You are on page 1of 1

Setiausaha

Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat Pelajar


Semester 5 ambilan Jun 2015
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
18 SEPTEMBER 2017
Ketua Kampung,
Kampung Ulu Bendul,
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan.

Salinan dan melalui;


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
43657 Bandar Baru Bangi

Tuan,

PROGRAM BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT


PELAJAR PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2015

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perbincangan antara pegawai unit
kokurikulum dengan pihak tuan pada 12 September 2017 berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, program ini dianjurkan untuk memenuhi sukatan Bina
Insan Guru bagi semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sebagai syarat
bergraduat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kehidupan bermasyarakat dan
interaksi dengan komuniti serta memberikan pengalaman dan peluang kepada pelajar untuk
memberikan khidmat kepada masyarakat.

3. Sehubungan itu, program ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut;


3.1 Tarikh : 3 Hingga 7 Oktober 2017
3.2 Tempat : Hutan Lipur Ulu Bendul Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam memberi kebenaran melaksanakan program
ini diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(MASTURA BINTI YUSOFF)


Setiausaha,
Program Bina Insan Guru
Pelajar Semester 5 Ambilan Jun 2017
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

You might also like