You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN Biodata Pelajar Laporan untuk Aktiviti Khidmat Masyarakat (Pertandingan Futsal) Refleksi Lampiran Laporan Reflektif Seminar Bina Insan Guru (BIG) Lampiran

MUKA SURAT 2 35

6 -7 8 11 12 14 15 17

BIODATA

NAMA: JESSICA DEBBIE ANAK PETER AH-CAME NO. KP: 920513-13-5480 KUMPULAN/UNIT: 3 PISMP TESL 1 NO. TELEFON: 016-8512692/013-8201828 ALAMAT RUMAH: 37, LOT 1165, TAMAN TROPIMAS, LORONG FIELD FORCE 5, BATU KAWA, 93250 KUCHING, SARAWAK ALAMAT EMEL: jessthebee@gmail.com KOD DAN MATA PELAJARAN: WAJ 3114 (BINA INSAN GURU) NAMA MENTOR: PUAN EVELYN GNANAM A/P WILLIAM GEORGE

LAPORAN UNTUK AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT (PERTANDINGAN FUTSAL)

LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT (PERTANDINGAN FUTSAL) Pada 21 April 2013, seramai 49 orang pelajar Semester 3 PISMP TESL Ambilan Januari 2012 telah menjayakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang bertempat di Gelanggang Futsal Kampung LBJ, Negeri Sembilan. Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini diadakan bagi mendekatkan para pelatih guru dengan masyarakat kampung di samping belajar menguruskan sesuatu program yang melibatkan orang luar dan memupuk kemahiran bersosialisasi dengan masyarakat persekitaran. Seramai empat pasukan dari IPG dan lima pasukan dari persatuan belia Kampung LBJ telah menghantar senarai nama ahli pasukan untuk berentap dalam pertandingan futsal pada kali ini. Pada hari kejadian, kami telah berkumpul seawal 7.15 pagi di hadapan Dewan Serbaguna IPG kerana perlu bergerak awal untuk memastikan semua peralatan sudah disediakan di sekitar kawasan gelanggang futsal kampung tersebut. Setelah memastikan semua pelajar hadir, kami pun bergerak ke Gelanggang Futsal Kampung LBG menaiki kenderaan persendirian kerana peruntukan untuk menggunakan bas IPG sebagai pengangkutan tidak diluluskan kerana pada hari tersebut, bas IPG turut digunakan oleh pelajar-pelajar SIPMA untuk pemilihan kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia 2013. Disebabkan oleh itu, kami telah menggunakan 7 buah kereta dan beberapa buah motosikal untuk mengangkut barang-barang yang diperlukan sepanjang program dan juga untuk mengangkut para pelajar. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh ketua belia kampung tersebut. Selepas itu, kami diminta oleh AJK Pendaftaran untuk mendaftarkan diri dan mengambil tag nama mengikut ahli jawatankuasa yng telah ditugaskan. Pada jam 9.00 pagi, semua pelajar yang terlibat dan para peserta telah diminta untuk berkumpul di dalam gelanggang futsal untuk melakukan senaman pagi. Setelah senaman pagi selesai, pertandingan futsal antara pelajar IPG dengan para belia Kampung LBJ dimulakan dengan pasukan LBJ E menentang pasukan Kantoi. Pertandingan futsal itu berlangsung tanpa henti sehingga pukul 1.00-2.00 petang untuk memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan solat Zohor. Pada pukul 2.00 petang, pertandingan futsal disambung semula selepas rehat. Dalam peringkat akhir, keputusan telah memihak kepada pasukan Kantoi apabila mereka menang 2-0 mengalahkan pasukan dari Kampung LBJ. Pada jam 4.00 petang, program BIG kami telah tamat dengan jayanya. Sepanjang perlawanan futsal ini, hanya beberapa orang peserta yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan juga muka. Namun begitu, dengan khidmat yang diberikan oleh para AJK Keselamatan pada ahli-ahli peserta yang bertanding, mereka berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Sebelum pertandingan futsal ini berakhir, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan. pengerusi bagi Program BIG Semester 3 iaitu saudara Muhammad Shafeeq bin Abd. Aziz telah memberi ucapan ringkas mengenai aktiviti kami untuk program BIG pada kali ini. Setelah itu, JKK Kampung LBJ iaitu Encik Mohd. Bakri pula memberikan sepatah dua kata kepada pelajar 3 PISMP TESL Ambilan Januari 2012. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Pertandingan Futsal antara IPG dan Persatuan Kampung LBJ yang mana dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dengan masyarakat kampung. Dalam aktiviti kemasyarakatan pada kali ini, saya telah ditugaskan dalam AJK Kebersihan bersama-sama dengan enam rakan-rakan yang lain. Sepanjang pertandingan futsal ini berlangsung, kami sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi memastikan gelanggang futsal dan kawasan sekitarnya tidak dicemari dengan sampah sarap. Malah, kami turut menyediakan beberapa plastik sampah supaya semua orang yang hadir ke pertandingan itu membuang sampah ke dalam plastik sampah yang disediakan. Sebelum kami beredar meninggalkan gelanggang futsal setelah program BIG untuk Semester 3 ini berakhir, kami mengikat semua plastik sampah dan mengumpulnya di satu tempat sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli kumpulan saya kerana semuanya telah menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna. Kesimpulannya, program BIG yang dijalankan pada kali ini sangat meriah dan berjaya mencapai objektifnya kerana semua pelajar dan semua peserta bekerjasama dengan menghadirkan diri ke pertandingan futsal yang telah kami anjurkan. Kami juga berbesar hati kerana para belia dari Kampung LBJ bersetuju untuk melibatkan diri dalam program ini dalam membantu kami menjayakan program BIG 3 PISMP TESL pada semester ini.

REFLEKSI

REFLEKSI Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini banyak meninggalkan banyak kesan yang mendalam terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program BIG ini akan dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Melalui aktiviti yang telah dijalankan seperti Pertandingan Futsal antara pelajarpelajar IPG dengan Persatuan Belia Kampung LBJ, Negeri Sembilan, para pelatih guru telah menunjukkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa, dan juga negara dalam apa jua aktviti yang dijalankan yang melibatkan masyarakat setempat. Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Semasa menjalankan tugas yang diamanahkan, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain dalam memastikan kerja yang diberikan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Melalui program ini, saya mendapati bahawa kerjasama dan toleransi antara satu sama lain amatlah penting bagi mewujudkan keadaan sekeliling yang selesa selain daripada dapat merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan dengan penduduk kampung. Secara tidak langsung, hubungan kami dengan warga penduduk kampung tersebut semakin bertambah rapat. Secara keseluruhannya, aktiviti kemasyarakatan yang telah berjalan dengan jayanya dan mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk. Pengalaman yang diperoleh sepanjang program BIG ini berlangsung telah memberikan banyak manfaat kepada saya kerana setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai maksud yang tersirat untuk membentuk diri seseorang yang lebih berani, berjiwa patriotik, dapat berfikir secara kritis dan inovatif, serta bersemangat tinggi dalam melakukan segala perkara.

LAMPIRAN

SEHARI SEBELUM PERTANDINGAN FUTSAL

Memasang kain rentang pertandingan

Mengumpulkan sampah sarap di dalam kawasan gelanggang futsal

Memasang penjaring pada tiang gol

Antara AJK yang hadir pada hari sebelum pertandingan futsal

Bekerjasama menggolong penjaring bola yang lama

Mengutip sampah sarah di luar kawasan gelanggang futsal

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA IPG VS PERSATUAN BELIA KAMPUNG LBJ

Pendaftaran AJK Program BIG Aktiviti Kemasyarakatan

Pendaftaran ahli-ahli peserta pertandingan

Aktiviti senaman pagi

Pasukan IPG menentang pasukan Persatuan Belia Kampung LBJ

Antara penonton yang hadir untuk menyaksikan Pertandingan Futsal

Salah satu daripada pasukan dari Kampung LBJ

10

Pasukan-pasukan yang layak masuk ke pusingan akhir

Majlis penyampaian hadiah

Ketua Belia dan JKK Kampung LBJ bersama naib pengerusi BIG Semester 3

Pasukan yang memenangi perlawanan futsal

Gambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta

11

LAPORAN REFLEKTIF SEMINAR BINA INSAN GURU (BIG)

12

LAPORAN REFLEKTIF SEMINAR BINA INSAN GURU (BIG) Pada 26 April 2013, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Dewan Serbaguna IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek di bawah anjuran pelajar Semester 3 PISMP Ambilan Januari 2012 dengan kerjasama Unit Kokurikulum. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar 3 PISMP sebagai salah satu daripada aktiviti untuk program Bina Insan Guru kami selain daripada aktiviti khidmat masyarakat. Seminar yang bertajuk Komunikasi Berkesan dan Etika Makan ini telah dibahagikan kepada dua sesi yang akan disampaikan oleh dua orang pensyarah dari IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Encik Mohamad Radzi Salleh dan Puan Noor Ashikin Othman. Sepanjang saya menyertai seminar ini, begitu banyak informasi dan pengetahuan yang telah saya peroleh sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ceramah yang pertama pada pagi tersebut telah banyak membantu saya menjadi yang mampu berkomunikasi secara berkesan kepada pendengar. Dalam ceramah yang disampaikan, Encik Radzi dari Jabatan Pengajian Melayu turut menjelaskan fungsi-fungsi komunikasi, halangan dalam memperoleh komunikasi secara berkesan, dan juga cara untuk memastikan keberkesanan komunikasi dengan menjadi pendengar yang baik. Melalui ceramah ini, saya baru sedar bahawa komunikasi yang berkesan adalah penting bagi memastikan semua orang dapat memahami maksud yang ingin disampaikan dan supaya mesej berjaya diterima. Perkara ang sama juga berlaku dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Melalui pengetahuan yang saya ketahui dalam ceramaha ini akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba berkebolehan terutamanya dari segi komunikasi dengan berkesan dengan masyarakat sekeliling saya. Dalam ceramah slot yang kedua pula, Puan Noor Ashikin Othman dari Jabatan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) telah menjelaskan sebab-sebab protokol diperlukan terutamanya dalam majlis-majlis formal. Hal ini membantu kami sedikit sebanyak dalam menyiapkan diri dan memahami mengapa perkara ini dilakukan. Protokol yang telah dipelajari sebelum, semasa, dan selepas majlis di rumah adalah penting bagi menunjukkan imej seorang guru yang boleh dijadikan contoh kepada generasi akan datang. Iktibar lain

13

yang saya dapat daripada seminar ceramah ini termasuklah kita haruslah mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang betul dan tepat. Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, serta cara-cara duduk yang betul. Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti pada kali ini telah banyak mengajar dan menyedarkan saya untuk menjadi seorang pendidik yang penuh dengan nilai-nilai murni dalam diri saya. Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat berguna. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari seminar BIG saya pada kali ini.

14

LAMPIRAN

15

SEMINAR BIG 3 PISMP AMBILAN JANUARI 2013

Kehadiran pensyarah jemputan

Kehadiran para pelajar 3 PISMP

Penceramah 1 Encik Mohamad Radzi Salleh

Penceramah 2 Puan Noor Ashikin Othman

Cara memakai napkin dengan betul untuk golongan wanita

Set peralatan kutleri yang lengkap

16

Penyampaian cenderamata kepada Encik Radzi

Penyampaian cenderamata kepada Puan Noor Ashikin

Antara pelajar-pelajar yang hadir

17

You might also like