You are on page 1of 1

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi PengajianTinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

SEJARAH PPIM Diwujudkan pada tahun 60-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Keanggotaanhanya untuk pelajar Sekolah Menengah sahaja. Kurikulum berkisar kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Dilancarkan pada tahun 1981 oleh Permaisuri Agung Pertama di UKM, Bangi 1988 - PPIM dipisahkan daripada LKPIM di atas arahan Pendaftar Pertubuhan kerana perbezaan umur keahlian dan aktiviti sepatutnya diaktifkan untuk golongan muda. Beribu pejabat sementara di Bangunan Tuanku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu dari tahun 1969 hingga 1996. Berpindah ke Jalan U-Thant pada tahun 1996 hingga 2003.Berpindah ke Darul Puteri pada Januari 2004. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.

You might also like