You are on page 1of 12

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO. KES: 2(18)/4-787/20

ANTARA

SAIFUL AMRI BIN MD ZAIN

DAN

LTS EXPRESS SDN BHD

NO. AWARD : 1041 TAHUN 2022

DI HADAPAN : Y.A. MOHD ZULBAHRIN BIN ZAINUDDIN - PENGERUSI

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Pulau Pinang

TARIKH RUJUKAN : 05.07.2020

TARIKH SEBUTAN : 14.08.2020; 18.09.2020; 09.10.2020; 01.03.2021;


18.03.2021; 14.07.2021; 04.01.2022; 25.01.2022;
16.02.2022.

TARIKH BICARA : 10.11.2021

PERWAKILAN : Encik Vijayan Veeriah


Dari Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia
(Wakil Pihak Yang Menuntut)

Puan Siti Rafidah binti Abdul Raof bersama


Encik Muhammad Syahir bin Abu Bakar
Dari Tetuan Aswandi Hashim & Co.
(Peguam Pihak Syarikat)

1
AWARD

RUJUKAN

[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang

dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta

Perhubungan Perusahaan 1967, berhubung dengan pembuangan kerja Saiful Amri

Bin Md Zain (“Yang Menuntut”) pada 11.10.2019 oleh LTS Express Sdn. Bhd.

(“pihak Syarikat”).

Fakta Kedua-Dua Pihak

[2] Yang Menuntut telah memulakan perkhidmatan dengan pihak Syarikat pada

06.08.2018 sebagai Kerani Operasi (Operation Clerk) (rujuk Letter of Appointment &

Terms and Condition of Employment di muka surat 1-16 COB-1). Beliau dibayar gaji

bulanan sebanyak RM1,800.00.

[3] Salah satu syarat yang terkandung di dalam Terma Perkhidmatan (klausa 3.0)

adalah untuk Yang Menuntut menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan dari tarikh

permulaan perkhidmatan (06.08.2018). Waktu bekerja Yang Menuntut pada mulanya

adalah pada hari Isnin hingga Sabtu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Namun, melalui surat bertarikh 12.09.2018 (COB-1 muka surat 17), waktu bekerja

telah diubah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang berkuatkuasa pada 10.09.2018.

2
[4] Yang Menuntut menegaskan bahawa sepanjang perkhidmatannya beliau

telah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab selaras dengan

kehendak pihak Syarikat. Namun, perkara ini disangkal oleh pihak Syarikat dengan

penyataan bahawa Penilaian Prestasi yang dijalankan terhadap Yang Menuntut

melalui Employee Performance Appraisal Form (COB-1, muka surat 18-26) untuk

tempoh 06.08.2018 hingga 05.11.2018 menunjukan bahawa prestasi perkhidmatan

Yang Menuntut masih tidak memuaskan dan atas alasan tersebut tempoh percubaan

beliau dilanjutkan lagi selama 3 bulan bermula dari 06.11.2018 hingga 05.02.2019

(rujuk surat bertarikh 06.11.2018 ms 28 COB-1). Yang Menuntut juga telah melakukan

salah laku dengan tidak hadir bekerja pada 21.08.2018 dan 19.10.2018.

[5] Pihak Syarikat kemudiannya telah menjalankan satu lagi penilaian prestasi

melalui Employee Performance Appraisal Form bagi tempoh 06.08.2018 hingga

05.02.2019 (COB-1, muka surat 29-37). Hasilnya, pihak Syarikat merumuskan

bahawa perkhidmatan Yang Menuntut masih tidak memuaskan dan rekod kehadiran

dan ketepatan masa hadir bekerja sangat buruk (very bad). Lanjutan daripada itu

melalui surat bertarikh 04.02.2019 (COB-1 ms 39) tempoh percubaan dilanjutkan lagi

selama 3 bulan bermula dari 06.02.2019 – 05.05.2019.

[6] Atas alasan mempunyai masalah disiplin dan salahlaku, maka melalui Surat

Tunjuk Sebab bertarikh 26.07.2019 (COB-1 ms 59-62) Yang Menuntut telah

dihadapkan dengan empat (4) pertuduhan dan dikehendaki menjawabnya dalam

tempoh tujuh (7) hari selepas penerimaannya.

3
[7] Melalui surat bertarikh 05.08.2029 (COB-1 ms 63-64), Yang Menuntut telah

mengemukakan maklum balas terhadap tunjuk sebab tersebut. Pihak Syarikat tidak

berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan satu prosiding Siasatan Dalaman

telah dijalankan pada 23.09.2019.

[8] Yang Menuntut dihadapkan dengan Pertuduhan yang sama dan beliau

mengaku bersalah terhadap kempat-empat Pertuduhan tersebut dan akhirnya melalui

surat bertarikh 10.10.2019 (COB-1 ms 108-109) perkhidmatan beliau telah ditamatkan

secara serta merta.

Peranan Mahkamah Perusahaan

[9] Peranan Mahkamah Perusahaan di dalam menentukan pertikaian di antara

kedua-dua pihak di bawah s.20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dijelaskan

di dalam kes Milan Auto Sdn bhd v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449:

As pointed out by this Court recently in Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong
Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344; [1995] 2 MLJ 735, the
function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is two-
fold firstly, to determine whether the misconduct complained of by the employer has
been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause
or excuse for the dismissal. Failure to determine these issues on the merits would be
a jurisdictional error.

4
[10] Di dalam kes KA Sanduran Nehru Ratnam v. I-Berhad [2007] 1 CLJ 347,

Mahkamah Persekutuan mengulangi tentang peranan Mahkamah Perusahaan:

The main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under
s.20 of the Industrial Relations Act 1967 is to determine whether the misconduct or
irregularities complained of by the management as to the grounds of dismissal were
in fact committed by th workman. If so, whether such grounds constitute just cause
and excuse for the dismissal.

Beban Pembuktian

[11] Adalah undang-undang mantap bahawa apabila majikan menamatkan

perkhidmatan seseorang pekerja, pihak majikan perlu melepasi beban pembuktian

bahawa penamatan tersebut dilakukan atas sebab atau alasan yang adil. Prinsip ini

ada dinyatakan di dalam kes Ireka Construction Berhad v. Chantiravathan

Subramaniam James [1995] 2 ILR 11 (Award No. 245 0f 1995):

It is a basic principle of industrial jurisprudence that in a dismissal case the employer


must produce convincing evidence that the workman committed the offence or
offences the workman is alleged to have committed for which he has been dismissed.
The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause and excuse
for taking the decision to impose the disciplinary measure of dismissal upon the
employee. The just cause must be, either a misconduct, negligence or poor
performance based on the facts of the case.

Standard Pembuktian

[12] Standard Pembuktian yang terpakai adalah atas imbangan kebarangkalian

(balance of probabilities). Hal ini dijelaskan di dalam kes Telekom Malaysia Kawasan

Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314:

5
Thus in hearing a claim of unjust dismissal, where the employee was dismissed on the
basis of an alleged criminal offences such as theft of Company property, the Industrial
Court is not required to be satisfied beyond a reasonable doubt that such an offence
was committed. The standard of proof applicable is the civil standard, ie, proof on a
balance of probabilities which is flexible so that the degree of probability required is
proportionate to the nature and gravity of the issue.

Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah

[13] Masalah disiplin dan salah laku yang dikaitkan dengan Yang Menuntut adalah

seperti berikut:

a. Gagal menyediakan Laporan Harian Penghantaran;


b. tidak hadir bekerja tanpa kebenaran;
c. tidak mengetip perakam waktu sewaktu masuk dan balik dari bekerja;
dan
d. selalu lewat hadir bekerja.

[14] Empat (4) perkara ini terangkum di dalam Empat (4) Pertuduhan yang

terkandung di dalam Surat Tunjuk Sebab pertama bertarikh 26.07.2019 (COB-1 ms

59-62). Kesalahan-kesalahan ini juga dikategorikan sebagai KATEGORI II-Salahlaku

separa besar di dalam Buku Panduan Pekerja Syarikat Kumpulan Lee Ting San (Lee

Ting San Group of Companies) bertarikh 01 Januari 2018 (COB-2 ms 1-62) yang

mana jika dibuktikan atau diperakui oleh pekerja (Yang Menuntut) atas kesalahan

tersebut antara lain mengakibatkan tindakan penamatan perkhidmatan dengan serta

merta.

6
[15] Tempoh percubaan (Probationary Period) adalah tempoh untuk menilai

prestasi kerja sebelum Yang Menuntut disahkan dalam jawatan.

3.0 Probationary Period

3.1 You shall be required to serve as per schedule below your probationary period
from the Commencement Date of your employment.

Title/Position Probation Period


General Worker 3 Month

3.2 The Company shall reserve the right to extend your probationary period as
it deems fit.
3.3 The confirmation of your employment shall be based on your performance
review and you will be informed in writing of your confirmation.

[16] Yang Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab pertama itu seperti mana

yang terkandung di dalam surat beliau bertarikh 05.08.2019 (COB-1 ms 63-64).

Saiful Amri Bin Md Zain


81-2-12 Tingkat 2
Taman Utara Batu Uban
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Lee Ting San


LTS Express Sdn Bhd
Lot 5294, Lorong Jelawat 1
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang.

Tuan/Puan,

Surat Maklum Balas

Merujuk maklumat di atas, saya Saiful Amri Bin Md Zain mengaku telah lewat ke
tempat kerja pada tarikh yang telah dilampirkan.
Sedemikian itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya juga terlepas pandang
kerana tidak sempat punch out apabila telah bekerja lebih masa ketika berada di

7
Pengkalan. Saya akan berada di Kastam Gate untuk monitor kontena pada waktu
petang hingga lewat malam.

Daily report. Saya ada memberitahu customer (KN) saya mungkin tidak banyak masa
untuk membuat daily report, disebabkan request kontena semakin banyak under KN.
Saya hanya report melalui Whatsap Group untuk mereka. Dalam masa yang sama.
Saya juga perlu memberi report dan monitor untuk Haulier Swift ataupun tidak
memberi apa-apa elaun tambahan hingga sekarang.

Dan di sini saya memohon maaf atas kelewatan dan akan memperbaiki mutu kerja
saya di syarikat. Saya akan cuba memperbaiki diri saya untuk menjadi pekerja yang
lebih cemerlang.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap pihak Tuan/Puan dapat menerima surat
ini dan memberi peluang kepada saya dan saya akan cuba untuk tidak mengecewakan
pihak syarikat lagi.

Sekian, Terima Kasih.


-Tandatangan-
………………………………….
SAIFUL AMRI BIN MD ZAIN
761109-07-5783

[17] Siasatan Dalaman adalah satu tindakan yang lebih berkesan dan menyeluruh

di dalam menentukan samaada Yang Menuntut bersalah atau tidak terhadap

Pertuduhan yang dikenakan. Ianya satu prosiding secara langsung yang memberikan

peluang kepada Yang Menuntut untuk mengemukakan segala penjelasan termasuk

membela diri melalui panggilan saksi-saksi serta rujukan dokumen. Di dalam Siasatan

ini Yang Menuntut telah mengaku salah terhadap keempat-empat pertuduhan

tersebut. Daripada penelitian kepada keseluruhan kandungan Minit Siasatan,

Mahkamah mendapati tiada kecacatan bermula daripada proses pemilihan panel

8
serta tatacara prosiding yang dijalankan. Secara keseluruhannya, walaupun pada

peringkat awal prosiding Yang Menuntut telah mengaku salah terhadap semua

pertuduhan, namun beliau masih diberikan peluang untuk memberikan keterangan

berbentuk pembelaan.

[18] Sebelum Siasatan Dalaman dijalankan, tempoh percubaan pertama yang

berakhir pada 05.11.2018 telah dilanjutkan selama 3 bulan iaitu dari 06.11.2018 –

05.02.2019 (rujuk COB-1 ms 28). Selanjutnya tempoh tersebut dilanjutkan selama 3

bulan lagi iaitu dari 06.02.2019 – 05.05.2019 (rujuk COB-1 ms 39).

[19] Adalah jelas bahawa perlanjutan tempoh percubaan adalah suatu pendekatan

dan peluang kepada Yang Menuntut untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan

selaras dengan hasrat dan keperluan pihak Syarikat.

[20] Melalui surat tunjuk sebab dan empat (4) pertuduhan yang disertakan dan

diakui penerimaannya oleh Yang Menuntut serta jawapan yang beliau berikan

walaupun tidak menyeluruh, jelas menunjukan bahawa Yang Menuntut sebenarnya

telah mengetahui tentang salahlaku dan masalah disiplin yang sedang beliau hadapi.

Justeru, alasan pemecatan adalah dalam pengetahuan Yang Menuntut.

[21] Penelitian kepada keseluruhan dokumen yang berkaitan khususnya kepada

tarikh-tarikh setiap kesalahan yang dilakukan seperti di dalam keempat-empat

pertuduhan dan tarikh pengeluaran surat tunjuk sebab, Mahkamah ini memutuskan

bahawa tiada unsur condonation seperti yang dihujahkan oleh Peguam Yang

Menuntut.

9
[22] Ketiga-tiga Performance Appraisal bertarikh 01.11.2018 (COB-1 ms18-27),

29.01.2019 (COB-1 ms 29-38) dan 06.05.2019 (COB-1 ms 40-48) merujuk secara

khusus kepada masalah kehadiran Yang Menuntut yang merupakan alasan utama

pemecatan ini. Pengakuan Yang Menuntut terhadap Pertuduhan 1,2,3 dan 4 di dalam

Siasatan Dalaman menunjukan bahawa beliau sememangnya telah melakukan

kesalahan tersebut.

[23] Kegagalan Yang Menuntut memberikan jawapaan serta alasan yang kukuh

sewaktu siasatan dalaman dijalankan membuktikan beliau tidak mengambil inisiatif

dan peluang yang ada untuk bersungguh-sungguh menyelamatkan kerjayanya.

[24] Keterangan bahawa bapanya sakit dan masalah persekolahan anak sebagai

alasan untuk bercuti tanpa kebenaran adalah suatu penafian tanpa pembuktian yang

kukuh. Terdapat kebarangkalian pihak Syarikat akan bersimpati dengan masalah

keluarga yang beliau hadapi, tetapi sikap sambil lewa dalam menangani masalah

kehadiran tanpa kebenaran dan ditokok dengan jawapan yang tidak meyakinkan

apatah lagi dengan penyataan bahawa beliau tidak ingat samaada hadir bekerja atau

tidak pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di dalam pertuduhan adalah suatu perlakuan

yang tidak bertanggungjawab dan tiada nilai keterangan.

[25] Kenyataan Yang Menuntut bagi pertuduhan ketiga bahawa beliau ter “punch

in/out” kad perakam waktu orang lain tanpa mengemukakan bukti sekali lagi

menimbulkan keraguan. Mahkamah ini boleh menerima alasan tersebut sekiranya ia

melibatkan kesilapan yang sedikit. Tetapi untuk menyatakan kesilapan yang

10
melibatkan 10 kehadiran adalah suatu yang sukar untuk dipercayai melainkan

disertakan dengan suatu keterangan yang istimewa.

[26] Keterangan bahawa beliau terpaksa bekerja hingga ke lewat malam atau ke

awal pagi hari berikutnya adalah bertentangan dengan jadual bekerja terkini yang

ditetapkan oleh pihak Syarikat iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tiada sebarang

pembuktian yang diketengahkan untuk menunjukkan beliau perlu atau diarahkan

bekerja hingga lewat malam dan awal pagi.

[27] Pihak Syarikat mempunyai hak dan mandat di dalam menentu dan

memastikan semua pekerja mematuhi segala peraturan yang ditetapkan selaras

dengan keperluan pengoperasian Syarikat.

[28] Pihak Syarikat juga mempunyai hak untuk mengenakan apa-apa tindakan

terhadap pekerja termasuk pemecatan dengan syarat ianya mengikut garis panduan

dan SOP yang telah digariskan dan tidak bertindak secara mala fide. Tiada unsur

“keterlaluan” di dalam tindakan pemecatan Yang Menuntut atas alasan beliau telah

diberikan pelung untuk membuat pembetulan serta proses siasatan dan dapatan

bersalah dilakukan secara telus.

[29] Teguran yang diberikan, perlanjutan tempoh percubaan, surat amaran dan

siasatan dalaman adalah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Syarikat bukan

sahaja sebagai isyarat untuk Yang Menuntut memperbaiki mutu perkhidmatan, malah

merupakan intipati di dalam menjustifikasi tindakan penamatan yang dikenakan.

Rumusan

11
[30] Sebagai kesimpulan, setelah mengambil kira semua keterangan dan hujahan

bertulis kedua-dua pihak, rujukan kepada autoriti kes serta mendekati peruntukan di

bawah s.30(5), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti,

hati nurani (equity and good conscience) dan merit tanpa memikirkan kepada perkara-

perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa

penamatan perkhidmatan Yang Menuntut adalah suatu tindakan yang mengikut garis

panduan yang ditetapkan oleh pihak Syarikat dan tiada isu bahawa ianya dilakukan

tanpa sebab atau alasan yang tidak adil.

[31] Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan pihak Yang Menuntut.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 1HB JUN 2022

-t.t.-
(MOHD ZULBAHRIN BIN ZAINUDDIN)
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

12

You might also like