You are on page 1of 2

MPU 1231

PROJEK 1A
PENULISAN RESUME
[ 50 markah ]

Arahan :

1. Anda dikehendaki mencari satu keratan iklan jawatan kosong yang berkaitan
dengan bidang kelulusan anda (juruteknik, jurujual, dan sebagainya) daripada surat
khabar, majalah, internet dan lain lain.

2. Iklan tersebut perlulah mempunyai maklumat yang lengkap seperti jawatan yang
ditawarkan, alamat lengkap dan juga nombor telefon untuk dihubungi.

3. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada iklan tersebut, anda dikehendaki


menulis satu resume lengkap beserta satu surat iringan untuk memohon jawatan
itu.

a) Idea dalam resume dan surat iringan perlu disampaikan dengan jelas.
b) Perlu ada kesinambungan dalam penulisan resume dan surat iringan.
c) Resume dan surat iringan perlu ditulis dengan sistematik merangkumi
perkara-perkara seperti berikut (bergantung kepada kesesuaian):

4. Resume perlu mengandungi :-


a) Gambar terkini dan formal
b) Tajuk resume
c) Tarikh (bila resume ditulis)
d) Butiran peribadi (maklumat penting berkaitan diri)
e) Objektif kerjaya (apa yang hendak dicapai dalam kerjaya)
f) Latar belakang akademik (utamakan kelayakan tertinggi)
g) Kursus-kursus yang pernah dihadiri
h) Pengalaman kerja (nyatakan tahun, nama syarikat dan skop kerja)
i) Pencapaian atau anugerah
j) Kemahiran tambahan
k) Ko-kurikulum
l) Rujukan

2/3
MPU 1231

5. Surat iringan perlu mengandungi :-


a) Gunakan format rasmi surat
b) Nama dan alamat pengirim
c) Nama dan alamat penerima
d) Tarikh
e) Tajuk
f) Isi merangkumi perenggan permulaan, pertengahan dan penutup.

6. Pensyarah akan membuat penilaian berdasarkan kriteria rubrik pentaksiran yang


telah ditetapkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

3/3

You might also like