You are on page 1of 3

2.

0 DALIL

2.1 AL-QURAN

Maksudnya: “ Dan apabila kamu bepergian di muka bumi ini , maka tidaklah mengapa
kamu mengqasarkan solat (kamu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir ,
Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah An-Nisa’:101)

Ayat diatas merupakan dalil pensyariatan bagi solat jamak dan qasar. Di samping itu, ayat
ini juga membahaskan tentang kelonggaran yang diberikan oleh Allah S.W.T. terhadap umat
islam untuk memendekkan solat ketika di dalam kesusahan. .”. Menurut Ibnu al-Arabi ketika
beliau mentafsirkan ayat ini beliau mengatakan ; “ Dan yang dimaksudkan mengqasarkan itu
ialah merujuk kepada memendekkan jumlah rakaat daripada empat kepada dua.” (Ahkam al-
Quran (2/459)). Manakala, Ibnu Kathir menyatakan ayat diatas bermaksud mengurangkan
jumlahnya. Iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. (Tafsir al-Quran
al-Azim (2/672)).

2.2 HADIS

Dalil dari Al-Sunnah yang membuktikan keharusan solat jamak dan qasar ialah hadis yang
diriwayatkan daripada Ya’la Bin Umayyah , dimana beliau telah bertanyakan Umar Al-
Khattab R.A. berkenaan ayat 101 Surah An-Nisa’ yang menyatakan tidak menjadi sebarang
kesalahan untuk mengqasarkan solat di dalam keadaan takut , di mana beliau (Ya’la)
bertanyakan Saidina Umar , “ bukankah sekarang kita telah merasa aman dari ketakutan
itu ?”.
Lalu Saidina Umar R.A. merasa hairan tentang persoalan yang ditanyakan itu,
menyebabkan beliau bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W akan hal itu, lalu Rasulullah
S.A.W menjawab dengan bersabda:

Maksudnya: “Ianya (solat qasar) adalah suatu pemberian daripada Allah kepada kamu maka
terimalah pemberianNya” (Hadis Riwayat Muslim, no.686). (Zulkarnain & Azhar , 2015).

Hadis seterusnya , daripada Ibn Abbas r.a. :

Maksudnya: “Nabi S.A.W. menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika
peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat zohor dengan solat Asar dan solat Magrib
dengan isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas : Apakah yang
mendorong Baginda berbuat begitu ? jawabnya : baginda tidak menyusahkan umatnya.”
(Riwayat Muslim (705)). (al-majmu’ syarh al-muhadzdab (4/359)).
2.3 IJMA’

Menurut jumhur ulama , mereka berpendapat bahawa solat jamak dan qasar adalah harus
bagi musafir dan diberi rukhsah iaitu diberi pilihan sama ada solat secara qasar atau secara
tamam. Menurut Imam Syafie , solat jamak dan qasar bukanlah satu kewajipan tetapi ianya
merupakan satu keringanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hambanya dalam
menunaikan ibadah solat . Seterusnya, bagi orang yang bermusafir mereka diberikan pilihan
sama ada hendak melakukan solat secara jamak qasar ataupun secara tamam. (Zulkarnain &
Azhar , 2015).

Selain itu , menurut pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Syafie , pendapat Imam
Ahmad dan Khulafa’ Ar-Rasyidin; mengqasarkan solat ketika musafir pada asalnya atau
umumnya (tanpa mengira jarak) adalah lebih afdal dari solat sempurna. Ini kerana Rasulullah
dan Khulafa’ Rasyidin selepas baginda , sentiasa melakukan solat secara qasar dalam setiap
permusafiran mereka. (Zulkarnain & Azhar , 2015).

Imam Nawawi di dalam Syarah Soheh Muslim mengatakan: para ulama berselisih
pendapat berkenaan hukum mengqasarkan solat semasa musafir. Imam Syafie , Imam Malik
dan kebanyakkan para ulama menyatakan , adalah harus sama ada menqasarkan solat atau
solat secara sempurna (kedua-dua jenis solat harus dilakukan ) ketika musafir tetapi pendapat
yang sahih dan mashyur ialah mengqasarkan solat adalah lebih afdal . ( Al-Fiqh Al-Islami
Wa Adillatuh ).

You might also like