You are on page 1of 48

AL-QURAN

(SYAFAAT & HUJAH)

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari alQuran dan mengajarnya kepada orang lain. (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca alQuran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Musa Al Asyari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran.(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Daripada Uqbah Bin Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya. (Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Daripada Ibnu Masud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Daripada Ibnu Masud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran. (Hadis Riwayat Muslim )

Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca alQuran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

AL-QURAN MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah s.w.t (menghampir diri kepada-Nya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripada-Nya yakni al-Quran

AL-QURAN

SEBAGAI CAHAYA KEHIDUPAN DAN BEKALAN KE AKHIRAT. Sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. : Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalanamalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.

AL-QURAN SEBAGAI KEMEGAHAN BAGI UMAT ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

AL-QURAN ADALAH SATU PERLEMBAGAAN YANG LENGKAP BAGI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus.

(Surah Al-Maidah: 15 &16)

AL-QURAN

JUGA MERUPAKAN SENJATA YANG PALING BERKESAN UNTUK MEMBERSIHKAN JIWA DAN MENYINARKANNYA

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar r.a berkata:Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

MEMBACA AL-QURAN DISIFATKAN SEBAGAI SANTAPAN ROHANI KEPADA TIAP-TIAP ORANG ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )

Daripada Aisyah r.a. telah berkata:

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata: Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata :

Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. ( Riwayat Tirmizi )

Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.

( Riwayat Abu Daud dan Tirmizi )

Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :

Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. (Riwayat Muslim )

Daripada

Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran. ( Riwayat Muslim )

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda yang bermaksud:

Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad. ( Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya. ( Riwayat Tirmizi )

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata :

Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ad Darimi &Tirmizi )

Daripada Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya. ( Riwayat Muslim )

Daripada Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim )

Daripada

Nawwas bin Saman r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya. ( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ( Riwayat al-Tirmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafaat kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran. ( Riwayat al-Tirmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat ( Riwayat Ahmad )

Sabda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya. ( Riwayat al-Bukhari )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan). ( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. ( Riwayat al-Syihab )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang mangajarkan anaknya AlQuran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya. ( Riwayat At Tabrani )

You might also like