You are on page 1of 19

Definisi Nikah

Akad yang dilakukan dengan menggunakan


lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi
menghalalkan perhubungan di antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram dalam
ikatan kehidupan yang diredai Allah swt
Hukum Nikah

 WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu
mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat
sedangkan ia mampu.

 SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan
mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi
menambahkan takwa dan menjauhi zina.
Hukum Nikah

 MAKRUH
- Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir
dan batin
- Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat
mengawal nafsunya

 HARAM
- Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir
dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
- Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
- Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri
Harus
Rukun Nikah

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2 Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul
 

PEREMPUAN YANG
HARAM DIKAHWINI

Haram selama-lamanya Haram sementara waktu


HARAM SELAMA-LAMANYA

1. Haram Sebab Keturunan


 1) Ibu, nenek dan ke atas
 2) Anak, cucu dan ke bawah
 3) Adik-beradik Perempuan seibu-sebapa,
sebapa atau seibu
 4) Emak saudara dan ke atas
 5) Anak saudara dan ke bawah
HARAM SELAMA-LAMANYA

2. Haram Sebab Perkahwinan


 1) Ibu isteri (mertua) kerana sebab
keturunan @ susuan
 2) Ibu tiri, nenek tiri dan ke atas
 3) Menantu, menantu cucu dan ke bawah
 4) Anak tiri sama ada sebab keturunan @
susuan apabila ibunya disetubuhi
HARAM SELAMA-LAMANYA
3. Haram Sebab Susuan
1) Ibu susuan
 2) Anak perempuan susuan
 3) Saudara perempuan susuan
 4) Anak perempauan bagi saudara lelaki
(anak saudara) susuan
 5) Anak perempuan bagi saudara perempuan
 (anak saudara) susuan
 6) Emak saudara sebelah ayah susuan
 7) Emak saudara sebelah ibu susuan
HARAM SEMENTARA WAKTU

Perempuan yang haram dikahwini sementara


waktukerana menghimpunkannya dengan isteri ialah :

 1) Saudara perempuan isteri


 2) Emak saudara isteri sebelah ibu
 3) Emak saudara isteri sebelah bapa
 4) Anak saudara isteri daripada saudara perempuan
 5) Anak saudara isteri daripada saudara lelaki
 6) Cucu saudara isteri daripada saudara perempuan

You might also like