You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ORIENTASI TAHUN 1 SK NENASI 2020

QUE ANN CATATAN


SEBELUM Hadirin yang dimuliakan,
MAJLIS
BERMULA
Majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu, tuan-tuan
dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,


PERASMI Yang Dihormati, __________________________
________________________________________

KATA ALUAN Yang Berusaha,


PENGERUSI Puan Hanisah Binti Hamzah
MAJLIS Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi

Encik Yazid Bin Khiruddin


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Norhidawati Binti Ramli


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Nadiah Binti Emran


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, para ibu


bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat
yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum dan Selamat datang diucapkan


ke Majlis hari Orientasi Tahun 1 SK Nenasi.

Saya Puan Shahirah akan mengacarakan majlis ini


hingga ke penghujungnya.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kehadiran
murid-murid Tahun 1 2020.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama mengaminkan doa yang akan diketuai
oleh Ustaz Mohd Zul-Fiqar Bin Mat Yunus

Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.


********************************************************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Ustaz Zul-Fiqar atas
bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENYELARAS Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan
TAHUN 1 dengan ucapan daripada Guru Penyelaras Tahun
1 iaitu Cik Saidatul Najihah Binti Jaafar.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


**********************************************************
*****
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Cik
Saidatul Najihah atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN GURU Tirai Majlis hari ini diteruskan lagi dengan ucapan
BESAR daripada Yang Berusaha Puan Hanisah Bini
Hamzah selaku Guru Besar SK Nenasi.

Dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan.

*******************************************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Puan Hanisah atas ucapan yang diberikan.
TAKLIMAT Hadirin sekalian,
TRANSISI
Program pada hari ini adalah bertujuan
mendedahkan bakal murid Tahun 1 kepada
suasana persekolahan yang sebenar serta bagi
memberi penerangan kepada ibu bapa mengenal
hal ehwal sekolah yang perlu mereka ketahui.
Bagi menerangkan dengan lebih jelas berkenaan
program kita hari ini, saya dengan ini menjemput
dan mempersilakan
Puan Norhidawati Binti Ramli
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Nenasi
untuk menyampaikan taklimat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*********************************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Norhidawati di atas taklimat dan
penerangan yang diberikan tadi.

PENUTUP Majlis sebentar lagi akan diteruskan dengan hari


orientasi bagi murid-murid Praseolah sesi 2020.

Dengan berakhirnya taklimat dan pengenalan


transisi itu tadi, maka berakhirlah majlis Orientasi
Tahun 1 pada hari ini.

********************************************************
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua
penjaga dan murid Tahun 1 yang telah hadir pada
hari ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak


terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Hari orientasi
Tahun 1, Jawatankuasa Program Transisi Tahun
1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Saya akhiri majlis dengan lafaz


Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like