You are on page 1of 5

Projek Matematik Sekolah (School Mathematics Project, SMP)

Telah meninggalkan kesan dalam perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia pada tahun 1970-an. Di bawah Rancangan KLSM, Sukatan Pelajaran Matematik Moden untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 adalah digubal berdasarkan kandungan Projek Matematik Sekolah (SMP). Ditubuhkan di Britain pada bulan Julai 1961. Tujuan projek ini ialah menyediakan satu sukatan pelajaran matematik yang lebih progresif untuk sekolah menengah.

Di bawah pimpinan Profesor Bryan Thwaites dari Universiti South-ampton, ahli panelnya yang kebanyakan terdiri daripada guru matematik, berjaya menghasilkan bahan-bahan SMP untuk digunakan sebagai bahan-bahan pelajaran Matematik moden di sekolah-sekolah menengah. Projek ini bukan sahaja menyediakan pelajar untuk Sukatan Pelajaran Pilihan C bagi Peringkat O dan A dalam Peperiksaan General Certificate of Education (GCE) di England, tetapi juga menghasilkan pelbagai alat bantu mengajar dan kad kerja untuk digunakan dalam aktiviti p&p

Isi kandungan sukatan pelajaran di bawah SMP adalah berbeza dengan sukatan pelajaran matematik tradisi. Topik-topik matematik moden yang dimasukkan dalam sukatan pelajaran SMP ialah, set, sistem nombor, struktur algebra, transformasi, ketaksamaan, program linear, statistik, vektor, matriks, dan kebarangkalian. Dari segi pengajaran dan pembelajaran SMP, pendekatan aksiomatik yang diutamakan dalam matematik tradisi diketepikan dan pendekatan bersepadu di antara bidang aritmetik, algebra dan geometri sering diamalkan.

Buku-buku teks yang diterbit mendapat sambutan baik dan digunakan secara meluas di sekolah-sekolah menengah di England.
Bahan-bahan yang terkandung dalm buku teks SMP adalah terlalu akedemik dan abstrak, jadi, proses taakulan yang kompleks untuk memahami konsepnya diperlukan. Walaupun projek ini mencapai tujuan meningkatkan mutu matematik di sekolah menengah, tetapi masih tidak sesuai dipelajari oleh murid-murid yang lemah dalam matematik.

You might also like