You are on page 1of 3

Teks Pengacara Majlis Program Jom Ke Sekolah 2019

Assalamualaikum…

Majlis Permuafakatan
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan, Dan para hadiran ke
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Program Jom ke
sekolah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2019, Sekolah Kebangsaan Nadak Sesi 2019.

Yang Berusaha,
Pn. Hajah Nor Hasimah binti Abdullah Guru Besar SK Nadak
Yang berbahagia,
KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan Sekolah,
En Abdul Rahim bin Hj Ali, YDP PIBG
Yang berusaha,
En. Rahmat bin Mohammed Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Pn Wan Zainab binti Wan Yaacob Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Yusof bin Ab Majid Guru Penolong Kanan Kokurikulum
guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu
sekolah. Para hadirin dipersilakan berdiri.

Pada hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Azharudin bin Ahmad
Zakaria. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM): Program Jom ke sekolah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2019,
Sekolah Kebangsaan Nadak Sesi 2019.

Untuk pengetahuan semua, Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif
antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha
menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
Kehadiran PPS melalui program Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan
akan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif..
Majlis diteruskan dengan pembacaan Perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia yang
akan dibacakan oleh yang berbahagia KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan Sekolah.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia, KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan
Sekolah

Seterusnya, majlis menjemput pula yang berusaha Pn Hajah Nor Hasimah binti Abdullah Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Nadak untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia . Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajah Nor Hasimah binti Abdullah Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Nadak Atas ucapan itu tadi

Seterusnya, tibalah kita ke acara perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program
Jom ke sekolah 2019 dan Pelancaran Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah.

Oleh itu, dijemput yang berbahagia KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan Sekolah
untuk merasmikan perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Program Jom ke sekolah 2019.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia KPL Sahri bin Khalid atas perasmian sebentar
tadi.

Seterusnya Majlis mempersilakan Pn Hajah Nor Hasimah binti Abdullah guru Besar SK Nadak
dan En Abdul Rahim bin Haji Ali YDP PIBG Mengiringi KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan
Sekolah ke luar dewan bagi acara pelancaran Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis
Sekolah (PPPS).

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia KPL Sahri bin Khalid atas pelancaran itu tadi.
.
Dengan perasmian itu tadi tadi, maka berakhirlah program Majlis Permuafakatan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Program Jom ke sekolah 2019
pada hari ini.
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hajah Nor
Hasimah binti Abdullah guru Besar SK Nadak untuk menyampaikan cenderamata kepada yang
berbahagia KPL Sahri bin Khalid Pegawai Perhubungan Sekolah
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada guru Besar SK Nadak Pn Hajah Nor Hasimah
binti Abdullah atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Saya juga memohon maaf andai ada tersalah tutur bicara sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, ................................‫وباهلل توفيق والهداية‬

You might also like