Kes Faridah Binti Sulaiman Iwn. Mohd. Noh Bin
Othman, Hakim Yang Arif menyatakan "dasar mut'ah adalah keredaan kedua-dua pihak

13
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
tetapi jika tidak tercapai persetujuan, maka penentuan boleh dibuat oleh Qadhi. Penentuan
kadar mut'ah telah digariskan oleh syarak dengan nilai kedudukan kaya atau miskinnya
suami serta sifat dan keadaan isteri. Sifat ialah perwatakan dan keadaan pula ialah
kedudukan keluarga atau status keluarga dalam masyarakat. Kaya dan miskin ialah nilai
semasa dari segi perolehan dan pemilikan. Tentang kadar yang harus diberikan tidaklah
ditetapkan oleh Hukum Syarak tetapi diserahkan mengikut ukuran untuk
mempertimbangkah kadar bayaran mutaah adalah mengikut lama tempoh perkahwinan
disamping melihat kemampuan suami dan taraf kedudukan isteri" Beliau juga berkata
"setelah mengambil kira lama tempoh perkahwinan dan kesengsaraannya yang menjadi
sejarah titik hitam yang mungkin tidak dapat dilupakan seumur hayatnya…"

[43] Nampaknya dalam kes ini dua pertimbangan baru yang diketengahkan oleh Yang Arif
Hakim dalam menentukan jumlah mutaah iaitu tempoh lama perkahwinan dan kesengsaraan
isteri semasa bersama suami. Pertimbangan-pertimbangan baru dalam menentukan mutaah.

[44] Jelas disini, setakat panduan kes tersebut, faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar
mutaah ialah:
[i] Kaya miskin atau kemampuan suami ketika berlaku perceraian;
[ii] Keadaan atau kedudukan status keluarga isteri;
[iii] Sifat atau perwatakan isteri ;
[iv] Lama tempoh perkahwinan;
[v] Kesengsaraan isteri ketika bersama suami;

[45] Mahkamah akan menimbangkan kadar mutaah kepada Plaintif berdasarkan faktor-faktor
yang telah establish dalam penentuan kadar mutaah.

a) Kemampuan suami dari segi kaya atau miskinnya.

[46] Persoalannya ialah ketika bilakah status itu harus diambil kira samada semasa perceraian
berlaku atau ketika tuntutan dibuat. Ini kerana timbul persoalan bilamana tuntutan mutaah
dibuat selepas dua atau tiga tahun selepas percerai. Ada dinyatakan petikan penghakiman
kes pertama tadi (Kes Faridah Binti Sulaiman Iwn. Mohd. Noh Bin Othman(2004) bahawa
keadaan susah dan senang suami ialah nilai semasa dari segi perolehan dan pemilikan. Yang

14
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Arif Hakim seterusnya menambah di dalam penghakimannya "Mut'ah diambil kira semasa
berlaku perceraian atas kemampuan suami atau ada juga pendapat yang lain menyatakan
diambil kira taraf kedua-dua pihak, tetapi walaubagaimanapun, tentang kadar mut'ah
mengikut al-Quran yang dikemukakan diambil kira di atas kemampuan suami ketika berlaku
perceraian. "

[47] Seterusnya dalam m/s 137, dalam kes yang sama Y.A Hakim menyebut: ”Oleh itu,
Mahkamah mengambil kira pada masa cerai , pihak Defendan berpendapatan RM10,000,
Mahkamah membuat penentuan kadar mutaah sebanyak RM10,000 .

[48] Plaintif dan Defendan dalam kes ini telah bercerai pada 7/6/2016. Soal kemampuan pihak
Defendan sepatutnya ditentukan berdasarkan tarikh hari tersebut.

[49] Harus diingat adalah menjadi beban ke atas Plaintif dalam kes mutaah ini untuk
membuktikan di Mahkamah bahawa Defendan mampu membayar jumlah mutaah yang
dituntut olehnya sebanyak RM200,000.00. Prinsip beban pembuktian ini jelas dinyatakan di
dalam kes Norizam Iwn Halim Azman (1993) 10 JH 65, Kadi Besar menyatakan "Kenyataan
perbelanjaan yang dibuat oleh yang kena tuntut itu tidak dipertikaikan oleh yang menuntut.
Pihak menuntut pula tidak dapat membuktikan kepada Mahkamah kemampuan sebenar
pihak kena tuntut. Pihak yang menuntut pemah mengesyorkan kadar tuntutannya daripada
RM10, 800 kepada RM5000 dalam usaha mencari penyelesaian tetapi tidak dapat diterima
oleh pihak yang kena tuntut. Apabila tidak ada persetujuan atas kadar mutaah di antara yang
menuntut dan yang kena tuntut maka Kadi akan menentukannya”.

[50] Seterusnya dalam kes Jinah Iwn. Abdul Aziz (1987)6 JH 344, Kadi Besar dalam
keputusannya berkata "Pemohon dan saksi-saksinya semasa mengemukakan keterangan
kepada Mahkamah tidak dapat membuktikan dan tidak dapat meyakinkan Mahkamah
bahawa penentang adalah seorang yang berkemampuan tinggi atau pun penentang adalah
seorang yang berpendapatan lumayan dan mempunyai harta-harta yang banyak dan
sebagainya, bahkan pihak menuntut tidak dapat menolak keterangan pihak menentang yang
sekarang beliau adalah seorang yang tidak berkemampuan lagi kerana beliau sedang
menanggung berbagai beban hutang baik sebagai penjamin atau sebagai sipiutang
hukuman."

15
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[51] Prinsip-prinsip beban pembuktian yang ditegaskan dalam kes yang dirujuk adalah selari
dengan kehendak peruntukan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003, seksyen 74 iaitu "Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak
pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-
mana pihak".

[52] Plaintif menyatakan bahawa Defendan mempunyai kemampuan membayar RM 200,00.00


kerana Defendan mempunyai pendapatan bulanan dengan gaji pokok dan cola sebanyak
RM6,400 pada bulan Jun 2016. Defendan juga telah mendapat keuntungan hasil jualan tanah
sebanyak RM 450,000.00 yang dijual pada tahun 2016. Dalam hal ini, tidak ada keterangan
dikemukakan oleh Plaintif yang menunjukkan Defendan ada pendapatan lain pada tahun
2016 selain dari kerjayanya sebagai seorang pegawai eksekutif. Tiada dalam keterangan
Defendan berkaitan pendapatannya pada waktu itu dan tidak ada penafian. Berkaitan jualan
tanah, tanah tersebut menurut Defendan dijual pada harga RM 250,000.00 sahaja.

[53] Tugas Mahkamah adalah menentukan taraf kemampuan Defendan samada susah, sederhana
atau senang / kaya. Pada pandangan Mahkamah, inilah amalan yang berlaku di dalam kes-
kes terdahulu dan ia boleh dijadikan panduan walaupun Mahkamah tidak terikat dengannya.

[54] Di dalam kes Piah bte said Iwn. Che Lah bin Awang (1983)3JH220, Kadi Besar Pulau
Pinang Hj. Harussani B. Haji Zakaria menyatakan di akhir ulasannya terhadap kemampuan
suami "Dalam kes ini keadaan pihak kena tuntut bukanlah seorang yang tergolong dalam
golongan orang berada dan tidak pula tergolong dalam golongan orang yang tidak
berkemampuan langsung. "

[55] Dalam kes Yang Chik- 1wn Abdul Jamal (1986)6JH146, di dalam penghakimannya, Kadi
Besar, Sheikh Ghazali b. Abdul Rahman telah berkata 16 "Kadar tuntutan mut'ah sebanyak
RM25, 000 untuk menentukan kadar mut'ah ini, saya telah meneliti pendapatan bulanan
pihak yang kena tuntut dan mendapati pendapatan beliau lebih kurang RM1330 sebulan.
Setelah ditolak potongan-potongan, pendapatan bersih beliau lebih kurang RM736. Saya
kira yang kena tuntut termasuk dalam golongan orang yang berpendapatan sederhana sahaja
dan tuntutan mut'ah sebanyak RM25 ribu itu adalah tidak munasabah."

16
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[56] Dalam kes Normaidiah Iwn Azhari (1979) 1JH(2) 91, Yang Arif Hakim menyatakan
"Dalam kes ini yang kena tuntut bukanlah orang kaya tetapi tidak pula tergolong dalam
golongan seorang miskin. Begitu juga kedudukan keluarga yang menuntut bukanlah orang
ternama keadaannya tidak pula kaya tapi juga bukan miskin. "

[57] Dalam kes Nooraini binti Rashid Iwn Hamzah bin Zainudin, Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Perak, Tn. Haji Hassan Basri b. Haji Shafie . di dalam penghakimannya menyatakan
"Dalam kes ini Defendan seorang yang berkemampuan dan boleh membayar tuntutan
mut'ah Plaintif kerana kemampuan Defendan dibuktikan dengan nilai saham semasa
perkahwinan dengan Defendan dalam beberapa Syarikat Hexagon sebanyak RM3, 013,
957.00, Syarikat Evermaster Group Bhd(EMB) sebanyak RM24,478,307.00 dan syarikat
Asia PA C Bhd (APB) sebanyak RM56, 682,000.00."

[58] Dalam kes Norma @ Normek binti Ghazali Iwn Mohd Zain bin Abdullah (yang diputuskan
pada 1 Ogos 2004) , Dato' Haji Daud bin Muhammad, KHS dalam penghakimannya
menyatakan "Jumlah (kadar hukuman Mut'ah) sebanyak RM10, 000 yang diputuskan oleh
Mahkamah ini adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan memandangkan Respondan
seorang yang tergolong dalam golongan 17 orang yang senang dan dihormati serta
mempunyai pendapatan tetap."

[59] Dalam kes Norizam bt. Mohd Lazim Iwn Halim Azman Hj. Sulaiman, 10 JH(1)77 , dalam
penghakimannya Hakim menyatakan "Mahkamah setelah meneliti keterangan daripada
kedua-dua pihak dan Mahkamah berpuashati bahawa Yang Kena Tuntut bukanlah seorang
yang tergolong dalam golongan orang hartawan tetapi beliau hanyalah sebagai seorang
pegawai Tentera yang berpendapatan sederhana sahaja. Dengan itu permohonan untuk
mendapat saguhati dengan kadar yang dituntut oleh Yang Menuntut adalah tidak munasabah
dengan kedudukan dan kewangan Yang Kena Tuntut. Dengan itu Mahkamah akan
menentukan satu kadar yang lebih munasabah sebagai mut'ah yang harus dibayar oleh Yang
Kena Tuntut kepada yang Menuntut. "

[60] Dalam kes Siti Aishah bt. Abdul Aziz Iwn. Abdul Ghafurb. Hashim, 10 JH (1) 32, Hakim
Mahkamah Rayuan menyatakan di dalam penghakimannya "Mengenai tuntutan mut'ah
kami dapati Perayu telah menuntut mut'ah atas kadar RM10 sehari untuk masa 4 tahun

17
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
perkahwinan mereka berjumlah RM14, 000. Hakim Yang Arif telah memutuskan amat
sukar sekali Respondan dapat membayar tuntututan begitu tinggi. Beliau menyebut
nampaknya bekas isteri Perayu tidak menimbang pendapatan bulanan Respondan. Dengan
menilai pendapatan Respondan yang ada beliau telah memerintahkan bayaran mut'ah di atas
kadar keupayaan dan kemampuan Respondan dinilai dan segi pendapatan yang ada. " "Di
dalam kes ini sungguhpun Respondan telah menawarkan mut'ah RM292, Hakim yang Arif
telah memerintahkan pembayaran RM320 sebagai mut'ah. Kami berpendapat ini adalah
munasabah dan oleh itu kami menolak rayuan Perayu."

[61] Kesimpulan yang Mahkamah perolehi ialah pendapatan gaji pokok Defendan semasa
bercerai adalah RM 6,400.00. Maka jumlah pendapatan Defendan semasa bercerai RM
6,400.00. Dengan pendapatan tersebut, Defendan adalah termasuk dalam golongan
menengah di Malaysia. Jika dihitung pendapatan Defendan tanpa sebarang pengurangan
atau penggunaan, tuntutan Plaintif adalah bersamaan dengan 31.25 bulan pendapatan
Defendan. Jumlah ini tidak terjangkau keupayaan membayar jumlah tuntutan Plaintif.
Jualan hasil tanah pada tahun 2016 tidak Mahkamah pertimbangkan kerana butiran bila
tentang jualan tersebut dan ke mana hasil jualan dibuat adalah tidak jelas. Mahkamah tidak
boleh menyatakan hasil jualan tersebut sebagai kemampuan dan pendapatan Defendan atas
kekurangan maklumat ini.

(b) Keadaan atau kedudukan keluarga isteri.

[62] Bagi melihat sejauh mana faktor ini dijadikan sandaran menentukan kadar mutaah, sekali
lagi Mahkamah merujuk kes Normaidiah Iwn Azhari (1979) 1JH(2) 91, di mana Yang Arif
Hakim menyatakan "Dalam kes ini yang kena tuntut bukanlah orang kaya tetapi tidak pula
tergolong dalam golongan seorang miskin. Begitu juga kedudukan keluarga yang menuntut
(isteri) bukanlah orang ternama keadaannya tidak pula kaya tapi juga bukan miskin.
Diputuskan pihak kena tuntut membayar mut'ah sebanyak RM1000 kepada pihak
menuntut".

[63] Dalam kes lain iaitu kes Ismail lwn. Norsiah (1970)2JH111, Kadi Besar telah menghukum
suami itu membayar RM300 sebagi mut'ah dan suami telah merayu kepada Mahkamah
Rayuan Syariah. Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan itu. Dalam keputusannya disebut

18
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
"Memandangkan pihak menuntut (suami) sebagal seorang pekerja yang berpendapatan
sederhana dan pihak kena tuntut (isteri) adalah seorang yang bertaraf dalam masyarakat
maka Mahkamah ini berpendapat bahawa kadar mut'ah patut dibayar oleh suami lebih
daripada kadar yang telah diputuskan oleh Hakim dalam perbicaraan terdahulu, tetapi
Mahkamah Ulangbicara enggan mengubah hukuman itu dan menetapkan kadar mut'ah
sebanyak RM300 hendaklah dibayar sepenuhnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh
hukuman. "

[64] Sebenarnya, tiada penerangan panjang lebar dan jelas diberikan oleh ulama’ ketika
menggariskan prinsip-prinsip menentukan kadar mutaah terhadap faktor keturunan isteri
dan sifat isteri. Sebagai menambah panduan sebelum ini, dinyatakan dalam kitab Bughyah
al-Mustarsyidin oleh Syed Abdul aI-Rahman bin Muhammad bin Hussin bin Umar, cetakan
akhir, 1952m - 1371h, muka surat 214 iaitu : "dan disunatkan (mut'ah) jumlahnya tidak
kurang dari 30 dirham maka sekiranya kedua pihak suami isteri bersetuju kadar mut'ah
tertentu dan jika tidak Hakim hendaklah memerintahkan satu jumlah yang wajar dengan
mengambil kira hal keadaan suami dari sudut susah senangnya dan juga hal keadaan isteri
dari sudut nasab / keturunan dan sifat (jamaalan) dan seumpama keduanya. "

[65] Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji oleh Dr. Mustafa aI-Khin, Dr. Mustafa I-Bugha, jilid 2,
1996m - 1416h, mukasurat 82 menyatakan: "dan sekiranya kedua-dua pihak suami isteri
tidak bersepakat terhadap kadar mut'ah maka sesungguhnya Qadilah yang akan
menentukan kadarnya dengan mengambil kira keadaan keduanya : dari sudut susah senang
suami, keturunan isteri dan sifatnya. "

[66] Dalam kes ini, isu berkaitan dengan kedudukan dan taraf sosial keluarga Plaintif telah
ditimbulkan oleh pihak Defendan. Peguam menghujahkan bahawa Plaintif terdiri daripada
golongan miskin apabila Plaintif bersetuju dengan cdangan oleh Peguam Defendan.
Mahkamah tidak boleh mengambil secara mudah bahawa Plaintif seorang yang miskin
walaupun Plaintif bersetuju bahawa beliau seorang yang miskin. Selagi tidak dibuktikan
bahawa Plaintif atau ibu bapa Plaintf tidak diketegorikan sebagai miskin atau asnaf miskin
oleh pihak zakat, Plaintif bukan seorang yang miskin. Oleh itu pada anggapan Mahkamah
isu ini tidak sepatutnya menjadi pertikaian antara pihak-pihak. Plaintif boleh dikategorikan
sebagai golongan pertengahan maksudnya bukan golongan kaya atau golongan miskin, tidak

19
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
mempunyai sebarang gelaran kurniaan yang menunjukkan taraf dan kedudukan yang Iebih
tinggi dari masyarakat kebanyakan di dalam masyarakat. Plaintif juga tidak mengemukakan
apa-apa keterangan berkaitan dengan isu ini. Oleh Mahkamah memberi pertimbangan
pertengahan terhadap faktor ini.

[67] Tidak ada keterangan yang jelas tentang dengan status keluarga Plaintif untuk Mahkamah
akan mengambil kira perkara tersebut dalam menentukan kadar mutaah yang sesuai ke atas
Plaintif.

[68] Melihat ketiadaan panduan jelas, sedikit ingin Mahkamah memberikan pendapat kenapa
faktor keturunan isteri dan sifat isteri diambil kira. Mahkamah berpendapat asas hukum
mutaah diwajibkan adalah untuk mengelak isteri yang diceraikan `dipandang serong oleh
masyarakat yang membuat anggapan perceraian berlaku disebabkan oleh aib isteri. Dengan
pemberian mutaah anggapan masyarakat dapat diubah iaitu jika aib isterilah punca
perceraian adalah tidak munasabah dan wajar isteri mendapat pemberian dari suaminya.
Ulama’ juga menyatakan pemberian mutaah juga sebagai mengubati hati isteri yang sudah
tentu berduka serta berasa hilang tempat bergantung. Lebih-Iebih lagi kepada isteri yang
selama berkahwin bergantung hidup dengan nafkah dari suami. Sekurang kurangnya mutaah
tersebut dapat membantu isteri memulakan hidup baru menyara sendiri kehidupan.
Bukanlah mutaah itu sebagai satu sumber saraan untuk isteri selepas bercerai.

(c) Sifat atau perwatakan Isteri

[69] Sifat dan perwatakan isteri wajar diambil kira kerana lazim menurut adat, perbezaan
keturunan dan sifat-sifat perempuan menentukan keadaan cara hidup dan keperluan hidup
seseorang perempuan semasa sebelum bernikah atau selepas bernikah. Dengan perbezaan
tersebut jugalah kesan-kesan perceraian sebagaimana diambil kira di dalam asas
disyariatkan mutaah juga adalah berbeza. Tanggapan masyarakat terhadap perempuan yang
diceraikan berbeza mengikut kedudukan, taraf dan keturunan perempuan itu di sisi
masyarakat. Pemberian yang bertujuan menggembirakan hati isteri dan sebagai asas
memulakan penghidupan baru selepas bercerai juga berbeza antara perempuan yang
berkedudukan dan tidak berkedudukan di dalam masyarakat. Secara mudahnya sebagai
contoh keperluan perempuan kaya dan berkedudukan tidak sama dengan perempuan biasa

20
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
samada dari segi kos atau kualitinya. Perasaan malu kepada masyarakat tidak sama antara
perempuan kebanyakan dan perempuan berkedudukan.

[70] Namun begitu syarak tidak membiarkan faktor-faktor tersebut diambil kira tanpa batas.
Batasan yang munasabah di dalam mengambil kira keadaan dan sifat isteri yang diceraikan
adalah kemampuan suami yang diwajibkan membayar mutaah. Prinsip tersebut menyamai
kewajipan lain sebagaimana prinsip-prinsip memberi nafkah isteri dimana keperluan isteri
hendaklah disesuaikan dengan kemampuan suami semasa bernikah atau bersama. Selain
dari itu, harus diingat faktor keadaan dan sifat isteri adalah faktor yang cukup subjektif dan
sukar ditimbang untuk melahirkan satu jumlah harta atau nilai tertentu yang hendak
dijadikan mutaah. Berbeza dengan faktor kemampuan dan keupayaan pendapatan suami
yang Iebih mudah dijadikan asas menghasilkan jumlah harta atau nilai tertentu. Atas
keadaan itulah Mahkamah bersetuju dengan arah aliran perbahasan dalam kes-kes terdahulu
yang dirujuk lebih banyak membuat kesimpulan status kemampuan suami dalam membuat
pertimbangan jumlah mutaah yang wajar kepada isteri yang diceraikan samada susah,
sederhana atau senang. Disesuaikan faktor tersebut dengan faktor keadaan serta sifat isteri.

[71] Dalam kes ini Plaintif mendakwa bahawa ianya seorang isteri yang taat dan tidak pernah
nusyuz. Plaintif dan Defendan menjalani hidup berkeluarga dengan aman. Plaintif kini
berjawatan sebagai doktor pakar Bius. Plaintif menyatakan sepanjang perkahwinan, dia
adalah isteri yang taat dan sentiasa memenuhi masa dengan Defendan dan anak-anak sahaja.
Kesabaran dan bantuan Plaintif bagi rumahtangganya dapat bertahan perlu ditimbangkan
oleh Mahkamah dalam menentukan kadar mutaah. Mahkamah berpuashati tidak ada
keterangan yang kuat dapat mencacatkan sifat baik Plaintif dalam kes ini. Oleh itu
Mahkamah memberi pertimbangan tinggi terhadap faktor ini.

(d) Lama tempoh perkahwinan

[72] Persoalan lama tempoh perkahwinan tidak banyak disentuh oleh penulisan-penulisan fiqh
klasik dalam menentukan jumlah atau kadar mutaah. Walau bagaimanapun faktor ini boleh
dilihat telah diambil kira dalam penghakiman kes-kes mutaah di Malaysia. Dalam kes Ida
Hidayati bt Taufiq lwn Ahmad Shukri b Kassim (JH 18 Bhg ll) tempoh perkahwinan yang
diambilkira oleh Mahkamah ialah juga selama empat tahun. Dalam 22 kes tersebut Plaintif
memohon kadar mutaah dikira kadar 1/3 daripada pendapatan tahunan Responden. Jumlah
21
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
tuntutan Plaintif RM144,000. Dalam kes tersebut cara pengiraan itu ditolak oleh
Mahkamah, bahkan Mahkamah hanya menetapkan kepada RM48,000 sahaja sebagai
mutaah untuk Plaintif. Tidak ada pengiraan yang jelas dinyatakan bagaimana jumlah
RM48,000 itu diperolehi. Tetapi ianya tidaklah menghairankan kerana mutaah bukanlah
dihasilkan dengan formula tertentu dan bukan berasaskan formula matematik. Ianya adalah
berdasarkan Ijtihad Hakim. Tidak ada nas yang jelas bagaimana Mutaah ini hendak
ditentukan. Oleh itu ianya termasuk dalam perkara ijtihadi.

[73] Dalam kitab Ianah al-Talibin juzuk yang sama menyebut: bermaksud: Jika keduanya
berselisih tentang kadar Mut'ah maka Hakim menetapkan kadarnya iaitu dengan ijtihadnya.

[74] Oleh itu soal lama tempoh perkahwinan juga boleh termasuk kepada perkara yang boleh
diambil kira dalam menentukan kadar mutaah.

[75] Dalam kes di Wilayah Persekutuan, Rokiah lwn mohamed Idris (1986) 6 JH 272, isteri yang
diceraikan menuntut mutaah. Dalam keputusannya, Pemangku Kadi besar telah berkata:
”Dalam kes ini Pemohon menuntut mutaah sebanyak RM43,200 mengikut keputusan Kadi
semasa membuat pendaftaran cerai tetapi penentang tidak bersetuju. Keputusan Kadi itu
dibuat di atas lama isteri berkhidmat kepada suami. Mutaah ialah harta yang wajib diberi
oleh lelaki kepada isteri kerana diceraikan. Sebab-sebab perceraian bukan disebabkan oleh
isteri seperti isteri murtad atau Islam suami. Dalam kes ini tidak ada sebab-sebab yang
tersebut dan mutaah sunat tidak kurang daripada 30 dirham dan tidak lebih daripada upah
khadam dan tidak ada had bagi wajibnya. Menurut nas dalam Kitab Qalyubi wa Umairah
Juzuk 3 di ms 290-292, `Dan 23 dari segi Syarak, mutaah adalah satu harta yang wajib ke
atas suami kerana mencuai dengan memenuhi syarat-syarat. Dan perpisahan bukan kerana
sebab isteri seperti suami menjadi murtad dan masuk Islam. Adalah hak mutaah tidak
kurang daripada tiga puluh dirham dan kadar itu tidak boleh melebihi ke atas suami yang
hamba, tetapi tidak ada had bagi kadar wajib. Kesimpulannya, maka jika bertelingkah Kadi
akan takdirkan mengikut pandangan dan ijtihad dengan mengambil kira kedua suami isteri,
senang susah isteri, senang susah suami dan keturunan isteri dan sifatnya. Dalam kes ini
kedua pihak adalah sederhana sahaja. Dan mutaah dalam kes ini ditakdirkan upah khadam
sekurang-kurangnya. Di dalam perbicaraan soal Mahkamah terhadap pihak menuntut, pihak
menuntut mengaku yang dia sendiri bertugas memasak, membasuh dan memelihara anak-

22
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
anak dan dia rela. Dia tidak tahu sebenarnya bukanlah tugas hakikinya membuat kerja kerja
itu. Begitu juga penentang mengatakan tugas suami mencari nafkah, tugas isteri memelihara
anak-anak, memasak, membasuh dan sebagainya. Jadi kedua pihak menuntut dan penentang
tidak tahu sebenarnya tugas masing-masing menurut Hukum Syarak. Pemohon boleh
menuntut hak khidmat kepada suami tetapi dia rela berkhidmat. Dengan kejahilannya itu,
dia tidak menuntut dengan jelas kadar upah khadam pada satu hari, berapa upahnya. Dalam
kes ini, Mahkamah buat penilaian khidmat pihak menuntut kepada penentang dengan hitung
panjang satu hari satu ringgit, sebulan RM30 dan dalam satu tahun RM360. Jika 35 tahun
tiga bulan lima hari berjumlah RM12,695”.

[76] Rayuan telah dibuat kepada Jawatankuasa Ulangbicara dan Jawatankuasa Ulangbicara telah
mengurangkan kepada RM6,500. (1989) 7 JH 111.

[77] Dalam kes Ningal lwn Jamal bin Abdul Rahim, isteri yang dicerai telah menuntut mutaah
sebanyak RM25,000. 24 Yang Arif Kadi Besar berpendapat bahawa pihak-pihak di dalam
kes itu adalah di dalam golongan sederhana dengan pendapatan yang sederhana dan beliau
telah menghukumkan RM3,600 dibayar sebagai mutaah. Keputusan itu telah disahkan oleh
Jawatankuasa Rayuan, oleh kerana tidak dibuktikan bahawa Yang Arif Kadi Besar itu telah
silap menggunakan budi bicaranya.

[78] Tempoh lama perkahwinan Plaintif dan Defendan ini ditimbangkan oleh Mahkamah dalam
menentukan jumlah mutaah. Mahkamah berpendapat fasa-fasa tempoh perkahwinan boleh
dibahagikan seperti berikut:
Bil Tempoh Perkahwinan Kategori Skor Peratusan

1 0-5 tahun Pendek 25%

2 6-10 tahun Sederhana Pendek 50%

3 11-15 tahun Sederhana Panjang 75%

4 16 tahun ke atas Panjang 100%

23
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[79] Saksi 1 mengakui kepada Mahkamah bahawa tempoh yang diberi dalam kes ini, tempoh
perkahwinan antara Plaintif dan Defendan adalah 33 tahun. Maka kategori tempoh masa
perkahwinan Plaintif dan Defendan adalah panjang dan mendapat skor 100%.

[80] Faktor kesengsaraan isteri sebagai salah satu yang diambilkira dalam penentuan kadar
mutaah telah diputuskan di dalam kes Ida Hidayati bt Taufiq Lwn Ahmad Shukri bin 25
Kassim (JH 18 Bhg II), Y.A Hakim - berkata "setelah mengambil kira lama tempoh
perkahwinan dan kesengsaraannya yang menjadi sejarah titik hitam yang mungkin tidak
dapat dilupakan seumur hayatnya" Selain itu salah satu tujuan mutaah ialah untuk
mententeramkan perasaan isteri apabila diceraikan. (kes rayuan Rokiah Iwn Mohd Idris,
(1989) 7 JH 111). Oleh itu mengambil kira kesengsaraan isteri juga adalah wajar dalam
penentuan kadar mutaah.

[81] Dalam kes ini, Plaintif mendakwa Defendan telah mengadakan hubungan dengan seorang
perempuan dan akhirnya berkahwin dengan wanita tersebut selepas bercerai dengan Plaintif.
Sikap Defendan yang menjalankan hubungan wanita lain dalam perkahwinan telah
menyakiti hati Plaintif. Oleh kerana sifat dan konsep mutaah bukan sebagai pampasan
(Compensate) faktor kesengsaraan tersebut bukan perkara utama dalam penentuan kadar
mutaah, namun ianya wajar diambilkira kerana mutaah juga sebagai satu perkara yang
mengembirakan hati isteri yang diceraikan.

[82] Dalam hal ini, berdasarkan fakta yang berlaku Mahkamah ini berpuashati Plaintif telah
menghadapi situasi yang getir dan kesan yang mendalam akibat rentetan peristiwa yang
berlaku. Namun perkara ini seringkali berlaku dan menjadi punca perceraian di Selangor ini.
Berdasarkan perkara tersebut Mahkamah memberi pertimbangan yang sederhana terhadap
faktor ini. Lainlah sekiranya Plaintif diceraikan dalam keadaan yang kejam atau melampau
seperti diceraikan talaq 3 melalui pesanan bertulis dan isteri dalam keadaan sarat
mengandung. Maka kesan perceraian tersebut adalah tinggi. Dalam kes ini, perceraian
dengan persetujuan Plaintif namun setelah pengesahan cerai tidak sabit. Apatah lagi tidak
lama selepas itu Defendan berkahwin baru mengesahkan prasangka Plaintif bahawa
Defendan berlaku curang. Dalam menentukan jumlah yang sesuai, Mahkamah merujuk
kepada kes-kes terdahulu sebagai panduan..

24
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[83] Dalam kes Norizam bt. Mohd Lazim lwn. Halim Azman Hji Sulaiman [1995] JH 10 ( 1 )
muka surat 65, yang diputuskan oleh Qadhi Besar Kuala Lumpur pada tahun 1993 di mana
amaun mutaah yang diluluskan adalah sebanyak RM 2, 400.00. Dalam kes itu gaji suami
sebagai guru agama tentera adalah sebanyak RM 1,500.00 hingga RM 1,600 sebulan. Dalam
kes Siti Asiah bt. Abdul Aziz lwn. Abdul Ghaffar b. Hashim [ 1995] JH 10 ( 2 ) muka surat
27, yang diputuskan bahawa mutaah yang yang diperintahkan oleh Mahkamah Bicara
sebanyak RM 320.00 adalah munasabah atas alasan Perayu adalah orang miskin dan
Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan dalam kes ini telah mengariskan 3 kategori
pembayaran mutaah, iaitu:

[i] Miskin Bawah $500 = $30 - $500

[ii] Sederhana $500 - $1500 = $500-$1500

[iii] Kaya, Lebih $1500 = $2000 dan ke atas

[84] Kes-kes tersebut boleh menjadi panduan di mana dalam kes Norizam diputuskan amaun
mutaahnya sebanyak RM 2, 400.00 sedangkan pendapatan suami hanyalah sebanyak
RM1,600.00, maka pada pendapat kami adalah lebih wajar amaun mutaah dalam kes di
hadapan kami ini melebihi daripada jumlah yang ditawarkan oleh pihak Perayu
memandangkan pendapatan pihak Perayu lebih kurang RM 7,000.00 sebulan. Ini
mengambil kira walaupun gaji suami Norizam hanyalah RM 1,600.00, amaun mutaah
adalah lebih besar daripada gaji bulanannya. Begitu juga dalam kes Siti Aisyah di mana
panduan yang diberikan adalah jika pendapatan suami adalah lebih daripada RM 1,500 maka
amaun mutaah adalah RM 2000.00 dan ke atas.

[85] Panduan lain yang boleh diperolehi dalam kedua-dua kes tersebut adalah bahawa amaun
mutaah dikira berdasarkan pendapatan atau gaji bulanan suami (bagi yang makan gaji )
bukan berdasarkan pendapatan bersih daripada gaji yang diterima. Dalam kes ini
pendapatan pihak Defendan adalah lebih kurang RM RM12572. Maka adalah wajar amaun
mutaahnya tidak kurang RM RM12572 atau lebih.

[86] Dalam kes dalam kes Sapiee b. Muda lwn Adnan Hawa bt Mohammad (kes rayuan
No 11000-016-0004-2013, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Terengganu),
Mahkamah Rayuan Syariah telah bersetuju dengan satu panduan yang telah

25
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
diputuskan dalam kes Mohd Nasran b. Omar lwn. Siti Hasliana bt. Mohd San [Kes
Rayuan Mal No. 11000- 016-0013-2012] yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
Syariah Negeri Terengganu pada 04/12/2012. Dalam kes Nasran di atas, Mahkamah
Rayuan Syariah telah menggunakan pendekatan penetapan amaun mutaah berdasarkan
gaji bulanan pihak suami. Dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan menyatakan: Dengan
itu pertimbangan pertama dalam menentukan kadar nafkah ialah kemampuan Perayu. Oleh
kerana tidak dibuktikan bahawa Perayu mempunyai pendapatan lain selain dari pendapatan
tetapnya, maka pendapatan tetap bulanan Perayu semasa perceraian wajar dijadikan sebagai
kayu pengukur kadar mutaah yang diberikan kepada penentang. Pertimbangan seterusnya
adalah keturunan isteri dan sifat-sifat isteri.

[87] Dalam menentukan kadar mutaah yang munasabah, Mahkamah tidak boleh lari konsep asas
mutaah. Mahkamah perlu menimbangkan bahawa asasnya mutaah ini adalah saguhati yang
wajib ke atas suami yang telah menceraikan isterinya, Mutaah bertujuan untuk menutup rasa
malu yang dialami oleh isteri dan menghindarkan fitnah serta sebagal asas untuk memulakan
hidup bersendirian. Ianya bukan suatu ganti rugi kerana kegagalan dalam perkahwinan atau
balasan ke atas suatu kecederaan. Mahkamah juga perlu mempertimbangkan faktor-faktor
penentuan mutaah yang telah establish dalam sistem perundangan Syariah di negara ini.

[88] Berdasarkan ulasan-ulasan di atas, dengan mengambilkira pendapatan Defendan sebagai


kayu pengukur kadar mutaah , status keluarga Plaintif, sifat atau perwatakan Plaintif dan
tempoh perkahwinan pihak-pihak, Mahkamah berpendapat pertimbangan kadar mutaah
dalam kes ini boleh ringkaskan seperti berikut:

Bil Faktor-faktor pertimbangan Peratusan Jumlah

1 kemampuan suami dari segi kaya 100% RM 6,400


atau miskinnya

2 keadaan atau kedudukan 50% RM 3,200


keluarga isteri

3 Sifat atau perwatakan Isteri 100% RM 6,400

26
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
4 Lama tempoh perkahwinan 100% RM 6,400

5 Kesengsaraan Isteri 50% RM 3,200

Jumlah RM 25,600

[89] Oleh itu Mahkamah berpendapat kadar RM25,600 kepada Plaintif adalah suatu kadar yang
munasabah dan wajar. Jumlah tersebut adalah jumlah yang mampu dibayar oleh Defendan.
Jumlah ini sepatutnya dibayar sejurus selepas perceraian pada tahun 2016. Hakikatnya
nilai RM25,600 pada tahun 2016 adalah tidak sama dengan tahun 2018. Oleh itu adalah
wajar nilai inflasi diambilkira bagi menentukan nilainya pada tahun 2018. Kadar inflasi
Malaysia pada tahun 2017 adalah 3.8% dan tahun 2018 adalah 0.97%
(https://www.statista.com/statistics/319033/inflation-rate-in-malaysia/-) Pengiraan
berdasarkan formula ‘Future Value’. Oleh itu untuk tahun 2017 kadar inflasi 3.8%, nilai
Mutaah ( RM25,600 x (1 + 0.038)x 1 = RM 26,572.8. Manakala untuk tahun 2018, kadar
inflasi adalah 0.97%. (RM 26,572.8 x (1 +0.0097)= RM 26,830.55616. Jumlah yang
dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah RM 26,800.00 .

[90] Mahkamah ini mengambil kira keadaan Defendan sekarang yang tidak bekerja. Defendan
juga memerluka kos rawatan termasuk kos pergi/ balik ke hospital. Mahkamah memberi
tempoh kepada Defendan menjelaskan jumlah tersebut. Walaupun dikatakan bahawa
Defendan telah memperolehi wang persaraan berjumlah RM 192,213.74 tetapi wang
persaraan itu telah diterima pada tahun 2018 dan sekarang adalah 2022. Tidak pasti sama
ada wang itu masih ada atau tidak. Mahkamah berpendapat bayaran secara ansuran tidak
membebankan Defendan/ Bayaran pertama hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari
sebanyak RM 10,000.00 dan bakinya hendaklah diselesaikan dalam tempoh 1 tahun
selepas itu secara ansuran atau bayaran sekali bayar.

[91] Oleh kerana Defendan telah gagal membayar Mutaah dan menyebabkan Plaintif terpaksa
memfailkan kes ini maka Mahkamah kos tindakan ini akan dibayar oleh Defendan. Kos
RM 4,000.00 untuk 4 tahun adalah munasabah.

27
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH
KEPUTUSAN

(1) Mahkamah perintahkan Defendan membayar Mut'ah kepada Plaintif sebanyak RM 26, 800,00
sahaja.

(2) Bayaran hendaklah dengan memasukkan RM 10,000.00 ke dalam akaun Plaintif dalam
tempoh 60 hari daripada tarikh hari ini, dan bakinya sebanyak RM 16,800.00 hendaklah
dibayar sebelum atau pada 31 Disember 2023.

(3) Kos tindakan ini sebanyak RM 4,000.00 ditanggung oleh Defendan .

28
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN
DALAM PROSIDING MAHKAMAH

You might also like