You are on page 1of 6

‫إجابة إلسؤول‬

‫عن تسمية أوالد إلرسول‬


Ijabatu as Sa’uul ‘an Tasmiyati Auladir Rasul

Oleh :
Ustaz Adlan Abd Aziz

*Tajuk merupakan cadangan penulis dan disunting


oleh Ustaz Muhammad Anwaruddin bin Abd Wahab
KENALI ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW dikurniakan 7 orang anak iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

 Anak-anak lelaki Rasulullah SAW ialah :

- Al-Qasim, ‫القاسم‬

- Abdullah, ‫عبد هللا‬

- Ibrahim, ‫إبراهيم‬

 Anak-anak perempuan Rasulullah SAW ialah :

- Zainab, ‫زينب‬

- Ruqayyah, ‫رقية‬

- Ummu Kulthum , ‫أم كلثوم‬

- Fatimah, ‫فاطمة‬
 Kesemuanya dilahirkan oleh Khadijah Binti Khuwailid kecuali

Ibrahim yang dilahirkan oleh Mariyah al-Qibtiyyah yang berasal dari

Mesir.

 Kesemua mereka meninggal dunia sebelum Rasulullah SAW wafat

kecuali Fatimah yang meninggal 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah.

 Kesemua anak lelaki Rasulullah SAW meninggal dunia ketika mereka

masih kecil.

 Anak yang paling sulung ialah Al-Qasim manakala yang paling

bongsu ialah Ibrahim.

 Hikmah Allah wafatkan anak-anak lelaki Rasulullah SAW lebih awal

adalah sebagai ujian kepada Rasulullah SAW. Selain itu, agar tidak

timbul soal Rasulullah SAW akan digantikan oleh anaknya kerana

Baginda SAW merupakan Rasul yang terakhir.

 Saidina Uthman bin Affan digelar Dzun nurain (‫)ذوالنورين‬, kerana beliau

telah mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah

dan Ummu Kulthum.

2
Berikut ialah info ringkas setiap seorang anak Rasulullah SAW. Semoga

bermanfaat untuk semua pembaca.

Al-Qasim, ‫القاسم‬

Dengan namanya Rasulullah SAW digelar Abu al-Qasim. Lahir sebelum

kenabian. Meninggal ketika usia dua tahun.

Abdullah, ‫عبد هللا‬

Dilahirkan selepas kenabian. Juga digelar at-Toyyib dan at-Tohir. Meninggal

dunia ketika kecil.

Ibrahim, ‫إبراهيم‬

Anak bongsu Rasulullah SAW. Ibunya Mariyah dari Mesir. Lahir pada tahun

8H. Meninggal dunia ketika usia hampir dua tahun.

Zainab, ‫زينب‬

Anak perempuan paling tua. Berkahwin dengan Abu al-'Ash bin Rabii’.

Mempunyai anak lelaki bernama Ali yang meninggal ketika kecil, dan anak

perempuan bernama Ummu Kulthum. Meninggal dunia pada tahun 8H.

3
Ruqayyah, ‫رقية‬

Berkahwin dengan Uthman Bin Affan. Berhijrah bersama suaminya ke

Habsyah. Sakit dan meninggal dunia pada tahun 2H.

Ummu Kulthum , ‫أم كلثوم‬

Dikahwini Uthman Bin Affan selepas kewafatan Ruqayyah. Meninggal dunia

pada tahun 9H.

Fatimah,‫فاطمة‬

Satu-satunya anak Rasulullah yang meninggal selepas kewafatan Baginda.

Berkahwin dengan Ali Bin Abi Tolib. Ulama menggelarkan beliau sebagai Az-

Zahra’ yang bermaksud putih bercahaya. Dikurniakan anak-anak seperti

Hasan, Hussein, Muhassin dan Ummu Kulthum. Menyerupai Rasulullah

dalam cara berjalan dan bercakap. Meninggal dunia 6 bulan selepas

kewafatan Rasulullah.

Semoga kita semua lebih mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat dan
mendalam.

‫إللهم صل عىل محمد وعىل أل محمد‬


Wallahu’alam.

Disunting oleh : muzani anh


23/12/2015
Sila like dan follow page facebook :
Ustaz Adlan Abd Aziz

You might also like