You are on page 1of 2

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM

KASMAH PAKAR (P6A)


KHAIRULNISA BINTI KASEH (P6A)
VIMALA A/P

SEBELUM
Program Penanda Aras Bina Insan Guru (BIG) dimulakan dengan perlantikan Ahli
Jawatankuasa Pelaksana dan Ahli Jawatankuasa Program bagi kelas P6A dan P6B. Selaku
ahli jawatankuasa yang dilantik terlebih dahulu AJK buku program perlu mendapatkan
maklumat dan berbincang bersama Pengerusi dan Setiausaha untuk menghasilkan buku
program. Bagi melengkapkan buku program, isi kandungan yang perlu ada ialah matlamat
dan objektif program, tentatif program, Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa
Pelaksana dan Ahli Jawatankuasa Program. Setelah selesai menghasilkan buku program
AJK buku program meminta Pengerusi dan Setiausaha BIG untuk membuat semakan.
Kemudian buku program dicetak sebanyak 35 buah untuk diedarkan kepada guru pelatih
dan pensyarah pengiring. AJK buku program perlu sentiasa berhubung dengan AJK
perhubungan untuk mendapat aturcara yang sebenar pada hari kejadian.
SEMASA
Semua guru pelatih berkumpul di hadapan koperasi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim (IPGKSAH) terlebih dahulu sebelum bergerak ke Sekolah Kebangsaan Bertam
Indah, Kepala Batas. Buku program juga diedarkan kepada semua guru pelatih dan
pensyarah pengiring pada waktu tersebut bagi melancarkan perjalanan program. Semua
guru pelatih perlu mengetahui perjalanan program supaya sentiasa bersedia dengan aktiviti
yang dijalankan seterusnya. Sebanyak 35 buah buku program telah diberikan kepada guru
pelatih dan sebanyak sebuah buku program telah diberikan kepada pensyarah pengiring dan
enam buah buku program telah diedarkan kepada wakil guru Sekolah Kebangsaan Bertam
Indah, Kepala Batas.
SELEPAS
Setelah selesai program Penanda Aras Bina Insan Guru (BIG), didapati kesemua buku
program telah diedarkan sebanyak 35 buah mengikut perancangan yang dirancangkan
bersama ahli jawatankuasa.

MASALAH
Kekangan yang berlaku sepanjang pelaksanaan program ini sebagai Ahli Jawatankuasa
Buku Program ialah masa yang diperuntukan untuk menghasilkan buku program adalah
terhad. Namun begitu masalah ini dapat diatasi dengan pengurusan masa yang baik. Selain
itu, masalah lain yang timbul ialah apabila tarikh yang telah dicadangkan perlu ditunda atas
sebab-sebab yang tertentu. Akibatnya, AJK buku program telah membuat beberapa kali
perubahan pada tarikh Program BIG yang sebenar.
PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan program yang telah dilaksanakan ini, dapat diperhatikan bahawa terdapat
beberapa kekangan yang timbul dari segi pengurusan buku program. Bagi penambahbaikan,
perancangan program perlu dirancang terlebih dahulu bersama setiap ahli jawatankuasa
program supaya aktiviti lebih tersusun dan dapat mengelak percanggahan aktiviti dan dari
semua aspek yang telah dirancang bersama-sama.

You might also like