You are on page 1of 15

EDM2104 PEDAGOGI

TUGASAN 1 (PENGAJARAN MIKRO) Pengajaran Mikro Pengajaran Mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Dengan itu, dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

Definisi Pengajaran Mikro Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menuru Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi ransangan, penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain. Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran mikro merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakalbakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.

Konsep Pengajaran Mikro Pengajaran Mikro ialah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima belas (15) minit. berperingkat. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran mengajar secara

Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti

pengajaran seperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba
1

EDM2104 PEDAGOGI

menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran mikro tersebut. Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan focus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Pengajaran Mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah mikro bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan kecil dalam serba serbi.

Kepentingan dan Faedah Pengajaran Mikro Menurut Mok Soon Sang (2008), menyatakan terdapat banyak kepentingan dan faedah dalam pengajaran mikro ialah guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Guru-guru pelatih juga boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah dan ia juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. Dengan melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. Selain itu, dengan melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihankelebihan kemahiran mengajar. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah. (Penyelidikan dan Inovasi IPG Ipoh, 2009).

EDM2104 PEDAGOGI

Pelaksanaan Pengajaran Mikro Dalam melaksanakan pengajaran mikro, satu rancangan mengajar yang singkat antara lima hingga dua puluh minit perlu dibina berdasarkan bidang kepakarannya. Guru juga perlu membuat objektif yang spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan, satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan, pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan

penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah 1 di bawah:

Pencerapan (Komen)

Perancangan Rancangan Perancangan Harian (RPH) Pengajaran (Mengajar) Rajah 1: Kitaran Pengajaran Mikro

Proses Melaksanakan Sesi Pengajaran Mikro Beberapa model pengajaran mikro telah disarankan oleh pakar-pakar pengasasnya. Model Pengajaran Mikro berasal daripada D.Allen dan K. Kyan ialah:

EDM2104 PEDAGOGI

Mengikut model ini, guru-guru pelatih yang melibatkan sesi praktik ini terpaksa merancang dan mengajar dua kali. Ini mungkin akan menjadikan guru-guru pelatih merasa bosan. Untuk mengatasi masalah ini, George Brown dari university Ullster menyarankan satu model pengajaran yang lebih ringkas, iaitu:

Kedua-dua model pengajaran mikro tersebut telah diubahsuai mengikut keperluankeperluan latihan perguruan setempat. Di institut-institut perguruan di negara kita, lazimnya model pengajaran mikro melibatkan empat peringkat, iaitu peringkat pengenalan, peringkat perancangan, peringkat pelaksanaan dan peringkat maklum balas. Rajah berikut

menggambarkan secara ringkas peringkat-peringkat pengajaran mikro di institut perguruan di negara kita.

Jenis-jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro Terdapat pelbagai jenis kemahiran dalam pengajaran Mikro iaitu kemahiran set induksi, kemahiran memberi penerangan, kemahiran menggunakan contoh, kemahiran

mengolah isi pelajaran, kemahiran variasi ransangan, kemahiran penyoalan, kemahiran pengukuhan dan kemahiran penutup. Kemahiran-kemahiran tersebut akan membantu guru-guru atau pelatih menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih mudah, lancar dan efektif.

EDM2104 PEDAGOGI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 Mata pelajaran: Kelas: Tema/ Tajuk: Masa: Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu Harmoni Sains Hayat / Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup 8.00am - 9.00am (60 minit)

Standard Pembelajaran: 1.1.1, 1.1.2 dan 1.1.3 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Membuat pemerhatian dan mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 3/5 ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup. iii. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: i. Murid dibawa ke luar bilik darjah untuk memerhatikan benda hidup dan benda bukan hidup. ii. Murid diminta membezakan benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan pemerhatian secara lakaran atau lisan. iii. Murid diberi latihan pengukuhan berdasarkan lembaran kerja yang disediakan.

EDM2104 PEDAGOGI

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan menghargai alam sekitar Bahan Bantu Belajar: Kad gambar, kad imbasan dan lembaran kerja Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Pelajar dapat mencapai sekurang-kurangnya 70% betul dalam lembaran kerja. Refleksi:

EDM2104 PEDAGOGI

FASA Set Induksi (5 minit)

KANDUNGAN Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. Soalan guru: 1) Apakah benda ini? 2) Adakah ikan benda hidup?

CADANGAN AKTIVITI 1) Guru menampal contoh-contoh gambar benda hidup dan benda bukan hidup pada papan tulis. 2) Guru memulakan kelas dengan mengemukakan soalan tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

CATATAN Kad gambar ( ikan, pokok, bola, beg)

Pencetusan Idea (15 minit)

Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup.

1) Guru mengagihkan 7 orang murid dalam dua kumpulan.

Kad imbasan

2) Guru mengagihkan 5 kad imbasan kepada setiap kumpulan.

3) Setiap kumpulan disuruh membezakan kad-kad imbasan berdasarkan benda hidup dan benda bukan hidup.

EDM2104 PEDAGOGI

Menjana idea ( 20 minit )

Membuat pemerhatian tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

1) Guru mengagihkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.

Lembaran Kerja 1

2) Guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

3) Guru membawa murid-murid pergi ke kawasan luar bilik darjah.

Membuat lakaran berdasarkan pemerhatian.

4) Murid-murid diminta memerhatikan benda-benda yang terdapat di sekeliling kawasan luar bilik darjah.

5) Setiap murid diminta melakar satu benda hidup dan satu benda bukan hidup masing-masing.

Nilai moral: kreativiti, menghargai alam sekitar

6) Murid-murid dikehendaki membincangkan lakaran mereka dalam kumpulan.

Perbincangan: Membuat bandingan lakaran masing-masing.

EDM2104 PEDAGOGI

Menghargai alam sekitar.

7) Guru mengingatkan murid-murid menghargai alam sekitar dengan

Soalan guru: 1) Bolehkah kita memetik bunga? Mengapa?

mengemukakan soalan.

2) Adakah tong sampah itu benda hidup?

3) Di manakah kita membuang sampah?

4) Bolehkan kita membuang sampah di mana-mana tempat?

Mengaplikasi Idea (15 minit)

Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup.

1) Murid-murid diminta mengelaskan benda bukan hidup dan benda hidup berdasarkan lakaran mereka dalam kumpulan.

Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3

EDM2104 PEDAGOGI

2) Guru menyuruh wakil dari setiap kumpulan membentangkan jawapan mereka berdasarkan lakaran.

3) Guru memeriksa jawapan mereka.

4) Guru mengemukakan soalan.

Menyatakan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup. Soalan guru: 1) Adakah pokok itu benda hidup? Mengapa?

5) Guru menerangkan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

6) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

7) Guru membincangkan jawapan dengan murid- murid secara lisan.

2) Adakah kereta itu benda hidup? Mengapa?

Penutup (5 minit)

Mengingatkan murid-murid tentang ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

1) Guru mengemukakan soalan tentang ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
10

EDM2104 PEDAGOGI

Soalan guru: 1) Apakah ciri-ciri benda hidup? 2) Apakah ciri-ciri benda bukan hidup?

2) Guru menekankan kepentingan menjaga dan menyayangi alam sekitar.

Menghargai alam sekitar.

11

EDM2104 PEDAGOGI

Lembaran kerja 1

Lukiskan gambar pada ruangan yang betul.

12

EDM2104 PEDAGOGI

Lembaran Kerja 2

13

EDM2104 PEDAGOGI

Lembaran kerja 3

14

EDM2104 PEDAGOGI

Rujukan

Dr. Ragbir K.K.S. (2012). Pedagogi. Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Penyelidikan dan Inovasi IPG Ipoh. (2009). Retrieved April 4, 2012 from http://ipgipoh.info/research/index.php?option=com_content&view=article&id=88:pmikro&cati d=35:pedagogipsikologi

15

You might also like