You are on page 1of 7

KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202

ROKAM FASA 1 2

SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI ROKAM,

NO. 1, JALAN KENANGA, 31350, IPOH,PERAK

KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN


MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN
BILIK GERAKAN SK SUNGAI ROKAM
FASA 1

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN

BILIK GERAKAN SK SUNGAI ROKAM FASA 1

KONSEP: MODEN DAN SANTAI


KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

1. PENDAHULUAN

Projek ini ialah aktiviti Jawatankuasa Penyelaras Bilik Gerakan SK Sungai


Rokam bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan Bilik Gerakan untuk
keselesaan dan kelancaran aktiviti sekolah. Kertas kerja ini menggariskan
pengisian projek menaik taraf dan membaik pulih kemudahan Bilik Gerakan dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah. Di masa yang sama semangat
kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat
yang utama di samping dapat membaik pulih kemudahan dan menceriakan lagi
sekolah.

Konsep yang dipilih ialah Moden dan Santai bagi mewujudkan suasana
persekitaran yang segar dan ceria dilengkapkan lagi dengan gaya dekorasi moden
yang lebih sistematik dan berkembang seiring kemodenan dan keperluan masa kini.
Di samping mempamerkan identiti SK Sungai Rokam sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan kepada tetamu-tetamu yang hadir melibatkan penggunaan Bilik
Gerakan.

2.0 TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi


menaik taraf dan membaik pulih kemudahan Bilik Gerakan Sekolah.

2.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan


pertimbangan selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan
tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan mesyuarat-
mesyuarat sekolah.

2.3 Keadaan Bilik Gerakan ini agak keinggalan zaman. Justeru itu, sudah
tiba masanya bilik ini dinaik taraf dan dibaik pulih sesuai dengan status
SK Sungai Rokam sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

2.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan serta
KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

pelawat akan lebih selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta


perbincangan bagi semua aktiviti yang telah dirancangkan untuk
sepanjang tahun 2022 dan tahun yang akan datang.

3.0 LATAR BELAKANG


3.1 Bilik Gerakan yang terletak di Blok Elit bersebelahan Pejabat Sekolah
merupakan bilik yang digunakan bagi semua mesyuarat serta
perbincangan diantara guru-guru serta pihak pengurusan.

3.2 Bilik Gerakan ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima
tetamu serta mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dan
pihak luar.

3.3 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa


peruntukan ini amat diperlukan bagi tujuan di atas.

3.4 Dengan adanya sebuah bilik gerakan yang lebih selesa, diharapkan
segala mesyuarat dan perbincangan dapat diadakan dengan suasana
yang lebih positif dan kondusif.

4.0 JAWATANKUASA
4.1 JAWATANKUASA INDUK
Penaung:
En. Yusri bin Mohamad Abdul
KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

(Guru Besar SK Sungai Rokam)

Pengerusi:
En. Mat Yusri bin Md Saad
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi:
Pn. Norhaida binti. Noorsam (PK Hal Ehwal Murid)
Pn. Rozayu binti Kasim (PK KoKurikulum)
Pn. Nor Afza binti Harun (PK Petang)
Pn. Norliza binti Mohamed (PK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program:
Cik Siti Aisyah binti Che Hassan

Setiausaha:
Cik Norehan Bt. Ahmad Jalaluddin

Ahli Jawatankuasa:

En. Syed Mohd Akmal bin Syed Mohd

En. Gunalan A/L Rajahgobal

En. Alias bin Ismail

En. Elmi Ikhwan B. Nasruddin

En.Muhammad Husaini bin Hamdan

En. Mohd Nazri B. Muhd Napis

Pn. Ayu Hartini Bt. Arifen

En. Shahril Anuar

4.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

CAT: TATARIAS PENCAHAYAAN &


KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

1. En. Syed Mohd Akmal bin WIRING:


Syed Mohd 1. En. Elmi Ikhwan B. Nasruddin
2. En. Gunalan A/L Rajahgobal 2. En.Muhammad Husaini bin Hamdan
3. En. Alias bin Ismail 3. Mohd Nazri B. Muhd Napis
DOKUMENTASI: ICT & PEMBESAR SUARA:
1. Cik Siti Aisyah binti Che Hassan 1. Pn. Ayu Hartini Bt. Arifen
2. En. Shahril Anuar

TUGAS-TUGAS KHAS: DOKUMENTASI:


1.Cik Norehan Bt. Ahmad 1. Cik Siti Aisyah binti Che Hassan
Jalaluddin

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN

AKTIVITI JAWATANKUASA
PELAKSANA
5.1 Membuat kertas kerja dan mendapatkan Ajk Dokumentasi
kelulusan.

5.2 Membeli serta mengecat Bilik Mesyuarat Ajk Cat

5.3 Memastikan kelengkapan ICT dan Ajk ICT & Siaraya


pembesar suara berada dalam keadaan baik

5.4 Menguruskan pembelian dan pemasangan Ajk Tatarias Pencahayaan


lampu & kipas & Wiring

5.5 Memastikan Bilik Gerakan di dalam Semua Ajk


keadaan teratur

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Jun- Julai 2022

7.0 IMPLIKASI
7.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.
Anggaran Kos Menaik taraf dan Membaik Pulih Kemudahan Bilik Gerakan
SK Sungai Rokam 2022 Fasa 1
KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

Bil. Item/Perkara Anggaran Kos ( RM)


1. Lampu LED RM 500.00
2. Cat RM 413.00
3. Kipas RM 500.00
4. Wiring RM 537.00
Jumlah RM 1950.00

8.0 PERTIMBANGAN
8.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak
pengurusan aga dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua
aktiviti membaik pulih dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang
telah ditetapkan.

8.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua aktiviti yang telah


dirancangkan dapat dilaksanakan dan Bilik Gerakan SK Sungai Rokam
menjadi lebih berprestij.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh: Disokong oleh:

(Cik Siti Aisyah binti Che Hassan) (Pn. Norhaida binti


Noorsam)
Penyelaras Jawatankuasa Bilik Gerakan Penolong Kanan HEM
SK Sungai Rokam SK Sungai Rokam

Diluluskan oleh:
KERTAS KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN BILIK GERAKAN SK SUNGAI 202
ROKAM FASA 1 2

(En. Mat Yusri bin Md Saad)


Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Rokam

You might also like