You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DR SULAIMAN

73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


NBA5053

MINIT MESYUARAT PENGELOLAAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA DAN


BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAERAH TAMPIN BIL 1/2019

Tarikh : 12 Mac 2019 (Selasa)


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKDS
Pengerusi : Hj. Mohd Hanafi bin Hj. Deris

Kehadiran :
1. Hj. Mohd Hanafi bin Hj. Deris Guru Besar SKDS
2. En. Mohd Solihin bin Abdullah Penyelia Kokurikulum PPD Tampin
3. En. Zainal Abidin bin Umar GPK Kurikulum SKDS
4. Hjh. Noor Paridah binti Abdul Hamid GPK Kokurikulum SKDS
5. En. Mohd Ashraff bin Musa Setiausaha Kokurikulum SKDS
6. En. Mohd Shafizan bin Omar PT Bicara Berirama (SKBR)
7. Pn. Rohasima binti Ramli PT Bercerita (SK Jelai 1)
8. Pn. Norizan binti Hashim SK Dr Sulaiman
9. Pn. Zainuri binti Johari SK Dr Sulaiman
10. Pn. Noor Faizah binti Othman SK Dr Sulaiman
11. Pn. Naterah binti Serat SK Tengku Zainun
12. Pn. Hasliyati Hasan SK Tengku Zainun
13. Pn. Rosnah binti Dahor SK Tengku Zainun
14. Pn. Aidah binti Ali SK Tunku Besar
15. Pn. Salihin binti Narawi SK Tunku Syed Syaaban
16. Pn. Norfadhilah binti Ayub SK Rokan
17. Pn. Lacksumiy Murthy SK Sungai Jerneh
18. Pn. Roshaya binti Ramli SK Datuk Abdullah
19. Pn. Zalilawati binti Zakaria SK Gedok
20. En. Mohd Hairi bin Mansor SK Bukit Jalor
21. En. Mohd Afiqq Waqqiyudeen bin Kamaruzzaman SK Air Kuning Selatan
22. Pn. Mazira binti Musa SK Pasir Besar
23. Pn. Intan Delaila binti Mohd Nor SK Jelai 3
24. Pn. Zuriyati binti Yunfisar SK Sungai Kelamah
25. Pn. Norhana binti Sada@Sado SK Londah
26. Pn. Noraziah binti Abdul Aziz SK Kg Ladang
27. Pn. Saadah binti Mah Hassan SK Tuanku Abdul Rahman
28. Pn. Azian binti Maja SK Kem Syed Sirajuddin
29. En. Ahmad Muzani bin Muhamad Hisham SJKC Sin Min
30. Pn. Khoo Chen Chi SJKC Kg Baru Gedok
31. Pn. Chin Carmen SJKC Kuo Min
32. Pn. Loh Min Cek SJKC Air Kuning Selatan
33. Pn. Gan Kuan Ching SJKC Kg Baru Tampin
34. Pn. Alice Quek SJKC Chung Hua
35. Pn. S. Thanaletchumi SJKT Air Kuning Selatan
36. Pn. S. Lechemi SJKT Ladang Sungai Kelamah
37. Pn. M. Saraswathy SJKT Gemas

1
38. Pn. N. Renuga SJKT Ladang Bukit Keledek
39. Pn. Geetha Ananda Rajah SJKT Tampin
40. En. Kamis bin Amat SJKT Ladang Regent

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI: HJ. MOHD HANAFI BIN HJ. DERIS


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua guru yang dapat
hadir pada Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan Bicara Berirama dan Bercerita
Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tampin Tahun 2019.
1.2 Pengerusi berharap bakat murid-murid dapat diketengahkan dalam pertandingan
ini.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN WAKIL PPD TAMPIN: EN. MOHD SOLIHIN BIN ABDULLAH
2.1 Beliau menyampaikan salam takzim daripada Ketua PPD Tampin.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat ini untuk membincangkan penyelarasan
pertandingan dan pertandingan ini ditunda kepada 23 April 2019 bertempat di SK
Dr Sulaiman.
2.3 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM25 untuk 1 pasukan (bicara berirama) dan
RM15 untuk seorang peserta (bercerita Tahap 1 dan 2).
2.4 Untuk kategori bercerita Tahap 1 dan 2, hadiah tempat pertama hingga tempat
ketiga dan saguhati untuk tempat keempat hingga kesepuluh. Bagi bicara
berirama, hadiah tempat pertama hingga tempat ketiga sahaja.
2.5 Untuk sijil, semua hakim, semua peserta dan 15 sijil jawatankuasa pengelola
(SKDS) akan diberikan oleh PPD Tampin termasuk sijil QM Pertandingan
(SKDS).
2.6 Surat jemputan pertandingan akan diemel melalui 1Govuc dan surat jemputan
untuk guru besar – guru besar akan diuruskan oleh PPD Tampin.
2.7 PPD Tampin menyampaikan beberapa saranan:-
2.7.1 Perasmian penutup dilakukan secara dalaman.
2.7.2 Kekemasan pakaian murid ketika pertandingan.
2.7.3 Guru pengiring perlu memastikan kereta mempunyai insurans kenderaan
yang sah dan melindungi para penumpang iaitu pelajar.
2.7.4 Makanan peserta di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
2.7.5 Laporan pertandingan perlu dihantar selewatnya 14 hari selepas
pertandingan.
2.7.6 Tentatif Pertandingan
0800 – 0830 Pendaftaran
0830 – 0900 Taklimat
0900 – 1100 Sesi Pertandingan
1200 Majlis Penutup

Tindakan : Makluman

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

2
4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

5.0 TAKLIMAT PT BICARA BERIRAMA (EN. MOHD SHAFIZAN BIN OMAR)


5.1 Beliau membentangkan kertas konsep pertandingan pada tahun ini.
5.2 Borang penyertaan dan skrip hendaklah diserahkan pada pagi pendaftaran.

Tindakan: AJK Pengelola dan Guru Pengiring

6.0 TAKLIMAT PT BERCERITA (PN. ROHASIMA BINTI RAMLI)


6.1 Beliau mengingatkan untuk peserta Bercerita Tahap 1 mestilah dalam kalangan
murid-murid Tahun 3.
6.2 Bagi peserta Tahap 2, tidak boleh menggunakan cerita haiwan.
6.3 Borang penyertaan hendaklah diserahkan pada pagi pendaftaran.

Tindakan: AJK Pengelola dan Guru Pengiring

7.0 HAL-HAL LAIN


Tiada

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh
Jawatankuasa Unit Kokurikulum
SK Dr Sulaiman, Tampin

You might also like