You are on page 1of 1

LAPORAN AJK PROTOKOL DAN SAMBUTAN

PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 PJ ASICS

Pada 13 Julai 2016, seramai 20 orang pelatih semester 5 PISMP Pendidikan Jasmani
IPG Kampus Dato Razali Ismail telah mengadakan Pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 Pj
Asics. Kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan pengelolaan sesuatu
pertandingan.

Sebagai AJK protokol dan sambutan, kami perlu memastikan protokol keseluruhan majlis
berjalan dengan lancar. Oleh hal yang demikian kami perlu merujuk kepada pensyarah
berkenaan bagi memastikan atur cara majlis mengikut protokol. Sehubungan dengan itu, kami
telah berhubung dengan Ahli Jawatankuasa Induk untuk memastikan bilangan tetamu VIP yang
hadir berserta dengan senarai nama-nama pemenang.

Seterusnya adalah menguruskan majlis di mana kami perlu melantik pengerusi majlis,
penyediaan teks pengerusi majlis dan melantik pengacara majlis bacaan doa. Kami telah
bermesyuarat bersama AJK protokol dan sambutan dan Ajk Induk Program untuk memastikan
atur cara program yang kami rangka tepat atau perlu melakukan pengubahsuaian.

Semasa program penutupan majlis berlangsung pengacara majlis telah melakukan


tugasnya dengan lancar dan AJK protokol dan cenderahati yang lain telah memastikan
perjalanan majlis berjalan lancar dengan berhubung di antara satu sama lain. Majlis penutup
telah berjalan dengan lancar dirasmikan oleh Encik Azmi Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum
dengan jayanya.

You might also like