You are on page 1of 3

USAHA DAN SUMBANGAN SOVIET UNION TERHADAP PBB

PENDAHULUAN
Kelemahan dan kegagalan Liga Bangsa jelas terserlah dengan tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Pihak berikat yang memenangani Perang Dunia Kedua
merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa baharu demi
memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Pada Ogos 1941, Franklin
Rooselevt dan Winston Churchill telah membuat perisytiharan yang dinamakan
Piagam Atlantik. Piagam ini telah djadikan asas pembentukan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas itu beberapa siri pertemuan telah diadakan
oleh Britain, Amerika Syarikat, Soviet Union dan China. Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Berdasarkan analisis
kelemahan dan kegagalan Liga Bangsa, PBB ditubuhkan selepas tamat Perang
Dunia Kedua. PBB mempunyai struktur organisasi, prinsip dan matlamat serta
susunan keahlian yang lebih mantap berbanding dengan Liga Bangsa. Ibu
Pejabat asal PBB terletak di San Francisco, Amerika Syarikat. Kini PBB kini
beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak tahun 1946.

ISI-ISI
ISI 1: SUMBANGAN KEWANGAN
Usaha dan sumbangan Soviet Union terhadap PBB dapat dilihat melalui
sumbangan kewangannya kepada PBB. Selain daripada Amerika Syarikat yang
merupakan penyumbang terbanyak kepada perbelanjaan PBB iaitu sebanyak
25% daripada perbelanjaan PBB, Soviet Union juga menyumbangkan kewangan
yang banyak kepada PBB berbanding dengan negara-negara lain yang
menganggotai PBB. Soviet Union merupakan negara yang kedua terbanyak
menyumbangkan jumlah kewangan kepada PBB iaitu sebanyak 10.54%
daripada perbelanjaan PBB pada setiap tahun. Berdasarkan sumbangan
tersebut jelaslah bahawa Soviet Union begitu komited di dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai hamper semua negara di dunia
ini.

ISI 2: BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK PBB


Selain itu, Soviet Union bertanggungjawab dalam pembentukkan PBB. Hal in
dapat dilihat apabila Soviet Union terlibat secara langsung dalam beberapa siri
persidangan seperti Persidangan Dumbartons Oaks dan Persidangan di San
Francisco yang dihadiri oleh pakar-pakar diplomasi iaitu empat kuasa besar
dunia iaitu Amerika Syarikat, Britaain, Soviet Union dan China. Melalui
persidangan ini maka akhirnya membawa kepada penubuhan PBB secara rasmi
pada 24 Oktober 1945. Jelaslah bahawa Soviet Union merupakan kuasa besar
yang memainkan peranan penting dalam pembentukan PBB iaitu diberi
tanggungjawab untuk membentuk PBB.

ISI 3: SUMBANGAN DALAM MAJLIS KESELAMATAN PBB


Sumbangan yang seterusnya ialah sumbangan dalam Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan merupakan organisasi penting dalam PBB yang
bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal yang berkaitan keamanan
dan keselamatan dunia. Majlis keselamatan mempunyai 11 ahli iaitu 5 ahli
tetap (Amerika Syarikat, Soviet Union, United kingdom, Perancis dan China)
dan 6 ahli biasa. Soviet union merupakan ahli tetap dalam majlis ini. Soviet
Union mempunyai kuasa veto untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh
Majlis Keselamatan tentang sesuatu perkara. Sebarang keputusan Majlis
Keselamatan negara harus mendapat persetujuan Soviet Union. Hal ini
demikian kerana, setiap keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB
haruslah mendapatkan persetujuan daripada ahli tetap majlis tersebut dan
Soviet Union merupakan ahli tetap kepada Majlis Keselamatan PBB.

ISI 4: SUMBANGAN DALAM PERSENJATAAN.


Soviet Union mengundurkan peluru berpandu dalam Krisis di Cuba kerana
PBB berusaha mengawal perkembangan persenjataan moden yang
mengancam keselamatan dunia. PBB mengambil langkah untuk menyekat
penggunaaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan
buruk terhadap mangsa perang. Oleh sebab itu Soviet Union mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis di Cuba kerana patuh terhadap perintah yang
dikeluarkan oleh PBB walaupun mereka mengalami kerugiaan besar apabila
mengundurkan semula peluru berpandu tersebut. Oleh itu terjadinya
keseimbangan kuasa yang menyebabkan peperangan antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat tidak Meletus.

You might also like