You are on page 1of 10

KANDUNGAN

KAJIAN KES ............................................................................................... 2


RUJUKAN ................................................................................................... 5
LAMPIRAN ................................................................................................. 6

1
KAJIAN KES

Gambar 1 Maisarah Aqilah Binti Mappiasse

Berdasarkan kajian kes yang saya jalankan sepanjang Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Merotai Besar Tawau, saya telah memilih
seorang murid bermasalah pembelajaran kategori Hiperaktif atau ADHD. Menurut Bailly
(2005), ADHD ialah satu keadaan berterusan yang tidak memberi tumpuan atau hiperaktif
yang kerap bergerak dan malahan lebih teruk daripada kebiasaanya. Murid tersebut
bernama Maisarah Aqilah Binti Mappiasse berumur 10 tahun. Tahap kefungsiaan
Maisarah berdasarkan Ujian Dignostik daripada Pegawai Perubatan, Maisarah
memerlukan bantuan sepenuhnya dalam mengurus aktiviti harian. Selain itu, Maisarah
juga mempunyai masalah tingkah laku yang sukar diurus.

Saya telah membuat pemerhatian dan temu bual bersama guru tentang masalah
Maisarah ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Saya dapati Maisarah
mempunyai pendirian dan agak matang sehingga mengganggu aktiviti dalam kumpulan.
Hal ini menyebabkan Maisarah berorientasikan diri sendiri dan sukar mengikut keperluan
situasi semasa. Oleh sebab itu, saya telah membuat perancangan kaedah terapi yang
sesuai dengan masalah Maisarah.

2
Setelah saya mengenal pasti masalah Maisarah dan saya telah membuat terapi
yang sesuai bagi membantu Maisarah untuk lebih fokus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Saya telah
memilih terapi bermain untuk dilaksanakan kerana bermain merupakan aktiviti yang
menyeronokkan disamping membantu perkembangan emosi serta otot-otot murid.
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Terapi bermain yang saya jalankan ialah aktiviti latih tubi mengangkat tangan kiri
dan kanan mengikut arahan guru. Sebelum aktiviti ini dilaksanakan, saya memberi
penerangan tentang peraturan cara bermain tersebut dengan membuat simulasi. Aktiviti
ini mempunyai tiga tahap iaitu tahap rendah ialah mengangkat tangan kiri dan kanan
mengikut arahan. Pada tahap ini, murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing dan
memberi tumpuan kepada arahan guru. Murid hanya duduk sambil mengangkat tangan
kanan dan kiri mengikut arahan guru.

Tahap sederhana pula ialah mengangkat tangan kiri dan kanan mengikut arahan
dengan mata tertutup. Tahap ini memerlukan pengamatan dan perhatian yang tinggi
terhadap arahan guru kerana murid hanya duduk sambil mengangkat tangan kanan dan
kiri mengikut arahan guru dengan mata tertutup. Pada peringkat ini, Maisarah
menghadapi masalah kerana keliru dan tidak dapat fokus dengan baik. Hal ini kerana,
arahan guru semakin laju dan murid juga perlu mengangkat tangan kiri dan kanan dengan
laju sambal mata tertutup.

Tahap tinggi pula ialah mengangkat tangan kiri dan kanan mengikut arahan
dengan mata tertutup sambal berdiri. Murid mengangkat tangan kanan dan kiri mengikut
arahan guru dengan mata tertutup sambal berdiri. Aktiviti ini memerlukan Maisarah untuk
lebih fokus dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap arahan yang akan diberikan
oleh guru.

3
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh Maisarah dalam aktiviti tersebut,
Maisarah menghadapi masalah dalam mengenal pasti tangan kiri dan kanan. Maisarah
mudah putus asa apabila mengahadapi masalah seperti keliru untuk mengangkat tangan
kanan atau kiri secara berulang kali. Selain itu, Maisarah juga kurang memberi kerjasama
ketika aktiviti dijalankan kerana Maisarah memerlukan perhatian secara individu supaya
turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.

Walau bagaimanapun, terapi bermain ini mempunyai kepentingan dan faedah


kepada Maisarah untuk membantu menghilang tekanan dan kebosanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini berfungsi sebagai salah satu saluran
kepada Maisarah bagi melepaskan sebaranag tekanan yang dihadapi. Melalui aktiviti
tersebut, Maisarah berasa seronok untuk mengikut aktiviti yang dijalankan dan dapat
memberi fokus dan perhatian kepada guru.

Seterusnya, dapat membantu kawalan kendiri atau cara pengurusan diri sendiri
dalam pergerakan motor halus dan kasar serta koordinasi tubuh seperti koordinasi
tangan-mata dan lain-lain. Melalui aktiviti tersebut, Maisarah dapat melatih dan
mengembangkan kebanyakan fungsi tubuh hingga ke tahap yang paling tinggi yang
dapat dicapai. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan Maisarah bahawa dia
mampu melakukan sendiri kebanyakan pergerakan dan fungsi-fungsi tubuh dimana ia
akan menjurus kepada pengurusan kendiri. Hal ini adalah untuk membina keyakinan
dalam diri Maisarah, merangsang pertuturan dan meningkatkan komunikasi serta
meningkatkan kesabaran Maisarah dan melatih daya konsentrasi yang baik.

Sebagai kesimpulannya terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang


saling berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek
jasmani, rohani,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna
menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu titik tolak kearah kecemerlangan insan
kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya
supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat dan negara.

4
RUJUKAN

Bailly, L (2005). Stimulant Medication For Treatment Of Attention-Deficit Hyperactivity Disorder,


Evidence-B (I) Ased Practice? Psychiatric Bulletin (The Royal College of Psychiatrists) 29
(8): 284-287.

Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society (4th ed.). New York, NY:
HarperCollins College.

5
LAMPIRAN

6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, SK MEROTAI BESAR TAWAU

Nama : Tarikh Lahir: Tarikh Mula : Tarikh Semak:

Maisarah Aqilah Binti Mappiasse 7 Oktober 2008 15 Mac 2017 16 Mac 2017

Komponen: Umur :

Kemahiran Manipulatif 9 Tahun

Pengetahuan
Maisarah dapat mengenal tangan kiri dan kanan.
sedia ada:

Matlamat Jangka
Maisarah dapat mengenal tangan dan kiri dengan baik.
Panjang:

Kekuatan/ Minat: Boleh mengikuti arahan guru.

Kelemahan/ Memerlukan perhatian secara individu supaya dapat turut serta dalam
Masalah: aktiviti dalam kelas.

Penilaian / Tarikh /
Objektif Jangka Pendek Pendekatan
Tanggungjawab.

Maisarah dapat:

1. Mendengar arahan guru. 1. Simulasi atau tunjuk


cara.
2. Mengenal tangan kiri dan kanan. 2. Bimbingan secara
individu daripada
3. Memberi respon terhadap guru.
arahan guru.

7
Tarikh Awal Bersidang: Tarikh Akhir Bersidang:

_____________________ _____________________

Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga: Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga:

__________________________ __________________________

Tandatangan Guru Mata Pelajaran: Tandatangan Guru Mata Pelajaran:

____________________________ ____________________________

Tandatangan Penyelaras: Tandatangan Penyelaras:

_____________________ ______________________

Tandatangan Guru Besar: Tandatangan Guru Besar:

_____________________ _____________________

8
Gambar 2 Tahap Rendah

Aktiviti mengangkat tangan kiri dan


kanan mengikut arahan.

Gambar 3 Tahap Sederhana

Aktiviti mengangkat tangan kiri dan


kanan mengikut arahan dengan
mata tertutup

Gambar 4 Tahap Tinggi

Aktiviti mengangkat tangan kiri dan


kanan mengikut arahan dengan mata
tertutup sambil berdiri.

9
10

You might also like