You are on page 1of 4

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

27 SEPTEMBER – 4 OKTOBER 2018

SEBELUM

Pelajar kursus elektif terbuka Pengurusan Acara PACK3013 semester 7 Ambilan Jun
2015 telah mengendalikan satu majlis iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 Peringkat
IPGKBM bagi memenuhi soalan kerja kurusus. Kami telah mengadakan mesyuarat untuk
perlantikan jawatankuasa pengelola dan jawatankuasa pelaksana untuk menganjurkan Bulan
Bahasa Kebangsaan 2018 Peringkat IPGKBM dengan kerjasama anjuran Jabatan Pengajian
Melayu IPGKBM. Saya Alsriedha Binti Buker telah dipilih untuk menjadi ketua bagi AJK Buku
Program. Beberapa taklimat ringkas diberikan kepada ketua-ketua jawatankuasa seperti
pemilihan ahli jawatankuasa kecil dalam kalangan pelajar semester 1 dan semester 3.

Kesemua ketua AJK telah menyenaraikan nama-nama AJK yang akan bertugas di
bawah bidang tugas masing-masing. Beberapa pelajar semester 3 telah saya masukkan ke
dalam senarai AJK Buku Program seperti Muhammad Hazim bin Mohammed Yusoff dan Ivy
Vivinna Yung anak Michael. Saya telah memberikan taklimat ringkas kepada mereka
berkenaan bidang tugas buku program. Saya telah mengumpulkan data, maklumat majlis,
atur cara program daripada ahli jawatankuasa yang lain sepanjang tempoh masa
pelaksanaan sebelum hari kejadian. Saya akan berkongsi maklumat dan data kepada ahli
jawatankuasa kecil saya untuk memudahkan kerja dalam menyiapkan buku program.

Kami telah berkolaborasi dengan ajk jemputan dan ajk publisiti untuk mendapatkan
reka bentuk yang sesuai digunakan untuk Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Segala
maklumat akan dimasukkan dala buku program seperti objektif, atur cara program,
jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Buku Program pada majlis Diskusi Bahasa
hanya dimasukkan atur cara program atas persetujuan daripada semua ketua-ketua ajk.
Namun, saya tidak berjumpa dengan pensyarah di bawah AJK Buku Program untuk membuat
semakan terakhir kerana terdapat kekangan masa dan perubahan atur cara pada minit-minit
terakhir.
Pada 24 September 2018, satu mesyuarat telah diadakan di lobi menara IPGKBM
bersama semua ahli jawatankuasa pengelola dan ahli jawatankuasa kecil setiap AJK. Setiap
ketua ahli jawatankuasa memberikan taklimat kepada ahli jawatankuasa kecil dalam setiap
perkembangan bidang kerja masing-masing.

Pada 3 Oktober 2018, saya telah berjumpa dengan pensyarah iaitu Dr Zanariah dan
Puan Hayati bagi membuat semakan terakhir sebelum membuat cetakan. Saya dapati
terdapat banyak kesalahan dari segi format buku program dan kesalahan bahasa. Selepas
itu, saya telah membuat pengemaskinian terakhir sebelum berjumpa unit teknikal iaitu Encik
Azizan untuk membuat cetakan. Namun, terdapat perubahan dalam rekaan latar belakang
buku program disebabkan perubahan rekaan seranta yang terbaharu. Oleh itu, dengan
bantuan Encik Azizan, saya dapat menyiapkan buku program pada masa yang telah
ditetapkan dan mencetak buku program 10 keping yang berwarna untuk tetamu VIP dan 70
keping tidak berwarna untuk tetamu-tetamu yang lain.

SEMASA

Pada 27 2018, Majlis Diskusi Bahasa telah berlangsung di Dewan Zaaba IPGKBM.
Seawal pukul 7.45, ahli jawatankuasa kerja telah berkumpul membuat persediaan awal
sebelum majlis bermula. Semua ketua ahli jawatankuasa pengelola tidak dapat menghadiri
majlis tersebut kerana berpraktikum. Ivy Vivinna dan Muhammad Hazim telah menjalankan
tugas iaitu mengedarkan buku program kepada tetamu VIP dan tetamu-tetamu yang lain
sebelum majlis berlangsung.

Pada 4 Oktober 2018, Majlis Penutupan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan 2018
Peringkat IPGKBM berlangsung di Dewan Amnuddin Baki IPGKBM. Seawal pukul 7.45 pagi
kami telah berkumpul untuk membuat persediaan awal dan raptai penuh sebelum majlis
bermula. Ivy Vivinna telah mengedarkan buku program kepada pensyarah dan tetamu
jemputan sebelum majlis bermula. Manakala, ahli jawatankuasa jemputan telah mengedarkan
buku program kepada tetamu VIP semasa maljlis berlangsng.

Selain itu, saya telah ditugas sebagai pengiring tetamu jemputan dari Maktab Tentera
Diraja, SMK Taman Desa, IPGKBA, IPGKPI dan SMS Alam Shah untuk ke dewan dan
mengadakan taklimat ringkas kepada pensyarah dan guru pengiring berkenaan majlis. Selain
itu, saya juga terlibat dalam membantu AJK Pendaftaran dalam menyediakan tempat dan
peralatan seperti meja dan kerusi. Hal ini, telah memudahkan kerja dan persiapan awal ajk
tersebut. Secara tidak langsung dapat meningkatkan sikap bekerjasama sebagai satu
pasukan dalam menjayakan sesuatu majlis.
SELEPAS

Kami selaku penganjur bagi Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 Peringkat IPGKBM telah
mengadakan post-mortem bagi tujuan refleksi, cadangan penambahbaikan serta
perbincangan kekuatan dan kelemahan dari setiap aspek.

Dari aspek kekuatan sepanjang proses penyediaan buku program ini, terdapat
kolaborasi antara AJK-AJK lain seperti AJK Publisiti dan AJK Sambuatan dan Protokol
menjadikan tugas menyediakan buku program lebih mudah. Selain itu, komunikasi serta
perhubungan antara AJK dan pensyarah yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar
dalam memastikan setiap kesilapan dalam kandungan buku program dalam ditangani dan
diperbetulkan.

Namun, terdapat juga kelemahan yang di perolehi iaitu semakan draft buku program
pada majlis Diskusi Bahasa tidak dilaksanakan akibat kekangan masa. Hal ini berlaku hinggan
ke saat akhir buku program dicetak dan beberapa inisiati telah diambil bagi memperbaiki
kesilapan dalam kandungan buku program tersebut. Oleh itu, sebagai langkah
penambahbaikan saya telah berjumpa dan menghantar draft awal buku program kepada
pensyarah untuk disemak bagi memastikan tiada kesilapan berlaku setelah buku program
tersebut dicetak dalam kuantiti yang banyak.

Kesimpulannya, saya ingin mengcapkan terima kasih kepada setiap AJK Buku
Program yang sentiasa memberi kerjasama serta memberikan yang terbaik dalam
melaksanakan tugas-tugas yang ditentukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada AJK-AJK yang lain kerana sentiasa mmebantu dalam memberikan maklumat-
maklumat yang diperlukan dalam buku program sama ada langsung mahupun secara tidak
langsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Dr Azman selaku
penyelaras Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 Peringkat IPGKBM kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan sesuatu majlis formal yang besar.
LAMPIRAN

3 Oktober 2018, perjumpaan dengan Dr Zanariah dan Puan Hayati untuk membuat
semakan format dan kesilapan kandungan buku program.

3 Oktober 2018, perjumpaan dengan Encik Azizan untuk penambahbaikan rekaan latar
belakang dan mencetak buku program.

You might also like