You are on page 1of 13

Terbit edisi e-buku, September 2023

© Angkatan Belia Islam Malaysia

Pengarang: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī


Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan Transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ahmad Aiman
Reka Letak Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2,
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +60133916299
No.Faks: +603-4108 2400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy

Koleksi E-Buku ABIM PRESS boleh diakses dan dimuatturun


secara percuma di pautan berikut:
http://e-maktabah.com

Atau boleh juga ikuti perkembangan E-buku terkini di


halaman FB Abim Press:

ABIM PRESS
MUQADDIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis.


Selawat dan salam, buat kekasih.

Segala puji bagi Allāh, atas izin-Nya dan ketetapan-Nya,


kita dikurniakan khidmat kepada terjemahan fatwa Imām
al-Qaraḍāwī berkenaan hukum merayakan Mawlid Nabawī
dan peristiwa kebesaran Islam yang lain.1

Bersempena dengan ketibaan bulan yang mulia, bulan


lahirnya Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, kita
berbesar hati untuk menterjemahkan fatwa ini sebagai salah
satu suluhan berkenaan sebuah polemik yang saban tahun
disiarkan dalam masyarakat muslim di Malaysia: adakah
perayaan Maulid Nabawī bid‘ah atau tidak bid‘ah? Maka

1 Disiarkan secara atas talian di sini: https://www.al-Qaradawi.net/


node/3604 secara anumerta pada 19.7.2023.

3
di dalam fatwa ini, Imām al-Qaraḍāwī menjelaskan dengan
tuntas bahawa meraikan apa saja peristiwa kebesaran dalam
Islam, termasuklah hari keputeraan baginda ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam, tertakluk kepada sebuah kaedah agung
dalam Islam: Mengenang dan menyebut-nyebut nikmat
Allāh merupakan perkara yang dituntut dan terpuji.

**

Bagi seorang muslim yang bernurani putih, sudah tentu


memahami, antara nikmat yang terbesar yang dikurniakan
Allāh ta‘ālā kepada umat manusia ialah melalui kelahiran
Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dan
pelantikan baginda sebagai utusan-Nya, mengeluarkan
umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang
bersinar gemilang.

Firman-Nya ta‘ālā:
ً َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َّ َّ َ ْ َ َ
‫ِني إِذ َب َعث فِي ِه ْم َر ُسول‬ ‫لقد من الل ع المؤ ِمن‬
ّ ّ َ ُْ ُ َ ّ
‫س ِه ْم َيتلو َعليْ ِه ْم آيَاتِهِ َو ُي َزك ِي ِه ْم َو ُي َعل ُِم ُه ُم‬
ِ ‫م ِْن أنف‬
َ َ َ ُ َ ُ َ َ ْ ْ َ ‫الْك َِت‬
‫اب َوال ِك َمة ِإَون كنوا مِن قبْل ل ِف ضل ٍل‬
‫‏‬‎١٦٤ ‫ُّمبِ ٍني‬
“Sesungguhnya Allāh telah mengurniakan
(rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman,
setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allāh

4
(kandungan al-Qur’ān yang membuktikan
keesaan Allāh dan kekuasaan-Nya), dan
membersihkan mereka (dari i‘tiqād yang sesat),
serta mengajar mereka Kitab Allāh (al-Qur’ān)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam
mengenai hukum-hukum Syariat). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan
Nabi Muḥammad) itu adalah dalam kesesatan
yang nyata.” (Āli ‘Imrān, 164)

Allāh mengingatkan secara umum di dalam al-Qur’ān


bahawa nikmat-Nya haruslah disebut dan diingati selalu
sebagai tanda bersyukur kepada-Nya. Firman-Nya:

ْ َ
‫‏‬‎١١ ‫َوأ َّما بِن ِْع َمةِ َر ّب ِ َك فَ َح ّدِث‬
“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah
engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai
bersyukur kepada-Nya.” (Al-Ḍuḥā, 11).

Termaktub dalam ilmu Uṣūl al-Fiqh, al-‘Ibrah bi


‘Umūm al-Lafẓ, lā bikhuṣūṣ al-Sabab (Yang diambilkira
ialah keumuman kalimat, bukan mengambilkira sebab
yang khusus).

Maka keseluruhan nikmat Allāh haruslah disebut dan


dikenang, termasuklah hari keputeraan Nabi ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam.

Pun begitu, kita memahami wujudnya sebahagian ulama


yang berpendapat merayakan Mawlid Nabawī ini bid‘ah.

5
Mereka memiliki dalilnya dan di sini bukanlah tempatnya
untuk memperpanjangkan isu. Hal ini diselesaikan secara
harmoni dan baik oleh Imām al-Suyūṭī di dalam bukunya
yang telah kita terjemahkan sebelum ini, “Mawlid Nabi:
Sejarah dan Hukumnya” (cet. ABIM Press 2022), buku ini
hendaklah dijadikan rujukan utama dalam isu ini. Paling
tidaknya, kita selaku muslim harus menanggapi isu ini
sebagai isu khilafiyah yang diterima dengan lapang hati,
kerana kedua-dua pendapat memiliki sumber sandaran
dalil yang kuat.

***

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS


atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara
gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik
terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh
sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian.

Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan


kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana
tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Allāh Maha Mengetahui.

Syafiq atTauhidi – Mohammad Syafiq Ismail


4 Rabī‘ al-Anwār 1445H – 18 September 2023
Fatih, Istanbul, Turkiye

6
HUKUM MERAYAKAN
MAWLID NABAWĪ
Oleh:
Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī

Soalan: Apakah hukum merayakan Mengingati Peristiwa


Mawlid (Keputeraan) Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam
dan pelbagai lagi perayaan Islam, seperti ketibaan Tahun
Hijriyah baharu dan perayaan Mengingati Peristiwa Israk
dan Mikraj?

Jawapan Faḍīlat al-Shaykh:

Bismillāh (Atas nama Allāh), segala puji hanyalah bagi


Allāh. Selawat dan salam buat Rasūlullāh. Seterusnya..

Ada sebilangan muslimin yang menganggap apa saja


perayaan atau menzahirkan sikap keprihatinan atau apa

7
saja yang berkait dengan mengenang peristiwa-peristiwa
besar yang berlaku dalam Islam, atau (mengenang) Hijrah
Nabawiyah, atau Israk dan Mikraj, atau Mawlid Rasul
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, atau (mengenang) peristiwa
perang Badr al-Kubrā, atau peristiwa Pembukaan Mekah,
atau apa saja peristiwa besar yang berlaku dalam sirah (Nabi)
Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam atau yang seperti
ini; mereka menganggapnya sebagai bid‘ah dalam urusan
agama, dan setiap bid‘ah itu sesat dan setiap kesesatan itu
(menjerumuskan) ke dalam neraka.

Sesungguhnya kita, apabila kita bercerita mengenai


peristiwa-peristiwa besar ini, kita mengingatkan orang ramai
mengenai nikmat yang agung (kurniaan Allāh di dalam
Islam).

Mengingatkan tentang nikmat kurniaan-(Nya) ini


disyariatkan, dinilai terpuji (yakni berpahala), dan dituntut
(dalam agama).

Allāh ta‘ālā memerintahkan kita untuk melakukan


demikian (mengingati nikmat kurnia-Nya) di dalam Kitab-
Nya:

ْ ْ ُ ْ َ َ َّ َ َ ْ ُ ُ ْ ُ َ َ َّ َ ُّ َ َ
‫يا أيها الِين آمنوا اذكروا ن ِعمة اللِ عليكم إِذ‬
ً
‫يحا َو ُج ُنودا‬ ً ‫ود فَأَ ْر َسلْ َنا َعلَيْه ْم ر‬ ُ َْ َ
ٌ ‫ك ْم ُج ُن‬ ‫جاءت‬
ِ ِ
َ ُ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َّ
‫‏‬‎٩ ‫ون بَ ِص ًريا‬ ‫لم تروها ۚ وكن الل بِما تعمل‬
ُ ََ َ ُ َ ُ ُ َ ْ
‫اءوكم ّمِن ف ْوق ِك ْم َوم ِْن أ ْسفل مِنك ْم‬ ‫إِذ ج‬

8
َ‫ال َناجر‬
َ ْ ُ ُ ُْ ََََ ُ َ َْْ َ َ ْ
ِ ‫ت القلوب‬ ِ ‫ت البصار وبلغ‬ ِ ‫ِإَوذ زاغ‬
‎١٠ ‫الظ ُنونَا‬
ُّ َّ َ ُّ ُ َ َ
ِ‫وتظنون بِالل‬

“Wahai orang-orang yang beriman,


kenangkanlah nikmat Allāh yang dilimpahkan-
Nya kepada kamu. Semasa kamu didatangi
tentera (al-Ahzāb), lalu Kami hantarkan
kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta
angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak
dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allāh sentiasa
melihat apa yang kamu lakukan. * Masa itu ialah
masa tentera musuh datang melanggar kamu
dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat
pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa
pemandangan mata kamu tidak berketentuan
arah (kerana gempar dan bingung) serta hati
pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan
kamu masing-masing pula menyangka terhadap
Allāh dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Al-
Ahzab, 9-10)

Dia (ta‘ālā) mengingatkan mengenai peristiwa perang


Khandak atau perang al-Ahzāb, ketika mana kaum
Quraysh, Ghatafan dan hamba sahaya mereka memerangi
Nabi ‘alayhiṣṣalātu wassalām dan umat Islam di dalam
tanah air mereka (di Madinah); mereka (tentera Ahzāb)
mengepung ketat kota Madinah; mereka ingin membunuh
kesemua umat Islam yang baharu memeluk agama mulia
ini; akhirnya mereka diselamatkan Allāh daripada krisis

9
ini. Allāh kirimkan angin dan tentera malaikat yang tidak
dapat dilihat manusia untuk menentang mereka (tentera
Ahzāb).

Allāh mengingatkan mereka tentang hal ini, (seakan-


akan mafhum firman-Nya) “Ingatlah dan jangan lupakan
perkara-perkara ini.” Maknanya: Wajib untuk kita
mengingati kesemua nikmat-nikmat ini, dan kita tidak
boleh melupakannya.

Dinyatakan dalam ayat lain:

ْ‫كم‬ ُ ْ َ َ َّ َ َ ْ ُ ُ ْ ُ َ َ َّ َ ُّ َ
‫أيها الِين آمنوا اذكروا ن ِعمت اللِ علي‬
َّ َ َ َ ُ َ َ َ َ ْ
‫إِذ ه َّم ق ْو ٌم أن يَبْ ُس ُطوا إِلْك ْم أيْد َِي ُه ْم فكف‬
َّ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ َ َّ ُ َّ َ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ َ
‫ك‬
ِ ‫و‬ ‫ت‬ ‫ي‬‫ل‬ ‫ف‬ ِ ‫الل‬ ‫ع‬ ‫و‬ ۚ ‫الل‬ ‫وا‬ ‫ق‬ ‫أيدِيهم عنكم ۖ وات‬
َ ُ ْ ُْ
‎١١ ‫ون‬ ‫المؤمِن‬

“Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah


nikmat Allāh (yang telah dikurniakan-Nya)
kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi
kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk
menyerang kamu), lalu Allāh menahan tangan
mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu,
bertaqwalah kamu kepada Allāh; dan kepada
Allāh jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah
orang-orang yang beriman berserah diri.” (al-
Mā’idah, 11)

10
Dia (ta‘ālā) mengingatkan mereka (umat Islam)
mengenai bagaimana yahudi bani qaynuqā‘ berazam untuk
membunuh Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam,
mereka melakukan tipudaya mereka, akan tetapi Allāh lebih
lekas menggagalkan tipudaya mereka:

َ ُ‫وك أَ ْو َي ْق ُتل‬
‫وك‬
َ َ َّ َ ُ ُ ْ َ ْ
َ ‫ك َف ُروا ِلُثْب ُت‬ ‫ِإَوذ يمكر بِك الِين‬
ِ
ُ ْ ‫الل َخ‬
ُ َّ ‫الل ۖ َو‬
ُ َّ ‫ك ُر‬ ُ ََْ َ ُُ ََْ َ ُ ُْ َْ
‫ي‬ ‫أو ي ِرجوك ۚ ويمكرون ويم‬
‫‏‬٣٠ ‫ين‬ َ ‫ال ْ َماكِر‬
ِ
“Mereka menjalankan tipu daya dan Allāh
menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allāh
sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (al-
Anfāl, 30)

**

Oleh itu, mengingati nikmat kurnia-(Nya) merupakan


suatu perkara yang dituntut (dalam agama). Kita mengingati
nikmat-nikmat Allāh dalam hal ini (peristiwa keputeraan
baginda dan peristiwa kebesaran Islam yang lain). Kita
mengingatkan umat Islam berkenaan peristiwa-peristiwa
besar ini, dan segala pengajaran yang boleh diperolehi
daripadanya. Adakah hal ini dinilai sebagai sesuatu perbuatan
yang dicela? Adakah ini bid‘ah dan kesesatan? (Sudah tentu
tidak!)

Allāh Maha Mengetahui.

***

11
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan Hukum
Merayakan Mawlid Nabawī fatwa Imām Yūsuf al-
Qaraḍāwī raḥimahullāh, pada maghrib 4 Rabī‘ al-Anwār
1445H bersamaan 18.9.2023, di Fatih, Istanbul, Turkiye, di
tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi.
Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan
manfaatnya kepada seluruh umat.

12

You might also like