You are on page 1of 3

Poligami menurut undang-undang di Indonesia

Pengertian poligami menurut undang-undang perkahwinan No. 1 tahun 1974 (fasal


perkahwinan) tidak dinyatakan secara jelas berkenaan tentang poligami namun pada
dasarnya poligami adalah suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Masalah
poligami merupakan masalah yang cukup kontroversi yang mana ianya menimbulkan
kebaikan mahupun keburukan dalam masyarakat. Pihak yang menyokong wujudnya
poligami adalah berdasarkan kepada hukum agama manakala pihak yang menentang
melihat poligami sebagai suatu bentuk tindakan yang sewenang-wenang dan suatu bentuk
kelebihan untuk kaum lelaki. Pada asasnya, perkahwinan di Indonesia berpegang pada
prinsip monogami. Ini jelas dinyatakan dalam pasal 3(1) Undang-undang Republik
Indonesia No. 1 Tahun 1974 yang mana pada asasnya di dalam perkahwinan, seorang lelaki
hanya boleh mempunyai seorang isteri dan seorang wanita hanya boleh mempunyai
seorang suami. Kaedah dalam perundangan tersebut selari dengan Kitab Undang-undang
Hukum Perdata pasal 27 bab perkahwinan yang mana jelas menyatakan bahawa “dalam
waktu yang sama, seorang lelaki hanya boleh mempunyai seorang wanita sebagai isterinya
dan seorang wanita hanya boleh mempunyai seorang lelaki sebagai suaminya”.

Poligami menurut Undang-undang Republik Indonesia No. 1 Tahun 1974

Namun demikian, peruntukan prinsip monogami ini bukan hanya bersifat limitatif
sahaja kerana dalam pasal 3(2) Undang-undang Republik Indonesia No. 1 Tahun 1974
dinyatakan bahawa mahkamah boleh memberi keizinan bagi seorang suami untuk beristeri
lebih dari seorang jika dikehendaki oleh pihak-pihak berkenaan. Diikuti dengan pasal 4(2)
Undang-undang Republik Indonesia No. 1 Tahun 1974 tentang perkahwinan yang mana
mahkamah menyatakan bahawa keizinan akan diberikan kepada suami untuk berpoligami
sekiranya berlaku keadaan seperti berikut:

1. Isteri tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang seorang isteri


2. Isteri mempunyai kecacatan fizikal atau penyakit yang tak dapat diubati
3. Isteri tidak boleh melahirkan anak

Jika suami ingin memohon permit poligami kepada mahkamah, seorang suami mesti
memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Undang-undang Perkahwinan dan peraturan
undang-undang yang ada di IndonesiaKebenaran ini diberikan oleh mahkamah sekiranya
mahkamah berpendapat bahawa terdapat alasan yang mencukupi untuk pemohon (suami)
mempunyai lebih daripada seorang isteri. Untuk mendapatkan kebenaran berpoligami
daripada pihak mahkamah, lelaki tersebut mesti memenuhi syarat-syarat tertentu disertai
dengan alasan yang wajar. Antara syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk berpoligami
adalah :

1. Mendapat persetujuan daripada pihak isteri/ isteri-isteri


2. Kemampuan suami untuk menampung keperluan hidup para isteri dan anak-anak
mereka
3. Ada jaminan bahawa suami akan melayan isteri dan anak secara adil

Dalam kes poligami, bilangan isteri pada masa yang sama adalah terhad sehingga 4
orang sahaja. Syarat utama yang mesti dipenuhi ialah suami berkemampuan berlaku adil
terhadap isteri dan anak-anak. Jika suami tidak mampu untuk menunaikannya, suami
dilarang beristeri lebih daripada seorang. Keadilan dari perspektif perundangan adalah
keadilan yang dituntut dalam masalah-masalah lahiriah yang mampu dikerjakan oleh
seorang manusia sebagai contoh memberi nafkah, tempat tinggal, menjaga makan minum
dan sebagainya dan bukannya adil dalam masalah dan kasih sayang. Hal ini kerana cinta
dan kasih sayang atau sebagainya tidak boleh dikawal dan dikuasai oleh manusia kerana
masalah ini diluar kemampuan seseorang.

Tatacara poligami dalam Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 9 tahun 1975

Mengenai tatacara seorang suami yang ingin melakukan poligami, maka terdapat juga
peruntukan di dalam Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 9 tahun 1975
pasal 40,41,42 dan 43 yang menerangkan tentang suami yang ingin berpoligami. Ianya jelas
menyatakan bahawa seorang suami ingin mengamalkan poligami maka suami hendaklah
memohon kepada mahkamah terlebih dahulu, dan mahkamah akan meneliti semula fail
seseorang suami yang ingin berpoligami seperti yang dinyatakan dalam Peraturan
Pemerintah Republik Indonesia Nombor 9 tahun 1975 pasal 43 yang mana apabila
Mahkamah berpendapat bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi pemohon untuk
mempunyai lebih daripda seorang isteri, maka Mahkamah akan memberikan keputusannya
dalam bentuk kebenaran untuk berkahwin lebih daripada seorang.

Suami perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Peraturan Pemerintah
Republik Indonesia Nombor 9 tahun 1975 pasal 40,41,42 dan 43 sekiranya ingin
mengamalkan poligami. Suami perlu meminta izin daripada isteri pertama untuk
melakukan poligami dan sekiranya isteri tidak membenarkan maka menurut perundangan
suami tidak boleh untuk berpoligami. Selain itu juga, harus ada jaminan masa depan
bahawa suami boleh bertindak adil terhadap isteri dan anak-anaknya, serta dapat memberi
nafkah kepada isteri dan anak-anaknya secara adil dan sama rata.

Apabila sudah ada penjelasan yang jelas daripada pihak Mahkamah berhubung dengan
sebab-sebabnya seorang suami yang ingin berkahwin lebih daripada seorang isteri,
kemudian mahkamah akan memberikan keputusannya mengenai hal bahawa suami boleh
mempunyai lebih daripada seorang isteri dan daripada keputusan hakim maka kedua-dua
pihak hendaklah menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh hakim.

Pegawai pendaftar perkahwinan dilarang melangsungkan perkahwinan suami yang


ingin berpoligami sebelum ada keputusan hakim terlebih dahulu. Jika pendaftar
perkahwinan masih tetap melakukan perkahwinan terhadap seorang suami yang
berpoligami maka pendaftar perkahwinan yang bertugas akan dipecat dan diberhentikan
dari pekerjaannya.

You might also like