You are on page 1of 1

10 HADIS DARIPADA 300 HADIS BIMBINGAN

1. Kewajipan Menyampaikan Ilmu


Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah
daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang
kesempitan dan dosa.”
- Riwayat al-Bukhari

2. Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu


Daripada Ania bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah wajib ke
atas setiap Muslim.”
- Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la

3. Allah s.w.t Bersama Jemaah


Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Pertolongan Allah bersama jemaah.”
- Riwayat al-Tirmizi

4. Mesti Mengamalkan Islam Walaupun Dalam Keadaan Terasing


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan terasing.
Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang
terasing.”
- Riwayat Muslim

5. Rasulullah s.a.w. Penghulu Manusia


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Akulah penghulu manusia pada hari
kiamat.”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim

6. Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan umatku adalah seperti
hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.”
- Riwayat al-Tirmizi

7. Hikmah Berkasih Sayang


Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang itu adalah bersama
dengan orang yang ia kasihi.”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim

8. Mukmin Sebenar
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersukacita dengan
kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya , ia adalah Mukmin.”
- Riwayat Ahmad dan al-Hakim

9. Amalan Pertama Dihisab


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya amalan pertama
seseorang hamba yangdihisab pada hari kiamat ialah solatnya.”
- Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

10. Tempat Yang Disukai Dan Dibenci


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling disukai Allah ialah
masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar.”
- Riwayat Muslim

Untuk mengetahui keseluruhan 300 Hadis Bimbingan, sila dapatkan secara online di
www.nasyid.com.my/hadis.

You might also like