You are on page 1of 2

SEK. KEB.

PARIT BULAT Telefon : 06-9883510


WP SERI MENANTI
Faksimili : 06-9883510
84160 MUAR
E-mail : jba5060@moe.edu.my
JOHOR (JBA5060)

Rujukan Kami : SKPB/UPSR/1

Tarikh : 26 Jun 2019

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani

(U.P : Encik Muhammad Adam Bin Senin)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH TEKNIK DAN BENGKEL MENJAWAB SOALAN


KERTAS PEMAHAMAN & PENULISAN BAHASA INGGERIS UPSR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab
Bahasa Inggeris khas untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun
ini.

3. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid
menjawab soalan-soalan peperiksaan khasnya soalan Kertas Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Seterusnya sebagai persediaan kepada murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seorang daripada guru tuan seperti nama di
atas untuk menjayakan program berkenaan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 03 Jul 2019


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 10.10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPB
Peserta : 10 orang murid

5. Semoga program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan seterusnya
dapat meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Segala kerjasama dan kesudian daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

…………………………….

You might also like