You are on page 1of 3

[Type here]

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam sejahtera,

Yang Dihormati YM Tengku Abdol Hakim bin Tengku Jaafar

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Batu Talam

Encik Junaidi bin Abdul Hamid

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Abdul Mutalib bin Nordin

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru

Para ibu bapa dan penjaga Murid Tahun 1

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian…

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari
yang berbahagia ini bagi menyempurnakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi tahun 2023

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa dan penjaga bagi murid Tahun 1 dan
seterusnya memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

_______________________________________________________________

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, pihak majlis mempersilakan Ustaz Ahmad Syahril
untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Amin amin ya rabbal aalamin… terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Syahril.

_______________________________________________________________

Majlis pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat berkaitan
KSSR dan beberapa maklumat terkini daripada Yang Dihormati YM Tengku Abdol Hakim bin
Tengku Jaafar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Batu Talam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan GPK PENTADBIRAN -

[Type here]
[Type here]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada GPK Pentadbiran
atas ucapan itu tadi.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan taklimat Encik Junaidi bin Abdul Hamid, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Batu Talam. En Junaidi akan
menerangkan tentang Disiplin dan Peraturan Sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan PK HEM -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada GPK HEM atas
ucapan itu tadi.

_______________________________________________________________

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Seterusnya, saya selaku Guru kelas Tahun 1 akan menyampaikan sedikit maklumat mengenai
Program Transisi Tahun 1.

Program Transisi merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina
keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Program Transisi diorganisasi dalam 2 fasa iaitu

Fasa Penyesuaian (20 Mac 2023 - 31 Mac 2023)

dan Fasa Kesediaan (03 April 2023 – 14 April 2023).

Program ini melibatkan kelas 1 Bestari yang mempunyai seramai 28 orang murid.

Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Randah (KSSR) dengan penekanan
terdadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid.

Sejajar dengan Visi KPM iaitu ABC – Anak Baik lagi Cerdik.

-belajar ikut MODUL transisi yang disediakan

-berpandukan KIT PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) EDISI 2 yang merupakan
terbitan baharu 2023 daripada BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KPM

-Selama 4 minggu ini, tiada aktiviti pdpc menggunakan buku teks. Jadi semua murid tak perlu
lagi bawa buku teks atau buku tulis. Hanya bawa alat tulis atau bahan yang diminta sahaja.

[Type here]
[Type here]

- Pelaksanaan aktiviti akan menjurus kepada beberapa pendekatan. Antaranya pendekatan


bertema dan pembelajaran berasaskan projek

-begitulah sedikit sebanyak maklumat terkini mengenai PROGRAM TRANSISI TAHUN 1.

Baiklah hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian taklimat itu tadi, maka berakhirlah program Hari Orientasi
Tahun 1 bagi tahun 2020

Terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang sudi hadir untuk
memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Saya bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai tersilap kata, tersalah bicara sepanjang
majlis kita berlangsung pada hari ini.

Sekian.. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan jumpa


lagi.

[Type here]

You might also like