You are on page 1of 2

LAPORAN AJK PROTOKOL

Pada 29 Mac 2012 yang lalu, kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan(PISMP) bagi semester 3 telah menjalani program BIna Insan Guru (BIG)
dengan menganjurkan program seminar Pendidikan Etiket Dan Protokol Majlis.
Program Seminar pendidikan ini dianjurkan bertempat di Dewan Kirby IPGM Kampus
Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Program ini di anjurkan bertujuan untuk memberi
peluang dan pendedahan kepada guru-guru pelatih memperolehi pengetahuan
mengenai asas dalam mengendalikan sesuatu majlis rasmi terutama bakal- bakal guru
kelak yang akan berada di sekolah nanti.
Taklimat mengenai perlaksanaan BIG bahagian seminar ini telah di sampaikan
oleh Puan Rohaya Binti Ahmad pada 13 Mac 2012. Rentetan daripada taklimat itu,
semua ketua kelas dan penolong ketua kelas guru pelatih Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan(PISMP) semester 3 telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli
jawatankuasa program. Berdasarkan keputusan mesyuarat, saya Nur Ain Binti Adnan
telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa protokol. Setelah selesai mesyuarat lantikan
ahli jawatankuasa, AJK protokol telah mengadakan perbincangan bagi mengagihkan
tugasan kepada ahli. Setelah itu perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi
memastikan perlaksanaan tugasan berjalan dengan lancar.

Tugas AJK protokol yang pertama ialah menguruskan majlis iaitu melantik
pengerusi majlis, penyediaan teks pengerusi, bacaan doa, penyediaan teks ucapan
untuk kegunaan tetamu VIP yang hadir, majlis ceramah, pemeriksaan kesihatan dan
majlis perasmian penutup program. Program berjalan dengan lancar selari dengan
catatan tentatif program yang telah dinyatakan di dalam buku program. Majlis bermula
pada jam 8 pagi hingga jam 10 pagi bagi sesi pertama.Pada sesi pertama ini telah
diadakan ceramah mengenai pengucapan awam. Seterusnya majlis diteruskan lagi
pada jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang bagi sesi kedua. Pada sesi ini telah diadakan
ceramah mengenai Etiket dan Protokol dalam majlis-majlis rasmi seperti perhimpunan
di sekolah, program yang melibatkan golongan VIP dan seterusnya juga golongan yang
lebih atasan. Pengacara majlis yang telah dilantik untuk mengendalikan majlis ialah
saudara Muhammad Faez Bin Yusoff. Manakala bacaan doa telah dipimpin oleh
saudara, Noor HasraHakimi Bin Hassan.

Tugasan lain yang dikendalikan oleh Biro Protokol dalam Program Bina Insan
Guru bahagian seminar ini ialah bertugas untuk menyambut tetamu kehormat iaitu
penceramah jemputan khas dari Institut Aminudin Baki, Encik Ismail Bin Ibrahim.
Sebagai penyambut tetamu kehormat, Biro Protokol harus memastikan terlebih dahulu
persiapan tempat yang disediakan khas untuk tetamu kehormat dan perkara-perkara
lain seperti penyediaan makanan dan cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum
mereka datang ke tempat program berlangsung. Oleh yang demikian, komunikasi dan
kerjasama dengan biro-biro lain seperti Biro Makanan dan Biro Tugas Khas amat
penting bagi memastikan tiada sebarang cacat cela yang timbul ketika tetamu kehormat
yang dijemput tiba ke tempat program tersebut.
Namun, kami akui terdapat masih banyak kelemahan kami dalam menjalankan
tugas sebagai AhliJawankuasa Protokol bagi Program BinaInsan Guru bahagian
seminar 2012 ini. Akhir kata dari kami, selaku peserta yang bertanggungjawab
melaksanakan tugas protokol, kami telah berusaha melakukan yang terbaik dan kami
akui pengalaman yang kami dapat peroleh merupakan ilmu yang sangat bernilai.
SekianTerimaKasih.
Disediakan oleh,

..
(NUR AIN BINTI ADNAN)
Ketua Ahli JawatankuasaProtokol,
Program Bina Insan Guru Seminar Pendidikan,
PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2011

You might also like