You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG


SK BANDAR ANGGERIK 2019/2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam family of SKBA.


Yang saya hormati,
Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya
bersyukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk
mencoretkan kata alu-aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-23, PIBG SK Bandar Anggerik.
Syukur Alhamdulillah.
Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan,
AJK PIBG, KSIB dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menerajui PIBG SK Bandar Anggerik bagi sesi 2019/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya.
Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka
kita dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik
sekolah kita khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga
SK Bandar Anggerik kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang baik .Selain bidang
akademik, wakil sekolah kita telah menjadi juara bola sepak peringkat piala Raja Muda
Selangor.
Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membaikpulih dan membangunkan
insfastruktur sekolah dengan hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah.
Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua
ibu bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama
menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.
Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 ingin memohon maaf
sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP
PIBG sesi 2019/2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan
sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


(AZRIN BIN AHMAD ZAHDI)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik.

You might also like