You are on page 1of 7

HUSIN V SAAYAH DAN MAT HASSAN

Permohonan telah dibuat oleh bapa untuk membatalkan perkahwinan anak perempuannya
Saayah dan Mat Hassan. Beliau mendakwa bahawa Saayah dan Mat Hassan telah berkahwin lari
di Thailand dan bernikah tanpa keizinannya sebagai wali. Disebabkan Saayah masih seorang
anak gadis pada ketika itu, maka keizinannya sebagai wali adalah wajib di bawah Hukum Syara
(Shafie). Mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan keizinan wali telah diperolehi
ataupun wali enggan memberikan keizinannya. Diputuskan bahawa perkahwinan yang
dijalankan adalah tidak sah. Enakmen Pentadbirab Undang-undang Islam Perlis 1984 telah
dirujuk. Akta tersebut memperuntukkan sekiranya seorang perempuan berkahwin tanpa wali
ataupun wali enggan memberikan keizinan, keizinan boleh diperolehi daripada wali raja. Dalam
kes ini kadi juga telah menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan wali enggan memberi
keizinan. Sekalipun jika wali enggan, pasangan boleh memohon daripada Imam ataupun
mahkamah untuk mendapatkan keizinan berkahwin daripada wali raja.

Rujuk kes :

RE THE ESTATE OF SHEIKH MOHAMAD BIN ABDUL RAHMAN BIN HAZIM

Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Perak dan bukan di kariah masjid tempat tempat
tinggal itu tinggal. Mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan itu adalah sah walaupun
beberapa syarat berkaitan tatacara dan formaliti tidak dipatuhi. Merujuk kepada pandangan Mufti
atau Qadi Negeri Pulau Pinang walaupun majlis pernikahan tidak mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan didalam Enakmen, ianya masih dikira sah sekiranya ia dijalankan mengikut
Hukum Syara.
RUKUN-RUKUN PERKAHWINAN

1) Bakal suami
2) Bakal isteri
3) Wali
4) Saksi
5) Sighah (ijab dan kabul)

Wali ialah mereka yang mempunyai hak keatas tawaran untuk berkahwin. Wali adalah seorang
yang diiktiraf untuk menjalankan pernikahan bagi pihak pengantin perempuan. Raja adalah wali
bagi mereka yang tidak mempunyai wali atau wali enggan mewalikan pernikahan tersebut.

Mazhab Shafie berpendapat pernikahan tanpa wali adalah tidak sah dan batal.

Mazhab Hanafi walaubagaimanapun berpendapat mana-mana perempuan yang sudah mencapai


usia baligh boleh berkahwin tanpa keizinan wali.

Hujjah fuqaha mazhab Hanafi

Berdasarkan surah Al-Ahzab : 50

perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi, kalau Nabi ingin menikahinya,
sebagai kekhususan bagimu, bukan untuk semua orang mukmin

- Seorang gadis datang kepada Nabi dan memberitahu bahawa bapanya telah
mengahwinkannya dengan anak saudara lelaki bapanya supaya dapat meningkatkan
kedudukannya yang hina, supaya hartanya boleh dipindahkan melalui perkahwinan.
Lalu Rasulullah SAW menyerahkan aqad perkahwinan itu kepada perempuan
tersebut, samada ia mahu meluluskan atau tidak. Gadis itu berkata, sesungguhnya
saya meluluskan apa yang dilakukan oleh bapa saya, tetapi saya mahu memberitahu
kepada para wanita bahawa para bapa tidak berhal memaksa sesuatupun dalam
perkara ini.
- Walaubagaimanapun seorang perempuan yang berkahwinan tanpa wali mestilah
berkahwin dengan seorang lelaki yang setaraf atau sekufu. Jika tidak, wali mempunya
hak untuk membuat permohonan pembubaran perkahwinan anaknya melalui
permohonan fasakh.
- Mazhab Hanafi Cuma berlainan pendapat dalam kes-kes berkaitan kuasa wali untuk
memaksa anak gadis perempuannya berkahwin tanpa persetujuan anak perempuan itu
sendiri.
- Manakala dalam isu pernikahan akad nikah, semua fuqaha bersepakat dan bersetuju
yang ia mestilah dijalankan oleh wali yang berhak sama ada wali nasab atau wali
hakim.

Dalil yang digunapakai oleh Jumhur fuqaha akan keperluan wali untuk pernikahan

Al-Quran:

Dan apabila kamu mentalak ister-isteri kamu, lalu habis iddahnya, maka janganlah kamu (para
wali) menghalang mereka berkahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah mendapat
kerelaan di antara mereka dengan cara yang makruf. (2:232)

Dan kahwinilah orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang yang layak
berkahwin daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan (24:32)

Ayat ini menggalakkan perkahwinan dan mengikut pandangan jumhur is mestilah dijalankan
dengan berwali.
Hadith :

Tidak sah pernikahan kecuali dengan wali

Seseorang wanita tidak boleh mengahwinkan dirinya sendiri, kecuali dia adalah seorang
penzina.

Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka perkahwinannya adalah batak
(tidak sah).

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

SEKSYEN 7

Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan

1) Sesuatu perkahwinan di Wilayan Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan Akta ini


dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh-
a) Wali di hadapan Pendaftar
b) Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau
c) Pendaftar sebagai wakil wali.
2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkab seorang perempuan yang tiada mempunyai wali
dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya
oleh wali Raja.

SEKSYEN 13

Persetujuan dikehendaki
Suatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan
kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada

a) Wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum
Syarak; atau
b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasadi tempat di mana pihak perempuan itu
bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh
Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang
berkenaan, memberi persetujuaannya kepada wali Raja untuk mengakadnikahkan
perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika
perempuan tiada mempunyai wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan
persetujuaannya tanpa sebab yang mencukupi.

PERKAHWINAN YANG DIJALANKAN DI LUAR NEGARA

Seksyen 24

Akad nikah perkahwinan di Kedutaan Malaysia, dsb., di luar negeri.

1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum


Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28(3) di Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak
memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan
perkahwinan di Kedutaan, Usruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.
2) Sebelum mengakadnikahkan suatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar
hendaklah berpuas hati---
a) Bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemautautib
Wilayah Persekutuan
b) Bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut
Hukum Syarak dan Akta ini; dan
c) Bahawa, jika salah satu pihak bukan pemastautin Wilayah Persekutuan,
perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah
di tempat di mana pihak itu bermastautin.
3) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah
serupa dalam semua hal yang berkenaan dipakai bagi perkahwinan lain yang
diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini seolah-
olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk
Wilayah Persekutuan.

Seksyen 108

Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Wilayah Persekutuan.

1) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Wilayah Persekutuan, selain
perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau
Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala
maksud Akta ini jika-
a) Perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan
oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;
b) Setiap satu pihak itu mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan
berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan
c) Jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Wilayah Persekutuan,
kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwinan mengikut Akta ini.
1. Perkahwinan dengan kebenaran
Hendaklah mendapatkan kebenaran dari pendaftar NCR daerah atau negeri masing-
masing seperti proses perkahwinan biasa.
Didaftarkan di kedutaan yang terdekat atau pendaftar NCR daerah atau negeri masing-
masing s31
2. Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari
Mesti dinikahkan oleh jurunikah yang bertauliah
Mendaftar perkahwinan di kedutaan yang berhampiran dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
nikah s31
Sebelum boleh didaftarkan, di Malaysia perlu mendapat pengesahan Mahkamah Syariah
Satu kesalahan di bawah seksyen 40(2) penalti denda RM1000, 6 bulan penjara atau
kedua-duanya.

You might also like