You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa khabar semua?

Saya (nama) harap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat dan walafiat..

Muharam, Safar, Rabiuawal, RabiuAkhir, JamadilAwal, JamadilAkhir, Rejab, Syaaban,


Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah (nyanyikan lagu).

Kawan-kawan, Sekarang bulan apa ye? (buat-buat fikir sambil tunggu jawapan)

Betul, sekarang bulan Muharam..tajuk ceramah saya (nama) pada hari yang ceria ini adalah
“Ada apa dengan bulan Muharam”!

Kawan-kawan tahu tak bahawa bulan Muharam adalah bulan Allah. Tahu ke tidak tahu?

Alhamdulilah..semua kawan-kawan kita tahu..Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu,


beliau berkata: Rasululllah Sallahu “alaihi wassallam bersabda mafhumnya: Sebaik-baik
puasa selepas puasa Ramadhan adalah ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam.
Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam. Sahih Muslim.

Kenapakah bulan ini dinamakan “Bulan Allah”?

Al-imam ibn Rajab al-Hanbali menghuraikan dalam Lathoif al-Maarif: Sesungguhnya Nabi
sallahu “alaihi wasalam menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah. Penisbahannya
kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak
menisbahkan kepada diriNya melainkan makhluk-makluknya yang istimewa. Ketika mana
bulan ini mendapat status istimewa dengan dinisbahkan kepada Allah, puasa pula
merupakan amalan yang dinisbahkan kepada Allah. Sesungguhnya puasa adalah milik Allah.
Amalan yang mempunyai sifat yang sama dengan keistimewaan bulan ini, iaitu dinisbahkan
kepada Allah, iaitu puasa.

Apakah Sunnah-sunnah yang khusus berkaitan bulan Muharam ini?

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan puasa secara umum sebagaimana yang disebutkan
dalam hadis Abu Hurairah di atas. Selain itu, kita digalakkan untuk berpuasa pada 10
Muharam ataupun dikenali sebagai hari Asyura dan terdapat fadhilat khusus berkaitannya.

Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasalam
bersabda:

Yang bermaksud, puasa hari ‘Asyura, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun
sebelumnya. Riwayat Al-muslim. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada
9 dan 10 Muharam untuk mengelakkan tasyabbuh atau penyerupaan dengan ibadah orang
Yahudi.
Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma berkata mafhumnya: Apabila Rasulullah Sallahu
‘alaihi wasalam bepuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para
sahabat berkata, Ya Rasulallah, sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan
Kristian agungkan. Rasulullah Sallahi ‘alaihi wasalam menjawab: Pada tahun hadapan, in
syaa Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharam. Akan tetapi , pada tahun
berikutnya baginda nabi telah meninggal dunia. Oleh itu, kita digalakkan untuk berpuasa
pada 9 dan 10 muharam supaya tidak menyerupai golongan Kristian dan Yahudi.

Kesimpulannya, sempena bulan Muharam ini, saya menyeru kawan-kawan semua


termasuklah diri saya sendiri untuk cuba berpuasa pada 9 dan 10 Muharam ini. Kita mestilah
menghidupkan sunnah nabi. Kalau bukan kita yang memulakannya siapa lagi? Kalau bukan
sekarang, bila lagi?

Kawan-kawan, Ayuh bersama.

“ Biasakan Sunnah, lama-lama terbiasa”

Wabillahi tawfiq wal hidayah..Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like