You are on page 1of 7

 

  BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 3 SESI 1/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/KURSUS DBF 3133 - SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

03 STRATEGI ORGANISASI, SISTEM MAKLUMAT DAN


KOMPETENSI
KELEBIHAN KOMPETITIF (C3)

3.1 STRATEGI ORGANISASI


3.2 FIVE FORCES MODEL
KOMPETENSI UNIT 3.3 STRATEGI PERSAINGAN
3.4 RANTAIAN NILAI
3.5 KELEBIHAN PERSAINGAN

Pelajar harus dapat:


1. Mengaplikasikan konsep sistem maklumat pengurusan
dalam situasi yang diberi secara bertulis. (C3, PLO1)
2. Melaksanakan penggunaan internet dan teknologi maklumat
lain untuk menyokong sistem maklumat media social secara
KOMPETENSI
PEMBELAJARAN berkumpulan. (A3, PLO5)
3. Mencadangkan pemyelesaian berkaitan dengan masalah
sistem maklumat pengurusan dalam organisasi perniagaan.
(A2, PLO6)

DBF3133/K 03/NK
NO KOD
03-09
MUKA: 01 DARIPADA 7
NO KOD JPK TIADA

1
PERKARA YANG MEMPENGARUHI STRUKTUR INDUSTRI

Strategi organisasi bermula dengan ciri-ciri asas dan struktur dalam sesebuah
organisasi. Satu model telah digunakan untuk menilai stuktur sesebuah organisasi
melalui Model Lima Tekanan Porter. Melalui model ini, lima tekanan kompetitif
dikenalpasti dapat mempengaruhi keuntungan industri iaitu kuasa pelanggan,
ancaman barang ganti, kuasa pembekal, ancaman pasaran baru, dan persaingan
antara firma yang sedia ada. Perkaitan diantara lima tekanan ini akan
mempengaruhi ciri-ciri sesebuah industri, kadar keuntungan dan berapa keuntungan
yang akan diperolehi.

Struktur Strategi Proses Sistem


Rantai Nilai
Industri Kompetitif Perniagaan Maklumat
Jadual 1: Strategi Organisasi mempengaruhi Sistem Maklumat

Model Lima Tekanan Porter

KUASA
PELANGGAN

ANCAMAN
PERSAINGAN BARANG
LIMA GANTI
TEKANAN
DALAM
INDUSTRI

ANCAMAN
KUASA
PASARAN
PEMBEKAL
BARU

Tekanan Contoh Syarikat Kekuatan Tindak balas Syarikat

2
Keselamatan Falcon Tekanan Keselamatan Falcon
Satu organisasi besar
Rendahkan harga atau
memerlukan lebih
Kuasa Pelanggan Kuat mempelbagaikan ke
perkhidmatan pada harga
dalam pasaran lain
yang rendah
Menawarkan pelbagai
Ancaman Barang Menukar dron kepada
Sederhana perkhidmatan
Ganti kamera tanpa wayar
berasaskan kamera
Pembekal meningkatkan
Kuasa Pembekal Lemah Membuat dron sendiri
kos dron yang dijual
Syarikat Amazon mula
Menawarkan pelbagai
Ancaman Pasaran menawarkan penghantaran
Sederhana perkhidmatan dan
Baru bungkusan dan meninjau
memasuki pasaran lain
melalui dron
Menawarkan tambahan
Satu syarikat dron yang
ciri-ciri dron seperti
Persaingan baru meluaskan operasi Lemah
video secara langsung
dalam negeri
kepada pelanggan

Jadual 2: Contoh Strategi Organisasi berdasarkan Model Lima Tekanan Porter

STRATEGI SISTEM MAKLUMAT (MODEL STRATEGI KOMPETITIF)


Sebuah organisasi memberi tindak balas terhadap struktur industrinya dengan
memilih strategi kompetitif. Michael Porter turut menyenaraikan empat asas strategi
kompetitif. Sebuah organisasi dapat menjadi Ketua Kos dan menyediakan produk
dengan harga yang terendah atau fokus dalam menambahkan nilai terhadap produk
ataupun perkhidmatan untuk membezakan mereka daripada sebarang persaingan.
Organisasi juga boleh menggunakan kos atau membezakan strategi merentasi
industri ataupun membuat strategi ke dalam segmen industri tertentu. Maka, disini
disenaraikan empat strategi kompetitif menurut Michael Porter.

Kos Pembezaan

Produk/
Kos terendah di dalam
Luas Industri perkhidmatan terbaik Jadual 3: Model
industri
di dalam industri
Strategi
Produk/
Kompetitif
Fokus Kos terendah di dalam perkhidmatan terbaik
segmen industri di dalam segmen
industri
STRATEGI

SISTEM MAKLUMAT (MODEL RANTAI NILAI)

3
Rantai nilai merupakan sebuah rangkaian kegiatan dalam operasi perusahaan
industri yang spesifik iaitu sesuatu produk akan melalui semua rantai kegiatan
dengan menilai keuntungan setiap aktiviti yang dijalankan. Rantai nilai ini
mempunyai dua kategori aktiviti iaitu kegiatan utama (primary activities) dan
kegiatan sokongan (support activities).
Rantai nilai bagi kegiatan utama merangkumi 3 aktiviti iaitu:
a) Logistik – Ia adalah aktiviti yang berhubung dengan penerimaan dan penyimpanan
bahan untuk proses pengedaran kepada pengguna.
b) Operasi – Ia merupakan aktiviti yang berkaitan dengan pengolahan input kepada
output.
c) Jualan dan Pemasaran – Aktiviti ini melibatkan usaha organisasi untuk menjual dan
mempromosikan produk kepada pelanggan bagi meningkatkan pembelian produk
tersebut.

Rantai nilai bagi kegiatan sokongan adalah seperti:


a) Infrastruktur – Terdiri daripada bahagian-bahagian iaitu pentadbiran dan
pengurusan bagi membantu organisasi berjalan dengan lancar.
b) Pengurusan Sumber Manusia – Meliputi pengurusan rekrut, latihan dan gaji
khususnya kepada kakitangan organisasi.
c) Teknologi – Ia merupakan aktiviti pembangunan peralatan dan prosedur dalam
proses mentransformasikan produk daripada input kepada output.
d) Perolehan – Ia adalah aktiviti yang berkaitan dengan proses memperolehi sumber
input.

Aktiviti Penggunaan Model Rantai Nilai


1) Logistik Dalam (Inbound Logistic)
Aktiviti logistik dalam adalah melibatkan pembelian, penyimpanan dan peralihan
produk mentah atau sumber yang dibekalkan oleh pembekal kepada perniagaan.
Perniagaan akan membuat pesanan barangan produk mentah seperti kain pasang,
manik dan sebagainya dengan menggunakan sistem web-based iaitu aplikasi
perhubungan antara pengurus perniagaan dengan semua pembekal secara
langsung. Ini akan memastikan kualiti produk dalam keadaan baik sebelum proses
operasi dijalankan dan mendapat stok produk mengikut kuantiti yang dipesan
melalui pangkalan data sistem.
2) Operasi

4
Bagi aktiviti operasi perniagaan, ia melibatkan peringkat pengolahan produk mentah
yang disediakan oleh logistik sehingga kepada pengeluaran produk akhir. Aktiviti ini
termasuklah pembungkusan dan pemasangan barangan perniagaan contohnya
barangan jahitan siap-pakai sebelum diedarkan dan dipasarkan kepada pelanggan.
Perniagaan akan membuat penelitian dan inventori terhadap produk yang
dikeluarkan bagi memastikan permintaan pasaran adalah mencapai sasaran dan
mampu mengelakkan penawaran yang kurang atau lebih daripada perancangan
operasi. Perniagaan akan mengaplikasikan teknologi Ubiquitous iaitu data-data
barangan produk direkod dan disimpan dalam pangkalan data utama. Apabila aktiviti
keluar-masuk barangan tersebut, ia akan diimbas bagi tujuan pengiraan baki
inventori dan membolehkan pengurus membuat anggaran stok serta analisis jualan.

3) Logistik Luar (Outbound Logistic)


Proses seperti pengumpulan dan pengedaran barangan produk akhir kepada
pelanggan dalam pasaran adalah dipanggil sebagai logistik luar. Peringkat ini akan
menumpukan aktiviti mengedar barangan siap kepada saluran pengedaran yang
terpilih seperti ejen penjual dan outlet-outlet di pasaran mengikut permintaan
pelanggan dan kedudukan produk. Dengan sokongan rangkaian jalur lebar,
pelanggan mampu memesan barangan dengan menggunakan sistem Ubiquitous
dalam perisian telefon mudah alih, notebook, dan iPad melalui laman web
perniagaan yang telah disediakan lebih awal.

4) Jualan dan Pemasaran


Perniagaan menggunakan aktiviti jualan dan pemasaran seperti pengiklanan,
promosi, peletakan harga, memilih jaringan pengedaran produk dan mengurus
hubungan perniagaan dengan pelanggan bagi memastikan jualan barangan
mencapai target. Perniagaan akan menggunakan media sosial iaitu Blog, Facebook,
Instagram, risalah dan majalah selain sistem ubiquitous dalam proses jualan dan
pemasaran. Dengan adanya teknologi tersebut, ia dapat memudahkan pelanggan
untuk melihat dan meneliti butiran barangan secara terperinci. Selain pelanggan
akan mendapat ”push notification” daripada aplikasi perniagaan mengenai promosi
hebat dan barangan baru. Pengurus juga mampu menyemak komen dan membalas
pertanyaan pelanggan secara terus melalui gajet-gajet mudah alih. Selain itu juga,
perniagaan akan menggunakan konsep dropship iaitu melantik ejen yang dilatih bagi
5
memasarkan barangan tersebut kepada jaringan hubungan perniagaan yang lain
dengan hanya mendaftar secara online. Konsep ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan kos perbelanjaan promosi dan banyak menguntungkan daripada
kuantiti jualan.

5) Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan adalah bertujuan untuk mengekalkan nilai produk
selepas dikeluarkan atau dipasarkan. Ia termasuklah aktiviti khidmat pembaikan,
latihan, penyelenggaraan, jaminan dan khidmat selepas jual. Contohnya seperti
bahagian Khidmat Pelanggan akan melayan pertanyaan pelanggan mengenai
barangan produk dengan cekap dalam tempoh masa 24 jam, menyediakan kaedah
pembayaran menggunakan sistem “shopping cart” yang canggih bagi memudahkan
pelanggan membuat bayaran secara online. Selain itu, Selain itu penyediaan polisi
jaminan terhadap barangan iaitu pelanggan boleh mengembalikan item yang telah
dibeli sekiranya terdapat kerosakan atau ketidaksesuaian pilihan pembeli.

6) Perolehan
Dari segi perolehan perniagaan, pengurus akan melakukan aktiviti pembelian
barangan produk mentah yang diperlukan seperti kain fabrik daripada pembekal-
pembekal luar seperti negara Thailand, India, Indonesia dan China bagi
mendapatkan corak fabrik yang menarik, berkualiti tinggi dan yang mempunyai
permintaan tinggi dipasaran.

7) Pengurusan Sumber Manusia


Perniagaan akan memastikan setiap bahagian mencukupi tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi dalam mengendalikan kerja-kerja pengurusan. Semasa
mengrekrut pekerja, pihak pengurusan sumber manusia akan memastikan pekerja
tersebut berkelayakan dalam bidang yang dipohon contohnya tukang jahit yang
mahir menjahit dan menyulam manik dengan menggunakan mesin sulaman pada
kain fabrik sebelum diambil untuk bekerja. Selain itu, pengurusan sumber manusia
juga akan menyediakan pelbagai latihan komprehensif kepada pekerja-pekerja bagi
mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan serta
mengekalkan integriti dalam organisasi.
8) Teknologi
6
Dari segi perkembangan teknologi, hampir semua aktiviti operasi akan
mengaplikasikan teknologi canggih terutamanya bahagian jualan dan pemasaran
yang menggunakan transaksi perniagaan-ke-pelanggan (B2C) dan pengguna-ke-
pengguna (C2C) dengan hanya dilaksanakan secara elektronik mudah alih. Selain
portal web yang memainkan peranan sebagai e-perniagaan, perniagaan juga akan
menambah satu sudut yang menarik iaitu sesi latihan secara virtual pada laman web
perniagaan bagi tujuan memberi tip-tip untuk berfesyen berdasarkan aksesori dan
pakaian yang terdapat di gudang.

9) Infrastruktur
Perniagaan akan menyediakan infrastruktur seperti membekalkan penggunaan ICT
(Information and Communication Technology) kepada semua bahagian organisasi
bagi memudahkan pengurus-pengurus mendapat maklumat dengan cepat mengenai
perkembangan perniagaan dan pesaing-pesaing yang ada. Disamping kepantasan
sistem ICT, perniagaan akan memasang sistem keselamatan iaitu membuat sekatan
terhadap capaian daripada internet untuk semua transaksi elektronik yang
digunakan dalam organisasi. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan dokumen
dalam pangkalan data, maklumat kewangan dan juga strategi perancangan
perniagaan agar tidak disalahguna oleh pihak lain.

You might also like