You are on page 1of 4

[No. Ruj.

700-8/2/1]

KERTAS CADANGAN
Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

YBrs. Tuan Guru Besar


SK Kg Dato’ Ibrahim Majid,
KM. 8, Jalan Benut,
86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor.

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah


bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di
sekolah merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang
memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah murid. Oleh itu, guru kaunseling
memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan di kalangan murid agar
dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah. Mereka yang
berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan dikenali
sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah.

Oleh itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan komunikasi agar dapat
berkomunikasi dengan berkesan dengan murid-murid lain di sekolah. Selain itu, mereka juga
perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan
sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna di kalangan murid.

3. OBJEKTIF PROGRAM

Objektif kursus ini adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan kemahiran ahli PRS dalam kemahiran lanjutan menolong, kemahiran


komunikasi lanjutan dan lain-lain.
2) Membimbing ahli PRS untuk terlatih dalam memainkan peranan yang positif dalam
membina perlakuan yang boleh diteladani.
3) Meningkatkan keupayaan ahli PRS dalam membantu kaunselor sekolah bagi
mengenalpasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

4. KUMPULAN SASAR

Semua Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).


5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH PROGRAM: 26 September 2022


MASA PROGRAM : 10.30 Pagi hingga 1.00 Tengahari
TEMPAT PROGRAM: Makmal Komputer, SKKDIM

STRATEGI PELAKSANAAN

Masa Aktiviti
10.30 pagi : Bacaan Doa
Ucapan & Kata Alu-aluan GPK HEM (Pn Hjh Maimunah Beham Binti
Abd Majid Khan)
11.00 pagi : Slot 1: Ceramah berkaitan Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya
(Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan)
11.30 pagi : Slot 2: Ice Breaking & LDK 1
(Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan)
12.00 tengahari : Slot 3: LDK 2
(Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan)
12.30 tengahari : Slot 4: Penyampaian Sijil & Penutup

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Mohamad Izzudin Bin Ikhsan (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn Hjh Maimunah Beham Binti Abd Majid Khan (GPK HEM)

Naib Pengerusi 1 : Pn Norizah Binti Abd Aziz (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En Kamarulzaman Bin Hamid (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan

Setiausaha : Pn Azizah Binti Yunus

Bendahari : Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan


7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber kewangan
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKKDIM

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci.

1. Penyediaan Alatan
Bil Alatan Kuantiti Jumlah
1. Sijil 30 30 x RM 1.00 = RM 30.00
Jumlah Keseluruhan RM 30.00

Jumlah Keseluruhan = RM 30.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. ………………………………………….
Cik Nur Azlin Binti Muzalan @ Mazlan (Pn Hjh Maimunah Beham Binti Abd
[Guru Bimbingan dan Kaunseling] Majid Khan)
[Sk Kg Dato’ Ibrahim Majid] [Guru Penolong Kanan HEM]
Tarikh:19 September 2022 [Sk Kg Dato’ Ibrahim Majid]
Tarikh: 19 September 2022
[No. Ruj. 700-8/2/1]

KERTAS CADANGAN [NAMA PROGRAM / AKTIVITI]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

(En Mohamad Izzudin Bin Ikhsan)


[Guru Besar]
[Sk Kg Dato’ Ibrahim Majid]
Tarikh: 19 September 2022

You might also like