You are on page 1of 21

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

BAB 3

SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2/2021

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF 4113 – PENGURUSAN OPERASI

TOPIK 3.0 STRATEGI LOKASI

2.1 PENGENALAN KEPADA STRATEGI LOKASI

2.2 KEPENTINGAN STRATEGI LOKASI DALAM


OPERASI
SUB-TOPIK FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
2.3
PEMILIHAN LOKASI
2.4 KAEDAH MENILAI ALTERNATIF LOKASI

2.5 STRATEGI LOKASI BAGI ORGANISASI


PERKHIDMATAN

Membincangkan konsep pengurusan operasi dalam (C2,


CLO1
perniagaan PLO1)

Menggunakan strategi pengurusan operasi yang


(C3,
CLO2 relevan bagi menambahbaik pengurusan operasi PLO3)
HASIL sesebuah perniagaan
PEMBELAJARAN
Membentangkan strategi pengurusan operasi bagi (A2,
KURSUS CLO3
sesebuah entiti perniagaan. PLO4)
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

ISI KANDUNGAN

BAB 3 STRATEGI LOKASI (LOCATION STRATEGIES) 3

3.1 PENGENALAN KEPADA STRATEGI LOKASI (INTRODUCTION of LOCATION STRATEGY ) 3

3.2 KEPENTINGAN STRATEGI LOKASI DALAM OPERASI (STRATEGY IMPORTANCE of LOCATION


DESICIONS) 4

3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI (FACTOR AFFECTING LOCATION


DESICION) 5
3.3.1 Analisis Pulang Modal (Break-Even Analysis) 5
3.3.2 Teknik Pengkadaran Faktor (Factor Rating Technique) 10
3.3.3 Teknik Pusat Graviti (Centre of Gravity Technique) 14

3.4 STRATEGI LOKASI BAGI ORGANISASI PERKHIDMATAN (SERVICE LOCATION STRATEGY) 16

RUMUSAN 18

GLOSARI 18

ULANG KAJI 18

LATIHAN 19

RUJUKAN 21

2
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

BAB 3 STRATEGI LOKASI (LOCATION STRATEGIES)

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

a) Mengenal pasti kepentingan strategi lokasi dalam operasi


b) Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi
c) Memahami kaedah-kaedah penilaian alternatif lokasi iaitu
- Analisis Pulang Modal (Break Even Analysis),
- Konsep Teknik Pengkadaran Faktor (Factor Rating Technique Concept)
- Konsep Teknik Pusat Graviti (Centre of Gravity Technique Concept)
d) Menjelaskan strategi lokasi bagi organisasi perkhidmatan

3.1 PENGENALAN KEPADA STRATEGI LOKASI (INTRODUCTION of LOCATION


STRATEGY)

Kedai kopitiam ‘Old Town White Coffee’ mempunyai banyak cawangan hampir di mana-mana sahaja
dalam Malaysia. Negeri Johor sahaja, terdapat 24 buah cawangan di kawasan tumpuan pelanggan seperti
pusat membeli-belah dan kawasan penginapan para pelajar. Kenapa syarikat ini membuka begitu banyak
cawangan di seluruh Malaysia? Ia merupakan salah strategi yang diguna pakai oleh pihak ‘Old Town White
Coffee’ untuk meningkatkan kadar pertumbuhan, pendapatan dan keuntungannya. Contoh lain, Speedmart
dan 7-eleven.

Lokasi merupakan salah satu pemilihan paling penting yang perlu dilakukan oleh pengurus operasi. Ia
melibatkan penentuan suatu tempat untuk membina dan seterusnya mengendalikan sesebuah perniagaan.

Strategi lokasi yang terbaik dapat bantu mempercepatkan pertumbuhan sesebuah organisasi. Perlukah
sesebuah kilang atau fasiliti perkhidmatan ditentukan kedudukannya? Dalam bab ini, kita akan
membincangkan kenapa lokasi memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi, apakah faktor-faktor
yang dipertimbangkan ketika menentukan lokasi yang terbaik, dan bagaimanakah lokasi dinilai
menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Selain itu, bab ini memfokuskan strategi lokasi bagi organisasi
perkhidmatan.

3.2 KEPENTINGAN STRATEGI LOKASI DALAM OPERASI (STRATEGY IMPORTANCE of


LOCATION DESICIONS)
Terdapat lima sebab kenapa penentuan lokasi adalah penting bagi sesebuah organisasi :

a) Lokasi mempengaruhi kos tetap dan kos berubah bagi sesebuah organisasi
b) Lokasi juga memberi impak terhadap keseluruhan risiko dan keuntungan
c) Satu lokasi baharu diperlukan sekiranya terdapat permintaan yang menjangkaui keupayaan
pengeluaran semasa
d) Perubahan yang berlaku terhadap produktiviti, kadar pertukaran, kos atau sikap komuniti
e) Ada anjakan dalam demografik dan permintaan pelanggan

3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI (FACTOR


AFFECTING LOCATION DESICION)

3
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Oleh kerana lokasi menjadi pemilihan terpenting yang perlu dibuat, pengurus operasi perlu menilai
faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ketika menentukan lokasi yang terbaik. Beberapa langkah-langkah
pemilihan lokasi perlu dilakukan seperti di bawah:

a) Penentuan Negara (National Desicion)


Pemilihan negara ialah penentuan negara yang mana sesebuah organisasi mahu beroperasi.
Tindakan ini boleh dilakukan sama ada di dalam atau luar negara tersebut.

b) Penentuan Kawasan atau Komuniti (Regional or Community Desicion)


Setelah sesebuah negara ditentukan, langkah pemilihan berikutnya ialah fokus terhadap
kawasan dalam negara pilihan dan komuniti di dalamnya. Pemilihan lokasi pengoperasian
dalam negerinya dan melihat keadaan/sikap komunitinya.

c) Penentuan Tapak (Site Desicion)


Seterusnya pemilihan tapak di dalam sesebuah komuniti. Pihak syarikat perlu
mempertimbangkan sebanyak mungkin faktor-faktor seperti, saiz dan kos tapak, kemudahan
yang ada, perundangan tempatan dan lain-lain sebelum menentukan tapak yang sesuai. Faktor-
faktor ini dijelaskan lebih lanjut seperti di bawah:

 Kehampiran dengan pasaran atau pelanggan (Proximity to market or


customer)
Sesebuah perniagaan yang berhampiran dengan pelanggan adalah paling
dikehendaki, terutamanya melibatkan organisasi berasaskan-perkhidmatan.
Pelanggan boleh membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan dengan mudah.
Kelebihan kehampiran ini dapat memastikan keperluan pengguna diasimilasikan
dalam produk yang masih dibangunkan atau yang telah dibina.

Kehampiran dengan pembekal (Proximity to supplier)


Sekiranya berdekatan dengan pihak pembekal, bermaksud organisasi berhampiran
dengan bahan mentah. Organisasi mahu berdekatan dengan sumber bahan untuk
memudahkan proses pengeluaran, dan ia dapat mengurangkan kos pengeluaran
iaitu kos pengangkutan pada masa yang sama. Jika sesuatu lokasi mempunyai
pembekal yang berkualiti-tinggi dan kompetitif, maka lokasi itu merupakan lokasi
yang sesuai.

Kehampiran dengan pesaing (Proximity to competitors)


Memang mengejutkan tetapi banyak organisasi lebih suka berada hampir dengan para
pesaingnya. Sebabnya ialah ada banyak sumber-sumber utama seperti tenaga kerja,
bahan, infrastruktur dan maklumat yang ada dalam kawasan tersebut. Berdekatan
dengan pesaing juga dapat meningkatkan kebarangkalian mendapat lebih banyak
bakal pelanggan.

Bekalan tenaga kerja (Labour supply)


Organisasi yang memerlukan ramai tenaga kerja perlu memilih lokasi yang ada bakal
pekerja yang ramai terutamanya pekerja berkemahiran. Tujuannya adalah untuk
mengurangkan kos pengambilan dan latihan pekerja baharu. Ketersediaan tenaga
kerja yang tinggi dapat mengurangkan kos pengambilan kerja kerana kos
pencarian pekerja baharu (iaitu kos pengangkutan dan temu duga). Ketersediaan
tenaga kerja berkemahiran di kawasan tertentu juga dapat mengurangkan kos

4
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

latihan, kerana bakal pekerja tersebut sudah memiliki kemahiran yang


diperlukan. Maka, latihan dapat diminimumkan atau tidak diperlukan.

Ketersediaan kemudahan (Availability of facilities)


Kemudahan seperti telekomunikasi dan pengangkutan adalah mustahak ketika
memilih lokasi. Fasiliti-fasiliti seperti jaringan Internet, telefon, faksimili, dapat
membantu pihak organisasi kekal berhubung dengan pembekal, pelanggan dan
juga pihak kerajaan. Kebolehcapaian terhadap mod pengangkutan udara, darat
dan air membolehkan mereka mengangkut, menghantar dan mengedar bahan dan
produk siap dengan mudah.

Insentif-insentif Kerajaan
Insentif seperti subsidi dan pengurangan cukai, telah disediakan oleh pihak kerajaan
di tempat-tempat tertentu. Tujuannya adalah untuk menarik syarikat-syarikat
melabur dan membangunkan operasi mereka di lokasi tersebut. Organisasi yang
mahu menikmati insentif-insentif ini akan memilih lokasi-lokasi yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan.

3.3 KAEDAH MENILAI ALTERNATIF LOKASI (METHODS of EVALUATING LOCATION


ALTERNATIVES)

Terdapat tiga kaedah yang boleh diguna pakai oleh pihak organisasi untuk menilai alternatif-
alternatif lokasi iaitu:

3.3.1 Analisis Pulang-Modal (Break-Even Analysis)

Analisis pulang modal ialah satu bentuk analisis yang memfokuskan pada kos dan hasil
pendapatan. Pada takat pulang modal (break-even point, BEP), sesebuah syarikat tidak mendapat apa-
apa keuntungan mahupun kerugian (keuntungan sifar). Pendek kata, pada kedudukan BEP, jumlah kos
dan jumlah hasil pendapatan adalah sama. Lebih pantas sesebuah organisasi mencapai takat ini, adalah
lebih baik kerana ia menunjukkan syarikat boleh memperolehi keuntungan dengan lebih pantas.

Dengan menggunakan analisis pulang-modal ketika memilih lokasi yang terbaik, tiga jenis kos perlu
diketahui terlebih dahulu iaitu:

 Kos Tetap (Fixed Cost, FC)


 Kos Berubah (Variable Cost, VC)
 Harga Jualan (Selling Price, SP)

Objektif analisis pulang-modal ialah untuk menentukan kuantiti pengeluaran yang perlu dihasilkan
supaya, syarikat dapat mencapai takat pulang-modal. Melalui pengiraan takat pulang-modal atau BEP,
pihak organisasi dapat mengetahui pada kedudukan manakah ia mula menikmati keuntungan.

BEP boleh dikira dengan formula berikut:

KosTetap(FC )
TakatPulang−Modal(BEP)=
HargaJualan(SP)−KosBeruba h perunit (VC )

5
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

* Harga Jualan – Kos Berubah per Unit = Margin Caruman (Contribution Margin)

Dengan menggunakan analisis BEP, keuntungan syarikat boleh dikira. Formulanya ialah

Keuntungan=Jumla h HasilPendapatan(TotalRevenue , TR)−Jumla h Kos (TotalCost , TC)


= (HargaJualan × Kuantiti)−(KosTetap+Jumla h KosBeruba h)

Kebiasaannya, BEP dikira dalam bentuk “unit”. Namun begitu, ada situasi nilai matawang seperti Ringgit
Malaysia (RM) digunakan. Untuk mengira BEP dalam unit RM :

BEP( RinggitMalaysia )=BEP (Unit) × HargaJualan

Contoh 3-1 di bawah menjelaskan pengiraan BEP

Contoh 3-1
Padang Rengas Indah Sdn. Bhd. mahu membuka satu fasiliti baharu untuk menghasilkan beberapa
produk baharunya. Pihak syarikat telah menemui tiga alternatif dengan struktur kos seperti berikut:

Kos Berubah
Kos Tetap
Lokasi per Unit
(RM)
(RM)
Taiping 4800 8
Kuala 7500 5
Kangsar
Ipoh 6300 6

Sekiranya syarikat mahu menjual produk tersebut pada harga RM20.00 per unit, lokasi yang manakah
perlu dipilih berdasarkan analisis takat pulang-modal?

Penyelesaian

4800
BEPTaiping= =400 unit
20−8

7500
BEPKualaKangsar= =500 unit
20−5

6300
BEPIpoh= =450 unit
20−6

Pemilihan : Syarikat patut memilihan Taiping kerana ia mempunyai nilai BEP yang paling rendah.
Oleh itu lokasi ini boleh menjana keuntungan lebih pantas berbanding lokasi yang lain.

Oleh kerana takat pulang-modal dapat menunjukkan kedudukan untung atau rugi, keuntungan ketiga-
tiga lokasi adalah seperti berikut:

Keuntungan=Jumla h HasilPendapatan(TR)−Jumla h Kos(TC )


=(HargaJualan × Kuantiti)−( KosTetap+Jumla h KosBeru ba h)

6
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

KeuntunganTaiping=(20 × 400)−[4800+(8× 400)]= 0

KeuntunganKualaKangsar=(20 ×500)−[7500+(5 ×500)]= 0

KeuntunganIpo h=( 20× 450)−[6300+(6 × 450)]= 0

Satu lagi penilaian dalam analisis pulang-modal ialah Analisis Jumlah Kos (Total Cost Analysis).
Analisis ini memfokuskan pada jumlah kos yang dihasilkan terhadap pemilihan sesebuah lokasi. Satu
graf yang menunjukkan lekuk jumlah kos dilukis untuk menentukan lokasi yang terbaik. Berdasarkan
jenis analisis ini, satu konsep dikenali sebagai setara (indifferent) telah diperkenalkan. Indifferent
ialah satu situasi yang mana ada dua lokasi berbeza memiliki jumlah kos yang sama dengan unit
pengeluaran yang serupa.

Berdasarkan pada analisis jumlah kos, satu lokasi dengan jumlah kos paling rendah merupakan lokasi
yang terbaik. Ada lima langkah yang perlu diikuti jika mahu menggunakan analisis jumlah kos:

Langkah 1 : Cipta satu persamaan Jumlah Kos untuk setiap lokasi.


Langkah 2 : Padankan lokasi dengan persamaannya.
Langkah 3 : Kira Kuantiti dan Jumlah Kos bagi setiap lokasi yang dipadankan.
Langkah 4 : Lukis satu graf. Maklumat yang diperlukan untuk memplot graf ialah
kuantiti, jumlah kos dan kos tetap.
Langkah 5 : Tentukan lokasi terbaik, berdasarkan julat kuantiti.

Analisis jumlah kos adalah seperti yang dipaparkan dalam Contoh 3.2

Contoh 3-2
Padang Rengas Indah Sdn. Bhd. bercadang untuk membuka kilang keduanya, ia disebabkan oleh
penerimaan produk baharunya yang menggalakkan iaitu e-Chakcibor. Pengurus operasi syarikat telah
melihat tiga lokasi yang sesuai iaitu Kuala Kangsar, Taiping dan Ipoh. Perincian kos bagi setiap lokasi
adalah seperti berikut:

Kos Berubah
Lokasi Kos Tetap (RM)
(RM)
Kuala Kangsar 360000 9
Taiping 180000 18
Ipoh 90000 36

Lukis lekuk jumlah kos untuk semua lokasi dan tentukan lokasi manakah sesuai dipilih mengikut
setiap julat pengeluaran yang relevan.

Penyelesaian:
Langkah 1 : Kira persamaan Jumlah Kos (TC) bagi setiap lokasi

a) TC Kuala Kangsar = 360000 + 9Q


b) TC Taiping = 180000 + 18Q
c) TC Ipoh = 90000 + 36Q

Langkah 2 : Padankan lokasi dengan persamaannya

7
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

a) Kuala Kangsar = Taiping


360000 + 9Q = 180000 + 18Q
b) Kuala Kangsar = Ipoh
360000 + 9Q = 90000 + 36Q
c) Taiping = Ipoh
180000 + 18Q = 90000 + 36Q

Langkah 3 : Kira Kuantiti dan Jumlah Kos bagi setiap lokasi yang dipadankan

a) Kuala Kangsar = Taiping


360000 + 9Q = 180000 + 18Q
Q = 20000
TC Kuala Kangsar ® 360000 + 9(20000) = RM540000
TC Taiping ® 180000 + 18(20000)= RM540000

b) Kuala Kangsar = Ipoh


360000 + 9Q = 90000 + 36Q
Q = 10000
TC Kuala Kangsar ® 36000 + 9(10000) = RM450000
TC Ipoh ® 90000 + 36(10000) = RM450000

c) Taiping = Ipoh
180000 + 18Q = 90000 + 36Q
Q = 5000
TC Taiping ® 180000 + 18(5000) = RM270000
TC Ipoh ® 90000 + 36(5000) = RM270000

Langkah 4 : Lukis graf

8
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Langkah 5 : Tentukan lokasi terbaik, berdasarkan julat kuantiti.

a) 1-5000 unit = Ipoh adalah lokasi terbaik


b) 5001 – 20000 unit = Taiping adalah lokasi terbaik
c) 20001 unit dan ke atas = Kuala Kangsar adalah lokasi terbaik

9
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

3.3.2 Teknik Pengkadaran Faktor (Factor Rating Technique)

Teknik pengkadaran faktor ialah satu teknik penilaian lokasi yang mempertimbangkan faktor-
faktor kuantitatif dan kualitatif ketika memilih sesebuah lokasi. Faktor-faktor ini dikenali sebagai
faktor ketara dan tak ketara.

Faktor ketara adalah faktor-faktor kos yang boleh diukur dalam bentuk nilai wang. Contohnya, kos
tenaga kerja, pengangkutan, bahan mentah. Selain itu, faktor tak ketara merupakan faktor-faktor yang
sukar diukur dalam bentuk nilai wang, seperti ketersediaan tenaga kerja, kehampiran dengan pasaran
dan ketersediaan fasiliti.

Oleh kerana, faktor tak ketara sukar diukur, pengkadaran diberikan bagi setiap faktor tersebut.
Pengkadaran ini boleh diubah dalam bentuk nilai berangka. Pengkadaran dan nilainya adalah seperti
berikut:

Cemerlang =5
Sangat Baik =4
Baik =3
Sederhana =2
Lemah =1

Faktor ketara dan tak ketara boleh menyebabkan dua lokasi terbaik yang berlainan terpilih,
berdasarkan pada faktor-faktor yang dipertimbangkan. Dengan menggabungkan kedua-dua faktor ini,
penilaian yang terbaik dapat dikemukakan. Pendekatan ini dikenali sebagai kaedah bersepadu
(integrative method). Untuk menerapkan teknik pengkadaran faktor, ada beberapa langkah yang perlu
diikuti seperti di bawah:

Faktor-Faktor Ketara
a) Kira jumlah kos bagi setiap lokasi alternatif
b) Tentukan kedudukan lokasi tersebut. Lokasi dengan nilai jumlah kos paling rendah
berada pada kedudukan tertinggi, diikuti oleh lain-lain lokasi alternatif. Contohnya
kedudukan 1, 2, dan 3.
c) Berikan merit atau pemberatan bagi setiap lokasi alternatif. Lokasi berkedudukan
tertinggi diberikan merit tertinggi. Contohnya merit bernilai 3, 2, dan 1.
d) Pilih lokasi terbaik. Lokasi dengan nilai merit tertinggi dianggap terbaik dan patut
dipilih.

Faktor-Faktor Tak Ketara


a) Analisis fakor-faktor tak ketara dan semak kepentingan kedudukannya (rank of
importance). Faktor paling penting diberikan kedudukan tertinggi (contohnya
kedudukan 1), diikuti kedudukan lain-lain faktor mengikut kepentingannya.
b) Tukar kedudukan tersebut dalam bentuk pemberatan (weight). Kedudukan
tertinggi diberikan pemberatan tertinggi. Contohnya, pemberatan 3, 2, dan 1.
c) Periksa pengkadaran (rating) yang telah diberikan bagi setiap faktor. Pengkadaran
diberikan dalam bentuk ‘Cemerlang’, ‘Sangat Baik’, ‘Baik’ dan lain-lain. Tukar
pengkadaran ini dalam bentuk nilai berangka. Contohnya, ‘Cemerlang = 5’, ‘Sangat Baik
= 4’ dan lain-lain.
d) Kira jumlah skor (total score) bagi setiap lokasi iaitu mendarabkan pemberatan
faktor dengan nilai pengkadarannya.
10
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

e) Tentukan kedudukan (rank) lokasi berdasarkan kedudukan tertinggi dengan jumlah


skor tertinggi. Contohnya, kedudukan 1, 2, dan 3.
f) Berikan nilai merit atau pemberatan bagi setiap lokasi alternatif. Lokasi berkedudukan
tertinggi akan mendapat nilai merit tertinggi. Contohnya, kedudukan 1 mendapat nilai
merit 3.
g) Pilih lokasi terbaik. Lokasi dengan jumlah skor tertinggi dianggap terbaik dan patut
dipilih.

Kaedah Bersepadu
a) Berikan nilai pemberatan 2 pada faktor-faktor ketara dan nilai 1 pada faktor-faktor tak
ketara.
b) Kenal pasti merit bagi kedua-dua faktor, berdasarkan setiap lokasi alternatif.
c) Darab pemberatan dengan nilai merit bagi setiap lokasi untuk kedua-dua faktor.
d) Kira jumlah skor bagi setiap lokasi
e) Tentukan kedudukan lokasi dengan menyatakan kedudukan tertinggi dengan jumlah
skor tertinggi. Contohnya, kedudukan 1, 2, dan 3.
f) Lokasi dengan kedudukan tertinggi (contohnya, kedudukan 1) patut dipilih.

Contoh 3.3 di bawah menjelaskan lebih terperinci bagaimanakah teknik pengkadaran faktor dikira.

Contoh 3.3
Padang Rengas Indah Sdn. Bhd., merupakan sebuah syarikat kosmetik yang memiliki kilang di Kuala
Kangsar & Ipoh. Ia mahu mengembangkan operasinya dengan membuka satu kilang baharu. Terdapat
empat lokasi yang telah dikenal pasti: Taiping, Sungai Siput, Pantai Remis dan Bagai Serai. Kos
tahunan dan data bukan-ekonomi telah dikumpul seperti di bawah:

Faktor Ketara
Taiping Sungai Siput Pantai Remis Bagan Serai
(RM’000)
Tenaga Kerja 350 360 375 380
Bahan Mentah 400 375 395 368
Sewa 10.0 10.5 11.5 11.0

Faktor Tak Ketara


Taiping Sungai Siput Pantai Remis Bagan Serai
(RM’000)
Ketersediaan
Sangat Baik Sederhana Baik Baik
Tenaga Kerja
Penerimaan
Cemerlang Lemah Sederhana Sangat Baik
Komuniti
Kualiti Hidup Lemah Cemerlang Baik Lemah
Kualiti
Baik Baik Sangat Baik Cemerlang
Pengangkutan

Antara faktor-faktor tak ketara yang dipertimbangkan, faktor ketersediaan tenaga kerja merupakan
faktor paling penting, diikuti dengan kualiti pengangkutan dan kualiti hidup. Faktor penerimaan
komuniti merupakan yang paling kurang penting.

1. Berdasarkan pada kos tahunan, lokasi manakah paling sesuai?

Penyelesaian :

a) Kira jumlah kos bagi semua lokasi/


11
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Taiping Sungai Siput Pantai Remis Bagan Serai


Jumlah Kos
760.0 745.5 781.5 759.0
(RM‘000)

b) Tentukan kedudukan lokasi dan nilai merit. Jumlah kos paling rendah
mendapat kedudukan dan nilai merit tertinggi

Taiping Sungai Siput Pantai Remis Bagan Serai


Kedudukan 3 1 4 2
Merit 2 4 1 3

c) Pilih lokasi berdasarkan kedudukan dan nilai merit tertinggi

Taiping Sungai Siput Pantai Remis Bagan Serai


Jumlah Kos
760.0 745.5 781.5 759.0
(RM’000)
Kedudukan 3 1 4 2
Merit 2 4 1 3

Pemilihan :
Berdasarkan pada kos tahunan (faktor ketara), Sungai Siput merupakan lokasi terbaik kerana kos
keseluruhannya paling rendah.

2. Berdasarkan pada faktor tak ketara, lokasi yang manakah pihak syarikat akan pilih?
Apakah sebab pemilihan tersebut?

Penyelesaian :

a) Semak kedudukan bagi kepentingan faktor tak ketara dan berikan pemberatan
berdasarkan kedudukan tersebut.

Kedudukan Pemberata
Faktor Tak Ketara
Kepentingan n
Ketersediaan Tenaga Kerja 1 4
Penerimaan Komuniti 4 1
Kualiti Hidup 3 2
Kualiti Pengangkutan 2 3

b) Tukar pengkadaran dalam bentuk nilai berangka

Kedudukan
Pemberata Sungai Pantai Bagan
Faktor Tak Ketara Kepentinga Taiping
n Siput Remis Serai
n
Ketersediaan Tenaga
1 4 4 2 3 3
Kerja
Penerimaan
4 1 5 1 2 4
Komuniti
Kualiti Hidup 3 2 1 5 3 1
Kualiti 2 3 3 3 4 5
12
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Pengangkutan

c) Kira jumlah skor dengan mendarabkan pemberatan dengan pengkadaran

Kedudukan
Pemberata Sungai Pantai Bagan
Faktor Tak Ketara Kepentinga Taiping
n Siput Remis Serai
n
Ketersediaan Tenaga
1 4 4 = 16 2=8 3 = 12 3 = 12
Kerja
Penerimaan
4 1 5= 5 1=1 2=2 4=4
Komuniti
Kualiti Hidup 3 2 1=2 5 = 10 3=6 1=2
Kualiti
2 3 3=9 3=9 4 = 12 5 = 15
Pengangkutan
Jumlah Skor 32 28 32 33

d) Tentukan kedudukan lokasi dan berikan nilai merit. Lokasi dengan jumlah skor tertinggi
patut mendapat kedudukan dan merit tertinggi
Taiping Sungai Pantai Bagan
Siput Remis Serai
Jumlah 32 28 32 33
Skor
Kedudukan 2 4 2 1
Merit 3 1 3 4

e) Pilih lokasi berdasarkan pada kedudukan dan merit tertinggi


Kedudukan
Pemberata Sungai Pantai Bagan
Faktor Tak Ketara Kepentinga Taiping
n Siput Remis Serai
n
Ketersediaan Tenaga
1 4 4 = 16 2=8 3 = 12 3 = 12
Kerja
Penerimaan
4 1 5= 5 1=1 2=2 4=4
Komuniti
Kualiti Hidup 3 2 1=2 5 = 10 3=6 1=2
Kualiti
2 3 3=9 3=9 4 = 12 5 = 15
Pengangkutan
Jumlah Skor 32 28 32 33
Kedudukan 2 4 2 1
Merit 3 1 3 4
Pemilihan :
Berdasarkan pada faktor-fakto tak ketara, Bagan Serai merupakan lokasi terbaik kerana ia mempunyai
jumlah skor paling tinggi.
3. Jika anda menggabungkan kedua-dua faktor ketara dan tak ketara, lokasi manakah
yang patut anda cadangkan.

Penyelesaian :
a) Tentukan pemberatan bagi kedua-dua faktor
b) Kenal pasti merit kedua-dua faktor bagi setiap lokasi
c) Kira jumlah skor dengan mendarabkan pemberatan dengan merit
d) Pilih lokasi, berdasarkan kedudukan tertinggi

13
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Faktor Ketara & Tak Taipin Sungai Pantai Bagan


Pemberatan
Ketara g Siput Remis Serai
Ketara 2 2=4 4=8 1=2 3=6
Tak Ketara 1 3=3 1=1 3=3 4=4
Jumlah Skor 7 9 5 10
Kedudukan 3 2 4 1

Pemilihan :
Berdasarkan pada kaedah bersepadu, Bagan Serai merupakan lokasi terbaik kerana ia mempunyai
jumlah skor tertinggi.

3.3.3 Teknik Pusat Graviti (Centre of Gravity Technique)

Teknik pusat graviti ialah satu teknik matematik yang digunakan untuk mendapatkan lokasi
bagi sebuah pusat pengedaran yang akan meminimumkan kos pengedaran. Teknik ini mengambir
kira lokasi pasaran, volum penghantaran ke pasaran tersebut, dan kos pengangkutan untuk
mendapatkan lokasi terbaik untuk sebuah pusat pengedaran.

Teknik pusat graviti membuat anggapan kos berkadaran dengan jarak dan volum penghantaran.
Objektifnya ialah untuk meminimumkan jarak terberat antara gudang dengan cawangan
peruncitannya, iaitu jarak yang diukur dengan sejumlah kontena yang dihantarkan.

Langkah-langkah dalam teknik pusat graviti ialah:


a) Masukkan lokasi sebenar berdasarkan koordinatnya di atas grid. Skala grid
ditentukan untuk mengetahui lokasi yang tepat. Cara terbaik dengan meletak grid di
atas peta.
b) Tentukan koordinat setiap tempat.

Teknik pusat graviti ditentukan dengan persamaan di bawah:

Σ d ix Qi
Persamaan 1 →C x =
Σ Qi

Σ d iy Qi
Per samaan2 → C y =
Σ Qi
Dimana,
Cx = Koordinat-x bagi pusat graviti

Cy = Koordinat-y bagi pusat graviti

dix = Koordinat-x bagi lokasi i

diy = Koordinat-y bagi lokasi i

Qi = Kuantiti barang yang dihantar atau dari lokasi i

Contoh 3.4, menjelaskan langkah-langkah pengiraan teknik pusat graviti.

Contoh 3.4

14
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Universiti Negeri cuba mencari lokasi terbaik untuk pusat kegiatan pelajar baharu dan kompleks sukan.
Pihak pentadbiran universiti mahu mengetahui lokasi terbaik dengan empat pusat tumpuan utama pelajar
iaitu penginapan pelajar dan aktiviti kuliah di dalam kampus. Koordinat penginapan dan kawasan kuliah,
serta populasi harian adalah seperti berikut:

Populasi Harian
Tumpuan Pelajar Kampus Koordinat
Pelajar
Kompleks Dorm Meranti (10, 12.5) 700
Kompleks Perumahan Melati (15, 27) 900
Kompleks Kelas Akasia (20, 7) 1150
Kompleks Kelas Milenium (22, 20) 430

Tentukan tapak terbaik menggunakan teknik pusat graviti.

Penyelesaian:

Tumpuan Pelajar
Koordinat X Koordinat Y
Kampus
Kompleks Dorm
10 x 700 = 7000 12.5 x 700 = 8750
Meranti
Kompleks
15 x 900 = 13500 27 x 900 = 24300
Perumahan Melati
Kompleks Kelas
20 x 1150 = 23000 7 x 1150 = 8050
Akasia
Kompleks Kelas
22 x 430 = 9460 20 x 430 = 8600
Milenium
Jumlah 52960 49700
52960 49700
Dibahagi dengan
Jumlah Populasi (700+900+ 1150+430) (700+900+ 1150+430)
= 16.65 = 15.63

Koordinat terbaharu untuk pusat kegiatan pelajar dan kompleks sukan ialah (16.55, 15.63)

3.4 STRATEGI LOKASI BAGI ORGANISASI PERKHIDMATAN (SERVICE LOCATION


STRATEGY)

Tidak seperti pembuatan, perkhidmatan diurus tadbir dengan pertimbangan berbeza semasa memilih
lokasi. Jika organisasi pembuatan mempertimbangkan kehampiran dengan bahan mentah sebagai faktor
paling penting, organisasi perkhidmatan mengutamakan faktor capaian pelanggan. Pembuatan berfokuskan
pada meminimumkan kos, manakala perkhidmatan berfokuskan pada memaksimumkan hasil pendapatan.

Huraian di bawah merupakan beberapa faktor atau komponen yang perlu dipertimbangkan oleh organisasi
perkhidmatan untuk memaksimumkan hasil pendapatan.

a) Data demografik populasi : Usia, pendapatan, pendidikan


Disebabkan organisasi berfokuskan kepada pelanggan, maka penting mengkaji profil demografik
populasi di kawasan tersebut. Maklumat seperti usia, pendapatan dan pendidikan adalah perlu

15
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

untuk menentukan kebolehlaksanaan (feasibility) di lokasi tersebut. Sebagai contoh, universiti


swasta menawarkan perkhidmatan pendidikan akan mempertimbangkan pendapatan populasi
sebelum memilih kawasan operasinya.

b) Pesaing berdekatan
Sesetengah organisasi perkhidmatan mahu berdekatan dengan pesaing-pesaingnya untuk
menikmati volum trafik pelanggan yang lebih ramai. Contohnya, perkhidmatan dobi biasanya
berdekatan antara satu sama lain untuk mendapat manafaat tumpuan bakal pelanggan.

c) Capaian pelanggan
Pengangkutan dan kemudahan parkir yang bagus memudahkan kebolehcapaian para pelanggan ke
lokasi perkhidmatan. Keselamatan pelanggan juga merupakan pertimbangan penting sebelum
menentukan lokasi. Penekanan terhadap faktor-faktor berkaitan-pelanggan dapat
meningkatkan volum trafik pelanggan.

Lain-lain komponen volum dan hasil pendapatan untuk organisasi perkhidmatan termasuklah:
 Keserasian perkhidmatan dan imej dengan demografik pelanggan kawasan tersebut
 Kualiti persaingan
 Keunikan syarikatan dan lokasi pihak pesaing
 Dasar-dasar pengoperasian organisasi
 Kualiti pengurusan

Organisasi perkhidmatan menggunakan kaedah-kaedah berbeza ketika memilih lokasi terbaik. Teknik-teknik
yang digunakan dalam sektor perkhidmatan termasuklah analisis kolerasi (correlation analysis), kiraan trafik
(traffic counts), analisis demografik (demographic analysis), analisis kuasa pembelian (purchasing power
analysis), sistem maklumat geografik (geographic infomation system).

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan satu perbandingan antara organisasi pembuatan dengan perkhidmatan
berkenaan penentuan lokasi operasi masing-masing.

Jadual 3.1 Perbandingan antara organisasi pembuatan dengan perkhidmatan ketika memilih lokasi
Pembuatan Perkhidmatan
Fokus
Kos Hasil Pendapatan
a) Pengaturcaraan linear (kaedah a) Model-model regresi
pengangkutan) b) Kiraan trafik
b) Kaedah pengkadaran faktor c) Analisis demografik
Teknik c) Analisis pulang-modal lokasi d) Analisis kuasa pembelian
d) Carta silang @ analisis Jumlah kos e) Kaedah pusat graviti
f) Kaedah pengkadaran faktor
g) Sistem maklumat geografik
a) Lokasi merupakan kos penentuan a) Lokasi merupakan penentuan
utama utama bagi hasil pendapatan
b) Kebanyakan kos utama boleh b) Isu
dikenal pasti secara eksplisit bagi
Andaian setiap tapak
c) Interaksi dengan pelanggan rendah
membolehkan tumpuan terhadap
kos boleh dikenal pasti
d) Kos tak ketara boleh dinilai
16
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Sumber : Diadaptasi daripada Operation Management, 2010

17
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

RUMUSAN

1. Lokasi merupakan salah satu pemilihan terpenting yang perlu dilakukan kerana ia dapat
memberi kesan terhadap kos dan hasil pendapatan.

2. Kehampiran dengan pasaran dan pelanggan, pembekal dan pesaing, ketersediaan tenaga kerja
berkemahiran dan fasiliti, dan insentif-insentif pihak kerajaan merupakan faktor-faktor yang
perlu dipertimbangkan ketika memilih lokasi.

3. Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam menentukan lokasi terbaik adalah analisis pulang-
modal, teknik pengkadaran faktor dan teknik pusat graviti.

4. Organisasi berasaskan perkhidmatan mempertimbangkan faktor-faktor seperti data


demografik populasi, pesaing dan capaian pelanggan, ketika memilih lokasi terbaik.

5. Teknik-teknik yang digunakan oleh organisasi perkhidmatan adalah analisis kolerasi, kiraan
trafik, analisis demografik, analisis kuasa pembelian, dan Sistem Maklumat Geografik.

GLOSARI

Takat Pulang-Modal Faktor Tak Ketara


Satu takt yang mana sesebuah organisasi tidak Faktor-faktor yang sukar diukur dalam bentuk nilai wang
memperolehi apa-apa keuntungan mahu pun kerugian
Kaedah Pusat Graviti Kaedah Bersepadu
Satu teknik matematik yang digunakan untuk Gabungan faktor-faktor ketara dengan tak ketara ketika
mendapatkan suatu lokasi pusat pengedaran yang menentukan lokasi terbaik
meminimumkan kos pengedaran
Lokasi Faktor Ketara
Satu tempat yang mana perniagaan dibina atau Faktor-faktor kos yang boleh diukur dalam bentuk nilai wang
beroperasi
Setara
Satu takat, yang mana dua lokasi berada pada jumlah
kos yang sama dan dengan jumlah unit pengeluaran
yang serupa

ULANG KAJI

1. Takrifkan maksud lokasi.


2. Takrifkan maksud takat pulang-modal.
3. Jelaskan analisis takat pulang-modal.
4. Jelaskan secara ringkas teknik pengkadaran faktor
5. Jelaskan secara rigkas teknik pusat graviti
6. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih lokasi perkhidmatan? Huraikan.

LATIHAN

18
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

1. Halimah Saad mahu memulakan perkhidmatan inap desa. Beliau ingin membeli sebuah rumah
teres satu tingkat sebagai rumah inap desanya. Buat masa ini, beliau menetap di Pasir Puteh,
Kelantan. Halimah mendapati tiga alternatif dengan kos struktur seperti berikut

Kos Tetap Bulanan Kos Berubah per inap


Lokasi
(RM) (RM)
Pasir Puteh 1000 150
Machang 2200 90
Kota Bahru 3250 75

a) Lukis tiga lekuk jumlah kos bagi semua lokasi dalam satu graf.
b) Kenal pasti julat penghasilan yang relevan bagi yang menghasilkan jumlah kos
terendah untuk setiap lokasi.

2. Berdasarkan soalan 1, inap desa Halimah mengenakan bayaran penginapan seperti berikut:

Lokasi Sewa per penginapan (RM)


Pasir Puteh 260
Machang 280
Kota Bahru 400

Berdasarkan pada analisis takat pulang-modal, lokasi yang manakah patut Halimah
pilih? Kenapa?

3. Sebuah syarikat kicap bertapak di Johor mahu mengembangkan operasinya di kawasan


utara Semenanjung Malaysia. Ia telah mengenal pasti empat lokasi yang sesuai untuk
membina satu kilang baharu iaitu Kulim, Bayan Lepas, Perai dan Sungai Bakap. Semua
data tak ketara yang diperlukan disenaraikan seperti di bawah:

Tenaga Kerja Bahan Mentah Perbelanjaan


Lokasi
(RM) (RM) Ovehed (RM)
Kulim 450000 310000 90000
Bayan Lepas 520000 350000 120000
Perai 500000 330000 100000
Sungai Bakap 430000 280000 80000

Lokasi manakah yang anda sarankan sekiranya penilaian hanya berdasarkan


pada faktor-faktor kos?

4. Jadual di bawah menunjukkan beberapa data berkenaan faktor-faktor tak ketara

Perkhidmata
Ketersediaan
n Insentif
Lokasi Tenaga Fasiliti
Pengangkuta Tempatan
Kerja
n
Kulim Baik Sangat Baik Memuaskan Cemerlang
Bayan Lepas Cemerlang Sangat Baik Baik Baik
Perai Sangat Baik Cemerlang Sangat Baik Memuaskan

19
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

Sungai Bakap Memuaskan Baik Lemah Sangat Baik

Berdasarkan pada faktor-faktor tak ketara yang dipertimbangkan, perkhidmatan


pengangkutan merupakan faktor paling penting, diikuti ketersediaan tenaga kerja,
fasiliti dan akhir sekali insentif tempatan.

Skor pengkadaran bagi setiap faktor-faktor tak ketara adalah seperti berikut:
Cemerlang = 5, Sangat Baik = 4, Baik = 3, Memuaskan = 2, Lemah = 1

Lokasi yang manakah anda sarankan sekiranya penilaian hanya berdasarkan faktor-
faktor ini?

5. Berdasarkan pada soalan 1 dan 2, lokasi yang manakah patut syarikat pilih sekiranya
kaedah bersepadu digunakan?

6. DORA Sdn. Bhd ialah sebuah syarikat pembuatan coklat yang terkenal di Pulau Pinang.
Pada suku pertama bagi tahun ini, syarikat berjaya menghasilkan satu produk baharu yang
dikenali sebagai DORA Strawberry Milk dengan pulang-modal mingguan sebanyak
RM8000, dijual pada harga RM10 seunit. Kos berubah ialah RM5 bagi setiap unit.

Permintaan produk DORA Strawberry Milk telah dianggarkan meningkat pada tahun akan
datang. Pihak pengurusan meramalkan ada peningkatan kos tetap sebanyak 20% dan lain-
lain kos tidak berubah. Bantu pihak pengurusan DORA mengira maklumat berikut:

a) Berapakah julat volum pihak syarikat mula menikmati keuntungan pada tahun
semasa?
b) Kira BEP dalam Ringgit Malaysia bagi pengeluaran tahun hadapan
c) Dapatkan volum pengeluaran mingguan tahun hadapan sekiranya pihak
syarikat mahu meningkatkan keuntungan mingguan sebanyak RM20000.

7. Mydin Store mahu menentukan satu lokasi gudang sebagai pusat pengagihan baharunya.
Lokasi Mydin Store ada di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Alor Setar. Buat masa
ini, semua bekalan diambil dari sebuah gudang kecil di Pulau Pinang.

Koordinat dan kuantiti yang dibekalkan ke lokasi semasa seperti di bawah:


Kuantiti
Lokasi Koordinat
Belakan
Kuala Lumpur 3000 (42, 32)
Taiping 1500 (28, 68)
Penang 2000 (18, 80)
Alor Setar 1500 (21, 94)

Tentukan lokasi terbaik menggunakan teknik pusat graviti.

20
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 3 : Strategi Lokasi

RUJUKAN

Rosliza M.Z & Radzi M.K (2016) Operation Management, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

DBP, Pusat Rujukan Persuratan Melayu di peroleh pada 9 September 2020 di https://prpm.dbp.gov.my/

21

You might also like