You are on page 1of 6

BIG SEM 5_2014

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU V DI SK KAMPUNG JAMBU

LAPORAN SEBELUM Bagi memenuhi keperluan kursus Bina Insan Guru Fasa V pada kali ini, kami pelatih guru dikehendaki mengadakan satu Program Penanda Aras Melawat Sekolah Cemerlang. Bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik, kami telah sebulat suara melantik saudara Abdul Muttaqin bin Saharom dari unit (K19) sebagai Pengerusi Program dan dibantu oleh saudari Amira Fatini Binti Ahmad Fadzil dari unit (K2) sebagai Naib Pengerusi. Seterusnya, setiausaha bagi program ini ialah saudara Muhammad Anas Bin Mohamed Salleh ( K19) dan dibantu saudari Broneka Uding Kirew (K2) sebagai naib setiausaha. Bendahari yang dilantik ialah Mohd Firdaus Bin Abdullah (K2) dibantu oleh saudari Nur Saffawati Binti Abdul Kadir (K19) sebagai Naib Bendahari. Program ini dijalankan bersama-sama di antara pelatih unit K19 (Pengajian Islam) dan unit K2 (Pengajian Bahasa Melayu), IPG Kampus Ipoh. Dalam mesyuarat pertama tersebut, selesai sahaja melantik Ahli

Jawatankuasa Tertinggi bagi program tersebut, kami turut berbincang mengenai tempat (sekolah) yang akan kami pilih dan lawati. Memandangkan program pada kali ini melibatkan lawatan ke sekolah cemerlang, maka kami telah sepakat untuk membuat lawatan penanda aras ke SK Kampung Jambu, Taiping. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah kluster yang terkenal di negeri Perak. Beberapa mesyuarat serta perbincangan telah dilaksanakan dan akhirnya setelah mendapat persetujuan semua dan juga pihak sekolah, kami telah mendapatkan tarikh yang sesuai iaitu pada hari Khamis bersamaan 6 Februari 2014.

BIG SEM 5_2014

Sejurus selepas itu, kertas kerja segera disiapkan agar mendapat kelulusan daripada pihak IPG. Sepanjang masa itu, berdasarkan beberapa jawatankuasa yang telah dilantik, semuanya dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sangat membantu bagi melancarkan lagi program tersebut. Kami turut berbincang bersama tutor kami iaitu Puan Siti Juariah Binti Tarmuji (K19) serta En. Abdullah (K2) bagi mendapatkan pendapat serta pandangan yang bernas daripada beliau. Beliau turut berbesar hati untuk turut sama mengikuti kami melawat ke sekolah tersebut. Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, kami berharap semuanya dapat berjalan dengan lancar pada hari kejadian.

BIG SEM 5_2014

LAPORAN SEMASA Seperti mana tarikh dan masa yang telah dirancang, kami telah berkumpul di garaj bas IPG Kampus Ipoh pada pukul 7.00 pagi. Kami bertolak ke SK Kg. Jambu pada pukul 7.20 pagi dan tiba di sana dalam jam 8.45 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami ke sana dalam keadaan baik dan semuanya berjalan lancar. Setibanya kami di sana, kami telah disambut mesra oleh guru-guru SKKJ termasuklah Guru Besar sekolah tersebut. Kemudian, kami adakan sesi bergambar bersama beberapa orang guru di sana di mana ia merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelatih IPG dan pihak sekolah. Setelah itu, sesi taklimat telah bermula. Sesi ini dijalankan di Makmal Chorome. Semuanya berjalan dengan lancar. Di dalam taklimat tersebut, pelbagai pendedahan yang telah disampaikan kepada kami bermula dari struktur organisasi sekolah sehinggalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan dianjurkan oleh pihak sekolah. Memandangkan sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah kluster, maka tidak hairanlah pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. Sekolah ini telah menerima anugerah sekolah kluster pada tahun 2009. Pengkhususannya adalah lebih kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Seterusnya, antara amalan yang dipraktikkan di sekolah ini ialah analisis SWOT. Analisis ini adalah sangat penting dan berguna bagi mengenal pasti serta mengetahui kekuatan, kelemahan serta tindakan yang wajar diambil dalam sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Nilai ini juga menjadi satu kekuatan sesebuah program yang diadakan. Antara contoh aktiviti yang dijalanakan adalah sistem rukun tetangga (gotong-royong), Kem Bestari Solat dan Solat Jenazah. Murid-murid telah diberi

BIG SEM 5_2014

pendedahan awal tentang cara menunaikan solat jenazah yang mana mereka sendiri dapat turut serta dan menjalinkan hubungan dalam masyarakat dalam membantu menunaikan fardu kifayah ini. Di samping itu, sekolah ini juga telah menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara luar. Sebagai contoh ialah jalinan dengan negara Australia. Muridmurid dihantar ke sana dengan tujuan untuk membantu generasi orang Melayu di sana dalam penggunaan bahasa Melayu dan juga perkongsian bersama mereka berkenaan pengetahuan agama. Sekolah ini juga turut menjalinkan hubungan dengan Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS) di negara kita seperti Universiti Sains Malaysia (USM). Dengan cara ini, secara tidak langsung mudah bagi kedua-dua pihak untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program. Sebagai contoh, sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terpilih di dalam Malaysia untuk menjadi Globe School. Dalam bidang kokurikulum pula, sekolah ini sememangnya aktif di mana murid-murid dapat mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan seperti permainan badminton. Terapat juga murid yang dihantar mewakili sekolah dalam pertandingan Hiwar. Di samping itu, pelbagai aktiviti lain yang turut dijalankan di sekolah adalah seperti program motivasi dan aktiviti Doktor Muda. Kemudian, penggunaan Talking Board turut m enjadi satu daya tarikan kepada kami .Talking Board ini merupakan salah satu alat yang diguna pakai oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara spontan dan berterusan. Ia sangat memantu dalam minat murid untuk belajar. Taklimat ini diteruskan dengan beberapa lagi sesi perbincangan dan diakhiri dengan sesi soal jawab daripada pihak guru pelatih. Setelah itu, kami pelatih unit K2

BIG SEM 5_2014

dan K19 dibahagikan mengikut pengkhususan masing-masing. Kami yang terdiri daripada pelatih guru Pendidikan Islam telah diberikan taklimat di makmal komputer. Kami telah diberikan pendedahan berkenaan Pengajaran Jawi menggunakan Nombor. Secara tidak langsung, murid tidaklah hanya bergantung kepada guru (mengikut bacaan guru sahaja), namun dengan cara ini daya pemikiran murid dapat dipertingkatkan. Murid juga lebih mudah dan cepat membaca Jawi. Kami juga telah melawat ke bilik J-Qaf sekolah tersebut. Manakala taklimat bagi guru pelatih Bahasa Melayu pula diadakan di tempat yang lain. Setelah selesai kedua-dua sesi tersebut, kira-kira pada pukul 1.00 petang,majlis penutupan telah bermula. Penyampaian cenderahati telah diberikan kepada pentadbir sekolah dan kepada tutor unit K2 dan K19. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan majlis berakhir pada pukul 1.20 petang.

BIG SEM 5_2014

LAPORAN SELEPAS Seperti kebiasaannya, setiap program yang telah dijalankan hendaklah didokumentasikan sebagai bukti bahawa aktiviti tersebut telah berjaya dijalankan. Pelbagai maklumat perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam portfolio. Tugas sebagai Setiausaha amat penting kerana akan menyediakan minit mesyuarat dan juga laporan aktiviti. Jawatankuasa Dokumentasi juga turut berperanan dalam menyiapkan dokumentasi dengan memuatkan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti berlangsung.

You might also like