You are on page 1of 20

SEJARAH

PBB
&
KOMANWEL

SHAZANA IZZATY BINTI AZIZ


LATAR BELAKANG PBB
DITUBUHKAN PADA BULAN OKTOBER 1945
MATLAMAT PENUBUHAN : UNTUK MEMELIHARA KEAMANAN &
KESELAMATAN SEJAGAT
PERANAN : MENYELESAIKAN KONFLIK ANTARABANGSA SECARA
AMAN TANPA MENGGUNAKAN KEKERASAN
PBB TELAH MEMBERI SUMBANGAN YG AMAT BESAR DALAM
MEMELIHARA KEAMANAN & KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DUNIA
MATLAMAT PBB
mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa
mewujudkan hubungan persahabatan dlm kalangan negara antarabangsa
menyelesaikan masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan kemanusiaan
antarabangsa
menggalakkan kerjasama antarabangsa dlm bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama
mencegah peperangan
membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia
menjamin perasaan hormat akan undang-undang antarabangsa
PRINSIP PBB

#PERSATUANBANGSABANGSABERSATU

PRINSIP PERSAMAAN HAK


PRINSIP MENENTUKAN NASIB SENDIRI
PRINSIP KERJASAMA ANTARABANGSA
PRINSIP KEDAULATAN SAMA RATA
BADAN-BADAN UTAMA PBB
SEKRETARIAT
: diketuai oleh SU Agung PBB
: menjalankan kerja-kerja pentadbiran spt yg diarahkan oleh Perhimpunan Agung

MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA


: dikenali sbg Mahkamah Dunia
: ditubuhkan utk menyelesaikan pertikaian antara negara
: mempunyai 15 org hakim

MAJLIS AMANAH
: bertanggungjawab menyelia wilayah-wilayah antarabangsa yg diamanahkan di bawah
pentadbiran PBB
: menyediakan negara-negara yg belum merdeka yg diamanahkan kepadanya utk
membentuk kerajaan sendiri

MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL


: terdiri drpd 54 org ahli yg dilantik bagi tempoh 3 tahun
: bertindak menguruskan hal ekonomi dan sosial ekonomi negara
: berperanan menyelaraskan kegiatan PBB dalam bidang ekonomi, kemanusiaan, sosial
dan kebudayaan
MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG
: badan terbesar PBB yg diwakili oleh semua negara anggota PBB
: berperanan sbg Parlimen yg mendebatkan hal ehwal dunia
: melaksanakan matlamat dan prinsip PBB
: berfungsi sbg badan perunding, penyelaras, pemilih dan pengawas kewangan PBB

MAJLIS KESELAMATAN
: ahli tetap terdiri drpd Amerika Syarikat, UK, Rusia, Perancis dan China
: anggota tetap Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa veto yakni kuasa pembatal
: sebarang keputusan Majlis Keselamatan harus mendapat persetujuan kelima-lima
anggota tetap

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN PBB DALAM MEMELIHARA


KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DUNIA
KEMERDEKAAN WILAYAH JAJAHAN

PPB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Piagam PPB,
Negara-negara anggoto PPB diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan memastikan
penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat perlindungan daripada keganasan,
menggalakkan pemerintahan sendiri.
Pada tahun 1960 , PPB meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk
negara yang dijajah.

MASALAH PELARIAN

PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah menubuhkan
International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan semula, mengahantar pulang dan
memberi perlindungan kepada 1 000 000 pelarian.
Bagi menangani masalah pelarian, PPB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan
pelarian dinegara-negara tertentu.
Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR) ditubuhkan untuk menengani
masalah pelarian dengan lebih berkesan.
DASAR APARTHEID
Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah
apartheid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih.
PPB menyarankan semua negara anggota PPB menutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. Pada
tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

HAK ASASI SEJAGAT


Pada tahun 1948, PPB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan PPB meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait dengan hak asasi
sejagat iaitu, Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik malah Perjanjian Antarabangsa Tentang
Hak Ekonomi,Sosial Dan kebudayaan.

MENANGANI KONFLIK ANTARABANGSA


Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. Pada tahun 1946,
Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet union dari utara iran. Pada tahun 1956, Majlis
keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
Pada tahun 1960 – 1962, PPb mengantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada tahun 1964 – 1974, PPB
memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.
MEMBANTU NEGARA MANGSA PERANG
PBB turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas perang dunia kedua. Pada
peringkat awal, uasah PPB hanya tertumpu kepada negara-negara sekutu blok barat.
PBB juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin, dan Afrika. PBB juga
memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB juga
memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan
masyarakat terpelihara.

PEMBANGUNAN NEGARA MUNDUR


PBB juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negar-negara mundur. PBB menubuhkan International
Development Association (IDA). Sebagai badan gabungan Bank Dunia.
Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi
antarabangsa.

PEREBUTAN PULAU
PBB juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara yang terlibat dapat dikurangakn.
PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulaunan spratly oleh China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei, dan
Malaysia.
PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan oleh majlis
perhimpunan agung pada November 1994.

PERLUMBAAN SENJATA
PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia. PBB mengambil langkah
untuk menykat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah, mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru
berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan yang kedua yang dicapai oleh PPB ialah mempengaruhi pihak-
pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk mencapai gencatan senjata.
KOMANWEL
SEJARAH PERKEMBANGAN KOMANWEL

Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British , sebenarnya
terkandung dalam laporan Lord Durham (1839) yang diperkenalkan di kanada pada tahun 1847.
Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf
berkerajaan sendiri .

Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910).
Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai wilayah ini
masih terhad . Parlimen Britian mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung
dengan hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya .

Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan bahawa Negara
dominan bebas dari ikatan Britain dari sudut undang-undang setelah statutue of Westminster
diluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap
hal ehwal Negara-negara dominan.
MATLAMAT KOMANWEL

#KOMANWEL

menggalakkan kerjasama dalam politik, ekonomi dan sosial dlm kalangan


negara anggota
memberi kemudahan dan faedah kpd negara-negara anggota
memajukan negara-negara anggota
menyelesaikan masalah bersama sekiranya ada
PRINSIP KOMANWEL

#KOMANWEL

kepercayaan terhadap kebebasan individu


menentang semua jenis penaklukan dan penindasan perkauman
mengatasi jurang perbezaan dari segi kekayaan berdasarkan bangsa di
negara-negara anggota
mengakui prasangka perkauman sbg penyakit berbahaya
percaya terhadap keamanan dan kestabilan antarabangsa demi
kepentingan, kesejahteraan dan keselamatan manusia
PENCAPAIAN KOMANWEL
MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL (CHOGM)

Mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel diadakan dua tahun sekali. Mesyuarat ini
menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerjaan untuk membincangkan
hal-hal kepentingan bersama.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah membincang masalah-masalah yang dihadapi, hal


ehwal dalam sebuah Negara dan persengketaan dalam kalangan negara anggota
dengan mendapat keizinan daripada negara-negara tersebut.

CHOGM diadakan di tempat-tempat berikut New Delhi, India (1983), Nassau, Bahamas
(1985), United Kingdom, London (1986), Vancouver, Kanada (1987), Kuala Lumpur, Malaysia
(1989), Harare, Zimbabwe (1991), Limassol, Cyprus (1993), Auckland, New Zealand (1995),
Edinburgh, United Kingdom (1997), Durban, Afrika Selatan (1999), Coolum, Queensland
[Australia] (2002), Abuja, Nigeria (2003), Valletta, Malta (2005), Kampala, Uganda (2007),
Sepanyol, Trinidad dan Tobago (2009), Perth, Australia (2011).
RANCANGAN COLOMBO

Rancangan Colombo diperkenalkan pada tahun 1950 bertujuan memberi bantuan


kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada Negara-negara yang kurang maju.

Malaysia turut menerima bantuan daripada Rancangan Colombo. Antara projek-projek


yang menerima pembiayaan rancangan ini ialah projek pembinaan lebuh raya timur
barat, pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak dalam bidang
infrastruktur.

Malah, dalam bidang pendidikan pula ialah pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan
Sarawak dan dalam bidang pertanian pula ialah bantuan pembangunan tanah dan
pertanian dan juga pengenalan kaedah pertanian moden.
BANTUAN KETENTERAAN

Komanwel memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota.


Tentera negara Komanwel (Britain dan Australia) mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera Komanwel membantu Tanah
Melayu menghadapi ancaman komunis pada Zaman Darurat (1948-1960). Tentera yang
terlibat ialah Britain, New Zealand dan Kanada.

Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1957. Askar-askar dari
negara Komanwel dihantar untuk menghadapi ancaman komunis. Malah, Malaysia
mendapat bantuan ketenteraan semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.
PERJUANGAN MENENTANG APARTEID

Dijadikan sebagai sebuah platform oleh negara-negara anggota untuk menentang dasar
aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan dan Malaysia menentang dasar apartied sejak
awal tahun 1960-an. Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan dan kerjasama
daripada kebanyakan negara anggota Komanwel kecuali Britain.

Komitmen Malaysia dalam penentangan dasar aparteid terserlah dalam pengisytiharaan


Deklarasi Kuala Lumpur tentang Afrika Selatan semasa Mesyuarat ketua-ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989. Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan
terhadap rejim perkauman itu di Afrika Selatan.
BANTUAN EKONOMI

Negara-negara anggota Komanwel menikmati keistimewaan apabila menjalankan urusan


perdagangan dengan negara-negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara
Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.

Namun demikian, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel sekitar 1970-an
dan 1980-an memihak kepada negara-negara maju. Perkembangan ini menyebabkan negara-
negara mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di peringkat
antarabangsa.
ISU SENJATA NUKLEAR

Komanwel memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata nuclear. Pada tahun 1996,
Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati Perjanjian Pengurangan Senjata
Nuklear (NPT). Pada tahun tersebut juga, Perancis telah menjalankan ujian nuklear di Pasifik
Selatan.

Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear pada tahun
1998. Malah, isu mengehadkan penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia turut
dibincangkan.
TERIMA KASIH

You might also like