You are on page 1of 2

Peranan PBB dalam menjaga keselamatan dunia.

Pengenalan:

- PBB lahir selepas PDII


- Tujuan penubuhan : mengawal keselamatan dunia
- Fungsi dan peranannya lebih signifikan daripada Liga Bangsa yg ditubuhkan menjelang PD I

Isi Penting (Peranan):

Menanggani konflik antarabangsa

- (apa dan kenapa?)PD II menyebabkan negara-negara di blok Barat dan Timur mengalami
keadaan tidak stabil dari segi ekonomi, sosial dan politik; dunia terbahagi dua iaitu blok komunis
yg diketuai oleh Rusia manakala blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat ; perbezaan
ideologi menyebabkan hubungan antara negara-2x yg menyokong blok Amerika Syarikat dan
Rusia renggang. Keadaan ini dikenali sebagai perang dingin.
- (Bagaimana PBB berperanan dlm menanggani konflik a/b) PBB telah berusaha
meredakan/mengurangkan isu perebutan kuasa politik dalaman , penjajahan negara lain dan
pergeseran politik di antara negara
- Sebagai contohnya, PBB berjaya mengundurkan tentera Soviet Union dari Utara Iran pada tahun
1946 dan memulakan perbincangan untuk menamatkan krisis Terusan Suez walaupun isu ini
berjaya diselesaikan pada tahun 1956
- Peranan PBB berterusan sehingga sekarang dlm menanggani pelbagai konflik antarabangsa
supaya dunia aman dan damai

Mengawal perlumbaan senjata

- (Apa?) PD II menyebabkan kuasa-kuasa besar di blok barat dan Timur berlumba-2x untuk
menghasilkan dan mengumpul senjata kimia dan nuklear sebagai persiapan menghadapi perang
- PBB berusahauntuk menyekat perkembangan persenjataanmoden yg mengamncam
keselamatan dunia
- (Bagaimana?) PBB tidak berjayamenanggani isuini dalam tempoh 1945-1955 namun demikian
selepas krisis Berlin (1961) dan krisis Peluru Berpandu Cuba (1962), PBB berjaya membwa kuasa-
2x besar ke meja rundingan sama ada dlm hal pengawalan ujian senjata kuasa nuklear,
perjanjian angkasa lepas, perjanjian perang biologi dan kimia dan isu-isu pelucutan senjata.
- Sejak ditubuhkan padatahun 1945, PBB telah melaksanankan lebij 50 misi pengaman yg
melibatkan lebih satu juta anggota tentera dan polis serta beribu-ribu orang awam
- Walaupun tiada perang besar selepas PD II namun kuasa-kuasa besar telah mempunyai
simpanan senjata kimia dan nuklear sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjaga keselamatan
negara masing-masing . PBB tetap memainkan peranan dalam mengawal perlumbaan senjata
supaya tidak tercetus perang lagi

Menubuhkan pasukan pengaman


- (apa maksud pengaman dan kenapa ditubuhkan?) Pasukan pengaman terdiri daripada tentera
dan orang awam di atas persetujuan puak-puak yg bertelagah bagi melaksanakan atau
mengawasi persetujuan yg telah dicapai sesama mereka sama ada sebahagian atau sepenuhnya
dalam mengawal konlik (gencatan senjata, pengasingan pasukan dll) untuk menentukan
keselamatan dan penghantaran bantuan kemanusiaan.
- (bagaimana ) Selepas PD II, PBB menubuhkan United Nation Truce Supervision Organisation
(UNTSO ) pd 1948 dan diikuti penugasan pasukan pengaman pertama iaitu United Nations
Emergency Force I (UNEF I) ditubuhkan pada tahun 1956
- PBB telah menghantar pasukan Bersekutu Anglo-French-Israeli dengan Mesir pada tahun 1956 –
merupakan pasukan pengaman pertama bagi mengawasi gencatan senjata dan menguruskan
pengunduran pasukan-pasukan yang terlibat dalam pertempuran tersebut
- Peranan pasukan pengaman lebih giat/aktif selepas dekad 1970-an disebabkan perbezaan
ideologi politik puak-puak bertelagah semakin merancak dan amsing-masing tidak bertolak
ansur dengan cadangan-cadangan keamanan yg diusulkan oleh PBB

Menanggani masalah pelarian

- (Apa ? Kenapa?) Pelarian merujuk kepada kumpulan masusia yang melarikan diri dari negara
asal akibat peperangan dan pencabulan hak asasi manusia. Mereka tidak boleh pulang secara
selamat. PBB berperanan untuk melindungi mereka.
- (Kenapa melarikan diri?-tulis secara ringkas ) Perang menyebabkan sesebuah negara menjadi
tidak stabil dan ekonomi lumpuh. Kesannya ramai penduduk hilang nyawa, tempat tinggal dan
pekerjaan. Keadaan yg tidak stabil menyebabkan penduduk meninggalkan tanah air untuk
mencari negara yg aman dan stabil supaya mereka dapat meneruskan hidup. Latar belakang ini
mempengaruhi isu pelarian.
- (Bagaimana?) PBB menubuhkan International Refugee Organization (IRO) pada tahun 1950 bagi
menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kpd pelarian bangsa
Eropah. Pada tahun 1952, United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) ditubuhkan
untuk menanggani isu-isu pelarian di peringkat global secara berkesan. Pada tahun 1956,
UNHCR memenangi hadiah nobel bagi usahanya menanggani isu pelarian dari tahun 1950
hingga 1955.
- PBB melalui UNHCR berperanan secara aktif sehingga sekarang untuk menanggani isu-isu
pelaraian seperti pelarian Rohingya dan yang terkini ialah pelarian akibat perang Rusia-Ukraine.

Kesimpulan

Ternyata, PBB telah diamanahkan untuk memainkan peranan aktif sehingga sekarang untuk menjaga
keselamatan dan keamanan dunia. Salah satu peranan penting PBB dalam tempoh masa 1945 hingga
1955 ialah menanggani konflik antarabangsa akibat PD II dan perang dingin. Justeru, PBB telah
memainkan peranan secara berterusan dalam menanggani pelbagai isu di peringkat dunia selepas PD II
walaupun bukan semua yang berjaya.

You might also like