You are on page 1of 22

Perkembangan Undang-undang jenayah islam di malaysia

Pembuktian merupakan faktor utama dalam memastikan keadilan dalam proses pentadbiran keadilan
jenayah syariah. Makalah ini mengkaji tahap kefahaman isu berkaitan dengan pembuktian di
mahkamah syariah seperti isu beban dan tahap pembuktian. Salah faham dalam perbezaan istilah
dan prinsip-prinsip berkaitan akan menyukarkan keputusan adil dibuat. Makalah ini juga melihat
pemakaian iqrar yang dibuat di luar mahkamah dan keterangan yang dibuat oleh pakar. Penulis
membuat kajian terhadap undang-undang berkaitan dan juga keputusan oleh mahkamah. Pemahaman
yang tepat tentang undang-undang pembuktian ini penting untuk pihak pendakwa, peguam dan
mahkamah membuat keputusan yang adil.

Adaptasi daripada kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Undang-Undang & Masyarakat, anjuran
1

Harun Hashim Law Centre, IIUM pada 3 April 2014.


Pemakaian Qarinah dalam Kesalahan Jenayah Takzir
Kebanyakan ulama bersetuju dengan pemakaian qarinah dalam kes yangmelibatkan hukuman takzir.
Di samping itu, terdapat isyarat daripada kisah yang terdapat dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf
dengan Zulaikha. Hujah yang jelas juga yang ditunjukkan oleh Rasullulah sendiri dalam kes
penyelewengan harta Khaibar. Dinyatakan bahawa harta rampasan yang banyak tersebut diamanahkan
kepada Kananah bin Ruba’I ibnu Am’ Huyay bin Aktab tetapi dalam masa yang singkat sahaja
barang-barang itu telah didapati berkurangan.

Apabila Nabi bertanya kepada beliau lantas dijawabnya bahawa harta tersebut telah dibelanjakan
secara sah. Nabi berkata, “Dalam masa yang singkat sedangkan harta itu banyak”. Maka Nabi
mengarahkan sahabat menyiasat lalu didapati Kananah berbohong kerana beliau menyembunyikan
barang tersebut.Dalam kes rogol, sekiranya rogol itu dikira sebagai kesalahan jenayah takzir. Dalam
satu kes pada zaman Rasulullah SAW, seorang lelaki telah menyerang seorang wanita dengan niat
untuk memperkosanya. Wanita itu menjerit dan terus pengsan.

Lelaki itu terus melarikan diri. Seorang lelaki lain mendengar jeritan wanita itu dan datang membantu
dan cuba mengangkat wanita tersebut. Tidak lama kemudian datang sekumpulan orang yang turut
mendengar jeritan wanita itu tadi. Mereka menyangka lelaki kedua itulah yang menyerang wanita.
Lalu lelaki itu dibawa ke hadapan Rasulullah SAW. Apabila wanita itu sedar, dia turut memberi
“kesaksian” bahawa lelaki itulah yang menyerangnya.

Berdasarkan “kesaksian” wanita itu dan keterangan orang-orang yang menangkap lelaki kedua itu
bahawa mereka mendapati tertuduh sedang merangkul (memeluk) mangsa tersebut, Rasulullah SAW
mendapati lelaki itu bersalah dan menjatuhkan hukuman rejam. Walau bagaimanapun lelaki pertama
tadi tampil membuat pengakuan bersalah. Lantas Rasulullah SAW melepaskan lelaki yang kedua tadi.
Dalam kes ini, Rasulullah SAW telah menerima pakai qarinah dengan “kesaksian” wanita yang cuba
dirogol tadi dalam menjatuhkan hukuman.

Saidina Umar juga menggunakan qarinah dalam kes yang hampir sama. Diriwayatkan bahawa pada
zaman pemerintahan Saidina Umar al- Khattab, seorang wanita yang telah terpikat dengan seorang
lelaki Ansar, tetapi tidak diendahkan oleh lelaki tersebut telah melumuri sebahagian daripada putih
telur pada beberapa bahagian pakaiannya dan pada betisnya. Ketika mana lelaki tersebut melalui di
hadapannya, dia menjerit meminta tolong seolah-olah dia dirogol oleh lelaki tersebut. Orang ramai
membawa wanita dan lelaki tersebut pergi bertemu Saidina Umar.

Khalifah kemudiannya telah meminta pendapat daripada beberapa orang wanita dan kelihatannya
mereka bersetuju bahawa terdapat kesan air mani di atas pakaian dan badan wanita itu. Lalu, lelaki itu
ditahan dan dia menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya. Kemudian Saidina Umar telah
meminta pendapat daripada Saidina Ali. Saidina Ali memerintahkan seseorang untuk membawa air
yang panas mendidih lalu dituangkan ke atas pakaian wanita itu, setelah itu mereka menyedari bahawa
kesan tersebut ialah telur dan bukan kesan air mani.

2
Ibnu Farhun, Tabsirat al-Hukkam; Ibnu Qayyim, Shamsuddin, Turuq al-Hukmiyyah.

 
Jika dilihat dalam konteks kesalahan takzir di Malaysia seperti di bawah seksyen 27 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (WP) 1997 mengenai khalwat diperuntukkan:
Mana-mana :

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan
yang bukan isteri atau mahramnya; atau

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang
bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik
dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang
tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Dalam
membuktikan kes seperti ini, tidak dapat dinafikan bahawa qarinah sangat memainkan peranannya.

Dalam satu kes yang melibatkan kesalahan sumbang mahram, iaitu kes Pendakwa Syarie lwn Jalil
Embong dan Zaliha sekali lagi qarinah digunakan dalam menyokong pengakuan yang dibuat oleh
kedua-dua tertuduh.

Ibnu Farhun, Tabsirat al-Hukkam; Ibnu Qayyim, Shamsuddin, Turuq al-Hukmiyyah.


3
 
PENGERTIAN AL-BAYYINAH DAN IMPLIKASINYA
(a) Bayyinah dan syahadah;

(b) Segala penyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh
saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: penyataan sedemikian
disebut keterangan lisan;

(c) Segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah dokumen sedemikian disebut
keterangan dokumentar.Makna bayyinah pula ialah “keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau
kepentingan dan termasuklah qarinah”. Al-shahadah pula ialah “apa-apa keterangan yang diberikan
di mahkamah dengan menggunakan lafaz asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan”.
Dengan bahasa yang mudah, al-shahadah merupakan sejenis keterangan lisan yang didahului dengan
lafaz asyhadu yang dibuat di mahkamah oleh saksi yang memenuhi syarat sebagai saksi yang layak
untuk memberikan kesaksian seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 83(1) AKMS 1997.

Antara syarat yang diperlukan termasuklah seorang yang beragama Islam, berakal, baligh (cukup
umur), adil, mempunyai ingatan yang baik dan tiada tohmahan terhadap dirinya. Jelaslah di sini
bahawa saksi yang bukan Islam tidak kompeten untuk memberikan al-shahadah. Kedudukan mereka
sama seperti seorang Islamyang tidak mempunyai sifat adil. Begitu juga seorang Islam yang adil tetap
tidak kompeten untuk memberikan al-shahadah sekiranya terdapat tohmahan atau prasangka sama ada
terhadap dirinya kerana ada kepentingan dalam kes tersebut atau disebabkan faktor hubungan baik
atau tidak baik antara saksi dengan pihak yang terlibat.

Persoalannya, apakah kedudukan atau status saksi bukan Islam dalam konteks Malaysia? Peranan
orang bukan Islam dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk tidak dapat
dinafikan kepentingannya terutama dalam sistem kehakiman syariah. Saksi bukan Islam bukan sahaja
relevan tetapi dalam keadaan tertentu amat diperlukan kerana dapat membantu mahkamah dalam
menyelesaikan banyak kes.Secara mudahnya, al-bayyinah merupakan keterangan lisan yang dibuat
oleh saksi yang tidak memenuhi syarat sebagai seorang saksi untuk memberikan kesaksian seperti
yang diperuntukkan di bawah seksyen 83(1) AKMS 1997.

Saksi-saksi ini tidak memberikan kesaksian (shahadah) tetapi hanyalah bayyinah. Mereka terdiri
daripada saksi bukan Islam atau saksi orang Islam tetapi fasik. Menariknya, seorang Islam yang adil
pun tetapi mempunyai kepentingan dalam kes tersebut tetap memberikan bayyinah bukan al-
shahadah.Inilah yang diperuntukkan di bawah seksyen 83(2): Seseorang yang bukan Islam adalah
kompeten untuk memberi bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut
hukum syarak. Pemakaian peruntukan ini telah dilaksanakan dalam beberapa kes mahkamah syariah
antaranya dalam kes Si Mati Nyonya binti Tahir,Nur Adryana Qestina binti Abdullah dan yang terkini
dalam kes pengisytiharan.

4
Untuk perbincangan lanjut sila baca artikel penulis “The Status of Non-Muslims for Giving Evidence
in the Islamic Judicial System: Past and Present” dlm. Journal of Islamic Law Review.
PEMAKAIAN QARINAH DALAM KESALAHAN HUDUD
Walaupun jumhur ulama bersetuju qarinah dipakai sebagai satu kaedah pembuktian namun untuk
memakainya bagi membuktikan kesalahan hudud, ramai antara mereka tidak begitu bersetuju
sekiranya hanya qarinah digunakan. Namun, terdapat dalam kalangan ulama yang begitu yakin
dan bersungguh-sungguh menegaskan bahawa dengan qarinah semata-mata sudah cukup untuk
menyabitkan sesuatu kes walaupun kes tersebut merupakan kesalahan hudud yang memerlukan tahap
pembuktian yang tinggi, iaitu al-yaqin (certainty). Sekiranya dilihat dalam al-Quran mengenai kes
Maryam, tuduhan yang dikenakan kepada Maryam amatlah berat, iaitu zina. Mereka yang
menuduh Maryam hanya berdasarkan beberapa qarinah antaranya:

a) Beliau masih anak dara dan tiada perkhabaran mengenai perkahwinan


atau berlaku kejadian yang tidak diingini seperti rogol

b) Perbuatan memencilkan dirinya daripada keluarga dan orang ramai

c) Melahirkan anak tanpa bapa.

Jadi jelaslah bahawa qarinah kehamilan bagi seorang anak dara merupakan satu qarinah yang kuat.
Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa: Seorang lelaki dari Ansar yang dikenali sebagai Basrah
berkata:

Saya berkahwin dengan seorang gadis dan semasa saya menyetubuhi beliau saya dapati dia
mengandung. Bila saya khabarkan kepada Rasullulah, baginda bersabda: Dia layak untuk
mendapatkan mahar kerana menghalalkan farajnya kepada kamu. Anaknya nanti menjadi hamba
kamu. Selepas dia melahirkan anak nanti, sebatlah dia (ini menurut riwayat Hassan). Pandangan
bahawa qarinah kehamilan boleh menjadi bukti yang kuat juga dipersetujui oleh Saidina
Umar,Saidina Ali dan dikatakan bahawa para sahabat Nabi turut bersetuju dengan pandangan Saidina
Umar ini.

5
Sunan Abu Dawud,(Kitab al-Nikah).

 
Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah
Secara umumnya, kesalahan-kesalahan jenayah yang dpperuntukkan dalam enakmenenakmen
berkenaan adalah terlalu sedikit dan amat terhad termasuk peruntukan hukumannya. Hukuman yang
diperuntukkan hanyalah merangkumi takzir iaitu penjara, denda atau sebatan. Peruntukan ini boleh
dilihat dalam beberapa enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,
Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985
dan Enakmen

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan) 1986. Bagi negeri yang masih
tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat di dalam enakmen
pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing.

Selain daripada itu terdapat juga kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen
undang-undang keluarga Islam bahagian iv dan x yang dikenali sebagai kesalahan matrimoni seperti
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003

Bagi memudahkan perbincangan, pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat


diringkaskan seperti berikut:

(a) Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah:-

i) Kesalahan yang berhubung dengan akidah;

ii) Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya;

iii) Kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan;

iv) Kesalahan seksual;

v) Kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang lain;

vi) Kesalahan Pelbagai;

(b) Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam:-

i) Penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan

ii) Penalti am.

Penulis akan merujuk Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Selangor) 2003 sebagai rujukan utama di dalam artikel ini. Rujukan kepada enakmen
atau akta negeri-negeri yang lain akan dirujuk secara sampingan.
Kesalahan Berhubung Dengan Akidah
Seksyen 4-8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan seksyen 3-6 Akta Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan berhubungan dengan akidah yang
merangkumi pemujaan2, mendakwa orang bukan Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir atau
mengatakan mana-mana orang Islam adalah kafir4, doktrin palsu dan dakwaan palsu6. Terdapat
beberapa kes yang dilaporkan di dalam jurnal hukum seperti Pendakwa Mahkamah Syariah Perak v
Shah Pandak Othman (1991) 8 JH 99 dan Akbar Ali v Majlis Agama Islam (1996) 10 JH 197.

Kesalahan Berhubung Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya


Seksyen 9-16 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan kesalahan ini yang terdiri
daripada mempersendakan al-Quran atau Hadis, menghina atau menyebabkan pandangan hina
terhadap Islam yang masing-masing jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat jika sabit kesalahan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi
enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman.

Kesalahan menghina pihak berkuasa Agama, pendapat bertentangan dengan Fatwa, mengajar tanpa
tauliah, mengingkari perintah mahkamah dan penerbitan agama bertentangan dengan Hukum Syarak,
mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan Berhubung Dengan Rukun Islam, Arak, Judi dan Kesusilaan.


Seksyen 17-21 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan jenayah
syariah seperti berjudi yang membawa hukuman boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, minum minuman yang memabukkan, menjual
dan membeli minuman yang memabukkan yang hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, tidak menghormati ramadhan
hukumannya boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya ,

Tidak menunaikan solat jumaat hukumannya boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan tidak membayar zakat atau fitrah hukumannya ialah
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

Bagi kesalahan melibatkan kesusilaan, seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
memperuntukkan kesalahan lelaki berlagak perempuan dan seksyen 31 kesalahan perbuatan tidak
sopan di tempat awam yang mana kedua-duanya memperuntukkan hukuman boleh didenda tidak
melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 
Kesalahan Seksual
Terdapat sepuluh jenis kesalahan yang diperuntukkan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor
1995 iaitu perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina,
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan dan
perbuatan tidak sopan di tempat awam.

a) Persetubuhan luar nikah


Kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau hubungan
kelamin dengan pasangannya yang bukan isterinya atau suaminya yang sah menurut syarak dan tidak
terbukti mengandungi unsur paksaan ataupun persetubuhan syubhah. Hukuman yang dikenakan adalah
didenda sebanyak lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun ataupun disebat tidak melebihi
enam sebatan ataupun kombinasi hukuman-hukuman tersebut.

b) Perbuatan sumbang mahram


Hukuman kesalahan ini adalah didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga
tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun dihukum dengan kombinasi hukuman itu.

c) Pelacuran
Kesalahan pelacuran bermakna mana-mana individu yang melacurkan dirinya ataupun melacurkan
atau membenarkan atau menyebabkan anak-anak atau isterinya ataupun kanak-kanak yang dalam
jagaannya. Mana-mana orang yang terbukti melacurkan diri akan di denda tidak melebihi lima ribu
atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun
kombinasi
d) Muncikari
Kesalahan muncikari bermakna seseorang yang telah bertindak sebagai orang tengah antara seorang
perempuan dengan seorang lelaki bagi mencapai apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara’.
Mana-mana orang yang terbukti sebagai muncikari akan didenda tidak melebihi lima ribu atau
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.

e) Perbuatan sebagai persediaan untuk persetubuhan luar nikah Kesalahan yang disebutkan sebagai
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan mana-mana orang yang
terbukti bersalah akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi

f) Khalwat
Mana-mana orang yang terbukti berkhalwat akan di denda tidak melebihi tiga ribu
atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

g) Hubungan jenis antara orang sama jantina


Hubungan sejenis antara orang yang sama jantina. Bagi sesama lelaki disebut sebagai liwat dan bagi
sesama wanita disebut sebagai musahaqah. Mana-mana orang yang terbukti melakukan hubungan
jenis antara orang sama jenis akan di denda tidak melebihi dua ribu atau dipenjarakan tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya.

h) Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii


Mana-mana orang yang terbukti melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii akan di
denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi
enam sebatan ataupun kombinasi.

TAKAT KUASA KERAJAAN NEGERI DALAM MENTADBIR HAL


EHWAL AGAMA ISLAM
6
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

 
Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara.Dari segi definisi,
perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama dan
maksud setiap peruntukan memberi manfaat kepada warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara
merdeka.. Pembebasan sesebuah tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara
moden biasanya ditanda oleh pembentukan sebuah perlembagaan bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen tradisi dimana
antaranya ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, serta kedudukan dan keistimewaan
Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh
Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri, segala hak, keistimewaan dan
kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat,
tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan dan upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja
adalah meliputi seluruh Persekutuan, maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan
Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak) hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri itu.Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana Parlimen diberi kuasa untuk membuat
undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk
menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai
hubungan dengan pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam
di negeri-negeri, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain. Selaras dengan tuntutan semasa
untuk memperkemaskan pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-kerajaan negeri telah mula
mengasingkan tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Mahkamah
Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan memperuntukkan
fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan
dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara
hukum Syarak iaitu penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu
penubuhan Mahkamah Syariah, dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam
negeri masing-masing.

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama
Islam, Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk
menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-
masing termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-undang yang berkaitan
dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi
sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang yang
berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam
Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-
negeri (dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1).

Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1
Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang dan acara sivil dan
jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak dan lain-lain undang-undang
diri bagi maksud undang-undang Persekutuan.” Malah, dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan
Persekutuan dimana peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang
undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.
Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan-
kesalahan termasuk kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh Persekutuan, namun peruntukan yang
diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau
meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan
peruntukan berkenaan. Badan Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan
yang melebihi daripada peruntukan berkenaan dan harus mengambi kira perkara 75 Perlembagaan
Persekutuan.

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan
dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1
memperuntukkan:

• Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam,
termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat,
pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak,
penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat;

• Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan
pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan
khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan;

• Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya

• Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam

• Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang


menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam
Senarai Persekutuan;

• Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah, yang akan mempunyai
bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana
perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan;

• Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam;

• Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

CABARAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

 
Peringkat Persekutuan

Selepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah dibuat untuk menyeragamkan


pentadbiran undang-undang Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia
(MKHEIM) yang dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu (MRR) dan urusetianya ialah Bahagian
Ugama di Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Antara fungsi Majlis ini ialah “memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, kerajaan-kerajaan
negeri atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-apa perkara berkenaan perundangan atau pentadbiran
agama Islam dan pelajaran agama Islam dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau
menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.”

Untuk tujuan itu, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah urusetia dan termasuklah
Jawatkuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan lain-
lain. Sejauh penelitian, penubuhan MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan kehendak peruntukan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 (2) (b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara lain ialah

“mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama
meliputi seluruh Persekutuan” dan “mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang
dan membuat dan memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini,
memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan
MRR”

Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang Islam
adalah di bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga di Wilayah-wilayah Persekutuan, maka
usaha-usaha penyeragaman di peringkat kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara
kerajaan-kerajaan negeri. Pihak yang bertindak sebagai urusetia sebenarnya tidak mempunyai kuasa
eksekutif untuk menentukan kerajaan-kerajaan negeri mengikuti model atau syor penyeragaman yang
telah disediakan itu. Sebaliknya kerajaan-kerajaan negeri walaupun sedia menerimapakai suatu model
undang-undang yang sepatutnya diterimapakai, tetapi tiada halangan dari sudut perundangan bagi
pihak kerajaan-kerajaan negeri meminda mana-mana peruntukan dalam undang-undang yang
disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri masing-masing.

Sebab itu, sekali lagi mutakhir ini suatu penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan
memperkenalkan undang-undang keluarga yang baru. Di bawah undang-undang yang baru ini, tiada
banyak perubahan yang dipinda kecuali yang paling ketara iaitu soal poligami iaitu memberi kuasa
kepada mahkamah memanggil wali, isteri yang sedia ada dan lain-lain yang berkenaan hadir di
Mahkamah untuk memberi keterangan serta permohonan pihak-pihak untuk membahagikan apa-apa
harta atau aset yang dikumpulkan dalam tempoh perkahwinan.

Setelah Mahkamah membenarkan permohonan suami. Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri
sahaja yang mengemukakan deraf undang-undang berkenaan untuk diluluskan oleh Badan
Perundangan Negeri Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi sesetengah negeri membuat pindaan
terhadap deraf undang-undang yang kemudiannya diluluskan itu.

Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga misalnya peruntukan
"Perkara 121 (1A)" merupakan satu usaha untuk menjelaskan bidang kuasa Mahkamaha Syariah dan
Mahkamah Sivil. Menjadi satu cabaran kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-
undang tertentu yang memberi kuasa yang jelas dan eksklusif kepada Mahkamah Syariah setakat yang
dibenarkan Perlembagaan.

Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang diistilahkan sebagai “undang-undang diri”,
pengaruh ajaran Islam atau hukum-hukum Islam telah mula mendapat tempat dan secara langsung
dapat membantu ke arah pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem
perbankan, takaful dan pajak gadai.

Peringkat Kerajaan Negeri


Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula mengasingkan perkara yang berkaitan
dengan undang-undang keluarga daripada undang-undang induk dengan menggubal undang-undang
keluarga Islam yang baru sebagaimana yang disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru
ini dikatakan banyak mengandungi pembaharuan misalnya mengenai kesalahan-kesalahan matrimoni,
peraturan-peraturan berpoligami, soal perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah
dan lain-lain.

Perkembangan yang positif ini dilihat sebagai usaha kerajaan Persekutuan mengatasi sesetengah
rungutan masyarakat Islam di dalam negara tentang perlunya pembaharuan dalam pentadbiran
undang-undang Islam terutama undang-undang keluarga yang dikatakan tidak memberi keadilan
kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan berat
sebelah memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.

Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara
Mahkamah Syariah yang disebut sebagai institusi yang mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai
pihak berkuasa utama selepas Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan
Kemuftian bertanggungjawab mentafsirkan dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum
Syarak.

Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak, sesetengah negeri cuba melakukan
sendiri pindaan-pindaan dengan memanfaatkan peruntukan-peruntukan di negeri-negeri lain yang

7
Tan Sri Ahmad Ibrahim, “The Influence of Islam on Law in Malaysia”, Seminar on the Role and
Influence of Religions in Society (13-16 September 1993: Kuala Lumpur)

 
dianggap terkehadapan dan negeri-negeri berkenaan sedang atau akan berhadapan dengan masalah
yang sama. Sebagai contoh, dalam perkara status pemelukan Islam dalam kes percubaan keluar agama
dan isu mengenai anak yang masih di bawah umur 18 tahun. Merujuk beberapa kes yang diputuskan di
Mahkamah Sivil dimana mahkamah ini tidak ada bidang kuasa dalam menentukan status akidah
seseorang,

malah sebaliknya, ia menjadi kuasa badan perundangan negeri menggubal undang-undang dan
memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan
tindakan cuba keluar agama atau status anak bawah umur di bawah penjagaan seseorang. Misalnya
peruntukan yang jelas dibuat oleh sesetengah negeri yang menyebut bahawa seseorang yang
didaftarkan memeluk agama Islam hendaklah bagi semua maksud termasuk mana-mana undang-
undang Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa diiktiraf sebagai seorang Islam dan jika apa-
apa soal timbul di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk Islam dan orang itu tidak
didaftarkan dalam daftar memeluk Islam atau tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang
negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam,

maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kepada hukum Syarak. Jika
pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak
kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-
kanak yang berada di dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam.

Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan dengan menggubal
undang-undang baru atau mengembangkan undang-undang induk yang sedia ada bagi memantapkan
pentadbiran.

Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman sebagaimana ditetapkan dalam Akta
Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan) dengan beberapa peruntukan dalam
Akta/Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri termasuklah hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan
akidah dan kesusilaan.

Umumnya, dari sudut kategori kesalahan adalah hampir sama iaitu kesalahan yang berhubung dengan
akidah, kesucian agama dan institusinya, kesusilaan, kesalahan pelbagai dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang jenayah masih
memerlukan kepada penelitian yang menyeluruh terutama dari segi hukuman yang diperuntukkan.
menggambarkan ketidakselarasan penggubalan undang-undang bagi kesalahan jenayah Syariah antara
negeri-negeri.

Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya undang acara mal Syariah dan acara
jenayah Syariah, umumnya hampir seragam kecuali dari aspek pentadbiran lain misalnya undang-
undang pentadbiran Mahkamah Syariah dimana dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah

8
Dalam perkara fatwa, cadangan dibuat supaya fatwa yang dikeluarkan hendaklah dipakai atau
mengikat mahkamah (Mahkamah Sivil) jika perbicaraan itu memerlukan penjelasan dalam perkara
yang berkaitan dengan hukum Syarak. Lihat Zainur Zakaria “The Determination of Questions of
Islamic Law or Hukum Syarak by the Civil Court and the Admissibility of Expert
(Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak selaras di antara satu
negeri dengan negeri yang lain.

Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam perbincangan mengenai pelaksanaan undang-
undang Islam iaitu masih banyak lagi halangan-halangan yang perlu ditangani terutama dari sudut
mekanisme pentadbiran undang-undang tersebut misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa
mahkamah yang terhad, tiada panduan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum,
prosedur yang tidak lengkap, pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan perintah, tafsiran
peruntukan yang berbeza, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa dan lain-
lain.

Kesalahan Berhubung Dengan Kesejahteraan Orang Lain


Seksyen 32 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan memujuk lari
perempuan bersuami di mana hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, seksyen 33 menghalang pasangan hidup suami isteri
yang boleh membawa hukuman boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan seksyen 34 menghasut suami isteri supaya bercerai atau
mengabaikan tanggungjawab dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan Pelbagai
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 juga memperuntukkan beberapa kesalahan
lain iaitu menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, Qazaf,Pemungutan Zakat atau
Fitrah Tanpa Diberi Kuasa22 dan Penyalahgunaan Tanda Halal.Bagi penyalahgunaan tanda halal,
seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah ( Selangor) 1995 memperuntukkan mana-mana orang yang
mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-
apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Menariknya di Sabah terdapat peruntukan tambahan kesalahan iaitu menyembelih tanpa


kebenaran Majlis di bawah seksyen 59 (6) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri
Sabah) 1995yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyembelih apa-apa binatang halal
untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari Majlis adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya sekali.

Isu-isu Semasa Berkaitan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia

 
Ketidakseragaman dan konflik undang-undang

Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 50 tahun, hingga kini masih terdapat
ketidakseragaman dan beberapa perbezaan peruntukan yang terkandung di dalam enakmen-enakmen
atau akta undang-undang jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia. Isu penyelarasan undang-undang
syariah bagi negeri seluruh Malaysia bukannya satu perkara baru dan banyak usaha telah dilaksanakan
untuk menyeragamkan undang-undang syariah, namun sehingga kini ia masih belum dapat mencapai
matlamatnya. Sebagai ilustrasi, kita boleh merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
dan Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Bagi kesalahan mendakwa bukan Islam untuk mengelakkan tindakan di dalam seksyen 5 Akta
Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, peruntukan ini tiada di dalam Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor)1995.

Manakala kesalahan mengembangkan doktrin agama berlaku sebaliknya.Terdapat juga


ketidakseragaman dari aspek hukuman yang dikenakan. Sebagai contoh di dalam kes
melibatkan kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam,

seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan hukuman


denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
keduaduanya manakala seksyen 7 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997
menyatakan hukuman denda yang sama tetapi penjara hanya tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya. Isu ketidakseragaman undang-undang ini sepatutnya dapat
diselesaikan.

Ini memandangkan ianya boleh menimbulkan pelbagai permasalahan


undang-undang dan juga reaksi negatif masyarakat kepada pentadbiran undang-undang
Islam.

Dari aspek konflik bidang kuasa mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sepatutnya
sudah lama telah diselesaikan melalui artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, ianya tidak berlaku secara menyeluruh. Buktinya masih terdapat
pertikaian mengenai bidang kuasa mahkamah syariah seperti di dalam kes Mohamed
Habibullah b Mahmood v Faridah Dato’ Talib (1992) 2 MLJ 793, Dalip Kaur v Pegawai
Polis Bukit Mertajam (1992) 1 MLJ 7 dan Md. Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (1998) 1 MLJ 681.

Malahan jika diteliti terdapat beberapa peruntukan di dalam enakmen jenayah syariah yang
bertindih iaitu juga terdapat di dalam Kanun Keseksaan seperti berlaku di dalam kes Sukma
Dermawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia (1999) 1 MLJ 266.

Berdasarkan perkara di atas dapatlah disimpulkan bahawa masih terdapat ketidakseragaman


dan konflik bidang kuasa yang berlaku berkaitan dengan peruntukan undang-undang jenayah
syariah di Malaysia. Seharusnya usaha-usaha ke arah menyelesaikan isu ini dilipatgandakan
dan matlamatnya dicapai sepenuhnya dalam masa terdekat.

Kesalahan Murtad
Gejala kerosakan akidah semakin menular di negara kita lebih-lebih lagi ianya membabitkan
pertukaran agama atau murtad. Isu ini lebih menarik perhatian ramai apabila Mufti Perak, Dato’ Seri
Haji Harussani Zakaria pada Julai 2006 telah membuat kenyataan bahawa berdasarkan laporan kajian
dari sekumpulan Melayu profesional didapati bahawa seramai 100,000 umat Islam di Malaysia telah
bertukar agama.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa isu keluar agama atau murtad telah lama berlaku seperti
di dalam kes ayah Pin, Nor Aishah Bokhari, Nyonya Tahir dan Lina Joy. Namun begitu, kita
menyaksikan bahawa tidak terdapat peruntukan yang jelas di dalam mana-mana enakmen jenayah
syariah di Malaysia mengenai kesalahan murtad. Pada dasarnya, boleh dirumuskan bahawa tidak
terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad termasuk hukumannnya.

Namun demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah
negeri. Sebagai contoh, Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama Islam sebagai
satu Kesalahan. Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991 menyatakan bahawa
apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau
mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam,

Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh
tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum
syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan
kemudian barulah dia boleh dibebaskan.

Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan
perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen 6 (1) pula
memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66 adalah merupakan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima
ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya
sekali.

Jika ditinjau sememangnya terdapat enakmen yang memperuntukkan undang-undang dan hukuman
murtad secara khusus iaitu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993 dan

 
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang akhirnya tidak dapat
dilaksanakan kerana faktor-faktor tertentu. Kedua-dua enakmen ini ada menyebut sesiapa yang
disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya bertaubat
dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah dan sekiranya dia
enggan bertaubat, maka mahkamah boleh memenjarakannya selama lima tahun dan jika tidak
bertaubat juga boleh mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya.

Isu murtad ini semakin hangat timbul apabila melibatkan kes Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan & Ors[2005] 6 MLJ 193 seorang Melayu yang telah menukar agamanya kepada Kristian.
Mahkamah Tinggi dan Rayuan telah memberikan penghakiman bahawa bidang kuasa di dalam kes
seumpama ini adalah mahkamah 23 Di Perlis, satu Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam
(Perlis) 2000 mengenakan hukuman rehabilitasi selama tidak lebih satu tahun sekiranya didapati cuba
menukar agama Islam. syariah. Saat ini, semua pihak masih menanti-nantikan keputusan yang akan
dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Jelasnya di sini ialah sepatutnya plaintif di dalam kes ini boleh didakwa di bawah undang-undang
jenayah syariah kerana melibatkan kesalahan murtad. Oleh kerana tiadanya peruntukan yang jelas
mengenai kesalahan ini, pelbagai permasalahan akan timbul dari masa ke semasa.

Ajaran Sesat
Baru-baru ini, masyarakat telah disajikan dengan berita mengenai dakwaan ajaran salah yang dibuat
oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Rufaqa Corporation yang dikatakan mempunyai
kesinambungan dengan ajaran yang pernah diharamkan oleh kerajaan Malaysia iaitu al-Arqam. Selain
daripada itu terdapat juga ajaran salah atau doktrin palsu lain seperti Black Metal, Tarikat
Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis, Ajaran Martabat Tujuh.

Peratus Cina Yakin Hudud Adil untuk semua

9
Di Perlis, satu Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam (Perlis)2000 mengenakan hukuman
rehabilitasi selama tidak lebih satu tahun sekiranya didapati cuba menukar agama Islam .
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS,tinjauan
Universiti Malaya(UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang
islam mampu menjajikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga
mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi
pandangan sama.

Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih
terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan melayu;ringkasan
kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden
Melayu, sebanyak 68 Peratus (1041) Melayu dan 7 peratus (110) India

Sebanyak 41 peratus responden maysrakat Cina pula menjawab ‘’YA’’ apabila ditanya adakah
perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di
negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama

10

ANALISIS KANDUNGAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM

10
Malaysia Kini:25 september 2012(kenyataan Media Terpilih)

 
Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama,merangkumi pengisytiharaan Islam sebagai
agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang islam oleh Mandulika bertarikh 22
Februari 1303M. Bagi D.G.E Hall, perundingan Islam telah bertapak lebih daripada seratus tahun
sebelumnya.Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan
Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan islam.Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam
bidang (a) muamalat-tentang hutang piutang,undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan
membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina.Namun
begitu, Sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian
besar sserpihan batunya.

Berasaskan kepada kajian terhadap hukum kanun Melaka,kita boleh mengemukakan teori bahawa
penuhnya adalah seorang yang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam kerana memang mengetahui
agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik

11

Abdul Rahman Abdullah (1997).pemikiran Islam Dr. Malaysia sejarah dan Aliran ,Jakarta hh 33-40
11
 

You might also like