You are on page 1of 60

Rujuk dan Iddah

Pembentang
NorAmalina Mustaffa 2023372583
Norabani Rashid 2023573573
Mohd Arief Azree Mohd Ali 2023979433
RUJUK
DEFINISI RUJUK
• Rujuk merupakan satu terminologi fiqh yang dapat
difahami melalui ayat al- Qur’an berikut:

“Talak yang dapat dirujuk dua kali. Setelah itu boleh rujuk
lagidengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan
cara yang baik.” (Al-Baqarah : 229)
DEFINISI RUJUK

• Ayat tersebut membawa pengertian bahawa Allah


memberi ruang dan hak kepada suami untuk merujuk
isterinya setelah berlaku perceraian kali pertama dan
kali kedua dengan jalan yang ditetapkan berdasarkan
syarat-syarat tertentu selagimana isterinya masih
dalam keadaan ber‘iddah.
DEFINISI RUJUK
• Mazhab Maliki, Shafie dan Hanbali:

• “Apabila lelaki yang merdeka menceraikan isterinya


selepas berlaku persetubuhan, perceraian talak satu
atau talak dua dengan tidak menerima bayaran (khulu‘),
rujuk hendaklah dibuat dalam waktu ‘iddah.”
DALIL AL QURAN MENGENAI
RUJUK
• Pensyariatan rujuk telah termaktub dalam al-Quran dan
al-Sunnah secara jelas dinyatakan iaitu:

“Dan suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti


itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah
(perdamaian).” (Al-Baqarah : 228)
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka
mendekati akhir ´iddahnya. Maka rujukilah mereka dengan
cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang
ma’ruf.” (Al-Baqarah : 231)
“Apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddahnya, maka
rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka
dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi
yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan
kesaksian itu kerana Allah.” (Al-Talaq :2)
• Ketiga-tiga ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah telah
memberi ruang kepada suami untuk merujuk isterinya
dalam tempoh ‘iddah bagi menghalalkan perhubungan
selepas berlaku perceraian bukan dengan talaq ba’in dan
tanpa akad nikah yang baru.

• Tiada perselisihan fuqaha’ berkenaan dengan makna ayat


iaitu rujuk dan tempoh yang dibolehkan rujuk terhadap
isteri.
HADITH MENGENAI RUJUK

• Dapat dilihat dalam kisah Rasulullah yang telah


menceraikan isteri Baginda bernama Hafsah dan juga kisah
Ibn Umar yang telah menceraikan isterinya semasa sedang
haid. Perkara ini telah termaktub dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Dawud:
• Daripada Ibn Umar R.A beliau berkata: Aku telah
menceraikan isteriku semasa sedang haid. Maka Umar R.A
bertanya kepada Rasulullah tentang perkara tersebut. Maka
Rasulullah bersabda: Suruhlah Ibn Umar merujuk isterinya.
• “Daripada Umar R.A, bahawa Rasulullah telah menceraikan
Hafsah kemudian telah merujuknya kembali.”
• Dalam kedua-dua hadith ini menunjukkan bahawa
sekiranya seseorang suami telah menceraikan isterinya
maka rujuk boleh dilakukan

• Hadith ini merupakan hujah yang cukup kuat kerana rujuk


telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah kepada isterinya.

• Hadith Ibn Umar telah dijadikan hujah berkenaan dengan


kesaksian kerana Rasulullah telah menyuruh Ibn Umar
merujuk kepada isterinya tanpa menyebutkan saksi.
RUKUN RUJUK

• Tiga (3) rukun rujuk yang disepakati oleh para


fuqaha’ :
• suami yang melakukan rujuk;
• isteri yang dirujuk; dan
• lafaz rujuk.
RUKUN RUJUK

• Bagi rukun suami yang melakukan rujuk, para


fuqaha’ telah bersepakat menyatakan suami
tersebut hendaklah mempunyai keahlian untuk
berkahwin, baligh, tidak gila dan tidak mabuk
serta dengan kemahuan sendiri
RUKUN RUJUK
• Rukun isteri yang dirujuk pula mempunyai
beberapa syarat iaitu isteri yang diceraikan
mestilah dalam keadaan ‘iddah raj‘i

• Syarat lain adalah isteri hendaklah bukan


diceraikan dengan talaq ba’in sughra atau talaq
ba’in kubra seperti perceraian sebelum
persetubuhan, perceraian talak tiga atau khulu‘.
RUKUN RUJUK
• Rujuk juga tidak boleh dan tidak sah dilakukan secara
ta‘liq seperti mengatakan “aku rujuk kamu sekiranya
kamu sudi bersamaku kembali”.

• Wanita yang dirujuk juga hendaklah ditentukan secara


tepat dan bukannya dengan pilihan.

• Rukun sighah dalam rujuk terdapat dua pembahagian


iaitu lafaz sarih dan lafaz kinayah yang memberi kesan
terhadap kesahan rujuk.
RUKUN RUJUK
• Para fuqaha’ telah bersependapat menyatakan bahawa lafaz
sarih yang dibuat mengenai rujuk tidak memerlukan kepada
sebarang niat, seperti suami berkata kepada isterinya “aku rujuk
akan kamu”.

• Dalam hal lafaz sarih ini tidak timbul sebarang keraguan terhadap
sabitan rujuk kerana sudah jelas lafaz yang dibuat adalah
membawa maksud kepada rujuk.

• Mazhab Shafi’i amat menekankan hal rujuk melalui lafaz yang


mana wajib suami merujuk kepada isterinya dengan lafaz sahaja.
RUKUN RUJUK
• Para fuqaha’ berbeza pendapat sekiranya rujuk
menggunakan lafaz kinayah.

• Mazhab Hanafi, Maliki dan Shafi‘i berpendapat bahawa


rujuk boleh dilakukan dengan lafaz kinayah seperti “kamu
isteriku” atau “marilah kamu bersamaku”.

• Bagi mazhab Hanbali, lafaz kinayah adalah tidak boleh


dilakukan dalam hal rujuk untuk bersama kembali kepada
isteri.
RUKUN RUJUK

• Dalam hal lafaz kinayah ini dilihat sebagai lafaz yang


mendatangkan keraguan kepada rujuk.

• Maka lafaz ini perlulah dibuktikan dengan niat yang


jelas sama ada suami mahu merujuk kepada isteri
semula ataupun tidak
RUJUK MELALUI PERBUATAN
• Fuqaha’ telah berselisih pendapat dalam hal rujuk melalui
perbuatan kerana rukun rujuk hanya lafaz sahaja yang
diterima pakai secara ijma‘ ulama’.

• Walau bagaimanapun, para fuqaha’ mempunyai beberapa


hujah dalam hal rujuk perbuatan bagi kesahan menzahirkan
rujuk ini.

• Terdapat dua pendapat utama dalam hal rujuk melalui


perbuatan iaitu pendapat yang membolehkannya dan
pendapat yang menolak cara rujuk melalui perbuatan ini.
RUJUK MELALUI PERBUATAN

• Pendapat pertama adalah pendapat dari mazhab Shafi‘i


yang menyatakan rujuk hendaklah dibuat secara lafaz
dan tidak boleh melakukan rujuk secara perbuatan
seperti mengucup isteri, bercumbuan-cumbuan,
bersetubuh atau sebagainya kerana perbuatan ini tidak
menzahirkan rujuk secara jelas
RUJUK MELALUI PERBUATAN

• Pendapat kedua adalah pendapat sebilangan mazhab


Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Hanbali yang
membenarkan rujuk melalui perbuatan.

• Sebilangan fuqaha’ mazhab Hanbali membenarkan


rujuk melalui perbuatan dengan jalan persetubuhan
sahaja.
RUJUK MELALUI PERBUATAN

• Persetubuhan yang dimaksudkan adalah persetubuhan


sebenar dan bukannya dengan berciuman dan bersentuhan
walaupun melihat faraj.

• Rujuk melalui perbuatan dibolehkan tanpa niat dan tanpa


saksi.
RUJUK MELALUI PERBUATAN
• Sebilangan fuqaha’ mazhab Maliki membenarkan rujuk
dengan perbuatan tetapi niat rujuk mestilah disertakan sekali
dalam perbuatan tersebut.

• Perbuatan yang dikira rujuk adalah termasuk persetubuhan,


menyentuh atau melihat faraj isteri.

• Mazhab Hanafi mempunyai pandangan yang agak terbuka


sedikit tentang rujuk melalui perbuatan ini iaitu rujuk dengan
perbuatan dibolehkan dengan cara persetubuhan, berciuman,
bersentuhan atau melihat faraj isteri dengan perasaan.
RUJUK MELALUI PERBUATAN
• Hanya mazhab Hanafi sahaja yang mengiktiraf rujuk melalui
perbuatan sama ada paksa atau secara sukarela, sama ada
ianya dilakukan oleh suami atau isteri.

• Bagi pendapat ini, perbuatan yang dilakukan seperti bercumbu-


cumbuan atau bersekedudukan adalah suatu perbuatan yang
lebih besar dari lafaz yang dinyatakan untuk tujuan rujuk.

• Walau bagaimanapun, dalam kitab Hashiyyah Ibn ‘Abidin


berpendapat bahawa rujuk secara perbuatan walaupun ia
sah tetapi ia membawa hukum makruh.
RUJUK MELALUI PERBUATAN
• Perbezaan pandangan di kalangan fuqaha’ dalam hal
mensabitkan rujuk melalui perbuatan adalah berdasarkan
kepada ketiadaan nas yang terang menjelaskan perkara ini.

• Dalil dan nas tentang rujuk hanya menjelaskan pensyariatan


rujuk serta masa yang membolehkan rujuk iaitu semasa
‘iddah.
RUJUK MELALUI PERBUATAN

• Oleh yang demikian, fuqaha’ telah mengemukakan


justifikasi mereka sendiri terhadap tafsiran kaedah
melakukan rujuk.

• Soal rujuk dengan perbuatan adalah merupakan perkara


ijtihadi kerana ketiadaan nas yang qat‘i.
KATEGORI RUJUK
• Rujuk itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sunni dan bid’i.

• Rujuk sunni bermaksud apabila seseorang itu melafazkan


rujuknya, ada yang menyaksikan rujuk tersebut dan isteri
mengetahui berlakunya rujuk tersebut.

• Rujuk bid‘i bermaksud rujuk melalui perbuatan ataupun


seseorang itu merujuk isteri dengan lafaz tanpa ada saksi
dan tidak dimaklumkan kepada isteri.
KATEGORI RUJUK
• Mazhab Maliki penerimaan rujuk melalui cara ini adalah
diterima tetapi mereka sangat berhati-hati untuk
mensabitkannya melainkan perbuatan tersebut mempunyai niat
untuk merujuk, ini kerana berdasarkan kepada dalil hadith setiap
perbuatan dengan niat.

• Mazhab Shafi‘i merupakan pandangan yang tidak akan


mewujudkan sebarang kesangsian. Ini adalah kerana lafaz
merupakan suatu kaedah yang tidak dapat dipertikaikan dalam
urusan pernikahan dan perceraian. Ia adalah lebih jelas, selamat
dan dapat mengelakkan dari sebarang penipuan yang boleh
dibangkitkan oleh pihak suami.
• Sekiranya seorang suami ingin merujuk semula kepada
isterinya maka dia perlu melafazkan rujuknya sebagaimana dia
telah melafazkan cerai.

• Sekiranya rujuk dengan perbuatan adalah sah, maka tidak


terdapatlah sebarang perbezaan di antara perhubungan
kelamin semasa dalam perkahwinan dan selepas diceraikan.
Oleh yang demikian, lafaz rujuk merupakan garis pemisah
di antara keadaan yang mengharamkan perhubungan
kelamin (talak) dengan hidup kembali sebagai suami isteri
(rujuk).
• Mazhab Shafi‘i menyatakan walaupun rujuk melalui
perbuatan adalah tidak sah dalam mensabitkan berlakunya
rujuk, persetubuhan yang berlaku semasa ‘iddah raj’i sama
ada dengan niat ataupun tidak dengan niat maka
persetubuhan itu adalah persetubuhan shubhah.

• Bagaimanapun tidak akan dikenakan had bagi pasangan


tersebut.
RUJUK MENURUT UNDANG UNDANG
KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA
• Setiap negeri di Malaysia telah memperuntukkan berkenaan
dengan rujuk di bawah Peruntukan “Hidup Semula Sebagai Suami
Isteri atau Rujuk” dalam Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam.

• Setiap negeri memperuntukkan perkara yang hampir sama


dengan menyatakan beberapa perkara berkaitan dengan
prosedur rujuk seperti melaporkan rujuk, penyiasatan rujuk,
pendaftaran rujuk, perlantikan jawatankuasa pendamai kes rujuk
dan kesalahan berkenaan tidak melaporkan rujuk
Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran
Undang-undang Keluarga Islam 1991
(1) Dalam seksyen ini "bersekedudukan semula" ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum
perceraian menjadi tak boleh dirujukkan.

(2) Jika, selepas sesuatu talak rajii, persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama dan disaksikan oleh
dua orang saksi yang adil, pihak-pihak itu hendaklah dalam masa tujuh hari melaporkan hal persekedudukan semula
itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.

(3) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan jika berpuas hati bahawa persekedudukan
semula telah berlaku mengikut Hukum Syarak, hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat
suatu endorsemen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah
didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang
berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam borang yang
ditetapkan.

(4) Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua
Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada
catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

(5) Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana
dikehendaki oleh sub-seksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(6) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar yang kepadanya laporan di bawah sub-seksyen (2) itu
dibuat, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat
perakuan persekedudukan semula itu dan hendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada
Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan surat perakuan persekedudukan
semula itu, dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula itu
dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar
Perceraian dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua
Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat endorsmen
pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

(7) Jika talak rajii telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri
supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.

(8) Jika selepas talak rajii suami melafazkan rujuk dan isteri telah bersetuju terhadap rujuk itu, isteri boleh,
atas permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan
jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik mengikut Hukum Syarak sebaliknya dan jika demikian
halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana di peruntukkan di bawah
Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

(9) Jika selepas talak rajii suami melafazkan rujuk tetapi isteri telah tidak bersetuju terhadap rujuk itu kerana
sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak, dia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup
semula sebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai
sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.
Seksyen 132 Persetubuhan Luar Nikah
(EUUKIS) 2003

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan
semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju’ yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus
ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya denda dan penjara
itu.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah
berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah


subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya denda dan penjara itu.
RUJUK TANPA KERELAAN ISTERI
• Rujuk merupakan hak mutlak suami ke atas isterinya. Hak ini
hanya ada pada suami dan tidak pada isteri.

• Suami berhak untuk merujuk kepada isterinya walaupun tidak


meminta izin kepada isterinya terlebih dahulu.

• Walau bagaimanapun dalam situasi isteri tidak rela bersama


dengan suaminya untuk hidup bersama, isteri mempunyai hak
untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah berkenaan
dengan ketidakrelaan isteri terhadap rujuk yang dibuat oleh
suami.
KES RUJUK:
NORHAYATI BTE TASRIP LWN HAMID BIN CHE MAT (1990) 9 JH 117

• Pihak suami mengatakan bahawa dia telah rujuk dengan isterinya


tetapi tidak mengemukakan saksi-saksi dan rujuk dan rujuk itu
dipersoalkan oleh isterinya

• Mahkamah Rayuan Syariah Selangor menyatakan bahawa rujuk


tidak perlu dibuktikan dengan saksi-saksi

• Hakim dalam kes ini memutuskan bahawa rujuk itu sah dengan
bersandarkan sebahagian surah Al-Baqarah ayat 228
KES RUJUK:
SITI HAWA LWN MOHAMED REDZUAN (1990) 7 JH 180
• Mahkamah telah memutuskan bahawa rayuan isteri terhadap
rujuk yang dibuat tanpa kerelaannya adalah sah kerana rujuk
adalah hak suami.

• Hakim dalam kes ini telah mengeluarkan hujah berdasarkan ayat


al-Quran, al-Hadith dan pendapat fuqaha’.

• Menerusi kes ini dilihat bahawa rujuk yang dibuat tanpa kerelaan
isteri bolehlah dikemukakan ke Mahkamah Syariah dan
mahkamah perlu menghakimi berdasarkan kepada undang-
undang yang ada dan juga sumber Hukum Syarak
KES RUJUK:
RAMLI LWN SALLEH DAN BUNGA (1982) 8 JH 171

• Mahkamah membatalkan rujuk antara responden pertama dan


kedua atas permohonan Imam dengan alasan mereka sudah
bercerai 3 kali dengan talak di Pejabat Kadi.

• Pertama - bercerai dengan talak pada 29.10.1980 dan rujuk pada


22.11.1980.
• Kedua - cerai dengan talak tidak didaftarkan pada 29.7.1981 dan
mereka rujuk pada malam itu juga.
• Ketiga - bercerai di Pejabat Kadi dan kembali rujuk pada
22.5.1982.
KES RUJUK:
RAMLI LWN SALLEH DAN BUNGA (1982) 8 JH 171

• Persoalan: Sahnya rujuk pada 22.5.1982 itu bergantung kepada sah


ataupun tidak penceraian yang tidak didaftarkan pada 29.7.1981 itu

• Responden kedua memberi keterangan bahawa mereka tidak


berpuas hati dengan talak pada 29.7.1981 itu kerana ketiadaan Imam
pada ketika itu.

• Mahkamah menjelaskan bahawa soal penceraian mengikut Hukum


Syarak, bukan dimestikan Imam menjadi saksi.Mahkamah
memutuskan bahawa mereka telah bercerai dengan talak ketiga
dan membatalkan rujuk pada 22.5.1982.
Bolehkah rujuk dengan cara bers
1. The question is thus, not whether a ruju’ can be made upon the wife, but, whether the so-called “ruju’”
which was made by the act of the husband, i.e. resuming cohabitation with the wife, was a valid one. It
would be of significance for us to know the rukun (pillars) of ruju’, and whether all the pillars are fulfilled.

2. A Kuala Terengganu case of Abdullah Fuad bin Mamat v Maliza bt Awang [2013] 1 SHLR 76 had elucidated
about the pillars of ruju’ rather clearly by referring to Kitab Mughni al-Muhtaj, Volume 5, page 2. The
three pillars of ruju’ are: “…the husband, the pronouncement used and the wife (former wife in the
period of ‘iddah)”.

3. The kitab further elaborated on the first pillar of ruju’ by stating: “… the conditions of the husband who
wishes to reconcile are the same as the conditions to marry, which are: a person who has attained the
age of maturity (baligh), of sound mind, done willfully (not coerced nor under duress), not a murtad…”

4. Thus, in order to satisfy the requirements of the first pillar of ruju’, as the husband, you must ensure that
all of these conditions are met during the act of reconciliation.

5. Moving on to the second pillar of ruju’ which is the pronouncement used. What is interesting in this
present case is that, there is no mention of any form of pronouncement (verbal) of ruju’ being made.
Nevertheless, the “ruju’” was made through an act of resuming cohabitation. Therefore, we have to
determine whether resuming cohabitation with the divorced wife (talaq raj’i) during her period of ‘iddah,
KES RUJUK
NORSHINAH BTE KAMARIDUN V BAHARUDDIN BIN OTHMAN [2005]

Kes ini membincangkan tentang kesahihan ruju’ dengan cara hidup


bersama dan melakukan hubungan seksual. Kes ini merujuk kepada
Kitab Mughni Muhtaj, Jilid 5, di muka surat 6, yang menyatakan: "Tidak
akan ada ruju' melalui hubungan seksual."
IDDAH
DEFINISI IDDAH
 Perkataan - Menghitung atau mengira sesuatu bilangan dari
awal sehingga akhir.

 Dari segi syarak – suatu tempoh menunggu oleh seorang Wanita


yang diceraikan dan ketika tempoh tersebut, tiada sebarang
pinangan ataupun perkahwinan dengan lelaki lain dibenarkan
sama sekali.

(i) Setelah berlakunya perceraian ; atau


(ii) Setelah kematian suami.
DALIL AL-QURAN KEWAJIPAN IDDAH

Surah Al-Baqarah: 228: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu


hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin)
selama tiga kali suci.”

Surah Al Talaq: 4 : “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu


yang tiada kedatangan haid (menopaus) jika kamu menaruh syak
(terhadap tempoh idah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan
(demikian) juga untuk perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Dan perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga
mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”
DALIL AL-SUNNAH KEWAJIPAN IDDAH
Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab beliau berkata, aku telah bertanya kepada
Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, isteri-isteri yang hamil iddahnya sehingga
melahirkan anak, adakah itu untuk seorang isteri yang ditalak tiga ataupun isteri
yang kematian suami?” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “ Untuk isteri yang
ditalak tiga dan juga isteri yang kematian suami.”
(Riwayat Ahmad dan Dar al-Qutni)

Diriwayatkan daripada Fatimah binti Qais, beliau berkata, “suami saya menceraikan
saya dengan talak tiga (kali) sedang aku khuatir ia menggangguku. Lalu Nabi
Muhammad SAW menyuruhnya (supaya berpindah), kemudian dia pindah.”

Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a yang
bermaksud, “Rasulullah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber’iddah dengan
tiga kali haid.
HIKMAH PENSYARI’ATAN IDDAH
1. Untuk memastikan tiada sebarang kandungan di dalam rahim wanita yang
bercerai dan selanjutnya bagi memastikan nasab/keturunan kepada anak
yang bakal dilahirkan.

2. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir
dan menilai semula segala tindakandan kesilapan yang telah dilakukan
termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga
dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya.

3. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh
berkabung bagi menghormati danmengingati nikmat perkahwinan terdahulu.
Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan
isterikepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang
pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.
3 FAKTOR UTAMA UNTUK BER’IDDAH
FAKTOR PERTAMA PERCERAIAN
• Kiraan iddah bermula serta merta iaitu semenjak hari perceraian
dijatuhkan oleh suami dan bukannya dikira daripada Tarikh Mahkamah
Syariah mengesahkan perceraian tersebut.

• Hanya dikenakan kepada Wanita yang berkahwin secara sah dan


diceraikan selepas berlakunya persetubuhan berdasarkan firman Allah
SWT:

• Surah Al-Ahzab: 49: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu


berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian
kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah
kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu
boleh menghitung masanya.”
Keadaan isteri yang memberi kesan terhadap perhitungan
‘iddah selepas perceraian ialah:

Wanita berhaid

Wanita yang berhaid dan tidak Wanita yang tidak pernah didatangi haid dan
mengandung ketika perceraian menopaus ketika perceraian hendaklah beriddah
hendaklah ber’iddah selama tiga kali selama 3 bulan qamariyyah (menurut bulan Hijrah):
suci:
Surah Al-Talaq:4: “Dan Perempuan-perempuan dari
Surah Al-Baqarah:228: “Dan isteri-isteri kalangan kamu yang tiada kedatangan haid
yang diceraikan itu hendaklah (menopaus) jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh
menunggu dengan menahan diri mereka iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan
(dari berkahwin) selama tiga quru’ “ (demikian) juga untuk perempuan-perempuan yang
tidak berhaid. Dan perempuan mengandung, tempoh
iddahnya ialah sehingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya.”
Keadaan isteri yang memberi kesan terhadap perhitungan
iddah selepas perceraian ialah:
Wanita yang Belum Disetubuhi
Wanita Mengandung • Dikenali sebagai ‘janda berhias’.
• Alquran menetapkan tiada sebarang iddah melalui surah Al-
Ahzab:49
Wanita yang mengandung • S 14(3), Akta 303 dan s 14(3) Enakmen No. 2 Tahun 2003 (N.
hendaklah ber’iddah sehingga Selangor) mengkanunkan agar ‘janda berhias’ turut menjalani
melahirkan: iddah.
• Jika ingin berkahwin, Akta/Enakmen juga memperuntukkan agar
Wanita tersebut memperolehi kebenaran daripada mahkamah
Surah Al-Talaq:4: “Dan perempuan terlebih dahulu.
mengandung, tempoh iddahnya • Bertujuan untuk menjaga kemaslahatan keturunan pasangan
ialah sehingga mereka melahirkan terbabit dan seterusnya mengelakkan berlakunya kecelaruan nasab.
anak yang dikandungnya.” Akta/Enakmen memperuntukkan seperti berikut:
• “jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah
S 47(16) dan (17) Akta UU Keluarga disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh,
dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang
Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan
kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat
pengantin perempuan itu bermastautin.”
FAKTOR KEDUA - KEMATIAN SUAMI
Wanita yang tidak mengandung
Wanita yang mengandung
• Tempoh iddah - 4 bulan 10 hari
• Sekiranya seorang suami meninggal dunia ketika isterinya
 Iddah bagi Wanita yang sedang menjalani iddah kerana ditalaq raj’i, maka hendaklah
mengandung dan dalam masa memulakan semula iddah selama 4 bulan 10 hari bermula
yang sama kematian suaminya daripada tarikh kematian suaminya.
adalah sehingga melahirkan • Ini adalah kerana Wanita yang masih berada dalam tempoh
idah talaq raj’i masih lagi dianggap sebagai isteri kepada
kandungan tersebut.
suami yang menceraikannya.
• Dalil bagi tempoh iddah kerana kematian suami adalah:
Surah Al-Talaq:4: “Dan perempuan • Surah Al-Baqarah:234: “Dan orang-orang yang meninggal
mengandung, tempoh iddahnya dunia, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah
ialah sehingga mereka melahirkan isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber iddah) selama
anak yang dikandungnya.” empat bulan sepuluh hari”
• Bagi anggapan kematian pula hanya bermula daripada Tarikh
perintah tersebut dikeluarkan oleh mahkamah syariah dan
bukan bermula dari Tarikh kehilangan suami tersebut.
FAKTOR KETIGA - WAT’IE SYUBHAH
Keadaan 1 Keadaan 2
● Kesilapan isteri/suami dengan
● Persetubuhan di antara pasangan menyangka bahawa pasangan
yang menyangka bahawa yang melakukan persetubuhan
pernikahan mereka adalah sah dengannya merupakan
tetapi fasid oleh mahkamah suami/isteri yang sah,
syariah atas alasan-alasan sedangkan pada hakikatnya
tertentu. lelaki/perempuan yang
disetubuhi tersebut bukanlah
suami/isterinya.
FAKTOR KETIGA - WAT’IE SYUBHAH (Samb)
• Di dalam kes M lwn N, Kes Mal: 04003-054-0404-2009, Mahkamah
Tinggi Syariah Melaka menyatakan bahawa wanita yang melakukan
hubungan kelamin dalam keadaan ketidakpastian status perkahwinannya
selepas diceraikan hendaklah menjalani iddah mu’asyarah selama tiga kali
suci. Tiga kali suci bermula dari pasangan itu tidak lagi tinggal bersama
ataupun ketika berhenti dari melakukan mu’asyarah.

• Plaintif telah diceraikan di luar mahkamah pada 30 Januari 2009. Tetapi


mereka masih lagi tinggal bersama seolah-olah masih kekal sebagai
suami isteri. Defendan tidak berhasrat untuk merujuk kembali kepada
Plaintif. Semasa dalam tempoh tersebut, pasangan ini telah mengadakan
hubungan kelamin dan tiada usaha untuk mendaftarkan rujuk mereka.
FAKTOR KETIGA - WAT’IE SYUBHAH (Samb)

• Defendan kemudiannya keluar dari rumah tersebut pada 16 Ogos 2009


iaitu selepas Plaintif memfailkan permohonan pengesahan talak yang
dilafazkan oleh Defendan. Lafaz talak ini dijatuhkan buat kali kedua
semasa mereka masih berada dalam tempoh mu’asyarah tersebut. (tiada
dinyatakan bila talak kali kedua dilafazkan)

• Di dalam penghakiman, oleh kerana Plaintif dan Defenden masih kekal


hidup sebagai pasangan walaupun tiada lafaz rujuk diucapkan, maka
pasangan ini telah melakukan perbuatan wat’ie syubhah/persetubuhan
syubhah.
FAKTOR KETIGA - WAT’IE SYUBHAH (Samb)
• Oleh itu Plaintif hendaklah menjalani iddah mu’asyarah iaitu iddah hakiki
(3 kali suci) dan juga hendaklah beriddah mu’asyarah bermula daripada
tarikh Defendan menyatakan hasrat untuk tidak lagi bermu’asyarah
bersama beliau. Maka iddah tiga kali suci hendaklah dikira daripada 16
Ogos 2009 dan bukannya bermula dari tarikh talak diucapkan.

• Seseorang wanita yang bermu’asyarah dengan suaminya selepas ditalak


adalah tertakluk kepada beberapa hukum selama berada dalam tempoh
iddahnya.
FAKTOR KETIGA - WAT’IE SYUBHAH (Samb)

• Lima hukum tersebut ialah sama dengan wanita yang berada dalam
tempoh iddah talak raj’ie iaitu boleh disabitkan talak dalam iddah
mu’asyarahnya, suami wajib menyediakan tempat tinggal, tidak boleh
dikenakan hudud (zina) dan suami diharamkan berkahwin dengan mana-
mana wanita yang diharamkan untuk dikumpulkan bersama isterinya.

• Suami juga diharamkan berkahwin dengan mana-mana wanita sekiranya


isteri yang masih berada dalam iddah mu’asyarah merupakan salah
seorang daripada empat orang isteri yang sedia ada.
Rujukan
Abdullah, R., & Mahmod, Z. (2010). Rujuk: Peruntukan Undang-undang dan
Pelaksanaannya di Malaysia. Jurnal Syariah , 18(1), 25–52.

Abd Rahman , H. M. S. (2017). Undang-undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan -


Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa . Imtiyaz Multimedia and Publication .

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Kaedah-


Kaedah. International Law Book Services (2023)

Mat Amin , R., Abdullah , R., & Mat Hussin , M. N. (2022). Pembubaran Perkahwinan,
Nusyuz Dan Idah di Mahkamah Syariah. Penerbit Universiti Malaya.

Nik Badli Shah , N. N. (2012). Perkahwinan dan Penceraian di Bawah Undang-undang


Islam . International Law Book Series.

https://peguamsyariefas.com.my/the-validity-of-ruju-resuming-sexual-intercourse/
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like