You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS,

PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN


SEBAYA, KETUA DAN PENOLONG KELAS

TARIKH:
18 FEBRUARI 2019

MASA:
7.45 – 9.00 PAGI

HARI:
ISNIN

TEMPAT:
DEWAN SK TELAGA

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JAWATANKUASA PENGAWAS DAN DISIPLIN
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya,
Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan kumpulan murid yang
dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang
mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek
akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model
kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan,
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing
Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas wajar diadakan.

2.0 MATLAMAT
1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih sebagai pemimpin
kecil di sekolah.
2. Memperkenalkan kepada murid–murid barisan Pengawas, Pengawas
Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebya, Ketua dan Penolong Kelas
bagi tahun 2019
3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis
rasmi.

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada semua barisan murid
yang dilantik supaya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh
pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan
tugas dengan baik.
3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang
terpilih.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan
Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa yang melaksanakan program ini adalah seperti di
bawah :

Pengerusi : En. Ab Halim bin Osman (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Rabiah binti Abu Bakar (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Rohaya binti Mohd Nor (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Hisyam bin Alias (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn Noor Haliza binti Wahab

Bersama : Pn Idayu binti Abdul Alias Bakar

: Pn Haslinda binti Jusoh

Setiausaha : Pn Nik Muniza binti Setapa

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Siaraya : En. Mohammad Rozainy bin Gahzali

: En. Mohd Nizan binti Mat Zin

Disiplin : En. Mohd Noor bin Tahir

: En. Yusof bin Awang Su

Jurugambar : En. Mohd Najmi bin Abdul Hadi

Dokumentasi : Pn. Norzalina binti Kefli

Makanan : Pn. Idayu binti Abdul Alias Bakar

: Pn. Haslinda binti Jusoh

Cenderahati : Pn. Noor Haliza binti Wahab


6.0 TENTATIF
7.30 pagi : Murid-murid berkumpul di Dewan
7.45 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
7.50 pagi : Bacaan doa
8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
8.15 pagi : Ucapan Guru Besar
8.30 pagi : Ucapan Ketua Polis Kuala Berang
8.45 pagi : Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan
(Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing
Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas)
9.00 pagi : Lafaz Ikrar Pengawas Sekolah
9.05 pagi : Bersurai
9.10 pagi : Sesi Fotografi Pengawas Sekolah,

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN


18 Februari 2019 (Isnin)
7.45 hingga 9.00 pagi
Dewan SK Telaga

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


i. Banner Majlis Watikah Pelantikan 1 120.00
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber,
Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua
dan Penolong Kelas

JUMLAH KESELURUHAN 120.00


9.0 PENUTUP
Di harapkan agar Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas
Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas yang
dijalankan ini meningkatkan lagi motivasi serta daya usaha mereka yang
dilantik agar terus komited melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang
telah di amanahkan di samping menjadi contoh teladan kepada murid-
murid lain.

Disediakan oleh:

……………………………………
(NOOR HALIZA BINTI WAHAB)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Disahkan oleh:

………………………………...
(EN AB HALIM BIN OSMAN)
Guru Besar Sek Keb Telaga

You might also like