You are on page 1of 2

Siapakah yang sepatutnya mengadakan atau menanggung majlis walimah?

Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu
pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan
adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah
disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: ‘’Para ulama berpendapat
bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama
berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan
kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan
bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul
Rahman bin ‘Auf. Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada
hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis,
Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597).

Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak


pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-
Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau ‫أولم‬
(lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada
pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf ‫( أولموا‬lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan).
Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.

Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar
berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan
bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya,
serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.
Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara
menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T

ُ ‫ا ْع َملُوا آ َل َد ُاوو َد‬


‫ش ْك ًرا‬
Maksudnya: Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur.

Surah Saba’ (13)


Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan
adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri. Manakala berkaitan isu majlis
walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai
contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya
majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin
perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah
ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis (Hlm.
598).

Terangkan hukum menghadiri majlis walimatulurus

Secara umumnya, menghadiri kenduri perkahwinan adalah suatu perkara yang


diperintahkan. Dan seperti yang diketahui bahawa setiap kata perintah yang terdapat di dalam
Al-Quran dan Al-Sunnah membawa kepada hukum wajib, melainkan jika terdapat petunjuk-
petunjuk lain yang mengalihkan hukum wajib tersebut. Pendapat yang menyatakan kewajipan
menghadiri kenduri kahwin ini merupakan pendapat jumhur para ulama. Mereka berdalilkan
dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‫ي أ َ َح ُد ُك ْم ِإلَى ْال َو ِلي َم ِة فَ ْليَأْتِ َها‬


َ ‫ِإ َذا ُد ِع‬
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka
hadirlah ia. Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi S.A.W ‫ فَ ْليَأْتِ َها‬yang
merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya

di sisi kaedah fekah.

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata: ‘’Pendapat
paling sahih dalam mazhab kami, hukum menghadiri kenduri perkahwinan adalah fardhu ‘ain
bagi mereka yang dijemput, akan tetapi kewajipan tersebut gugur disebabkan beberapa
keuzuran berikut:

syubhah (keraguan) pada makanan.

-orang kaya sahaja untuk hadir.

Begitu juga beberapa keuzuran lain seperti yang disebutkan oleh Dr. Wahbah Al-
Zuhaili : ‘’Antara keuzuran yang menggugurkan kewajipan untuk memenuhi jemputan adalah:
Banyaknya kesesakan, hujan lebat, jalan lecah, sakit, dan seumpamanya’’. Rujuk Al-Fiqh Al-
Islami wa Adillatuh, Al-Zuhaili (9/6622).

You might also like