You are on page 1of 6

SEJARAH PPIM A. Sejarah Pengasas i. Kebangsaan ii.

Negeri

YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama

DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail

Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Allaharyamah Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood

Allahyarhamah Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin

Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan

B. Sejarah Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

C. Tujuan Penubuhan Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahliahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan

keperihalan diri masing-masing seperti berikut:i. Objektif di Peringkat Sekolah Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:a) Melahirkan satu masyarakat muda yang i)Taat kepada Allah, Raja dan Negara ii)Berilmu iii)Berakhlak mulia iv) Berbakti kepada masyarakat b) Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam

supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. c) Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. d) Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

ii. Objektif PPIM pada Peringkat Institut/Maktab/Institut Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta) Objektif PPIM pada peringkat Institut/Maktab/Institut Pengajian Tinggi disusun dengan tujuan seperti berikut:a) Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu: i) Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara. ii) iii) iv) Menguasai berbagai bidang ilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada Masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama. b) Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan c) Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara d) Membentuk sebuah kumpulan yang berindentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjado penggerah masyarakat e) Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan generasi baru.

You might also like