You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

BENGKEL KERJA PENGURUSAN DAN PEMANTAPAN


PERANAN RAKAN ELIT PROGRAM TS25 DAERAH
PERAK TENGAH TAHUN 2022

TARIKH : 12 HINGGA 13 MEI 2022


MASA : 7.30 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
TEMPAT : PPD LARUT MATANG DAN SELAMA

ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
1.0 ) PENDAHULUAN
Program ini memberikan tumpuan kepada peningkatan kecekapan dan
kompetensi pegawai sektor pembelajaran dan pengurusan sekolah. Kedua-dua
sektor ini memerlukan jaringan kepakaran yang inklusif terutamanya melibatkan
Program Transformasi Sekolah 2025 yang mana rakan elit memainkan peranan
yang sangat penting dalam membawa objektif program ini berada di landasan
yang betul.

2.0 ) OBJEKTIF KUALITI

Pihak penganjur iaitu PPD Perak Tengah meletakkan beberapa objektif yang hendak
dicapai melalui program ini seperti berikut:

2.1 Meningkatkan tahap profesionalisme dan mutu kerja peserta.


2.2 Memberikan nilai tambah daripada aspek sumber ilmu dan maklumat
kepada peserta terutama mengenai aspek sokongan dan bimbingan rakan
elit serta bidang tugas yang lain.
2.3 Menguatkan ikatan kebersamaan dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab di bawah satu bumbung sama
2.4 Meningkatkan motivasi dan membugarkan emosi peserta agar sentiasa
bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.

3.0 ) KPI (INDIKATOR)


Setiap peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka miliki
dan perlu ada perancangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. KPI yang utama
ialah peserta dapat meningkatkan motivasi dalam diri dalam pelaksanaan tugas
masing-masing.

4.0 ) IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PENDAPATAN/SUMBANGAN PERBELANJAAN

1 TUNTUTAN PERJALANAN RM 0.85 X 198 km X 12


= RM 2019.6

2 TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL PEGAWAI GRED 48-52


RM 216 X 11 =
RM 2420
PEGAWAI GRED 44
RM 216 X 1 = 220

JUMLAH RM 4611.00

5.0 ) JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Noor
Pegawai Pendidikan Daerah

Timb. Pengerusi : Tn Hj W. Azizi bin Abdul Rahman


Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi 1 : En Mohamad Khairi bin Mat Said


Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Setiausaha : En Mohamad Ikmal bin Abdul Rashid


Penyelaras TS25 Daerah Perak Tengah

Pen. Setiausaha : Pn Cik Tom bin Awang


SISC+ TVET

Bendahari : En Nor Hisham bin Ayub


SISC+ TVET

Jawatankuasa : Semua SIP+


: Semua SISC+
6.0 ) Strategi Pelaksanaan/Tentatif Program

TARIKH PERKARA CATATAN


(12.5.2022)
KHAMIS
Perjalanan ke MH Hotel,Ipoh
9.00 Pagi Taklimat Housekeeping Urus Setia

10.00 Pagi SLOT 1 Pn Cik Tom bin Awang


Penyelarasan Modul kepada En Khairul Nizam bin
setiap Rakan Elit Ahmad
En Mohamad Ikmal bin
Abdul Rashid
1.00 Petang Makan Tengahari/Solat Zohor
2.00 Petang SLOT 2 Tn Hj Wan Saiful Bahrin
Pemantapan Modul 1 dan 2 bin Wan Ayub
Program TS25 Tn Syed Azelan bin Abu
Hassan
En Azmi bin Harun
5.00 Petang Minum Petang/Solat Asar
8.30 Malam SLOT 3 En Khairul Nizam bin
Pemantapan Modul 3 dan 4 Ahmad
Program TS25 En Sharifuddin bin Ahmad
11.00 Malam Rehat dan Rawat
13 Mei 2022 PERKARA CATATAN
(JUMAAT)
8.30 Pagi SLOT 4 Pn Cik Tom bin Awang
Pemantapan Modul 5 dan 6 En Nor Hisham bin Ayub
Program TS25
10.30 Pagi Rehat dan Rawat
11.00 Pagi SLOT 5 En Meor Zaiyan bin
Pemantapan Modul 7,8,9 dan Ashaari
10 Program TS25 Pn Nur Asni Binti Alias
En Syamsul Ariffin Bin
Mohd Idris
12.30 Rumusan dan Penyelarasan Pn Cik Tom bin Awang
Tengahari Tugas En Khairul Nizam bin
Ahmad
En Mohamad Ikmal bin
Abdul Rashid
2.00 Petang Bersurai dan Perjalanan
Pulang

7.0 ) PELAN PENGURUSAN RISIKO


1. Setiap pegawai yang hadir diberikan surat bengkel kerja secara rasmi.
2. Setiap peserta yang hadir perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang
berada dalam bengkel kerja ini.
3. Setiap peserta yang hadir perlu lengkap vaksinasi 2 Dos supaya dapat
mengurangkan risiko jangkitan covid 19.
4. Setiap peserta perlu mengikuti kaedah tuntutan perjalanan dan elaun lain
mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan.

8.0) PENUTUP

Adalah diharapkan semua pihak dapat bekerjasama secara kolektif bagi memastikan
bengkel kerja ini berjaya dan mencapai objektifnya secara keseluruhan.

Disediakan Oleh

.........................................
MOHAMAD IKMAL B ABD RASHID
SETIAUSAHA
BENGKEL KERJA PENGURUSAN
PEMANTAPAN RAKAN ELIT
PROGRAM TS25

Disemak oleh Disahkan oleh

..................................... ...............................................................
W. AZIZI BIN ABDUL RAHMAN MOHD FATHILAH BIN MOHD NOOR
TIMBALAN PPD PENGURUSAN SEKOLAH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PPD PERAK TENGAH PPD PERAK TENGAH

You might also like