You are on page 1of 3

930/1 MODUL Set 1 Syariah P1

PRA-U
STPM

SYARIAH

PENGGAL 1
(PENGAJIAN FIQH)
930/1 MODUL Set 1 Syariah P1

Bahagian A: Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja

1 (a) Huraikan konsep riba’ dari segi pengertian, dalil dan jenis riba’ [6]
(b) Ulaskan empat hikmat pengharaman riba’ [8]
(c) Terangkan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan berikut:
(i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh
perbankan konvensional sekarang. [3]
(ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank
[3]

2 (a) Jelaskan konsep wakalah dari segi pengertian, dalil dan rukun serta nyatakan
tiga keadaan yang boleh membatalkan wakalah. [12]
(b) Dengan menyatakan alasan, jelaskan hukum wakalah berikut.
(i) Wakalah mumaiyiz kepada orang dewasa untuk memberi hibah hartanya.
(ii) Wakalah seseorann untuk melaksanakan ibadayh puasanya yang tidak
mampu dilaksanakan.
(iii) Wakalah orang tua yang tidak mampu bermusafir untuk melaksanakan
pereniagaan di luar negara.
(iv) Wakalah seorang wakil terhadap perkara yang telah diwakilkan kepadanya.
[8]

3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil dan hukum [6]
(b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak
dikahwini. [6]

(c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003


memperuntukkan:
“Jika seseorang telah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara
lisan atau bertulis dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang perantaraan dan
kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa apa-apa sebab manakala pihak
yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah
bertanggungjawab pemberian-pemberian pertunangan , jika ada, atau nilainya dan membayar
apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi
untuk membuat persedian bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui
mahkamah.”

Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh dituntut
jika berlaku putus tunang.
930/1 MODUL Set 1 Syariah P1

Bahagian B: Mirath dan Jenayah

Jawab dua soalan sahaja.

4. (a) Jelaskan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]


(b) Terangkan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8]
(c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan dua orang
anak perempuan dan seorang saudara perempuan sebapa. [4]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang
anak perempuan dan seorang saudara perempuan seibu. [4]

5. (a) Jelaskan empat hak harta pusaka sebelum agihan pusaka dilalkukan [8]
(b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:

Seorang Lelaki datang menemui anda untuk menyelesaikan


pembahagian pusaka bekas isterinya yang memiliki 38 hektar tanah
sawah. Si mati meninggalkan seorang anak lelaki, bapa, ibu dan datuk.

(c) Selesaikan kes pusaka yang berikut:


(i) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, saudara lelaki
seibu sebapa dan saudara lelaki seibu.
(ii) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang cucu perempuan
daripada anak lelaki yang telah meninggal dunia, dua orang isteri, ibu dan seorang
saudara perempuan seibu sebapa
6. (a) Huraikan maksud diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4]
(b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffah
dari segi kesalahan dan tempoh bayarannya. [8]
(c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan:
“barang siapa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak
terjumlah kepada kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh
sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan
kematian; atau penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda,
atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui bahawa perbuatan itu
mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan
kematian.”
Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen di atas menepati
sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam.

SOALAN MODUL SET 1 TAMAT

You might also like