You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA 2

JALAN TIONG, BANDAR PUCHONG JAYA


47170 PUCHONG
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ICT


SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA 2

1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini dibuat untuk membangunkan prasarana infrastruktur Bilik Komputer dan
Makmal VLE supaya lebih kondusif dan bersedia digunakan untuk pembelajaran murid yang
memerlukan peralatan yang lengkap dan berfungsi.

2. MATLAMAT
Menuju ke arah pengurusan sekolah yang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti dan
murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang di samping menyediakan prasana sekolah
yang kondusif dan persekitaran yang selamat.

3. RASIONAL PEMBANGUNAN PRASARANA


3.1 Usia bangunan yang telah mencecah 13 tahun menyebabkan banyak kerosakan yang
perlu dilaksanakan.
3.2 Penghawa dingin yang rosak walaupun berulang kali dibaiki, tambahan pula kedua-
dua bilik tersebut tiada disediakan kipas angin menyukarkan murid untuk masuk
belajar dengan kondusif.
3.3 Kekurangan bilangan komputer yang ada menyebabkan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana murid terpaksa
berkongsi dan tidak dapat memenuhi standard yang dikehendaki KPM.
3.4 Penting dalam membangunkan sekolah seiring dengan transformasi pendidikan yang
dilaungkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Anjakan PPIM –
Memanfaatkan ICT untuk meningkatkan pembelajaran berkualiti di Malaysia.

1|SK PUCHONG JAYA 2 (BBA8274)


4. PELAN LOKASI SEKOLAH

2|SK PUCHONG JAYA 2 (BBA8274)


5. CADANGAN PEMBANGUNAN
Berikut adalah 2 komponen utama yang akan diberi perhatian iaitu :
5.1 Bilik Komputer Mata Pelajaran TMK Kertas Kerja 1
5.2 Makmal VLE Frog Kertas Kerja 2

Walau bagaimanapun, kertas kerja akan dibangunkan secara berterusan bagi prasana dan
pembangunan yang diperlukan dengan mengambil kira kelengkapan peralatan, kemahiran
guru dan keperluan murid.

6. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN

Jenis Bilik Komputer TMK Makmal VLE


PENGHAWA DINGIN Tidak berfungsi dan asyik rosak Selalu terhenti dan murid
walaupun telah dibaiki terpaksa keluar kerana
kepanasan
MEJA KOMPUTER Meja kurang bukan sahaja Menggunakan meja murid dan
DAN KERUSI untuk meletak komputer dan menyukarkan murid duduk
tambahan kerusi diperlukan kerana kaki meja yang
dengan adanya tambahan meja menghalang
KOMPUTER Terdapat komputer sumbangan Penggunaan laptop Chrome
yang tidak boleh digunakan Book yang memerlukan
kerana kekurangan komponen baikpulih dan penyelenggaraan
di dalamnya yang memerlukan belanja
PAPAN KENYATAAN Masih banyak yang belum dilengkapkan dan masih memerlukan
DAN MAKLUMAT papan maklumat tambahan
KECERIAAN Menjadikan bilik makmal lebih ceria dan kondusif untuk menarik
minat murid hadir dan belajar dengan keseronokan
PENGURUSAN Melengkapkan kedua-dua makmal dengan sistem keselamatan
KESELAMATAN dan juga pengurusan yang memudahkannya menjadi rujukan
dalaman dan luaran

3|SK PUCHONG JAYA 2 (BBA8274)


7. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Projek ini amat penting kepada Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2 dan melibatkan
beberapa implikasi jika tidak dilaksanakan

7.1 Pemantauan dari pentadbiran berhubung pengurusan sekolah sukar dilaksanakan


kerana prasarana yang tidak lengkap dan baik

7.2 Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan tidak dapat dilaksanakan dengan


berkesan dan dalam suasana lebih kondusif

8. JAWATANKUASA PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN

PENGERUSI Puan Maznah binti Zaini Guru Besar


NAIB PENGERUSI Encik Hisham bin Ahmad Hidil GPK Kokurikulum
NAIB PENGERUSI 2 Encik Nor Azmi bin Mohamad Zakaria GPK Kurikulum
SETIAUSAHA Encik Muzaini bin Hassan GPK HEM

AHLI JAWATANKUASA Puan Normi binti Othman Pengurus Kualiti


Puan Choong Lai Khuan Pegawai ASET
Puan Janifer Anak Andol Ketua Kerani
Encik Muhammad Zarifi Aminuddin Penyelaras VLE
Encik Kamalakannan Letchmanan Guru Advokasi
Puan Nur Amira Mohd Rosli Penyelaras PLC

PENUTUP DAN HARAPAN


Sebagai sebuah sekolah yang sedang mengalami pertambahan usia dan terletak dalam kawasan
ancaman anai-anai, diharapkan bantuan dapat disalurkan kerana keselamatan adalah lebih penting.
Tambahan pula, kerosakan dalaman tidak mampu untuk disekat kerana apa yang dapat dilihat ialah
kerosakan luaran sahaja. Baikpulih perlu dilaksanakan untuk mengelakkan tradegi lebih besar dari
berlaku, keselamatan diutamakan.

Disediakan oleh Puan Maznah binti Zaini


Guru Besar SK Puchong Jaya 2

4|SK PUCHONG JAYA 2 (BBA8274)

You might also like