You are on page 1of 86

AIDILADHA

PERPADUAN DAN PENGORBANAN


Oleh:
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Keluaran e-Book, 2020

©Hak cipta terpelihara @ Pejabat Presiden PAS, 2020

UNIT EDITORIAL

Penasihat:
Abdul Malik Ab Razak

Pengurus Penerbitan:
Muhammad Afiq

Ketua Editor:
Muhammad Ikram

Editor:
Tasneem Zainol
Maziah Hasan

Atur Huruf: Diterbitkan oleh:


Siti Nurul Afiqah Amar Synergy Enterprise
amarsynergyenterprise@gmail.com
Reka Kulit & Konsep: 011-20222216
Nurul Afiqah
Diedarkan oleh:
Jualan & Pemasaran: Pustaka Permata Ummah
Muhammad Saifullah No. 9108, Jalan Kerdas 1, Gombak,
Nurul Husna 53100 Kuala Lumpur
011-20907008
PERHATIAN!

Ebook ini merupakan hakcipta penulis dan


Pustaka Permata Ummah.

Ebook ini hanya dibenarkan untuk bacaan


sendiri sahaja dan TIDAK BOLEH diedarkan
secara percuma kepada pihak lain. Anda
juga DILARANG menjual ebook ini atau isi/
sebahagian daripada ebook ini.

Sebarang tindakan melanggar kenyataan


tersebut adalah sebuah pencerobohan hak
dan sebahagian daripada aktiviti mencuri
yang diharamkan dalam Islam.

Terima kasih.
ISI KANDUNGAN
BAB 1 FALSAFAH IBADAT HAJI 2

BAB 2 ISLAM SEBAGAI ASAS 14


KESATUAN

BAB 3 MAKNA PERPADUAN DI 26


SEBALIK IBADAT HAJI

BAB 4 MUSIBAH AKIBAT 38


KELEMAHAN UMAT

BAB 5 MENELUSURI UJIAN PARA 50


ANBIYA’

BAB 6 MAKNA PENGORBANAN 57


YANG SEBENAR

BAB 7 MALAPETAKA MENINGGALKAN 65


AJARAN ISLAM
ISLAM SEBAGAI ASAS KESATUAN
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu berasal daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), berbangsa-bangsa dan bersuku kaum, tujuannya
supaya kamu bertaaruf (berkenalan secara bermasyarakat). Sesungguhnya yang paling mulia
di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan paling tahu berkenaan
urusan kamu.” (Surah Al-Hujurat: 13)

MAKNA PERPADUAN DI SEBALIK IBADAT HAJI


“Serulah manusia supaya menunaikan ibadat haji, mereka mesti datang menyahut seruanmu,
sanggup menunggang unta sehingga kurus melalui jalan yang jauh.” (Surah Al-Hajj: 27)

MUSIBAH AKIBAT KELEMAHAN UMAT


“Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu mentaati orang-orang yang kafir itu,
nescaya mereka memesongkan kamu sehingga menjadi sesat dan kamu terlingkup
mendapat kerugian. (149); Bahkan sebenarnya Allah sahaja Tuhan yang memelihara kamu, dan
Dialah sahaja sebaik-baik yang menolong. (150).” (Surah Ali ‘Imran: 149-150)

PERPADUAN

FALSAFAH IBADAT HAJI


PENGORBANAN
MENELUSURI UJIAN PARA ANBIYA’
Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja, apabila mereka berkata:
“Kami telah beriman.” (2); Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui juga
orang-orang berdusta, (3).” (Surah Al-’Ankabut: 2-3)

MAKNA PENGORBANAN YANG SEBENAR


“Maka ketika Ismail sampai ke peringkat umur yang mampu berusaha bersamanya, Ibrahim
berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih
dirimu, maka apa pandanganmu mengenainya? Kata Ismail: Wahai bapaku, laksanakanlah apa
yang diperintahkan. Kamu akan mendapatiku dengan izin Allah, merupakan orang yang sabar.”
(Surah As-Saffat: 102)

MALAPETAKA AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM


“Dan sesiapa yang tidak suka kepada agama (Islam) yang dianut oleh Ibrahim AS maka
sesungguhnya orang itu telah membodohkan dirinya sendiri. Dan sesungguhnya Kami telah
memilih Ibrahim AS di dunia ini (menjadi Rasul) dan sesungguhnya dia di akhirat nanti
termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh.” (Surah Al-Baqarah: 130)
BAB 1
FALSAFAH
IBADAT HAJI

“Sesungguhnya rumah pertama yang


diletakkan kepada manusia (supaya
beribadat kepada Allah) ialah yang
berada di bumi Makkah, yang diberkati
dan menjadi petunjuk kepada manusia.

SURAH ALI IMRAN: 96


falsafah
ibadat haji

H
ari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban disambut
oleh umat Islam sempena pelaksanaan rukun Islam
yang kelima, iaitu ibadat haji. Selain itu, ia juga
disambut sempena pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan
keluarganya yang dipilih Allah SWT kerana berjaya
menyempurnakan semua perintahNya.

Firman Allah SWT:

‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎﮏ ﮐ‬
‫ﮑ ﮒ ﮓﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ‬
‫ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ‬
“Dan tiadalah sesiapa yang bencikan agama
Ibrahim melainkan menjadi orang yang
membodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya
Kami memilih dia di dunia ini (menjadi Rasul
kesayangan Allah) dan sesungguhnya di akhirat
nanti dia dimasukkan di dalam kalangan orang-
orang yang soleh (yang tinggi martabatnya).
(130); Ingatlah apabila berkata oleh Tuhannya:
Islamlah! Ibrahim berkata: Saya Islam kerana
Tuhan Pencipta seluruh alam. (131).”

Surah al-Baqarah: 130-131

Nabi Ibrahim AS membuktikan Islamnya dengan


menyerah diri secara ikhlas kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh menolak syirik (menyekutukan Allah)
4 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

dengan sesuatu yang lain. Sebenarnya mereka yang


mengadakan Tuhan selain Allah SWT benar-benar
membodohkan diri mereka sendiri.

Setiap kejadian manusia itu dimuliakan oleh Allah


SWT dengan kurniaan akal bersama hidayah. Akan tetapi
mereka sendiri merosakkan akal dan menolak hidayah
yang dikurniakan oleh Tuhan.

Sehingga mereka melantik pemimpin yang zalim atau


melantik makhluk yang lebih hina daripada dirinya sendiri
seperti batu, binatang dan lain-lain sebagai Tuhan.
Mereka juga mencipta peraturan dan undang-undang
yang merosakkan diri sendiri dan memusnahkan bumi
yang menjadi tempat kediaman.

Adapun Nabi Ibrahim AS dan para rasul AS pilihan


Allah, dipandang oleh kaum masing-masing sebagai
golongan yang bijak dan diberikan kelebihan
berbanding orang lain.

Walaupun begitu, kebanyakan kaum terdahulu tetap


menolak para Rasul AS sebagai manusia terbaik dan
mengikuti pemimpin yang zalim dan jahat, semata-mata
kerana menginginkan kesenangan hidup seperti makan
minum, tempat tinggal dan harta. Mereka hanya mengikut
hawa nafsu laksana binatang yang tidak berakal.
Bukankah itu dinamakan kejahilan (bodoh)?

Nabi Ibrahim AS sanggup berhijrah meninggalkan


ayah dan keluarga yang tersayang serta tanah air tercinta
apabila dihalau oleh Raja Namrud dan ayahnya yang
kafir. Baginda dan pengikutnya mengasihi Allah SWT
yang Maha Esa lebih daripada kasih kepada orang lain.
falsafah ibadat haji 5
Nabi Ibrahim AS menunaikan perintah Allah SWT
bersama isterinya yang beriman, Hajar AS dan anak lelaki
kesayangannya, Ismail AS yang masih kecil sedang
menyusu dengan meletakkan mereka berdua di bumi
Makkah yang kering kontang tiada air walaupun sedikit
dan kawasan yang tidak sanggup didiami oleh manusia
mahupun binatang.

Setelah anak lelaki kesayangan itu membesar


sehingga peringkat umur bijak berfikir dan mampu berjalan
bersama ayahnya, Allah memerintahkan agar disembelih
anak kecil itu.

Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS bersedia


menerima perintah Allah dan melaksanakannya, namun
Allah SWT membatalkan perintahNya dan digantikan
dengan binatang ternakan.

Semua perkara itu berlaku kerana Nabi Ibrahim AS


dan keluarganya mengenali Allah SWT, menyerahkan diri
mereka menjadi milikNya dan menerima pemberian
Allah yang Maha Rahmat dan Penyayang. Hajar AS dan
Ismail AS terus berada di Makkah sehingga akhir usia
mereka. Allah berfirman:

‫ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ‬
‫ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ‬

“Dan ingatlah apabila Tuhan menguji Ibrahim


dengan beberapa kalimah (perintah), lalu Ibrahim
menunaikan semua dengan sempurna. Tuhan
berkata: Sesungguhnya Aku jadikanmu imam
(pemimpin contoh teladan). Ibrahim berkata:
6 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Jadikanlah juga bagiku zuriat keturunanku. Tuhan


berkata: Ini tidak diberikan kepada orang-orang
yang zalim.”

Surah al-Baqarah:124

Perintah Allah SWT terlebih dahulu ditunaikan oleh


Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail sebelum diketahui
akan keselamatan mereka di bumi Makkah yang kering
kontang dan tidak mengetahui akan rezeki mereka di
dunia. Baginda AS juga tidak mengetahui bahawa
daripada zuriat keturunannya kelak akan dipilih seorang
Rasul akhir zaman yang diutuskan kepada sekalian alam.

Ribuan tahun setelah kematian mereka, kini terserlah


hikmah daripada ketetapan Allah SWT itu apabila seluruh
manusia yang menganut Islam menjadi umat Nabi
Muhammad SAW.

Hari ini manusia dari seluruh pelosok dunia


menghantar wakil untuk berhimpun di Makkah bagi
menunaikan ibadat haji. Pada masa yang sama, melihat
Ka’bah yang menjadi qiblat sembahyang iaitu bangunan
rumah ibadat yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan
Nabi Ismail AS.

Ka’bah menjadi qiblat solat oleh Nabi Muhammad


SAW yang dilahirkan selepas beribu-ribu tahun ketika Nabi
Ibrahim AS tidak melihat apa yang akan berlaku
selepasnya.

Hari ini umat Islam yang menunaikan ibadat haji


berhimpun di tanah suci Makkah melaksanakan syiar
tauhid yang dibawa oleh Rasul akhir zaman, Nabi
Muhammad SAW kepada seluruh dunia.
falsafah ibadat haji 7
Mereka menyaksikan Ka’bah yang didirikan oleh Nabi
Ibrahim AS yang menjadi lambang tauhid mengesakan
Allah dan menolak syirik.

Nabi Ibrahim AS yang mendirikan Ka’bah dimuliakan


oleh penganut Islam sehingga diamalkan ibadah haji dan
qiblat Kaabah dihadap ke arahnya oleh seluruh penganut
Islam.

Nabi Ibrahim AS juga dimuliakan oleh penganut


Yahudi, Kristian dan masyarakat penyembah berhala
sehingga ada yang melantiknya menjadi tuhan. Allah
menegaskan Islam sahaja agama Ibrahim dan Nabi-
Nabi AS. Firman Allah:

‫ﮱﯓ ﯔﯕﯖﯗﯘﯙ ﯚﯛ‬


‫ﯜﯝ ﯞﯟﯠﯡﯢﯣ ﯤﯥ‬
‫ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ‬
“Ibrahim bukan Yahudi, bukan Kristian. Ibrahim
adalah seorang Islam (agama tauhid menolak
segala bentuk syirik) dan tidak sekali-kali termasuk
di kalangan musyrikin (penyembah tuhan selain
Allah). (67); Sesungguhnya yang paling utama di
kalangan manusia kepada Ibrahim ialah
pengikutnya yang menganut Islam bersama Nabi
ini (Muhammad SAW) dan orang-orang yang
beriman (bersamanya) dan Allah sahaja yang
menjadi pelindung kepada orang-orang yang
beriman. (68)”

Surah Ali ‘Imran: 67-68


8 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Hari ini umat Islam yang menunaikan ibadat haji


mewakili umat Islam daripada seluruh pelosok dunia,
berada di Makkah yang dibina Ka’bah oleh Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail AS. Firman Allah:

‫ﮖﮗﮘﮙﮚﮛ ﮜ ﮝﮞ‬
‫ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥﮦ ﮧ ﮨ‬
‫ﮩ ﮪﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ‬
‫ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ‬
“Sesungguhnya rumah pertama yang diletakkan
kepada manusia (supaya beribadat kepada
Allah) ialah yang berada di bumi Makkah, yang
diberkati dan menjadi petunjuk kepada manusia.
(96); Terletak padanya tanda-tanda yang lagi
nyata, di antaranya makam Ibrahim dan sesiapa
yang berada di dalam kekuasaannya nescaya
amanlah dia. Allah telah mewajibkan kepada
manusia yang berkemampuan supaya
menunaikan ibadat haji, dan sesiapa yang kufur
(ingkar tidak percaya) maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, lagi tidak
berhajat kepada seluruh alam. (97).”

Surah Ali ‘Imran: 96-97

Saban tahun para jemaah haji daripada seluruh


pelosok dunia menyaksikan bangunan Ka’bah yang
dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.
Mereka tidak menyembah batu binaan Ka’bah tetapi
menyatukan hala dan arah menghadap apabila
beribadat hanya kepada Allah SWT sahaja.
falsafah ibadat haji 9
Hati umat Islam sangat menginginkan menziarahi
bumi Makkah walaupun buminya kering tiada tanah
pertanian dan bukan kawasan kilang yang mengeluarkan
barangan.

Mereka menyaksikan upacara ibadat haji dan


sembahyang berjemaah di sekeliling Ka’bah, sepanjang
masa dan melihat barangan yang dijual datang daripada
seluruh pelosok dunia.

Adapun penganut agama lain termasuk ahli Kitab


di kalangan Yahudi dan Nasrani (Kristian) menolak agama
Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS, dan para
anbiya’ yang disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW
sebelum datangnya hari kiamat yang akan menamatkan
alam dunia ini.

Mereka juga menolak Ka’bah yang dibina oleh Nabi


Ibrahim AS dan Nabi Ismail apabila Allah memerintahkan
supaya qiblat akhir zaman diubah ke arah Ka’bah di
Makkah itu.

‫ﭒﭓ ﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚ‬
‫ﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢ‬
‫ﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪ‬
‫ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱ‬
‫ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸﭹ‬
‫ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿﮀ ﮁ ﮂ‬
‫ﮃﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ‬
10 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanyalah kamu


mengadap muka ke arah timur dan barat, tetapi
kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada
Allah dan hari akhirat, para malaikat, para Nabi-
Nabi, dan mendermakan seseorang akan
hartanya, sedangkan dia sayangkan harta itu,
namun diberi kepada kaum keluarganya dan
anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-
orang terlantar di dalam perjalanan, orang-orang
yang meminta dan hamba sahaya. Dan
seseorang itu mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat. Dan juga orang-orang yang
menunaikan perjanjian apabila berjanji. Dan juga
orang-orang yang bersabar dalam kesempatan
dan kesusahan hidup dan sabar berjuang
(menegakan Islam) apabila menghadapi musuh-
musuh di medan. Mereka itulah orang-orang
yang bersabar dan mereka itulah orang-orang
yang bertaqwa.”

Surah al-Baqarah: 177

Mereka yang berhimpun di Makkah itu sama


menghadap Allah SWT dan mengerjakan haji tidak
mengira raja, pemimpin, rakyat, kaya, miskin, alim dan jahil.
Penentuan kedudukanya di sisi Allah hanyalah taqwa.

Termasuklah mereka yang melakukan ibadat korban


menyembelih binatang dan mereka yang menerima
daging korban juga menyambut hari raya ini. Allah
SWT berfirman:

‫ﯥﯦﯧﯨﯩﯪ ﯫﯬﯭ‬
‫ﯮﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷﯸ‬
‫ﯹﯺﯻ‬
falsafah ibadat haji 11
“Tidaklah sampai kepada Allah oleh daging-
daging dan segala darahnya, tetapi sampai
kepadanya sifat taqwa daripada kamu. Begitulah
kami jadikan kamu dapat menguasai binatang-
binatang itu untuk kamu, supaya kamu
membesarkan Allah di atas pemberian
petunjuknya kepada kamu, dan berilah berita
gembira kepada orang-orang yang berusaha
supaya baik amalannya.”

Surah al-Hajj: 37

Selepas Makkah dibebaskan daripada cengkaman


jahiliah, Rasulullah SAW telah mengaturkan dua kali haji.
Haji yang pertama, Rasulullah SAW tidak berpeluang
menyertainya tetapi menugaskan Abu Bakar al-Siddiq RA
mengetuainya. Maka ketika itu juga diisytiharkan
berakhirnya haji yang dibenarkan kepada orang-orang
musyrikin.

Mereka diharamkan bertelanjang ketika


mengerjakan haji dan dihapuskan semua perjanjian
dengan orang-orang bukan Islam yang didapati tidak adil
terhadap Islam dan umatnya.

Haji yang kedua dinamakan Haji Wada’ (selamat


tinggal), ketika itulah Rasulullah SAW memberikan wasiat
terakhir kepada umatnya, sebelum wafat meninggal
dunia. Antara sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ِ ُ ‫تـرْك‬
ُ َ‫ كت‬:‫ أ َْم ًرا بـَيِّنًا‬،‫ لَ ْن تَضلُّ ْوا بـَْع َدهُ أَبَ ًدا‬،‫ت ف ْي ُك ْم أ َْم َريْ ِن‬
‫اب‬ ََ
ِ
ِ.‫ وسنَّةُ نَبِيِه‬،‫هللا‬
ّ َُ
“Aku tinggalkan kepada kamu sekiranya kamu
berpegang dengannya nescaya kamu tidak
12 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah


(al-Quran) dan sunah (ajaranku) bagaimana
beramal dengannya.”

Dala’il al-Nubuwwah, jld. 5, ms. 448

Seterusnya bersabda lagi:

َ َ‫ض ُك ْم ِرق‬
ٍ ‫اب بـَْع‬
.‫ض‬ ُ ‫ب بـَْع‬ ْ َ‫ ي‬،‫الَ تـَْرِجعُ ْوا بـَْع ِدي ُك َّف ًارا‬
ُ ‫ض ِر‬
“Janganlah kamu menyeleweng selepas aku
(wafat) sehingga kufur (terhadap ajaranku)
sehingga berperang memancung leher sesama
sendiri.”

Riwayat al-Bukhari 121

Firman Allah:

‫ﮬﮭﮮﮯﮰﮱ ﯓ‬
‫ﯔﯕﯖﯗﯘ ﯙ‬
‫ﯚﯛ‬
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul
daripada kalangan kamu sendiri, sangatlah berat
kepadanya apa-apa kesusahan yang menimpa
kamu dan sangat mahukan kebaikan kepada
kamu dan dia sangat kasih sayang kepada orang-
orang yang beriman.”

Surah al-Taubah: 128



Setiap kejadian manusia itu dimuliakan


oleh Allah SWT dengan kurniaan akal
bersama hidayah. Akan tetapi mereka
sendiri merosakkan akal dan menolak
hidayah yang dikurniakan oleh Tuhan.
BAB 2
ISLAM SEBAGAI
ASAS KESATUAN

“...Sesungguhnya yang paling mulia di


kalangan kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
berkenaan diri kamu dan paling tahu
berkenaan urusan kamu.”

Surah al-hujurat: 13
ISLAM SEBAGAI
ASAS KESATUAN

H
aji adalah satu daripada rukun Islam dan ibadat
korban pula adalah ibadat menyembelih binatang
peliharaan dan sumbangan kebajikan kepada
masyarakat.

Kedua-dua ibadat ini sangat besar kelebihannya


kerana menunjukkan ketaqwaan hamba kepada Allah
dan memperingati Nabi besar Ibrahim AS yang dimuliakan
martabatnya di dunia dan akhirat di sisi Rabb al-‘Alamin
sehingga diberi gelaran bapa kepada para anbiya’ AS.

Adapun ibadat haji itu menghimpunkan berjuta-juta


umat Islam yang mewakili lebih satu billion di seluruh
pelosok dunia. Mereka menyatakan kesatuan di hadapan
Allah SWT dengan cara beribadat yang sama tidak
mengira pangkat, harta, bangsa dan warna kulit.

Kemuliaan di sisi Allah SWT adalah sifat taqwa yang


ada di dalam diri masing-masing kerana Allah SWT
berfirman:

‫ﭵﭶﭷ ﭸﭹﭺﭻﭼ ﭽ‬
‫ﭾ ﭿﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅﮆ ﮇ ﮈ ﮉ‬
‫ﮊﮋ‬
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah
menjadikan kamu berasal daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan (Adam dan Hawa),
berbangsa-bangsa dan bersuku kaum, tujuannya
16 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

supaya kamu bertaaruf (berkenalan secara


bermasyarakat). Sesungguhnya yang paling mulia
di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu
dan paling tahu berkenaan urusan kamu.”

Surah al-Hujurat: 13

Rasulullah SAW pula bersabda dalam khutbahnya


ketika menunaikan Haji Wada’ (selamat tinggal):

ِ ‫ وإِ َّن أَاَب ُكم و‬،‫اح ٌد‬


‫ أ ََاَل َاَل‬،‫اح ٌد‬ ِ ‫ أ ََاَل إِ َّن ربَّ ُكم و‬،‫اَي أَيـُّها النَّاس‬
َْ َ َ َْ َ ُ َ َ
‫َمْحََر‬ ِ ِ ِ
ْ ‫ َوَاَل أ‬،‫ َوَاَل ل َع َجم ٍّي َعلَى َع َرٍِّيِب‬،‫ض َل ل َع َرٍِّيِب َعلَى َع َجم ٍّي‬ِ ْ َ‫ف‬
.‫َمْحََر إَِّاَّل ِاِبلتـَّْق َوى‬
ْ ‫َس َو َد َعلَى أ‬
ْ ‫ َوَاَل أ‬،‫َس َو َد‬
ْ ‫َعلَى أ‬
“Wahai manusia! Ingatlah, sesungguhnya Tuhan
kamu itu satu sahaja, bapa kamu juga satu
(Adam). Ingatlah, bahawa tiada kelebihan bagi
yang berbangsa Arab dibandingkan bukan Arab,
tiada kelebihan juga bagi bukan Arab
dibandingkan berbangsa Arab, yang berkulit
warna merah (putih) dan yang berkulit hitam
terhadap yang berkulit merah (putih) dan berkulit
hitam terhadap yang berkulit merah (putih)
melainkan sifat taqwa di dalam dirinya.”

Riwayat Ahmad 23489

Adapun mereka yang berkorban pula, Allah SWT berfirman:

‫ﯥ ﯦﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ‬
‫ﯮﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷﯸ‬
ISLAM SEBAGAI ASAS KESATUAN 17

‫ﯹﯺﯻ‬
“Allah itu tidak akan mengambil daging-daging
dan darah-darah (binatang korban itu kerana Allah
tidak berhajat kepadanya sedikit pun) tetapi Dia
memberi kelebihan yang dicapai oleh sifat taqwa
yang ada di kalangan kamu. Begitulah Allah
mengurniakan kelebihan kepada kamu, sehingga
kamu dapat menguasainya untuk diri kamu,
supaya kamu membesarkan Allah (memuliakannya
menyatakan kesyukuran) kerana hidayah
petunjuk-Nya kepada kamu dan berilah berita
gembira kepada mereka yang membuat
kebajikan.”

Surah al-Hajj: 37

Ibadat haji dan korban itu dimulakan oleh Nabi


Ibrahim AS (bapa para anbiya’ AS). Baginda menjadi
teladan seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT
apabila melaksanakan semua perintahNya dengan ikhlas,
bersabar dan sedia berkorban apa sahaja dengan ni’mat
yang diberikan Tuhan kepadanya.

Baginda AS menunaikan semua perintah Allah


kepadanya walaupun terpaksa mengorbankan diri,
keluarga, harta dan segala kesenangan dunia kerana
beriman bahawa semuanya adalah milikNya.

Firman Allah:

‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎﮏ ﮐ‬
‫ﮑ ﮒ ﮓﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ‬
18 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

‫ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ‬
“Dan sesiapa yang tidak ingin (atau tidak senang)
dengan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim AS, nescaya dia membodohkan dirinya
sendiri. Demi sesungguhnya Kami pilih Ibrahim di
dunia menjadi Nabi dan Rasul dan di akhirat nanti
dia termasuk di kalangan orang-orang yang soleh
(yang mulia martabatnya). (130); Ingatlah, apabila
Kami berkata kepadanya: Wahai Ibrahim, jadilah
seorang Islam. Ibrahim menjawab: Saya menjadi
Islam dengan ikhlas kerana Allah Tuhan sekalian
alam, (131).”

Surah al-Baqarah: 130-131

Sebenarnya hari ini kita sedang menyaksikan


kebodohan manusia akibat meninggalkan petunjuk Islam.
Mereka semakin tenggelam di dalam bencana maksiat
dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang menjadikan
mereka itu lebih bodoh daripada binatang yang tidak
berakal. Manusia masa kini bukan sahaja tidak boleh
membezakan di antara baik dan buruk, bahkan sehingga
mereka tidak mampu mengenal lelaki dan perempuan.

Lebih menyedihkan lagi, mereka merosakkan diri


sendiri dengan perkara yang mencabut dan
menghilangkan akal yang mulia diberikan oleh Allah SWT
itu dengan dadah dan arak.

Mereka sanggup membunuh diri dan menggadai


nyawa orang lain sehingga menjadikan manusia itu lebih
ganas daripada binatang yang buas dan liar. Keadaan
ini menunjukkan akan perkara yang telah diberikan amaran
oleh Allah SWT, firmanNya:
ISLAM SEBAGAI ASAS KESATUAN 19

‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗﭘ ﭙ‬
‫ﭚ ﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤ‬
‫ﭥ ﭦ ﭧﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭﭮ ﭯ ﭰ‬
‫ﭱﭲ‬
“Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi
neraka jahannam itu ramai di kalangan manusia
dan jin, yang terdiri daripada kalangan yang ada
akal fikiran yang tidak berfikir, ada mata yang tidak
melihat mengambil pengajaran dan ada telinga
yang tidak mendengar mengambil iktibar. Mereka
itu sebenarnya lebih bodoh daripada binatang,
bahkan lebih sesat. Mereka itu orang-orang yang
lalai (leka).”

Surah al-A’raf: 179

Semua perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan yang


dihalalkan kepada manusia adalah baik dan memberikan
manfaat dan faedah kepada diri manusia sendiri. Allah
itu Maha Kaya tidak berhajat kepada apa-apa faedah
daripada iman dan amal hambaNya dan Allah Maha
Kasih dan Penyayang kepada hambaNya.

Semua pahala kebaikan dan kelebihan diberikan


kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Semua perkara yang diharamkan pula mendatangkan
mudarat kepada diri manusia sendiri. Inilah petunjuk Islam.
Malangnya manusia pada hari ini menolak dan melawan
Islam. Bukankah ini sifat yang paling bodoh?
20 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ
‫ب‬ُ ‫ فَ َج َع َل ا ْجْلَنَاد‬،‫ َك َمثَ ِل َر ُج ٍل أ َْوقَ َد َاَن ًرا‬،‫َمثَلي َوَمثـَلُ ُك ْم‬
ِ ‫ وأ ََاَن‬،‫ وهو ي ُذبـُّه َّن عنـها‬،‫والْ َفراش يـ َقعن فِيها‬
‫آخ ٌذ ِحِبُ َج ِزُك ْم‬ َ َْ َ ُ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ُ َ َ
.‫ َوأَنـْتُ ْم تـََفلَّتُو َن ِم ْن يَ ِدي‬،‫َع ِن النَّا ِر‬
“Bandingan hubungan aku dan kamu laksana aku
seorang yang menyalakan api, tiba-tiba datang
binatang serangga kelekatu dan lain-lain
berterbangan, berebut-rebut terjun ke dalam
api yang membakar diri sendiri, lalu aku menarik
tali pinggang dan tali seluar kamu bagi
menghalangnya, tetapi kamu merentap tanganku
kerana mahu terjun ke dalam api yang
berbahaya itu.”

Riwayat Muslim 2285

Begitu bodohnya manusia yang menolak Islam dan


melawan Islam ini. Walaupun begitu, kita tetap wajib
menyelamatkan mereka. Maka siapakah lagi yang
boleh menyelamatkan manusia selepas kewafatan
Rasulullah SAW?

Maka Allah SWT telah memberikan petunjuk di dalam


al-Quran yang tetap dipelihara dan menjadi petunjuk di
sepanjang masa dan zaman. Firman Allah SWT:

‫ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶﭷ ﭸ ﭹ‬
‫ﭺﭻﭼﭽ ﭾﭿﮀ ﮁ ﮂ‬
‫ﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊ ﮋ‬
ISLAM SEBAGAI ASAS KESATUAN 21

‫ﮌﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ‬
‫ﮖﮗﮘ ﮙﮚﮛ ﮜﮝ‬
‫ﮞ ﮟ ﮠﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ‬
‫ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯﮰ‬
‫ﮱﯓﯔﯕﯖ‬
“Dan berpeganglah kamu semua dengan tali
Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah
belah (meninggalkan tali Allah). Dan ingatlah
kepada ni’mat Allah yang diberi kepada kamu
(iaitu ni’mat Islam), ketika kamu sebelum Islam
berada dalam keadaan bermusuhan (sehingga
berperang sesama sendiri), lalu Allah menjinakkan
hati-hati kamu sehingga dengan ni’mat Islam itu
kamu bersaudara (dengan ikatan Iman dan Islam).
Dan ingatlah, kamu dahulunya berada di tepi
gaung neraka (kerana kafir), lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya (dengan
petunjuk Islam). Begitulah Allah menyatakan
kepada kamu akan ayat-ayatNya supaya kamu
mendapat petunjuk. (103); Dan hendaklah ada di
kalangan kamu satu kumpulan yang berdakwah
kepada kebajikan (mengajak kepada Islam yang
sempurna), menyuruh kepada yang baik dan
mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-
orang yang mendapat kemenangan (dunia dan
akhirat). (104); Dan janganlah kamu menjadi
seperti umat di zaman dahulu yang berpecah
belah dan berkelahi setelah datang kepada
mereka keterangan-keterangan (kitab Allah dan
para RasulNya), mereka itu disediakan azab yang
sangat besar (di dunia dan neraka di akhirat).
(105).”

Surah Ali ‘Imran: 103-105


22 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Ayat Allah ini menunjukkan perkara-perkara yang


sangat penting kepada orang-orang yang beriman.

Pertama: Bersatu bersama Islam.

Umat Islam datang daripada seluruh pelosok dunia


menunaikan ibadat haji di Makkah al-Mukarramah
saban tahun, terdiri dalam kalangan mereka yang
berkemampuan menunaikan rukun Islam yang kelima
dengan segala syarat dan rukunnya.

Mereka melaungkan syiar tauhid (mengesakan Allah


sahaja Tuhannya) tiada tuhan yang lain daripadaNya.
Mereka beribadat dengan satu qiblat dan bersatu menjadi
saudara dalam Islam walaupun mereka datang daripada
pelbagai bangsa, warna kulit, taraf kehidupan, pangkat
dan harta.

Islam menyatukan penganutnya dengan konsep


persaudaraan Islam (ukhuwah islamiah) yang lebih besar
daripada hubungan keluarga, bangsa dan tanah air.

Demikian itu kerana hubungan persaudaraan Islam


diikat dengan ikatan tali Allah (yakni agamanya Islam) yang
membawa ke jalan selamat bermula di dunia sehingga
akhirat. Tali Allah yang menyatukan umat Islam di seluruh
dunia jangan diputuskan.

Kedua: Menubuhkan jemaah Islam.

Rasulullah SAW telah menegaskan dengan sabdanya:

ِ ِ ِ ُ ‫َاَل تـز‬
ُ َ‫ َاَل ي‬،‫ين َعلَى ا ْحْلَ ِّق‬
‫ض ُّرُه ْم َم ْن‬ َ ‫ال طَائ َفةٌ م ْن أ َُّم ِيِت ظَاه ِر‬ ََ
.‫ك‬ ِ ِ ِ
َّ ‫َخ َذ َهَلُ ْم َح َّىَّت َأَيْيِتَ أ َْم ُر‬
َ ‫اهَّلل َو ُه ْم َك َذل‬
ISLAM SEBAGAI ASAS KESATUAN 23
“Akan tetap ada di kalangan umatku satu
kumpulan yang bangun berjuang menyatakan
kebenaran (agama Islam), mereka tidak
boleh dihapuskan oleh orang-orang yang
mengecewakan (menentang) mereka sehingga
tibanya urusan Allah memenangkan mereka,
mereka masih dalam keadaan yang sama.”

Riwayat Muslim 1920

Kumpulan yang menyeru kepada Islam berusaha


mendapatkan kuasa bagi menegakkan Islam. Sehingga
berkuasa untuk menunaikan kewajipan amar ma’ruf dan
nahi mungkar (memerintah dengan menyuruh kepada
yang baik dan mencegah kemungkaran).

Ketiga: Jangan berpecah-belah.

Jangan sesekali berpecah sehingga mewujudkan


permusuhan sesama Islam. Akhirnya menerima bencana
sebagaimana yang ditimpakan ke atas umat pada
zaman dahulu. Balasannya ialah kecelakaan di dunia
dan azab neraka pada hari akhirat.

Musuh-musuh Islam telah merungkai perpaduan Islam


sehingga ada di kalangan mereka yang berpaling semula
kepada jahiliah dengan meninggalkan petunjuk Islam.

Keadaan ini menyebabkan tanah air umat Islam


dipecahkan mengikut sempadan negara dan bangsa
yang dicipta oleh penjajah, sehingga mereka sanggup
berkelahi dan berperang sesama sendiri.

Namun mereka menunaikan ibadat haji di Makkah


dan ka’bah menjadi qiblat bersama seluruh umat.
Al-Quran pula terus dipelihara bacaannya menandakan
24 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

tali Islam tidak boleh diputuskan. Maka manusia mesti


kembali semula dengan bergantung kepada tali Allah
yang teguh ini iaitu Islam.

Firman Allah:

‫ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕﮖ ﮗ‬
‫ﮘﮙﮚﮛ ﮜﮝ‬
‫ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢﮣ ﮤ‬
‫ﮥ ﮦﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ‬
‫ﮯﮰﮱﯓﯔﯕ ﯖ‬
‫ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝﯞ ﯟ‬
‫ﯠ ﯡ ﯢﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ‬
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan
perempuan itu bertolong-menolong sesama
mereka, menjalankan kewajipan menyuruh
kepada yang baik dan mencegah kemungkaran,
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan
mentaati Allah dan RasulNya, mereka itulah yang
akan mendapat rahmat Allah, dan Allah itu Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (71); Allah berjanji
kepada orang-orang yang beriman lelaki dan
perempuan itu segala syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di
dalamnya. Dan diberi juga tempat-tempat tinggal
yang baik dalam syurga-syurga ‘Adnin. Dan
keredhaan Allah itu lebih besar (daripada yang
lain), itulah kemenangan yang paling besar. (72).”

Surah al-Taubah: 71-72



Islam menyatukan penganutnya


dengan konsep persaudaraan Islam
(ukhuwah islamiah) yang lebih besar
daripada hubungan keluarga, bangsa
dan tanah air.
BAB 3
MAKNA PERPADUAN
DI SEBALIK
IBADAT HAJI

“Serulah manusia supaya menunaikan


ibadat haji, mereka mesti datang menyahut
seruanmu, sanggup menunggang unta
sehingga kurus melalui jalan yang jauh.”

Surah al-HAJJ: 27
MAKNA PERPADUAN DI
SEBALIK IBADAT HAJI

S
eluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha
bersempena dengan ibadat haji, yang
menghimpunkan jutaan umat Islam dari seluruh
pelosok dunia. Mereka yang mampu berharta dan
berkemampuan dari sudut fizikal, pergi ke Makkah
menunaikan rukun Islam kelima yang diwajibkan oleh
Allah SWT.

Firman Allah SWT:

‫ﮖﮗﮘﮙﮚﮛ ﮜ ﮝﮞ‬
‫ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥﮦ ﮧ ﮨ‬
‫ﮩ ﮪﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ‬
‫ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ‬
“Sesungguhnya rumah yang pertama-tama
didirikan untuk (beribadah kepada Allah) ialah
yang berada di Makkah yang diberkati dan
menjadi petunjuk kepada seluruh alam. (96);
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di
antaranya) makam Ibrahim dan sesiapa yang
memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia.
Allah mewajibkan ke atas manusia di kalangan
sesiapa yang mampu supaya menunaikan haji ke
Baitullah itu, dan sesiapa yang kufur (ingkar atau
melawan perintah ini) sesungguhnya Allah itu Maha
Kaya (tidak berhajat) kepada seluruh alam, (97).”

Surah Ali ‘Imran: 96 - 97


28 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Jutaan orang Islam berhimpun di Makkah kerana


menunaikan perintah Allah dengan menyerah diri
kepadaNya sanggup membelanjakan harta dan berjalan
jauh kerana Allah. Mereka datang daripada seluruh
dunia dan setiap negeri yang sampai kepadanya seruan
Islam dan adanya orang Islam seperti yang dijanjikan
oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Sabdanya:

ُ ‫لَيـَبـْلُغَ َّن َه َذا ْاأْل َْم ُر َما بـَلَ َغ اللَّْي ُل َوالنـََّه‬


.‫ار‬
“Demi sesungguhnya agama ini (Islam) akan
sampai di mana-mana tempat sampainya malam
dan siang.”

Riwayat Imam Ahmad 16957

Umat Islam berhimpun di Makkah sehingga jutaan


orangdatang daripada seluruh pelosok dan penjuru dunia,
dari timur hingga ke barat, dari utara hingga ke selatan
daripada seluruh benua yang wujud penganut Islam.

Mereka datang ke Makkah al-Mukarramah


mengharungi lautan, meredah hutan rimba dan padang
pasir, mendaki gunung-ganang dan bukit bukau, melalui
jalan darat, laut dan udara. Semua itu semata-mata
untuk menyahut seruan Allah SWT supaya menunaikan haji.

Seruan pertama yang diwajibkan oleh Nabi Ibrahim


AS dengan perintah Allah SWT:

‫ﮇﮈﮉﮊﮋﮌ ﮍ ﮎﮏ‬
‫ﮐ ﮑﮒ ﮓﮔﮕ‬
MAKNA PERPADUAN DI SEBALIK IBADAT HAJI 29
“Serulah manusia supaya menunaikan ibadat
haji, mereka mesti datang menyahut seruanmu,
sanggup menunggang unta sehingga kurus
melalui jalan yang jauh.”

Surah al-Hajj: 27

Ucapan itu diseru ketika Makkah belum lagi


diketahui oleh manusia dan sebelum wujudnya alat-alat
perhubungan yang mudah dan memudahkan perjalanan
yang jauh. Namun, ternyata seruan itu sampai ke seluruh
pelosok dunia pada akhir zaman selepas kerasulan Nabi
akhir zaman Muhammad SAW.

Mereka yang berhimpun di Makkah menunaikan


ibadat dengan jasad, roh dan harta. Seluruh manusia
menyatakan perhambaan kepada Allah, atas ni’mat yang
dikurniakanNya. Sesiapa yang mengerjakan ibadat haji
itu tidak dibezakan sama ada raja, pemimpin, rakyat,
alim, jahil, kaya atau miskin daripada semua bangsa
yang beragama Islam.

Mereka beramal dengar syiar (lambang) aqidah


tauhid (mengesakan Tuhan) dan menolak segala rupa syirik
(menyekutukan Allah dengan lainnya). Islam mengandungi
ajaran sempurna yang dibawa oleh semua Rasul yang
dipilih oleh Allah SWT bermula dari Adam AS sehinggalah
penutup segala Nabi, Nabi Muhammad SAW.

‫ﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼ‬
‫ﭽ ﭾﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ‬
‫ﮆ ﮇ ﮈﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ‬
30 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

‫ﮏﮐﮑﮒ‬
“Dan Kami bangkitkan kepada tiap-tiap umat itu
akan Rasulnya supaya mengajak manusia kepada
beribadat (menghambakan diri) kepada Allah dan
menjauhkan diri daripada yang melampau (batas
Allah). Maka ada di kalangan mereka yang
mendapat hidayah (petunjuk) dan ada yang
ternyata berada dalam kesesatan. Maka
berjalanlah (mengembara) di pelosok bumi, maka
lihatlah (dengan mengambil pengajaran)
bagaimana akibat (balasan) terhadap orang-
orang yang membohonginya.”

Surah al-Nahl: 36

Manusia diperintahkan untuk memperhambakan diri


kepada Allah sahaja dalam perkara ibadat dan semua
urusan hidup. Begitu juga disuruh menyembahNya dan
menerima segala hukumNya dengan tidak memilih hukum
yang lain atau mencipta hukum yang tidak diizinkan
olehNya. Allah telah berfirman:

‫ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝﮞ ﮟ‬
‫ﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪ‬
‫ﮫﮬﮭﮮ ﮯﮰﮱﯓﯔ‬
‫ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟﯠ‬
‫ﯡﯢﯣﯤﯥﯦ‬
“Sesiapa yang berkehendak kepada tanaman
akhirat, Kami tambahkan kepada mereka hasil
MAKNA PERPADUAN DI SEBALIK IBADAT HAJI 31
tanamannya (pahala yang berkali ganda) dan
sesiapa yang berkehendakkan tanaman dunia,
Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya
dan tiadalah baginya di hari akhirat apa-apa
bahagian. (20); Adakah mereka itu mempunyai
sekutu-sekutu (lain daripada Allah) yang
mengadakan hukum syariat dalam perkara al-Din
(urusan agama dan cara hidup) dalam perkara
yang tidak diizin oleh Allah? Kalaulah tidak kerana
adanya keputusan yang dikatakan oleh Allah
untuk menghukum mereka di hari Kiamat, nescaya
mereka dihukum di atas dunia ini. (Ingatlah)
bahawa sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu disediakan untuk mereka azab yang sangat
pedih. (21).”

Surah al-Syura: 20-21

Seluruh umat Islam merayakan Aidiladha bagi


memperingati contoh pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang
diterima oleh Allah SWT sebagai seorang Islam yang
sebenarnya. Baginda AS percaya kepadaNya dan
menolak syirik setelah berjaya dalam ujian yang diberikan.
Firman Allah SWT:

‫ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ‬
‫ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ‬
“Dan ingatlah apabila Tuhan menguji
Ibrahim dengan kalimah-kalimah (kata-kata
memerintahnya) dalam perkara agama dan
urusan dunia yang mengikut petunjuk agama,
lalu Ibrahim menunaikannya dengan sempurna.
Allah berfirman: “Wahai Ibrahim! Aku jadikan
kamu imam (pemimpin).” Ibrahim berkata: “Wahai
Tuhanku, jadikanlah juga kepada zuriat
32 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

keturunanku.” Tuhan berfirman: “JanjiKu tidak


boleh dicapai oleh orang-orang yang zalim.”

Surah al-Baqarah: 124

Maka Allah SWT memilih Nabi Ibrahim AS untuk


meninggalkan ahli keluarganya di bumi Makkah Ummul
Qura (ibu kepada segala kampung dan negeri). Maka di
sana pada akhir zaman lahirnya Nabi terakhir
Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi menjadi Rasul


kepada semua manusia di seluruh alam pada akhir zaman,
sebelum alam dunia ditamatkan dan berpindah ke alam
akhirat dengan dihancurkan bumi, langit dan segala isinya.

Rasulullah SAW membawa al-Quran al-Karim di


Makkah. Itulah kitab mukjizat dan petunjuk daripada Allah
SWT kepada seluruh manusia pada akhir zaman untuk
berhadapan dengan cabaran yang lebih besar daripada
cabaran Nabi Ibrahim AS.

Cabaran itu sangat besar kerana umat akhir zaman


berjuang menghadapi seluruh dunia yang menentang dan
mengepung Islam daripada kalangan musyrikin, ahli Kitab
Yahudi dan Nasrani serta menghadapi kerajaan kuasa
besar dunia di timur dan barat.

Allah SWT telah membuktikan Islam telah berjaya


meruntuhkan bala tentera Ahzab gabungan barisan
daripada semua kumpulan itu di zaman Rasulullah SAW
sehingga kita menyebut setiap takbir hari raya:

.‫هللاُ أَ ْك َرَب‬
“Allah Maha Besar.”
MAKNA PERPADUAN DI SEBALIK IBADAT HAJI 33
Diikuti dengan menyebut:

.ُ‫اب َو ْح َده‬
َ ‫َح َز‬
ْ ‫َو َه َزَم ْاأْل‬
“Allah telah membinasakan bala tentera Ahzab
dalam sifat EsaNya.”

Ini menunjukkan bahawa permusuhan ini


berpanjangan. Maka umat Islam wajib menyambung
petunjuk ini selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan
menyambung perjuangan bersama pusaka ajaran Islam
yang ditinggalkan oleh Baginda SAW. Firman Allah SWT:

‫ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭼ ﭽ ﭾ‬
‫ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ‬
‫ﮉ ﮊ ﮋ ﮌﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ‬
“Dan tiadalah Muhammad itu melainkan dia
seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu,
sebelumnya Rasul-Rasul yang lain. Adakah
sekiranya Muhammad itu mati (binasa) atau dia
dibunuh, maka tumit-tumit kamu berpusing
(menyeleweng daripada Islam). Dan sesiapa yang
tumitnya berpusing (menyeleweng daripada
Islam) maka dia tidak memberi apa-apa mudharat
terhadap Allah sedikit pun dan Allah mesti
membalas (dengan pahala besar) kepada orang-
orang yang bersyukur (di atas ni’mat bersama
Islam).”

Surah Ali ‘Imran: 144


34 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Seluruh umat Islam yang menghayati makna ibadat


haji, mereka bersedia mengorbankan diri dan harta untuk
menegakkan Islam. Khususnya pada zaman ketika Islam
sedang dikepung di seluruh dunia.

Dakwah Islam dilemahkan dan kerajaan yang


memerintah umat Islam pula tidak boleh melaksanakan
syariat Allah yang ditulis dan dibaca daripada al-Quran
dan Hadis Rasulullah SAW.

Kedua-duanya dijaga oleh kumpulan yang berjuang


menegakkan Islam bersama para ulama’ yang menjaga
amanah ilmu agama Islam yang tetap dipelihara oleh
Allah SWT.

Umat Islam harus percaya kepada Islam dengan


berpegang teguh kepada aqidah (kepercayaan) kepada
Allah, Rasul, petunjuk dan janjiNya di dunia dan akhirat.

Pada masa yang sama, terus beribadat kepada Allah


semata-mata dengan diri dan harta. Begitu juga mesti
percaya kepada semua ajaran Islam sama ada yang
boleh kita amalkan pada bila-bila masa sahaja atau
hukum syariat yang dihalang dan disekat kerana tiada
negara Islam yang berdaulat.

Jangan sekali-kali memisahkan ajaran Islam daripada


hidup kita sehingga mati. Selain itu, jangan mengambil
ajaran Islam dengan percaya kepada sebahagiannya
dan tidak percaya pula kepada sebahagian yang lain.
Sekalipun kita sedang menghadapi kesusahan di dunia
sementara waktu ini.

Golongan ahli Kitab membuat penipuan dan


mengaku menjadi pengikut Nabi Ibrahim AS serta para
anbiya’ AS, lantas Allah SWT berfirman:
MAKNA PERPADUAN DI SEBALIK IBADAT HAJI 35

‫ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼﭽ ﭾ‬
‫ﭿﮀﮁﮂﮃﮄ ﮅ ﮆﮇ‬
‫ﮈﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏﮐ ﮑ ﮒ ﮓ‬
‫ﮔﮕﮖﮗﮘﮙ ﮚﮛ‬
‫ﮜﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ‬
“Adakah kamu beriman dengan sebahagian
kitab dan kamu kufur dengan sebahagian yang
lain? Maka tidak ada balasan kepada mereka
yang melakukan begitu melainkan kehinaan dalam
kehidupan di dunia dan akhirat nanti, dihumbankan
ke dalam azab neraka yang paling menyeksa, dan
Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa-apa yang
kamu kerjakan. (85); Maka tidak diringankan azab
terhadap mereka dan mereka juga tidak diberi
pertolongan. (86).”

Surah al-Baqarah: 85-86

Marilah kita bersama jemaah haji yang berikrar di


hadapan Allah sebaik sahaja mereka masuk dalam ibadat
haji dan umrah dengan lafaz:

.‫ك‬ َ ‫ْك َاَل َش ِر‬


َ َ‫يك ل‬ َ َ‫إِ َّن ا ْحْلَ ْم َد َوالنِّ ْع َمةَ ل‬
ُ ‫ك َوال ُْمل‬
“Sesungguhnya segala pujian, ni’mat dan
pemerintahan semua itu menjadi kepunyaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.”
36 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

‫ﮱﯓ ﯔﯕﯖﯗﯘﯙ ﯚﯛ‬


‫ﯜﯝ ﯞﯟﯠ‬
“Tidaklah Ibrahim itu menganut agama Yahudi dan
tidak juga agama Nasrani (Kristian). Tetapi dia
seorang yang menganut agama Tauhid yang tidak
syirik, iaitulah agama Islam. Dan Ibrahim juga
bukan seorang (dalam kalangan) musyrikin.”

Surah Ali ‘Imran: 67



Seluruh umat Islam merayakan


Aidiladha bagi memperingati contoh
pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang
diterima oleh Allah SWT sebagai
seorang Islam yang sebenarnya.
BAB 4
MUSIBAH AKIBAT
KELEMAHAN UMAT

“Wahai orang-orang yang beriman, jika


sekiranya kamu mentaati orang-orang
yang kafir itu, nescaya mereka
memesongkan kamu sehingga menjadi
sesat dan kamu terlingkup mendapat
kerugian.”

SURAH ALI ‘IMRAN: 149


MUSIBAH AKIBAT
KELEMAHAN UMAT

A
idiladha sentiasa mengingatkan umat Islam kepada
pengorbanan Nabi Ibrahim AS, Rasul yang
menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada
Allah SWT.

Maka saban tahun para jemaah haji yang


berhimpun di Makkah menunaikan ibadat haji bagi
menghidupkan syiar Islam itu. Umat Islam di seluruh pelosok
dunia juga meraikannya dengan melaksanakan ibadat
sembahyang, menyembelih binatang korban dan bertakbir.

Sempena dengan kedatangan hari raya ini, marilah


kita melakukan muhasabah diri dengan peringatan hadis
Rasulullah SAW:

‫ك‬ ُ ‫وش‬ ِ ‫ ي‬:‫هللا َعلَي ِه وسلَّم‬ ِ ‫هللا صلَّى‬ ِ ُ ‫ال رس‬


ُ َ ََ ْ َ ‫ول‬ ُ َ َ َ‫ ق‬:‫ال‬ َ َ‫َع ْن ثـَْوَاَب َن ق‬
.‫ص َعتِ َها‬ ْ َ‫اعى ْاأْلَ َكلَةُ إِ َىَل ق‬َ ‫اعى َعلَْي ُك ْم َك َما تَ َد‬ َ ‫ْاأْل َُم ُم أَ ْن تَ َد‬
َ َ‫ َوِم ْن قِلَّ ٍة َْحَن ُن يـَْوَمئِ ٍذ؟ ق‬:‫ال قَائَ ٌل‬
،‫ بَ ْل أَنـْتُ ْم يـَْوَمئِ ٍذ َكثِيـٌْر‬:‫ال‬ َ ‫فـََق‬
‫ص ُدوِر َع ُد ِّوُك ْم‬ ِ َّ ‫َولَ ِكنَّ ُك ْم غُثَاءٌ َكغُثَ ِاء‬
ُ ‫ َولَيـَنـَْز َع َّن هللاُ م ْن‬،‫الس ْي ِل‬
:‫ال قَائِ ٌل‬ َ ‫ فـََق‬.‫ َولَيـَْق ِذفَ َّن هللاُ ِيِف قـُلُوبِ ُك ُم ال َْو ْه ُن‬،‫ال َْم َهابَةَ ِم ْن ُك ْم‬
ِ ‫الدنـيا وَكر ِاهيةُ الْمو‬ ِ ‫ول‬
.‫ت‬ ْ َ َ َ َ َْ ُّ ‫ب‬ ُّ ‫ ُح‬:‫ال‬ َ َ‫ َوَما ال َْو ْه ُن؟ ق‬،‫هللا‬ َ ‫َاَي َر ُس‬
“Dari Tsauban RA katanya: Rasulullah SAW telah
bersabda: “Hampirlah berlaku, di mana umat-umat
yang lain mengelilingi hidangan makanan yang
lazat.” Lalu ada seorang yang bertanya: “Adakah
kerana kita sedikit bilangan?” Sabda Rasulullah
SAW: “Sebenarnya bilangan kamu di masa itu
40 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

ramai, tetapi seperti banyaknya buih dan sampah


sarap yang dihanyutkan oleh air banjir. Di masa itu,
Allah menghilangkan rasa kehebatan kamu (umat
Islam) yang ada di dalam hati-hati musuh kamu
dan Allah campakkan ke dalam diri kamu penyakit
‘al-Wahn’.” Maka ada seorang yang bertanya:
“Apakah dia ‘al-Wahn’ itu wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW: “Terlampau kasihkan dunia
dan terlalu takutkan mati.”

Riwayat Abu Dawud 4297

Umat Islam harus menyedari amaran Rasulullah SAW


dengan realiti yang sedang berlaku di hadapan mata kita
pada hari ini. Umat Islam dan tanah air mereka bukan
sahaja dijajah, bahkan diri umat Islam sendiri dijadikan
hamba oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia.

Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Islam diangkut


bagi membangunkan negeri-negeri penjajah dan
digunakan untuk membunuh umat Islam di mana-mana
sahaja. Sehingga umat Islam menjadi seperti binatang
yang disembelih, dilapah, dibahagikan dan dimakan
dengan lazatnya.

Sehingga kini, pengaruh ajaran penjajah asing tetap


ada dalam kepala dan akal umat Islam walaupun negeri-
negeri Islam sudah diberikan kemerdekaan dan penjajah
sudah pulang ke negeri masing-masing.

Akal fikiran umat Islam semakin jauh daripada ajaran


Islam yang sebenar dan pusaka yang ditinggalkan oleh
Rasulullah SAW yang ada di dalam kitab suci al-Quran
dan hadis Baginda SAW.

Kedua-dua pusaka itu dipelihara dengan baik melalui


ilmu yang ada di dalam dada para ulama’ yang soleh
MUSIBAH AKIBAT KELEMAHAN UMAT 41
dan kitab-kitab yang muktabar, iaitu ajaran Islam yang
sempurna dalam mengurus perkara agama dan urusan
dunia.

Ajaran yang sempurna ini telah berjaya menjadikan


umat Islam sebagai golongan yang mulia dan gagah
sehingga dapat memerintah dunia dengan hukum Islam
yang adil dan membawa rahmat Allah kepada seluruh
alam. Ramai orang masuk ke dalam agama Islam terdiri
daripada bukan bangsa Arab.

Umat Islam pada akhir zaman ini menjauhkan diri


mereka daripada ajaran Islam, sebaliknya menjadi anak-
anak murid kepada penjajah. Keadaan inilah yang telah
menyebabkan mereka menjadi lemah dan hina.

Mereka sedang diperlakukan oleh musuh-musuh


Islam di seluruh dunia. Murid-murid penjajah inilah yang
memerintah umat Islam dengan ajaran dan cara yang
ditinggalkan oleh penjajah yang diajarkan kepada mereka
itu.

Inilah akibat yang menimpa umat Islam hari ini.


Sebenarnya telah berlaku ke atas umat Islam sebagaimana
amaran Allah, firmanNya:

‫ﭑﭒﭓﭔ ﭕﭖﭗ‬
‫ﭘﭙﭚﭛﭜﭝ‬
‫ﭞ ﭟ ﭠﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ‬
‫ﭧﭨﭩﭪ ﭫﭬ ﭭﭮ‬
‫ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳﭴ ﭵ ﭶﭷ ﭸ‬
42 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

‫ﭹﭺﭻ‬
“Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya
kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya
mereka memesongkan kamu sehingga menjadi
sesat dan kamu terlingkup mendapat kerugian.
(149); Bahkan sebenarnya Allah sahaja Tuhan yang
memelihara kamu, dan Dialah sahaja sebaik-baik
yang menolong. (150); Kami campakkan ke dalam
hati orang-orang yang kafir itu rasa takut terhadap
orang-orang Islam, dengan sebab mereka syirik
terhadap Allah, yang tidak memberi apa-apa
kekuatan kepada mereka. Tempat mereka ialah
ke dalam neraka. Dan ia adalah seburuk-buruk
tempat bagi orang-orang yang zalim. (151).”

Surah Ali ‘Imran: 149-151

Sabda Rasulullah SAW:

.‫ب َم ِسيـَْرَة َش ْه ٍر‬


ِ ‫ت ِاِب ُّلر ْع‬ ِ ُ‫ن‬
ُ ‫ص ْر‬
“Aku diberi pertolongan dengan musuh merasa
takut dalam jarak jauh sebulan perjalanan.”

Riwayat al-Bukhari 355

Hari ini negara-negara bukan Islam boleh menyerang


dan membunuh orang-orang Islam. Umat Islam tidak lagi
ditakuti dan digeruni oleh musuh. Rasa hebat terhadap
umat Islam yang ada dalam hati-hati mereka sudah hilang.

Orang-orang bukan Islam itu menyerang di mana


sahaja negeri Islam yang mereka mahu sama ada
dengan kekuatan mereka sendiri atau mempergunakan
orang-orang Islam membunuh sesama mereka.
MUSIBAH AKIBAT KELEMAHAN UMAT 43
Itulah yang sedang berlaku di Palestin, Afghanistan,
Iraq, Syria, Libya, Mesir, Yaman, Burma (Myanmar),
Bangladesh, negeri-negeri Asia dan Afrika setelah umat
Islam bermandi darah di Bosnia, Kosovo dan lain-lain.

Jumlah umat Islam di seluruh dunia dikatakan


mencapai 1.8 bilion, jumlah yang sangat ramai. Mereka
bertaburan di bumi yang mempunyai banyak hasilnya dan
berada di seluruh pelosok dunia sehingga di negeri bukan
Islam.

Walaupun begitu, kedudukan umat Islam sangat


lemah sehingga tidak boleh berbuat apa-apa terhadap
musuh-musuh yang mengepung mereka. Musuh-musuh
Islam boleh melakukan apa sahaja terhadap umat Islam
seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan yang
lazat boleh memakan dan meratah dengan sedapnya.

Ada pula di kalangan umat Islam yang memakan diri


sendiri dengan saling berbunuhan sesama mereka.
Sebenarnya perkara yang berlaku ini, telah diberikan
amaran oleh Rasulullah SAW bahawa umat Islam akan
menjadi lemah seperti sampah dan buih yang dihanyutkan
oleh air banjir.

Tentera bersekutu telah menyerang Iraq dan Syria


kononnya atas nama menentang keganasan. Maka ia
menjadi alasan pembunuhan umat Islam apabila mereka
mula bertindak secara marah dan dendam. Walhal
mereka tidak mengikut hukum Islam yang sebenarnya dan
melanggar undang-undang antarabangsa.

Tidak dapat dinafikan ada kalangan orang-orang


Islam sendiri yang melakukan kesalahan tidak mengikut
hukum Islam bahkan boleh dibunuh dengan kejahatannya.
Namun begitu, biarlah orang Islam yang bertindak
44 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

dengan adil. Bukannya membiarkan musuh bertindak dan


orang-orang Islam menjadi alat-alat kepada musuh.

Negara-negara umat Islam yang bergabung dengan


negara kuasa besar atas nama menentang keganasan
itu sebenarnya telah menjadi alat kepada musuh.

Negara-negara kuasa besar itu membiarkan Yahudi


Zionis terus membunuh rakyat Palestin, manakala Hindu di
India pula membunuh rakyat Kashmir dan lain-lain tanpa
mempedulikan kanak-kanak, kaum perempuan, orang-
orang tua, dan memusnahkan kemudahan hidup.

Mereka membiarkan orang Islam Rohingya diburu


dan dibunuh oleh kaum agama Buddha yang fanatik.
Masjid-masjid dan rumah-rumah dibakar hangus.

Mereka juga membiarkan orang Islam di Afrika


dibunuh oleh penganut Kristian dan di tempat lain. Darah
orang Islam seolah-olah tiada harga dan nyawa mereka
sangatlah murah sehingga boleh dihapuskan begitu
sahaja.

Walaupun demikian, ajaran Islam hendaklah


dipelajari daripada para ulama’ yang mendalaminya
dalam semua perkara. Ajaran Islam yang sebenar itu
adalah rahmat daripada Allah dengan sifatNya yang
Maha Adil sehingga negeri-negeri yang diperintah oleh
Islam pada zaman dahuluya telah menyebabkan orang
masuk ke dalam agama Islam secara beramai-ramai.

Betapa indahnya ajaran Islam yang diamalkan oleh


umat secara ilmu dan faham akan cara melaksanakannya
telah menyebabkan mereka menjadi hebat serta ditakuti
oleh musuh-musuh Islam kerana baik dan adil hukumnya
bukan kerana ganasnya.
MUSIBAH AKIBAT KELEMAHAN UMAT 45
Keadaan ini menunjukkan cara bagi menjinakkan
hati manusia kepada Islam sehingga kawan menjadi lawan
bukannya meliar dan menakutkan orang serta
membanyakkan lawan.

Pada zaman dahulu mereka berdakwah dengan


petunjuk Allah berdasarkan firmanNya:

‫ﭼﭽﭾﭿﮀ ﮁﮂﮃﮄﮅ‬
‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎﮏ‬
‫ﮐﮑ ﮒﮓﮔ ﮕﮖﮗﮘﮙ‬
‫ﮚﮛﮜﮝﮞ ﮟ ﮠﮡﮢﮣ‬
‫ﮤ ﮥ ﮦﮧﮨ‬
“Siapakah yang lebih baik kata-katanya, lebih
daripada sesiapa yang berdakwah kepada
agama Allah (Islam) serta mengerjakan amal yang
soleh, seraya berkata: Sesungguhnya kami
daripada orang-orang Islam. (33); Dan tidak sekali-
kali yang baik dibandingkan dengan yang jahat.
Tolaklah kejahatan orang terhadapmu dengan
terbaik, nescaya orang yang bermusuh di
antaramu dengannya bertukar menjadi baik
sehingga menjadi kawan yang dikasihi. (34);
Tidaklah boleh melakukan perkara ini melainkan
oleh orang-orang yang sabar, dan tidaklah
menerimanya melainkan kepada orang-orang
yang medapat kurnia besar dari Allah. (35).”

Surah Fussilat: 33-35


46 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Jahil dalam perkara agama akan menyebabkan


lupa kepada hari akhirat. Bahkan tidak menyedari akan
konsep dosa dan pahala menyebabkan manusia terus
tenggelam dan leka dengan kehidupan dunia walaupun
menjadi hamba kepada musuh Islam dan terpengaruh
dengan ajarannya yang sesat.

Kesannya umat Islam menjadi penakut dan takut


kepada mati kerana dosa yang banyak dalam keadaan
tidak tahu bertaubat dan tidak masuk ke dalam pintu
taubat yang luas dibuka oleh Allah SWT seluas-luasnya.

Maka yang lalai itu melihat dan hanya nampak


kehidupan dunia yang dekat dan tidak kekal, mereka tidak
percaya kepada syurga dan neraka yang kekal di hari
akhirat.

Akhirnya mereka yang mengejar dunia semata-


mata menjadi golongan yang bangsat dan hina dalam
kehidupan dunia, bahkan akan menerima akibat sengsara
di hari akhirat.

Sebaliknya mereka yang menegakkan Islam akan


berusaha menjadikan dunia itu semata-mata tempat untuk
menyediakan bekalan di hari akhirat yang berkekalan.

Mereka akan diberikan kemenangan untuk


memerintah dunia yang luas sebelum meninggal dunia
dan yakin kepada janji Allah SWT dengan syurga
pada hari akhirat.

Firman Allah:

‫ﭨﭩﭪ ﭫﭬﭭﭮﭯﭰ‬
MUSIBAH AKIBAT KELEMAHAN UMAT 47

‫ﭱ ﭲ ﭳ ﭴﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ‬
‫ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁﮂ ﮃ ﮄ‬
‫ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊﮋ ﮌ ﮍ ﮎ‬
‫ﮏﮐﮑﮒ‬
“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini
hanyalah permainan, hiburan, serta perhiasan,
sekadar bermegah-megah (berbangga) di antara
kamu, berlumba-lumba membanyakkan harta
dan meramaikan anak-anak. (Semuanya itu)
sama seperti hujan (yang menyuburkan tanaman)
menjadikan orang-orang yang kafir merasa kagum
tertarik hati melihat kesuburannya, kemudian
tanaman itu berubah, selepas itu engkau
melihatnya menjadi kuning, akhirnya menjadi
hancur berkecai. Dan di hari akhirat disediakan
azab yang berat (kepada mereka yang mengejar
dunia sahaja). Dan (ketahuilah) keampunan dari
Allah dan keredhaanNya (bagi orang-orang
yang mengutamakan hari akhirat). Dan tiadalah
kehidupan dunia melainkan kesenangan yang
menggoda (memperdayakan orang-orang yang
tertipu dengannya).”

Surah al-Hadid: 20

Sehubungan itu, hendaklah lahir di dalam hati setiap


orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan
kesusahan yang menimpa umat Islam di serata pelosok
dunia hari ini. Sama ada mereka yang ditimpa kemiskinan
dan kebuluran di negara-negara Afrika, atau umat Islam
yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas
seperti di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, dan
sebagainya.
48 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Tanggungjawab besar umat Islam untuk membantu


mereka daripada terus ditimpa kesusahan. Jika tidak
mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan
tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat
kepada Allah SWT supaya diberikan pertolongan
kepada mereka dan membebaskan mereka daripada
penderitaan dan kezaliman manusia.

Umat Islam semakin jauh akal fikiran
mereka daripada ajaran Islam yang

sebenar dan pusaka yang ditinggalkan
oleh Rasulullah SAW yang ada di
dalam kitab suci al-Quran dan hadis
Baginda SAW.
BAB 5
MENELUSURI UJIAN
PARA ANBIYA’

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji


orang-orang yang sebelum mereka. Maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-
orang yang benar dan mengetahui juga
orang-orang berdusta.”

SURAH AL-’ANKABUT: 3
menelusuri ujian
para anbiya’

P
engorbanan adalah fitrah dalam kehidupan orang-
orang yang beriman kerana Allah SWT berjanji
bahawa setiap orang yang beriman pasti akan diuji
olehNya.

Apakah kita merasakan kita layak mengharapkan


keredhaan Allah dengan menjalani kehidupan sebagai
manusia biasa tanpa ada sebarang tanggungjawab
terhadap agama Allah dan tidak berjuang untuk
melaksanakan sepenuh syariatNya?

Firman Allah SWT:

‫ﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫ‬
‫ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓﯔ ﯕ ﯖ ﯗ‬
‫ﯘﯙﯚﯛ‬
“Alif Lam Mim. (1); Adakah manusia mengira
bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja, apabila
mereka berkata: “Kami telah beriman.” (2); Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan
mengetahui juga orang-orang berdusta, (3).”

Surah al-‘Ankabut: 1-3

Nabi Allah Ibrahim AS telah diuji dengan tiga bentuk


ujian yang sangat hebat:
52 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

1. Berkorban sehingga sanggup dirinya dibakar di


dalam api yang membara.

2. Baginda AS terpaksa meninggalkan anak dan isteri


tercinta di bumi yang gersang dan tandus.

3. Baginda AS diperintahkan menyembelih anaknya,


Nabi Ismail AS semata-mata untuk mentaati arahan
Allah SWT.

Hari ini kita tidak diperintahkan memancung leher


manusia, malah masih teragak-agak untuk melaksanakan
undang-undang Islam secara menyeluruh mengikut syariat
Allah SWT. Sedangkan kita pada hari ini lebih banyak
mengorbankan Islam untuk kepentingan diri sendiri
walaupun terpaksa melanggar segala perintahNya.

Kisah pengorbanan para Nabi dan Rasul AS tidak


terhenti sekadar kisah perjuangan Nabi Ibrahim AS semata-
mata, malah turut melibatkan Nabi-Nabi AS yang lain.

Sejarah mencatatkan pengorbanan Nabi Allah Nuh


AS terpaksa menerima penghinaan yang mengatakan
Baginda AS sebagai gila kerana membina kapal di tengah
padang pasir. Pengorbanan Baginda AS melaksanakan
dakwah memakan masa yang terlalu lama sehingga
menjangkau 950 tahun sedangkan pengikutnya yang
berjaya ditarik tidak lebih 100 orang.

Nabi Allah Musa AS pula terpaksa berkorban


meninggalkan istana yang mewah milik bapa angkatnya
Firaun, sehingga menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Manakala Nabi Muhammad SAW sendiri terpaksa


meninggalkan tanah tumpah darahnya bagi
menelusuri ujian para anbiya' 53
mendaulatkan syariat Allah di muka bumi Madinah.
Maka apakah kita sebagai manusia biasa tidak perlu
berkorban apa-apa untuk mencari keredhaan Allah?

Para sahabat telah berkorban dalam


mempertahankan aqidah Islam sehingga mati dibunuh dan
diseksa. Mereka tetap bersabar menanggung segala
penderitaan bersama Rasulullah SAW dalam menghadapi
pelbagai ujian kerana keyakinan mereka terhadap
syariat Islam yang sempurna.

Gambaran pengorbanan dan ujian umat-umat


terdahulu telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam
al-Quran:

‫ﯔﯕﯖﯗﯘﯙ ﯚﯛﯜ‬
‫ﯝ ﯞ ﯟﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ‬
‫ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ‬
‫ﯳﯴ‬
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan
memasuki syurga padahal kamu belum lagi diuji
sebagaimana umat terdahulu sebelummu. Mereka
ditimpa malapetaka dan kesengsaraan dan
digoncang sehingga berkatalah Rasul dan orang
yang beriman bersamanya: Bilakah akan datang
pertolongan Allah? Ingatlah bahawa pertolongan
Allah itu amat hampir.”

Surah al-Baqarah: 214

Sebab turun ayat ini sebagaimana diucapkan oleh


Khabbab bin al-Arat:
54 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

ِ ‫ أ ََاَل تَستـ ْن‬:ُ‫قـلْنَا لَه‬


َّ ‫ أ ََاَل تَ ْدعُو‬،‫ص ُر لَنَا‬
‫اهَّللَ لَنَا؟‬ َْ ُ
“Kami mengeluh wahai Rasulullah, kenapa tidak
engkau memohon pertolongan atau kemenangan
untuk kami?”

Riwayat al-Bukhari 3612

Maka Rasulullah SAW bersabda:

،‫ض‬ ِ ‫الر ُج ُل فـَيُ ْح َف ُر لَهُ ِيِف األ َْر‬


َّ ‫ يـُْؤ َخ ُذ‬،‫قَ ْد َكا َن َم ْن قـَبـْلَ ُك ْم‬
‫ض ُع َعلَى َرأْ ِس ِه فـَيُ ْج َع ُل‬ َ ‫شا ِر فـَيُو‬ َ ‫ فـَيُ َجاءُ ِاِبل ِْم ْن‬،‫فـَيُ ْج َع ُل فِ َيها‬
،‫ َما ُدو َن َحَلْ ِم ِه َو َعظ ِْم ِه‬،‫يد‬ ِ ‫اط احل ِد‬ ِ ‫ش‬
َ َ ‫ط ِأِب َْم‬
ُ‫ش‬ َ ُْ‫ َومُي‬،‫نْي‬ ْ ِ‫ن‬
ِ ْ ‫ص َف‬
َِّ ‫ و‬،‫ك عن ِدينِ ِه‬
‫ َح َّىَّت‬،‫اهَّلل لَيَتِ َّم َّن َه َذا األ َْم ُر‬ ِ
َ ْ َ َ ‫ص ُّدهُ َذل‬ ُ َ‫فَ َما ي‬
َّ ‫اف إَِّاَّل‬
،َ‫اهَّلل‬ ُ َ‫ الَ َخَي‬،‫ت‬ ْ ‫اء إِ َىَل َح‬
َ ‫ض َرَم ْو‬ ِ ِ‫الراك‬ ِ
َ ‫صنـَْع‬َ ‫ب م ْن‬ ُ َّ ‫ري‬ َ ‫يَس‬
.‫ َولَ ِكنَّ ُك ْم تَ ْستـَْع ِجلُو َن‬،‫ب َعلَى غَنَ ِم ِه‬ ِ
َ ْ‫َوال ّذئ‬
“Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil
lelaki lalu digali baginya lubang kemudian
dihumbankan dia ke dalamnya. Terdapat juga
yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu
gergaji tersebut diletakkan di kepalanya,
kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga
terbelah kepada dua. Ada juga yang disikat
kulitnya hingga mengelupas daging dari
tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka
berpaling daripada agamanya (Islam). Demi
Allah, akan sempurna perkara ini (Islam)
sehingga seseorang pengembara itu mampu
berjalan dari Sana’a hingga ke Hadhramaut dan
dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak
risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan
tetapi kamu tidak sabar dan terlalu terburu-buru
(inginkan kemenangan atau hasil).”

Riwayat al-Bukhari 6943


menelusuri ujian para anbiya' 55
Apakah kita memilih untuk mengorbankan
kehidupan yang bahagia dan kekal di akhirat nanti
semata-mata untuk mengejar kebahagiaan dan
kesenangan yang sementara di dunia ini?

Firman Allah SWT:

‫ﯳﯴ ﯵ ﯶﯷﯸ ﯹﯺﯻ‬


‫ﯼﯽ ﯾﯿﰀﰁﰂ ﰃﰄ ﰅ‬
‫ﰆ ﰇ ﰈ ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕﭖ ﭗ ﭘ‬
‫ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢﭣ‬
‫ﭤﭥ ﭦ ﭧﭨ‬
“Dan barangsiapa yang berpaling dari
peringatanKu, maka sesungguhnya baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan
menghimpunkannya pada hari kiamat kelak
dalam keadaan buta. (124); Berkatalah dia: Ya
Tuhanku! Mengapa Engkau menghimpunkan aku
dalam keadaan buta, padahal aku dahulu
adalah seorang yang celik dapat melihat? (125);
Allah berfirman: Demikianlah, telah datang
kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu
melupakannya, dan begitulah pula, pada hari
ini kamu dilupakan. (126); Dan demikianlah kami
membalas sesiapa yang melampaui batas dan
tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya.
Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih
berat dan lebih kekal. (127).”

Surah Taha: 124-127



Apakah kita merasakan kita layak
mengharapkan keredhaanNya dengan
menjalani kehidupan
“sebagai
manusia biasa tanpa ada sebarang
tanggungjawab terhadap agama
Allah dan tidak berjuang untuk
melaksanakan sepenuh syariatNya?
BAB 6
MAKNA
PENGORBANAN
YANG SEBENAR

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari


orang-orang yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka dengan
balasan bahawa mereka akan beroleh
syurga, disebabkan mereka berjuang pada
jalan Allah, maka di antara mereka ada
yang membunuh dan ada yang terbunuh...”

SURAH AT-TAUBAH: 111


MAKNA PENGORBANAN
YANG SEBENAR
Firman Allah SWT:

‫ﯹﯺﯻﯼﯽ ﯾﯿﰀﰁﰂ‬
‫ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍﰎ‬
‫ﰏﰐ ﰑﰒﰓﰔﰕ‬
“Maka ketika Ismail sampai ke peringkat umur yang
mampu berusaha bersamanya, Ibrahim berkata:
Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam
mimpiku bahawa aku menyembelih dirimu, maka
apa pandanganmu mengenainya? Kata Ismail:
Wahai bapaku, laksanakanlah apa yang
diperintahkan. Kamu akan mendapatiku dengan
izin Allah, merupakan orang yang sabar.”

Surah al-Saffat: 102

U
mat Islam menyambut Aidiladha atau Hari Raya
Korban dalam keadaan banyak mengorbankan
Islam berbanding berkorban untuk dirinya. Kita
masih lagi menjadi korban kekejaman, penghinaan dan
kebiadaban musuh Islam lantaran jiwa kita yang sudah
semakin jauh daripada konsep pengorbanan yang
dituntut oleh Allah SWT.

Aidiladha bukan hanya memaparkan kisah


penyembelihan Nabi Allah Ismail AS yang digantikan
dengan seekor kibash (kambing) tetapi mengajar kita
erti keikhlasan dan redha dengan ketetapan Allah dan
RasulNya.
MAKNA PENGORBANAN YANG SEBENAR 59
Aidiladha mencatatkan detik kegembiraan Nabi
Allah Ibrahim AS dan keluarganya selepas mereka berjaya
melalui ujian Allah yang sangat getir dan mencengkam
jiwa nurani manusia biasa.

Kita berkongsi kegembiraan itu dengan


meraikan Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia dengan
mengorbankan binatang dalam keadaan gelak dan
tawa. Sedangkan hakikatnya Nabi Allah Ibrahim AS pernah
melakukannya dengan titisan air mata.

Perintah Allah yang Maha Esa tetap dilaksanakan


dengan penuh ikhlas dan redha terhadap ketentuanNya.
Kegembiraan Nabi Allah Ibrahim sekeluarga sangatlah
bermakna dan besar kerana mereka berjaya melepasi
ujian yang amat besar dalam berkorban untuk Allah SWT.

Kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS


bukanlah mengajar kita erti pengorbanan biasa.
Pengorbanan mereka bukan kerana sesuatu matlamat
yang tersirat tetapi hanya semata-mata kerana patuh
kepada perintah Allah SWT.

Kebiasaannya manusia hari ini berkorban untuk


mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Kita mengorbankan
segala kegembiraan untuk berfoya-foya di luar rumah,
semata-mata untuk meni’mati kegembiraan bersama
keluarga.

Anak-anak pula mengorbankan waktu bermain dan


menonton televisyen, semata-mata untuk menumpukan
perhatian terhadap pelajaran bagi mencapai kejayaan
dalam peperiksaan.

Pemimpin pula mengorbankan masa bersama rakyat


untuk memenangi hati rakyat agar terus terpilih sebagai
60 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

calon dalam pilihan raya. Manakala para pekerja


mengorbankan masa rehat dan bersantai bagi
menyiapkan kerja untuk mendapat anugerah
kecemerlangan. Maka kita hanya akan mendapat apa
yang kita idamkan jika matlamat pengorbanan kita tidak
disandarkan kepada Allah dan RasulNya.

Nabi Ibrahim AS sanggup untuk menyembelih


anaknya tanpa dijanjikan kibash yang akan
menggantikan anaknya. Baginda AS melakukannya
semata-mata kerana mematuhi perintah Allah SWT.

Sebelum itu, Baginda AS diuji sehingga sanggup


meninggalkan Siti Hajar, isteri yang disayanginya bersama
Nabi Ismail AS yang ketika itu masih kecil. Ini semua
dilakukan tanpa jaminan oleh Allah SWT untuk membina
sebuah kota atau perkampungan.

Nabi Ismail AS redha kepada Allah SWT untuk


berkorban sehingga sanggup mengakhiri kehidupan
mudanya. Malahan memberikan sokongan dan galakan
kepada bapanya untuk segera menyembelihnya.

Semua perkara itu dilakukan tanpa jaminan oleh Allah


SWT untuk mendatangkan kibash sebagai ganti tetapi
Nabi Ismail AS melakukannya semata-mata mematuhi
perintah Tuhan sekalian alam. Seluruh ahli keluarga telah
berkorban untuk mentaati perintah Allah SWT.

Nabi SAW bersabda di dalam satu hadis:

‫ال َما َع ِم َل‬ َ َ‫اهَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َ ِ‫َع ْن َعائ‬
َّ ‫شةَ أ‬
َ ‫اهَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
‫الدِم‬
َّ ‫اق‬ ِ ‫اهَّلل ِمن إِ ْهر‬ِ ِ َّ ‫آد ِم ٌّي ِمن عم ٍل يـوم النَّح ِر أَح‬
َ ْ َّ ‫ب إ َىَل‬ َ ْ َ َْ َ َ ْ َ
َّ ‫َن‬
‫الد َم‬ َّ ‫إِنـََّها لَتَأِْيِت يـَْوَم ال ِْقيَ َام ِة بِ ُق ُروِهِنَا َوأَ ْش َعا ِرَها َوأَظْالَفِ َها َوأ‬
ِ ِ ِ ‫ان قـ ْبل أَ ْن يـ َقع ِمن األَر‬ ٍ َِّ ‫لَيـ َقع ِمن‬
‫سا‬ً ‫ض فَطيبُوا هِبَا نـَْف‬ ْ َ َ َ َ َ ‫اهَّلل ِمِبَ َك‬ ْ ُ َ
MAKNA PENGORBANAN YANG SEBENAR 61
“Dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tiada ada amalan manusia di Hari Raya Korban
yang lebih disukai oleh Allah berbanding
dengan menumpahkan darah binatang korban.
Sesungguhnya ia akan didatangkan di hari
kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Maka
darahnya akan mendatangkan keredhaan Allah
sebelumnya jatuhnya ia ke tanah. Maka ikhlas dan
redhakanlah hatimu terhadapnya.”

Riwayat al-Tirmidhi 1493

Inilah sebenarnya asas kepada kejayaan yang wajar


kita sambut sebagai perayaan. Kejayaan yang diberikan
oleh Allah SWT hasil pengorbanan yang tulus ikhlas
keranaNya. Sebaliknya bukan kejayaan yang dicapai
semata-mata kerana usaha titik peluh dan kebijaksanaan
kita, tetapi dalam masa yang sama kita lupa dengan
ni’mat pemberian Allah.

Sesungguhnya tiada kejayaan yang hakiki dan


diredhai tanpa pengorbanan. Kita mesti yakin bahawa
segala pengorbanan kita terhadap Allah SWT tidak
akan dipersia-siakan.

Firman Allah SWT:

‫ﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫ ﮬ‬
‫ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ‬
‫ﯙﯚﯛ‬
“Apakah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan berkata; Kami beriman sedangkan
mereka tidak diuji. (2); Dan sesungguhnya telah
62 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

diuji mereka yang sebelum dari kamu maka akan


Allah yang Maha Mengetahui siapakah yang
benar, siapakah yang berdusta, (3).”

Surah al-‘Ankabut: 2-3

Pada hakikatnya kita tidak memerlukan sebarang


pujian daripada mana-mana pihak akan keindahan syariat
Allah, apatah lagi daripada lidah orang-orang yang tidak
beriman.

Pelaksanaan syariat Allah telah terbukti kesesuaian


dan keberkesanannya dalam mengatur kehidupan
manusia. Syariat Allah adalah yang terbaik dan
keindahannya akan terserlah apabila dilaksanakan
sepenuhnya. Hanya manusia yang bodoh dan buta
sejarah sahaja yang merasa bimbang dan sangsi
terhadap keadilan syariatNya.

Yakinlah bahawa segala pengorbanan kita untuk


memartabatkan agama Allah adalah untuk manfaat kita
bersama. Segalanya akan dibeli dan dibayar oleh Allah
SWT dengan nilai yang terlalu berharga iaitu kemuliaan
dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

‫ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝ‬
‫ﯞ ﯟ ﯠﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ‬
‫ﯧﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ‬
‫ﯯﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵﯶ ﯷ‬
‫ﯸ ﯹ ﯺ ﯻﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ‬
MAKNA PENGORBANAN YANG SEBENAR 63

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-


orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan balasan bahawa mereka
akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang
pada jalan Allah, maka di antara mereka ada
yang membunuh dan ada yang terbunuh. Balasan
syurga yang demikian ialah sebagai janji yang
benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat
dan Injil serta al-Quran dan siapa lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh
itu bergembiralah dengan jualan yang kamu
jalankan itu dan ketahuilah bahawa jual beli yang
seperti itu ialah kemenangan yang besar.”

Surah al-Taubah: 111



Pelaksanaan syariat Allah telah
terbukti kesesuaian
keberkesanannya dalam mengatur

kehidupan manusia. Syariat Allah
dan

adalah yang terbaik dan keindahannya


akan terserlah apabila dilaksanakan
sepenuhnya.
BAB 7
MALAPETAKA AKIBAT
MENINGGALKAN
AJARAN ISLAM

Ingatlah apabila Tuhan berfirman


kepadanya: “Serahlah dirimu.” Dia
menjawab: “Saya menyerah diri
(dengan ikhlas) kepada Tuhan semesta
alam.

Surah al-baqarah: 131


MALAPETAKA AKIBAT
MENINGGALKAN
AJARAN ISLAM
Firman Allah SWT:

‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎﮏ ﮐ‬
‫ﮑ ﮒ ﮓﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ‬
‫ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ‬
“Dan sesiapa yang tidak suka kepada agama
(Islam) yang dianut oleh Ibrahim AS maka
sesungguhnya orang itu telah membodohkan
dirinya sendiri. Dan sesungguhnya Kami telah
memilih Ibrahim AS di dunia ini (menjadi Rasul) dan
sesungguhnya dia di akhirat nanti termasuk dalam
kalangan orang-orang yang soleh. (130); Ingatlah
apabila Tuhan berfirman kepadanya: “Serahlah
dirimu.” Dia menjawab: “Saya menyerah diri
(dengan ikhlas) kepada Tuhan semesta alam.
(131).”

Surah al-Baqarah: 130-131

A
idiladha disambut bagi memperingati sirah
(perjalanan hidup) Nabi Ibrahim AS yang dipilih oleh
Allah SWT menjadi contoh kepada seluruh manusia.
Contoh dengan makusd seorang Islam yang sebenar.

Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah


SWT dengan hati yang ikhlas diikuti dengan tubuh (jasadnya)
beramal dengan perintah Allah SWT walaupun terpaksa
mengorbankan diri dan keluarganya.
MALAPETAKA AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM 67
Setelah beriman kepada ucapan “La ilaha illAllah”
(Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja) dan
menolak segala rupa yang dinamakan syirik
(menyekutukan Allah) dengan sesuatu yang lain, maka
Baginda AS diberikan ujian untuk membuktikan keimannya.

Inilah yang disebut oleh firman Allah:

‫ﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫ ﮬ‬
‫ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ‬
‫ﯙﯚﯛ‬
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka
dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata:
“Kami telah beriman,” dalam keadaan mereka
tidak diuji (oleh Allah)? (2); Dan sesungguhnya
Kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih
dahulu daripada mereka. Maka (benarlah) apa
yang diketahui Allah, orang-orang yang benar
(beriman) dan orang-orang yang berbohong. (3).”

Surah al-‘Ankabut: 2-3

Nabi Ibrahim AS bukan sahaja menjadi contoh


seorang Islam yang benar-benar menyerah diri kepada
Allah SWT dengan mengikut segala perintahNya.

Pada masa yang sama, Baginda juga telah diuji dan


berjaya menghadapi ujian itu sehingga terpaksa
menghadapi hukuman yang menggerunkan apabila
mendapat hukuman dibakar ke dalam nyalaan api yang
besar dengan dahsyatnya.
68 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Ibrahim AS menerima hukuman yang zalim itu dengan


iman yang tidak berganjak sedikit pun. Baginda AS bersedia
mati menjadi abu. Kuasa Allah SWT telah menyelamatkan
dirinya secara mukjizat daripada nyalaan api yang
membakar itu. Sebagaimana yang dinyatakan melalui
firmanNya:

‫ﮮﮯﮰﮱﯓﯔ ﯕﯖ‬
‫ﯗﯘﯙ ﯚ ﯛﯜﯝﯞ ﯟﯠ‬
‫ﯡ ﯢﯣﯤ‬
“Mereka berkata, bakarkan dia (ke dalam api) dan
tolonglah tuhan kamu jika kamu mahu bertindak
ke atasnya. (68); Lalu Kami berfirman: “Wahai api!
Jadilah sejuk dan selamat sejahtera kepada
Ibrahim. (69); “Mereka (yang kafir) itu melakukan
perancangannya, maka Kami jadikan mereka
orang-orang yang paling rugi (di dunia dan di
akhirat). (70).”

Surah al-Anbiya’: 68-70

Akhirnya Ibrahim AS dihalau keluar oleh bapanya


sendiri dan raja yang zalim. Baginda AS berhijrah ke bumi
Palestin bersama keluarga dan pengikutnya yang beriman.

Maka Allah SWT memilih Ibrahim AS diuji dengan


perintah meletakkan anaknya, Ismail AS bersama ibunya
Hajar AS di bumi Makkah yang tiada manusia serta kering
tidak mempunyai air dan makanan. Allah SWT memberi
kepada mereka rezeki yang datang secara luar biasa.
MALAPETAKA AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM 69
Seterusnya Allah SWT menguji Baginda lagi supaya
menyembelih anaknya Ismail AS. Allah memerintahkan
supaya mendirikan Ka’bah dan memanggil manusia
daripada seluruh dunia supaya datang mengerjakan haji.
FirmanNya:

‫ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ‬
‫ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ‬
“Dan ingatlah, apabila Allah telah menguji Ibrahim
AS dengan beberapa perintah, lalu dia telah
melaksanakannya dengan sempurna. Lalu Kami
(Allah) berfirman: “Sesungguhnya Aku jadikan
kamu pemimpin.” Ibrahim AS menjawab: “Wahai
Tuhanku, jadikanlah juga di kalangan zuriat
keturunanku.” Allah berfirman: “Tidak termasuk di
dalam janjiKu ini orang-orang yang zalim.”

Surah al-Baqarah: 124

Hari ini kita sedang menyaksikan janji Allah SWT yang


telah memilih Nabi kita Muhammad SAW menjadi Nabi
dan Rasul pada akhir zaman kepada seluruh manusia di
atas muka bumi ini. Baginda SAW dilahirkan di Makkah
iaitu tempat Nabi Ibrahim AS meletakkan keluarganya
yang dipilih oleh Allah SWT.

Umat Islam harus mengingati bahawa Rasulullah


SAW telah mengajak penduduk Makkah supaya beriman
bersamanya bagi menerima Islam dan memerintah dunia
dengan hukum syariatnya. Akan tetapi mereka menolak
kerana mereka lebih takutkan makhluk manusia dan
melupakan kekuasaan Allah SWT.
70 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Allah SWT menceritakan di dalam al-Quran:

‫ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥﮦ ﮧ‬
‫ﮨﮩ ﮪﮫﮬﮭﮮﮯ ﮰﮱ‬
‫ﯓ ﯔﯕ ﯖﯗ ﯘﯙ‬
“Dan mereka berkata: “Jika sekiranya kami
mengikut petunjuk bersamamu, nescaya kami akan
dibinasakan (oleh musuh) daripada mereka yang
berada dalam negeri kami ini.” (Allah berkata):
“Tidakkah mereka sedar bahawa Kamilah yang
menempatkan mereka di tanah haram (Makkah)
yang aman yang diberi kepada mereka
kedatangan berbagai jenis buah-buahan, yang
merupakan rezeki daripada sisi Kami, tetapi
kebanyakan mereka tidak mengerti (seperti tidak
mengetahui).”

Surah al-Qasas: 57

Sesuatu yang berada di luar akal fikiran manusia,


apabila Rasulullah SAW telah memulakan dakwahnya
kepada seluruh alam ini bermula di bumi Makkah yang
kering dan jauh daripada manusia. Hari ini, Islam telah
berjaya disebarkan ke seluruh dunia walaupun Rasulullah
SAW sudah wafat.

Kemudian selepas kewafatan Baginda SAW, para


sahabat RA telah berjaya menjatuhkan kuasa besar Parsi
dan Rom. Dua kuasa besar dunia ini kuat dengan bala
tentera yang besar, harta paling banyak serta rakyat jelata
yang ramai. Akhirnya Islam menjadi kuasa besar yang
memerintah sebahagian besar darpada muka bumi ini.
MALAPETAKA AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM 71
Sekarang kita menyaksikan pula umat Islam dalam
keadaan yang sangat lemah. Bukan sahaja negeri-negeri
umat Islam dijajah dan dikuasai oleh musuh-musuh Islam,
mereka juga telah membahagi-bahagikan bumi Islam
sesama mereka.

Mereka memperhambakan rakyat di bumi yang


dijajah dan merampas hasil buminya yang banyak. Hasil
itu pula digunakan untuk membunuh umat Islam sama ada
secara langsung dengan menyerangnya atau melagakan
umat Islam membunuh sesama sendiri.

Hidup umat Islam masih seperti lembu yang dicucuk


hidungnya, boleh diheret mengikut kehendak penjajah
walaupun dikatakan sudah mengecapi kemerdekaan.

Punca kepada keadaan itu disebabkan umat Islam


tidak beramal dengan semua ajaran Islam. Walaupun
ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan doa semua
mengikut cara Islam, tetapi cara hidupnya dalam urusan
politik, ekonomi dan muamalat tidak mengikut hukum
syariat Islam dengan sepenuhnya.

Dahulu apabila golongan yang diberikan kitab Taurat


tidak beramal dan mengikut Islam secara keseluruhannya,
Allah SWT memberikan amaran kepada mereka dengan
firmanNya:

‫ﭡﭢﭣﭤﭥﭦﭧ‬
‫ﭨﭩ ﭪﭫﭬﭭﭮ‬
‫ﭯﭰﭱﭲﭳ ﭴﭵ‬
‫ﭶﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ‬
72 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

‫ﭼﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ‬
‫ﮆ ﮇ ﮈﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏﮐ‬
‫ﮑﮒﮓ ﮔﮕﮖﮗﮘﮙ‬
‫ﮚ ﮛ ﮜﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ‬
‫ﮤﮥ‬
“Adakah kamu beriman dengan setengah daripada
kitab (Taurat) dan kamu kufur daripada setengah
yang lain? Maka tiada balasan bagi mereka yang
berbuat begitu melainkan kebinasaan (menjadi
hina) dalam kehidupan dunia dan di hari akhirat
nanti dicampakkan ke dalam azab (neraka) yang
paling seksa. Dan Allah tidak lalai daripada apa
yang telah kamu amalkan. (85); Mereka itulah
orang-orang yang telah membeli kehidupan dunia
dengan membayarnya dengan akhirat. Maka tidak
diringankan azab (neraka) ke atas mereka dan
mereka tidak diberi pertolongan oleh Allah. (86).”

Surah al-Baqarah: 85-86

Begitulah juga balasannya kepada manusia apabila


meninggalkan al-Quran. Sekarang kita sedang melihat
akibat yang menimpa umat Islam apabila meninggalkan
hukum-hukum yang disebut dalam al-Quran dan beramal
dalam perkara ibadat, perkahwinan, harta pusaka dan
berzikir sahaja.

Umat Islam perlu kembali bertaubat dan balik semula


ke pangkal jalan setelah lama berada dalam kesesatan
dan kelalaian. Allah SWT membuka pintu taubat yang
sangat luas buat hambaNya.
MALAPETAKA AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM 73
Umat Islam yang mengerjakan haji, mereka menyahut
seruan Allah SWT yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS
setelah mendirikan Ka’bah. Lafaz itu dilaungkan di tempat
tiada manusia dan tiada dengan pembesar suara dan alat
penyebaran seperti hari ini, semenjak beberapa ribu tahun
yang lalu.

Firman Allah:

‫ﮇﮈﮉﮊﮋﮌ ﮍ ﮎﮏ‬
‫ﮐ ﮑﮒ ﮓﮔﮕ‬
“Serulah manusia supaya datang mengerjakan
(haji), nescaya mereka datang walaupun berjalan
kaki dan menunggang unta yang kurus (kerana
jauhnya perjalanan), mereka datang melalui
setiap jalan yang terlalu jauh perjalannya.”

Surah al-Hajj: 27

Hari ini ada di kalangan umat Islam yang mampu


menyembelih binatang korban. Mereka menghidupkan
ajaran Allah SWT yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim AS
yang bersedia mengorbankan anak kesayangannya
Nabi Ismail AS kerana menurut perintahNya.

Allah SWT menerima amalan orang yang mempunyai


niat yang ikhlas. Baginda AS tidak menyembelih anaknya
tetapi Allah SWT menukarkannya dengan binatang
peliharaan yang dimakan dagingnya.
74 AIDILADHA: PERPADUAN DAN PENGORBANAN

Firman Allah:

‫ﭯﭰﭱﭲ ﭳﭴﭵﭶﭷﭸ‬
‫ﭹﭺﭻﭼ ﭽﭾﭿﮀ‬
‫ﮁﮂﮃﮄ ﮅﮆﮇﮈ‬
‫ﮉﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ‬
‫ﮒﮓﮔﮕﮖ ﮗﮘ‬
‫ﮙﮚﮛﮜﮝﮞ ﮟﮠﮡ‬
‫ﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨ ﮩﮪﮫ‬
‫ﮬﮭﮮﮯﮰ‬
“Dan sesiapa yang mencari (atau berpegang)
kepada ajaran yang lain daripada Islam nescaya
dia tidak akan diterima (oleh Allah) dan di akhirat
nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang
rugi. (85); Bagaimanakah Allah boleh memberi
hidayah kepada orang yang kufur setelah mereka
beriman? Dan mereka menyaksikan bahawa Rasul
yang dilantik itu adalah benar dan membawa
keterangan-keterangan yang nyata, dan Allah
tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang
zalim. (86); Mereka itulah orang-orang yang dilaknat
oleh Allah, para malaikat dan manusia semuanya.
(87); Mereka kekal di dalam laknat (dan siksa) itu
dan tidak diringankan azabnya dan tidak diberi
perhatian. (88); Melainkan orang-orang yang
bertaubat selepasnya dan berbuat baik. Maka
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang, (89).”

Surah Ali ‘Imran: 85-89



Umat Islam perlu kembali bertaubat
dan balik semula ke pangkal jalan

setelah lama berada dalam kesesatan
dan kelalaian. Allah SWT membuka
pintu taubat yang sangat luas buat
hambaNya.
KOLEKSI BUKU
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TERBAHARU!

KOLEKSI LENGKAP JEJAK MUHAMMAD SAW


Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiyah (Jilid 1)
Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiyah (Jilid 2)
Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiyah (Jilid 3)

TERLARIS!

KOLEKSI HEALING
WITH HADITH

Pesan-Pesan Sabar
Pesan-Pesan Ikhlas
Pesan-Pesan Taubat
Pesan-Pesan Iman

RM 35 RM 25 RM 28 RM 34

KOLEKSI HEALING
WITH QURAN

Celupan Jarum Kecil di


Lautan Ilmu al-Quran
Taqwa: Martabat & Harga Diri Insan
Hidayah Itu di Sini

RM 35 RM 25 RM 28
KOLEKSI BUKU
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TERLARIS!

RM
RM 808 RM 85 RM 60
RM 289 RM 75

KOLEKSI LENGKAP JEJAK KHALIFAH


Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA | Fiqh Siasah Khalifah ‘Umar RA |
Fiqh Siasah Khalifah ’Uthman RA | Fiqh Siasah Khalifah ‘Ali RA

Imbas kod QR untuk


mengakses katalog
penuh koleksi buku
Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang

Sekiranya ada sebarang komen / cadangan


penambahbaikan, boleh dihantar kepada:
pustakapermataummah@gmail.com
atau mana-mana media sosial
Pustaka Permata Ummah
Assalamualaikum w.b.t.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA TELAH SELESAI


MEMBACA BUKU INI!

Pustaka Permata Ummah sangat mengalu-alukan


sebarang komen dan teguran sekiranya tuan/puan ada
menjumpai mana-mana kesalahan di dalam buku ini.

Selain itu, kami sangat menggalakkan tuan/puan untuk


membuat resensi dan pandangan mengenai buku ini di
sosial media tuan/puan/Pustaka Permata Ummah.

Segala maklumat boleh dihantar kepada:

Pustaka Permata Ummah


9108, Jalan Kerdas 1,
Gombak 53100,
Kuala Lumpur
pustakapermataummah@gmail.com
Facebook: Pustaka Permata Ummah

You might also like