You are on page 1of 1

Bismillah.. Assalamualaikum wrh..

Alhamdulillahirabbal alamin…

Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Yang berusaha, Pn Hjh Rafiah bt Johari, Guru Besar SKSB,

Yang dihormati, Pn Roziyatun bt Abd Majid, GPK1, Pn Norasikin bt Md Noh, GPK HEM, Pn Norhayati
bt Nanang, GPK Koku, barisan rakan guru cemerlang dan barisan anak didik yang gemilang dan
terbilang.

Selamat datang ke SKSB bagi sesi persekolahan tahun 2020! Terlebih dahulu saya ingin mengalu-
alukan kehadiran Pegawai JPN Johor iaitu Cikgu …. Selamat datang cikgu. Cikgu … merupakan
pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk melihat kelancaran hari pertama persekolahan kita
pada tahun ini. Oleh itu, saya minta semua warga sekolah memberikan kerjasama yang baik kepada
beliau.

ANak-anak didik sekalian, sempena kedatangan Tahun Baru 2020 ini, cikgu ingin berpesan kepada
semua anak-anak, tingkatkan sahsiah diri, belajar dengan lebih tekun, hormati guru-guru, patuh
nasihat ibu bapa supaya mulai hari ini hingga seterusnya, kita akan menjadi seorang manusia yang
berdedikasi, dengan iman yang teguh serta mempunyai matlamat untuk Berjaya.

Sayangi diri anda sepenuhnya. Pastikan diri anda berada dalam keadaan yang sihat, fizikal yang
mantap supaya mudah untuk menerima ilmu yang diajar oleh guru.

Di kesempatan ini, cikgu berharap agar tahun 2020 ini memberi sinar yang bahagia kepada kita
semua sesuai dengan namanya SK sinar bahagia.

Sekian, wabillahi taufiq

You might also like