You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR

JALAN BAWANG, TAMAN SRI AMAR


81100 JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA

LAWATAN KE LEGOLAND

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Tarikh : 5 FEBRUARI 2020


Hari : Rabu
Lokasi : Legoland, Johor Bahru.
1.0 PENDAHULUAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas merupakan murid-murid
yang memerlukan bimbingan, dorongan dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian mereka
sama ada di rumah atau pun di sekolah. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran
untuk mereka bukan sahaja terhad di dalam bilik darjah,tetapi mereka lebih memerlukan pembelajaran
di luar bilik darjah. Hal ini kerana melalui aktiviti di luar bilik darjah akan memberi lebih rangsangan
sensori, meningkatkan kemahiran pemerhatian, koordinasi, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal
mereka. Oleh yang demikian, program lawatan akan memberikan pengalaman yang sebenar tentang
perkara-perkara di persekitaran mereka selain daripada keadaan di rumah dan sekolah. Selain itu, ia
juga untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kebesaran ciptaan tuhan mencipta keindahan
muka bumi yang pelbagai, infrastruktur ciptaan manusia yang memberi kemudahan kepada setiap
penggunanya serta kemajuan teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program lawatan sambil belajar ini, murid yang menyertai akan dapat:

1. Mengetahui ciri-ciri fizikal kawasan pelancongan di Malaysia.


2. Mengetahui keistimewaan taman tema dalam industri pelancongan.
3. Mempelajari bahawa setiap jenis bentuk mukabumi mempunyai kelebihan dan
keistimewaannya tersendiri.
4. Memupuk semangat mencintai negara dengan menganjurkan lawatan ke destinasi
pelancongan seperti Legoland, Johor Bahru.

3.0 RASIONAL

1. Memperkenalkan keistimewa negeri Johor.


2. Mengalami dan merasai budaya dan makanan masyarakat Johor.
3. Mengekpresikan diri dengan bahan yang berunsurkan menguji kemahiran berfikir.
4. Merangsang deria kinestik melalui permainan simulasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

16 Orang Murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sri Amar

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 5 Februari 2020


Hari : Rabu
Lokasi : Legoland Johor Bahru
Bil. Guru &PPM : 6
Bil. Murid : 16 orang
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1. Sumbangan (RM 147 X 16 orang murid ) 2352.00
2. Kutipan Bayaran Guru & PPM (RM 200 X 6 orang) 1200.00
Jumlah (RM) : 3552.00

6.2 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KOS JUMLAH


(RM)
1. TIKET MASUK LEGOLAND RM 184.00 x 6 guru & PPM 1104.00
RM 147.00 x 16 murid 2352.00
JUMLAH (RM) : 3456.00

7.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANAAN

Penaung = Puan Hajah Hamidah binti Mustafa

Penasihat = Puan Anita binti Tahir

Penyelaras Program = Encik Muhammad Amir Adri bin Mat Isa

Guru-guru yang = Puan Siti Zaidah binti Tukeman


terlibat: = Cik Nurul Shahreen binti Abdul Razak

= Encik Muhamad Hafis bin Hamad Hazam

AJK lain = Puan Halianey binti Aziz

= Puan Shakira Saila binti Salleh


8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA TEMPAT / AKTIVITI

7:30 pagi  Sarapan pagi

5 Februari 08.00 pagi  Lawatan ke Themepark ( Legoland)


Rabu

12:00 tengah hari  Makan tengah hari


 Bertolak pulang ke Sk Sri Amar

9.0 PENILAIAN PROGRAM

9.1 Menilai perkembangan sosial dan emosi murid terhadap aktiviti diluar bilik darjah
bersama rakan sebaya.
9.2 Menilai nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh murid semasa aktiviti lawatan
dijalankan samada terhadap rakan sebaya, guru, PPM mahupun haiwan yang terdapat
disitu.

10. PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru dari sudut
akademik mahupun hubungan sosial kepada pelajar pendidikan Khas SK Sri Amar. Melalui ini juga
pelajar dapat mengalami sendiri pengalaman untuk membentuk ilmu yang dipengaruhi oleh
persekitaran mereka. Semoga lawatan ini akan memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………………………… ………………………………………………
(SITI ZAIDAH BINTI TUKEMAN) (MUHAMMAD AMIR ADRI BIN MAT ISA)
Penyelaras
Setiausaha
Pendidikan Khas
Pendidikan Khas
Sekolah kebangsaan Sri Amar
Sekolah Kebangsaan Sri Amar

Disahkan Oleh :

………………………………..
(HAJAH HAMIDAH BINTI MUSTAFA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Amar

You might also like