You are on page 1of 19

Cari Destinasi 

 UTAMA  TEMPAT MENARIK   CARI HOTEL

 UTAMA  CARI HOTEL  TEMPAT MENARIK   HUBUNGI  DISCLAIMER  ABOUT

 Utama  22+ Tempat Menarik di Perak yang POPULAR – Panduan 2017 Bercuti di Perak Darul Ridzuan
Carian...

22+ Tempat Menarik di Perak yang POPULAR


– Panduan 2017 Bercuti di Perak Darul
Ridzuan
Negeri Perak merupakan sebuah negeri di pantai barat semenanjung Malaysia yang terbesar dan
kalau bercakap bab pelancongan, memang sangat banyak destinasi best samaada tarikan pulau,
tarikan hutan lipur ataupun taman tema. Senarai di bawah mengumpulkan koleksi 22+tempat-
tempat menarik di Perak yang paling popular untuk rujukan semua pembaca.

Tempat yang menarik di Perak untuk dilawati memang sangat banyak namun bukan semuanya
agak sesuai untuk dicadangkan untuk orang luar kerana terletak dalam kategori lebih kepada tempat
santai orang setempat & bukannya dalam kategori tempat pelancongan komersial untuk pelancong
luar. Samaada anda bercuti di ibu negeri Ipoh atau di mana-mana lokasi daerah dalam Perak, senarai
di ini ada idea yang menarik untuk percutian anda kelak.

1. Movie Animations Park Studios (MAPS Perak)

o
Tak perlu lagi nak ke Universal Studio Singapore atau Disneyland di Hong Kong kalau anda inginkan
j h s
PROMOSIPark
satu taman tema yang best bertaraf dunia. Movie Animation Buffet Ramadhan
Studios z 2018 >Semak<
bakal dilancarkan di Ipoh, y 681
SHARES
Perak pada Jun 2017 & akan menjadi tempat menarik di Perak yang setanding dengan destinasi 
popular lain seperti di Lost World Tambun. MAPS Perak ini menawarkan pelbagai hiburan keluarga
samaada yang mesra kanak-kanak ataupun yang memberi ledakan hormon adrenalin yang maksima
seperti roller coaster, megadrop & sebagainya.

Yang lebih menarik lagi, tema watak kartun juga ada yang diambil dari kartun animasi popular di
Malaysia seperti Upin Ipin & Boiboiboi. Walaupun harga tiketnya agak mahal berbanding destinasi
percutian lain di Perak, tetapi dengan pilihan tempat bermain & keseronokan yang unik, pasti ianya
satu pelaburan berbaloi untuk anda mengabiskan masa berkualiti bersama anak-anak pada hujung
minggu atau cuti sekolah.

Alamat: 3, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru Impian, 30020 Ipoh, Perak

Harga Tiket: RM 144 (dewasa)| RM 114 (kanak-kanak/warga emas)

Waktu Operasi: 10.00 am – 6.00 pm

Peta Lokasi Jarak 605-501 5666 Facebook Website

2. Pulau Pangkor

Destinasi percutian di pulau di Perak yang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Selain Pulau
Langkawi, Pulau Pangkor adalah destinasi percutian di pulau yang paling popular di barat
Semenanjung Malaysia & bahkan lokasinya lebih dekat dari KL & Selangor. Pulau Pangkor
menawarkan pelbagai aktiviti tepi pantai yang menarik untuk dilakukan baik aktiviti snorkeling,
bermain sukan air seperti jet ski, banana boat & mungkin juga aktiviti santai-santai manja bersama
tersayang di resort-resort cantik di Pulau Pangkor. Aktiviti kering juga ada yang menarik di Pangkor
seperti meredah hutan atau melihat burung enggang di Pasir Bogak.

Pulau Pangkor juga terkenal dengan Kota Belanda yang mempunyai kesan sejarah yang penting buat
negeri Perak. Kota Belanda yang berusia lebih 300 tahun ini masih ada kesan peninggalan kubu
pertahanan yang merupakan binaan kolonis Belanda yang terletak di Teluk Gadung, Pangkor. Oleh
kerana Selat Melaka ini merupakan salah satu kawasan yang sibuk dengan kapal-kapal dagang, maka
tidak hairanlah air laut di Pulau Pangkor tidak sebiru warnanya seperti pulau di Terengganu atau
Sabah, namun destinasi Pulau Pangkor tetap mempunyai beberapa lokasi yang cantik & sesuai untuk
aktiviti menghayati keindahan marin & terumbu karang negeri Perak.

Pulau Pangkor Laut, Pulau Giam & Pulau Mentagor – Merupakan pulau-pulau kecil yang
bersebelahan dengan Pulau Pangkor yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk snorkeling
kerana dikelilingi dengan kawasan terumbu karang.
PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<
Pantai-pantai di Pulau Pangkor – Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai yang sering 
menjadi pilihan pengunjung untuk bercuti dan mencari penginapan. Antara pantai yang popular
di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Coral, Teluk Nipah dan juga Teluk Belanga.

Peta Lokasi Jarak

3. Lost World of Tambun

Tidak perlu diperkenalkan lagi destinasi percutian keluarga yang sangat popular di Perak. Lost World
Tambun mempunyai tarikan pecutian yang lebih menyeluruh samaada amusement park atau water
park. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world
petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.

Selain dengan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, Lost World Tambun juga ada menyediakan
penginapan yang ideal untuk anda tinggal bersama yang tersayang waktu berbulan madu di Perak.
Kolam infinity yang cantik & kolam air panas dengan suasana yang romantis semestinya perlu
dijadikan destinasi pilihan mereka yang ingin meluangkan masa istimewa bersama isteri tersayang.

Alamat: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Peta Lokasi Jarak 605-540 8888 Facebook Website

4. Sungai Klah Hotspring

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Felda Residence Hot Spring terletak berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan 
beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam
yang panas sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam
air panas ini. Kemudahan awam juga sangat bagus tersedia untuk pengunjung seperti tandas, cafe,
surau & juga villa untuk disewa.

Kolam air panas di Felda Residence Hot Spring memang sangat cantik & terjaga, memang ada selera
tengok warna air dia kalau terasa nak berendam. Tidak seperti di sesetengah tempat kolam air panas
lain yang kotor & tidak terjaga. Di sini juga terdapat gelongsor permainan air di kolam mandi yang
agak besar & sesuai untuk anak-anak beriang ria. Pilihan penginapan di sini juga menarik dan sesuai
untuk anda bermalam sehari dua santai dengan keluarga atau jadikan destinasi ini sebagai tempat
berbulan madu anda.

Alamat: 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi: 8.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket: RM 12 (dewasa) | RM 10 (kanak-kanak) | RM 7 (warga emas)

Peta Lokasi Jarak 605 441 4493 Facebook Website

5. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman rekreasi ini memang sangat unik & lebih alam semulajadi berbanding taman rekreasi yang ada
di bandar. Kalau di Ipoh, destinasi ini sangat popular & sesuai untuk mereka yang ingin memencilkan
diri di dalam suasana yang tenang di kelilingi bukit batu kapur serta tasik hijau yang tenang. Suasana
sebegini hanya ada di taman-teman negara yang agak pedalaman, namun di Ipoh Perak, tidak perlu
memandu jauh. Hanya datang ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang hanya 6 km dari Bandaraya
Ipoh.

Memandangkan lokasi strategiknya yang hanya beberapa km dari Lebuhraya Utara Selatan, Taman
Rekreasi Gunung Lang juga sangat mudah untuk anda lawati atau mungkin jadikan destinasi ini
sebagai tempat R&R anda di Ipoh. Pastikan bawa makanan & minuman siap-siap. Pengunjung juga
boleh menaiki bot dengan kadar bayaran yang sangat murah untuk menyeberangi tasik ini yang mana
terdapat sebuah lagi taman rekreasi yang tidak kurang menariknya dengan hiasan landskap flora
faunanya.

Alamat: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: 8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis) | 8am – 12pm & 2.45pm – 4pm
(Jumaat) |
PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<
8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Tambang Naik Bot: RM 3.00 (Dewasa) | RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas) 

Peta Lokasi Jarak 605-5063088

6. Zoo Taiping

Merupakan zoo terbesar di negeri Perak & satu-satunya zoo yang ada di bahagian utara Semenanjung
Malaysia. Zoo ini menempatkan lebih 1200 ekor binatang daripada 140 spesis binatang diimport dari
dalam dan luar negara. Destinasi ini sangat ideal untuk dilawati dengan kanak-kanak dan keluarga
untuk melihat tarikan binatang utama seperti harimau, zirafah, badak air, gajah, singa, siamang,
burung-burung eksotik dan pelbagai jenis binatang lagi.

Lokasi Zoo Taiping yang terletak di kaki Bukit Larut juga sangat unik kerana terletak di dalam
tempat yang kaya dengan kehijauan alam semulajadi dengan adanya tasik, aliran air sungai & ini
secara tak langsung menjadikan zoo ini satu habitat yang sangat sesuai untuk hidupan liar. Setiap hari
aktiviti memberi makan kepada haiwan tertumpu pada waktu 10 pagi – 12 tengahari. Jadi sebaiknya
datang pada waktu pagi. Memandangkan zoo ini sangat luas maka perkhidmatan tram juga
disediakan untuk pengunjung untuk mengelilingi zoo secara percuma.

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 8.30 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket: 17.00 (dewasa) | RM 8.50 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 605-808 6577 Facebook Website

7. Night Safari Zoo Taiping

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Di Zoo Taiping anda juga boleh merasai pengalaman melihat binatang buas pada waktu malam.
Kalau anda datang ke Zoo Taiping pada waktu siang, ada sesetengah binatang agak pasif & hanya
mula aktif pada waktu malam. Nigh Safari di Zoo Taiping adalah satu-satunya tempat menarik di
Perak untuk anda cuba aktiviti sebegini bersama keluarga pada hujung minggu.

Untuk ke sini, pengunjung tidak boleh membawa lampu suluh atau menggunakan kamera ber’flash’
kerana khuatir akan menakutkan binatang-binatang di sini yang secara langsung akan memencilkan
diri di sebalik semak samun.

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi:

8 pm– 11 pm untuk setiap Ahad sehingga Jumaat.

8 pm – 12 pm untuk setiap Sabtu sahaja.

Harga Tiket: RM 21.20 (dewasa) | RM 10.60 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 605-808 6577 Facebook Website

8. Muzium Perak Taiping

Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan muzium yang tertua di
Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di
negeri Perak. Sebaik sampai di sini anda pasti akan kagum dengan keunikan senibina bangunan
PROMOSI
Muzium Taiping ini yang banyak dipengaruhi kesenian Buffet
gabungan Ramadhan
orang 2018
Inggeris & >Semak<
masyarakat Moor
di India. Yang uniknya, bahan pembinaan bangunan ini menggunakan bahan seperti putih telur, 
kisaran kulit kerang & bancuhan simen yang dipercayai dapat memberi ketahanan struktur yang lebih
lama.

Antara tarikan pameran di sini yang wajib anda lihat ialah koleksi spesimen binatang jenis binturong/
pulasan, rangka/tengkorak binatang dan juga koleksi tembikar tanah yang unik yang memang tiada
sepertinya di destinasi lain. Sebahagian koleksi ini dikatakan ada yang berusia sehingga ratusan
tahun. Muzium ini adalah yang paling lengkap di Perak sekiranya anda ingin melihat sejarah dari
pelbagai sudut samaada kebudayaan, keagamaan, informasi orang asli, binatang & sebagainya. Siapa
sangka, muzium ini juga mempunyai beberapa mural 3D yang boleh anda bergambar untuk
kenangan.

Alamat: Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm ( cuti Hari Raya)

Harga Tiket: RM 2.00 (dewasa) | RM 1.00 (OKU) | Percuma (kanak-kanak) | RM 5.00 (pelancong
asing)

Peta Lokasi Jarak 605-807 2057 Facebook Website

9. Kellie’s Castle

Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta
sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara
mengejut kerana penyakit pneumonia. Kalau dilihat cerita di sebalik pembinaan Kellie’s Castle tidak
ubah seperti cerita pembinaan Taj Mahal. Kedua-dua bangunan bersejarah ini dibina sebagai lambang
kasih sayang & cinta kepada pasangan masing-masing.

Walaupun destinasi ini sering dikaitkan dengan cerita seram namun ianya tidak menjadi halangan
untuk pelancong datang ke sini bagi melihat sendiri keunikan struktur bangunan ini. Memandangkan
bangunannya dibina di atas satu kawasan berbukit maka pemandangan dari sini memang sangat
cantik & majestic. Sebaiknya datang ke sini pada waktu pagi atau petang kerana kurang terasa bahang
panas terik mentari. Ruangan parking kereta juga luas & akses dengan kenderaan ke sini tidak banyak
cabaran. Kellie’s Castle terletak di Batu Gajah & kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh.

Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket: RM 5.00 (dewasa) | RM 3.00 (kanak-kanak) | RM 10.00 (pelancong asing)


PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<
Peta Lokasi Jarak 05-365 3381 Facebook Website 

10. Sultan Azlan Shah Galery

Galeri sejarah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 bertujuan untuk memaparkan sejarah & perjalanan
hidup baginda Almarhum Sultan Azlan Shah dari zaman muda sehinggalah ke era pemerintahan
baginda. Umumnya, galeri ini menawarkan pelbagai koleksi berharga tentang kehidupan Keluarga
Diraja Perak, sejarah negeri Perak & juga warisan kebudayaan Perak yang boleh dipelajari oleh orang
awam.

Banyak koleksi simpanan peribadi baginda yang boleh dilihat di sini & antara yang paling mencuri
tumpuan adalah koleksi jam tangan & pen yang sangat unik & nilai harganya adalah ratusan ribu
ringgit. Senibina bangunan galeria ini memang sangat cantik & dahulunya ianya dikenali sebagai
Istana Ulu atau Istana Kota sebelum dibina semula untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah seperti
yang kita lihat sekarang.

Alamat: Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm ( Sabtu-Ahad | 10.00 am – 12.00 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
(Jumaat)

Harga Tiket: RM 4.00 (dewasa) | RM 1.00 (kanak-kanak)

Peta Lokasi Jarak 60 57775362 Website

11. Bukit Merah Lake Town Resort

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Kalau anda mencari tempat percutian keluarga di Perak yang ada penginapan dengan taman tema
yang menarik, Bukit Merah Lake Town Resort adalah jawapannya. Destinasi percutian yang popular
ini secara umumnya mempunyai 2 jenis taman tema untuk pelancong iaitu Eco Park & Water Park.
Eco Park lebih kepada tarikan untuk aktiviti yang kering seperti Sky Cycle, Nature Trail, Tropical
Trek, Predator Park, Pets Park, Crocodile Enclosure, Sun Bear Enclosure & Deer Enclosure. Aktiviti
di sini juga lebih kepada perkara yang lebih akademik mengenali hidupan liar. Sesuai untuk
pendedahan kepada si anak kecil.

Water Park pula menawarkan aktiviti permainan air yang lebih mencabar seperti gelongsor-
gelongsor air yang pasti lebih menarik minat orang muda mudi. Antara nama-nama permainan di
Water Park adalah Kids Adventure River, Sandy Beachfront Wave Pool, Mandi Timba, Waterfall
Bridge, Water Speed Slides, Giant Tube Rides, Lazy River dan Boomerang. Selain itu, ada juga
tarikan aktiviti yang lebih mesra untuk mereka yang ingin adakan teambuilding di sini seperti
skycycle & juga aktiviti sukan air seperti paddle boat, berkayak & berkanu. Bukit Merah Laketown
Resort memang agak besar dan masa untuk sehari belum tentu dapat anda habiskan untuk mencuba
semua tarikan di sini.

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan.

Harga Tiket:

Combo Ticket (Waterpark, Ecopark, Skycycle & Paddle Boat/Kayak/Canoe):

RM 54 (dewasa)| RM 40 (kanak-kanak >90cm)| Percuma (kanak-kanak <90cm)| RM 10 (warga


emas)

Combo Ticket (Waterpark & Ecopark):

RM 48 (dewasa)| RM 38 (kanak-kanak >90cm)| Percuma (kanak-kanak <90cm)

Waktu Operasi:

11.00 am – 6.00 pm (Isnin-Khamis) | 10.00 am – 7.00 pm (Sabtu & Ahad)

Peta Lokasi Jarak 605-890 8888 Facebook Website

12. Tasik Banding & Hutan Simpan Belum (Royal Belum State Park)

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Perak juga tidak ketinggalan untuk mempunyai satu hutan simpan yang menempatkan banyak
khazanah flora & fauna yang pelbagai spesis. Bagi mereka yang sukakan adventure seperti aktiviti
jungle trekking, melihat bunga reflesia, melihat sira gajah, mandi tasik, hiking, memancing, tengok
perkampungan orang asli, mandi air terjun dan menaiki bot laju, Hutan Royale Belum adalah salah
satu destinasi terbaik di Malaysia untuk anda terokai.

Di sini juga terdapat beberapa penginapan yang boleh anda menginap & ada juga yang menyediakan
pakej-pakej tour guide untuk menerokai Hutan Royale Belum. Dan kalau inginkan sesuatu yang lebih
unik, bolehlah sewa housebot dan bermalam di atas tasik. Tasik Temenggor di Pulau
Banding merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Perak dan terbinanya tasik dan
pulau ini selepas siapnya pembinaan Empangan Temenggor. Bagi mereka yang kaki pancing, aktiviti
memancing di Tasik Temenggor adalah wajib anda cuba sekali seumur hidup.

Peta Lokasi Jarak

13. Pulau Orang Utan

Orang utan merupakan sejenis haiwan yang bijak & sangat terkenal di mana-mana negara rantau Asia
Tenggara. Kalau di Malaysia, destinasi paling popular untuk melihat orang utan adalah di kepulauan
Borneo seperti di Sipilok, Sabah. Di Semenanjung Malaysia, memang ada menempatkan orang utan
di mana-mana zoo utama seperti di Zoo Negara namun jumlahnya tidak banyak.

Pulau Orang Utan Bukit Merah yang bermula operasi sejak tahun 2000 hanya terletak kira-kira 10
minit dari Bukit Merah Laketown Resort & pulau ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada
peringkat umur bayi sehingga yang orang utan dewasa. Pengunjung perlu menaiki bot kira-kira 15
minit merentasi tasik untuk melawat pusat penjagaan orang utan di sini. Sekiranya anda bercuti &
PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<
menginap di Bukit Merah Laketown Resort, bolehlah luangkan masa bersama anak-anak ke pusat 
penjagaan orang utan di sini. Bot terakhir untuk ke Pulau Utan adalah pukul 5.00 pm.

Alamat: Jalan Bukit Merah, Semanggol, Perak

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket: RM 30 ( dewasa) | RM 18 (kanak-kanak) | RM 15 (warga emas)

Peta Lokasi Jarak 605-8908110 Facebook Website

14. Teluk Senangin

Perak mempunyai beberapa lokasi pantai peranginan yang popular di kalangan orang luar untuk
bercuti. Salah satunya adalah di Teluk Senangin yang terletak di Lumut, Perak & tidak jauh dari jeti
ke Pulau Pangkor. Kawasan pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang & pasir
yang halus sesuai untuk aktiviti suka ria tepi pantai bersama anak-anak.

Teluk Senangin mungkin tidak sepopular destinasi pantai peranginan lain seperti di Pulau Pangkor
atau di Cherating, namun tetap mempunyai tarikan yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan
destinasi percutian tepi pantai yang santai. Di sini juga ada aktiviti-aktiviti sukan air seperti banana
ride atau menaiki bot. Pilihan penginapan seperti chalet di sini tidak kurang banyaknya & lokasinya
sangat menarik di tepi pantai. Sesuai untuk anda berbulan madu di tepi pantai di Perak. Kalau cerita
bab makan, di sekitar Lumut memang banyak tempat makan best & medan ikan bakar popular untuk
makan malam.

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Peta Lokasi Jarak

15. Pantai Teluk Batik

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Satu lagi pantai peranginan di Perak yang menarik untuk bercuti. Gambarannya sama seperti di Teluk
Senangin yang terletak tidak jauh dari sini. Mempunyai kawasan pantai yang lapang dan sesuai untuk
aktiviti riadah & sukan air bersama keluarga seperti banana ride, jetski, naik bot & sebagainya.

Kawasan Teluk Batik juga terkenal dengan banyak tempat makan best pada waktu malam seperti
medan ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancongan,
pilihan tempat makan malam yang best mestilah meriah. Pilihan penginapan di sini juga memang
banyak samaada hotel ataupun chalet bajet & antara penginapan yang popular adalah Marina Cove
Resort Vigo Batik Resort dan Teluk Batik Resort.

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

Peta Lokasi Jarak

16. Menara Condong Teluk Intan

Satu destinasi yang menarik untuk anda lawati di Teluk Intan, Perak untuk melihat sendiri keunikan
bangunan condong ini yang sering menjadi mercu tanda dalam poskad atau setem di Perak. Struktur
bangunan seperti menara Pagoda dengan usia lebih 100 tahun ini mungkin kelihatan biasa-biasa &
tidak condong kalau dilihat dari jauh. Namun sebaik dekat & anda lihat dari sudut tertentu baru
perasan menara ini sebenarnya condong sedikit.

Bangunan yang ikonik ini anda boleh naik sampai ke atas melalui 110 anak tangga yang agak curam.
Dahulunya Menara Condong Teluk Intan merupakan sebuah tempat penyimpanan air dan menara
jam. Namun kini ianya menjadi sebuah mercu utama untuk bandar Teluk Intan dan negeri Perak. Di
sekitar menara ini terdapat dataran berbata yang lapang & deretan kedai termasuk tempat makan.
PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<
Kalau datang hari Sabtu & Ahad, ada pasar malam & pemandangan menara ini pada waktu malam 
lebih menarik terutamanya ketika senja.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan,
Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak

17. Bukit Larut ( Maxwell Hill)

Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan destinasi yang sangat ideal bagi
mereka yang nakkan ketenangan ataupun mungkin sebagai tempat berbulan madu di kawasan tanah
tinggi yang sejuk. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama Inggeris Bukit Larut ini ialah Maxwell
Hill? Jawapannya kerana Bukit Larut ini pernah menjadi tempat tinggal orang British sekitar tahun
1880 dan nama Maxwell diambil sempena nama George Maxwell.

Antara aktiviti menarik di Bukit Larut yang boleh anda cuba ialah melihat pemandangan cantik dari
puncak terutamanya di waktu senja, melihat bunga-bunga liar, melihat unggas-unggas yang pelbagai
jenis & jungle trekking. Penginapan di sini juga ada yang sangat unik senibinanya yang sesuai untuk
pelancong yang sukakan sesuatu penginapan yang lain dari yang lain.

Peta Lokasi Jarak

18. Kuala Sepetang

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


Kuala Sepetang boleh disimpulkan sebagai destinasi untuk anda releks-releks dan makan-makan.
Maklumlah, dah nama pun KUALA maka makanan di sini sudah tentulah yang berasaskan seafood.
Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah pekena Mee Udang. Antara
kedai yang popular kalau cakap pasal Mee Udang di Kuala Sepetang ialah Mee Udang Mak Jah.

Selain aktiviti pekena makan Mee Udang, anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti melawat
kilang pembuatan arang tradisional, naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan, melihat
kelip-kelip, melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama di Port Weld & melawat Pusat
Pendidikan Hutan Paya Laut Matang. Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang merupakan
sebuah hutan paya bakau yang terjaga yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di dalam
Daerah Matang, Perak. Terdapat kemudahan seperti platform jalan kaki, chalet dan tapak
perkhemahan untuk pengunjung yang ingin lebih mendekati dengan eko sistem hutan paya bakau.

Peta Lokasi Jarak

19. Muzium Geologi Ipoh

Salah satu tempat bersejarah yang menarik di Ipoh, Perak yang menempatkan pelbagai koleksi bahan
geologi seperti fosil, batu permata, mineral & sebagainya yang ideal untuk dijadikan sebagai destinasi
lawatan sambil belajar institusi pengajian. Pameran bahan sejarah di sini terbahagi kepada beberapa
galeria utama & juga terdapat diorama yang menunjukkan kaedah cara melombong bijih timah
seperti kaedah lombong dedah, mendulang & teknologi kapal korek.

Kalau anda sedang belajar jurusan arkitek atau geologi, mungkin tarikan seperti sampel bijih timah
Lembah Kinta & jenis batuan adalah yang paling menarik kerana memang tiada pameran sebegini di
tempat lain. Susunan bahan pameran di sini juga sangat
PROMOSIsistematik & Ramadhan
Buffet terdapat juga dinasour
2018 t-rex
>Semak<
dalam saiz yang agak besar yang akan bergerak & mengaum sebaik anda berdekatan dengannya. 
Anak-anak kecil pasti teruja.

Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak,
Malaysia

Waktu Operasi:

9.00 am – 12.30 am & 2.00pm – 4.30 pm( Isnin-Khamis)

9.00 am – 12.00 am & 3.00pm – 4.30 pm( Jumaat)

Sabtu/Ahad/ Cuti Am (Tutup)

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak 605-540 6000 Website

20. Muzium Arkeologi Lenggong

Muzium ini adalah galeri yang dibina di Kota Tampan sebagai simbolik kepada tapak arkeologi
tentang sejarah paleolitik di negara Malaysia. Di sini menempatkan pelbagai artifak dan bahan
prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10
ribu – 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh & juga koleksi peralatan pada zaman
Paleolitik yang dijumpai di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan juga Lawin.

Muzium Arkeologi Lenggong mempunyai hampir 10 galeri yang berbeza pameran & rata-ratanya
adalah berkisarkan tentang sejarah paleolitik, teknologi zaman batu & sebagainya. Sesuai sebagai
tempat lawatan sambil belajar sekolah menengah untuk melihat lebih dekat tentang perkakasan,
lukisan gua, budaya orang asli, teknologi zaman kuno & sebagainya di Malaysia. Lokasi galeri ini
juga senang diakses dengan kenderaan hanya 7-8km dari Pekan Lenggong.

Alamat: Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400
Perak Darul Ridzuan.

Waktu Operasi: 9 am – 5 pm ( Isnin-Ahad) | 9 am-12 pm & 3 pm – 5 pm (Jumaat)

Harga Tiket: Percuma

Peta Lokasi Jarak 605-7679700 Website

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


21. Tempat Menarik di Perak untuk Mandi Manda Air Terjun 

Perak mempunyai begitu banyak pilihan destinasi tempat mandi manda di air terjun. Namun tidak
semuanya yang sering menjadi kunjungan orang ramai & ada sesetengahnya pula agak pedalaman
serta susah nak diakses dengan kenderaan. Sekiranya anda ingin mencari tempat mandi manda di
Perak yang menarik, berikut adalah destinasi yang popular.

Air Terjun Hulu Kernas – Sebuah air terjun yang popular di Kuala Kangsar yang terletak di
dalam Hutan Lipur Ulu Kernas. Akses yang mudah dan terletak hanya 13 km dari pekan Kuala
Kangsar menjadikan destinasi air terjun ini sering menjadi pilihan untuk aktiviti mandi manda
air terjun.
Air Terjun Lata Kinjang – Sebuah tempat mandi air terjun yang sangat popular kerana air
terjun di sini sangat tinggi dan mempunyai kemudahan yang lengkap untuk aktiviti berkhelah,
berkhemah, jungle trekking, abseiling ataupun memancing. Terletak kira-kira 18 km dari pekan
Tapah, Perak.
Air Terjun Lata Iskandar – Sebuah kawasan air terjun di Hutan Lipur Lata Iskandar yang
terletak di pertengahan di antara Cameron Highland dan Tapah. Air terjun ini bersumber dari
bukit yang pasti sejuk dan dingin airnya. Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk
aktiviti meredah hutan. Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan
kraftangan yang menarik sebagai cenderahati pada harga yang sangat berpatutan.
Air Terjun Lata Kekabu – Sebuah destinasi air terjun yang menarik yang terletak di Hutan
Lipur Lata Kekabu dan lokasinya tidak jauh dari jalan utama Kuala Kangsar – Lenggong.
Kemudahan prasaran seperti pondok, parking kereta dan tandas tersedia untuk pengunjung.

Cari Penginapan TERBAIK di Perak

Itulah dia sebahagian besar tempat menarik di Perak Darul Ridzuan yang paling popular & sering
menjadi kunjungan pelancong. Kalau anda pertama kali ingin bercuti di Perak sangat dicadangkan
untuk pilih destinasi-destinasi di atas. Sebenarnya memang banyak lagi tempat percutian lain di Perak
yang juga boleh dikategorikan sebagai destinasi pelancongan namun tidak begitu dicadangkan untuk
mereka yang datang dari luar Perak kerana mungkin biasa-biasa sahaja yang boleh anda temui di
negeri anda. Untuk acara jalan jalan cari makan anda di Perak, bolehlah cari idea di beberapa lokasi
makan menarik di Ipoh. Semoga memberi anda seribu idea untuk mencari destinasi percutian
menarik di Perak kelak, wassalam.

j h s z y o 681
SHARES

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<



25 Komen
SYUKRIAH 5 MAC, 2018
Tempat makan yang best area kellie castle ?
Balas

zura 26 FEB, 2018


daerah berhampiran dengan lenggong…..igt nk ke sana dlm bln 3 cuti sekolah
Balas

rina 7 JAN, 2018


Banyak tempat yang best ni mesti kena pegi ni
Balas

rina 7 JAN, 2018


Bestnye banyak tempat boleh lawat ni
Balas

Ck faizal 29 DIS, 2017


Hai..
Kt taiping pe tempat yg menarik?
Makan best2?
Balas

iMail 22 DIS, 2017


hmm..yg mana 1 paling best nak pi ni…
Balas

ain 6 DIS, 2017


ada musim durian lagi tak di perak? suggest tempat yang harga murah
Balas

iqbal 16 DIS, 2017


dekat jahang gopeng ada banyak orang jual tepi jalan.. harga tak menentu
Balas

rozieta 28 NOV, 2017


nak perak ada kenduri sambil2 nak holiday di perak bawa keluarga.. start di sungkai, bidur. apa yg
menari.
Balas

Dini 20 NOV, 2017


Sapa tahu mknn ape yg best kt perak ? Makanan signature perak?
Balas

Aby 29 NOV, 2017


Nasi Lemak Ayam Kampung di pekan Ipoh..
43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak..
Twin Char Kuey Tiaw di Meru Raya..
57, Jalan Meru Bestari A2, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak
Nasi ganja di pekan lama Ipoh…
2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Balas PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<

Abang teksi 13 FEB, 2018
Cendol Laksa Cik Tie terbaik jika melawat ke Ipoh rugi tak cuba
Balas

Mohd sazali 8 NOV, 2017


Mizanaim homestay Kuala kangsar 012285124
Mohd Ismail.
Balas

Mohd sazali 8 NOV, 2017


mizanaim homestay Kuala Kangsar 0122285124
Balas

Fizah ahmad 7 SEP, 2017


Sapa2 nak ipoh…nak homestay…cuba la di Homestay Seri Impian Tambun…call/whatsapp 012-
2852746 en.zali
Balas

ina 27 NOV, 2017


salam En. Zali,
nak tanya..berapa semalam
Terima kasih.
Ina
Balas

Cikgu Midah 10 OGO, 2017


Dah booking 1 mlm di Lumut. Nampaknya kena booking 1 mlm lg di Ipoh pulak.
Balas

Liz 26 JUL, 2017


Xtaw lh nk pegi yg mne satu..smuenye best
Balas

yasmin 7 JUL, 2017


uyyoo..bestnyer
Balas

ipoh backpacker 9 JUN, 2017


ipoh memang best !
Balas

parit buntar 8 JUN, 2017


bangga teman jd org perok.
Balas

aiman 2 MAC, 2017


perak memang best..tp makanan dia tak pasti apa yg best.
Balas

Sharifah fazeera 13 MAC, 2017


Bestt lah
Balas

PROMOSI Buffet Ramadhan 2018 >Semak<


ika 23 JAN, 2017 
best ye…..tmpt di perak.
Balas

Epyyy 1 FEB, 2017


Blh laaa
Balas

Sila Komen

Komen

Nama

Email*

Website

HANTAR KOMEN

Cari Destinasi Copyright © 2018. sitemap | hubungi | about | disclaimer | terma | privac

You might also like