You are on page 1of 3

Dalam tradisi Barat, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik

klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Walau bagaimanapun, retorik


klasik ini mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan
pada awal abad ke-19. Analisis wacana moden pula bermula pada
pertengahan tahun 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di
Perancis. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis
wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre
wacana popular atau peribumi. Seterusnya, analisis wacana pada dekad
1970-an memperlihatkan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama
atau antara disiplin. Dalam hal ini, perkembangan ini ialah tentangan terhadap
tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Dekad 1980-an
dan 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu, berkembang,
merencam, dan mengkhusus.
Merujuk kepada perkara ini, dieksisi

merujuk kepada kata atau

konstruksi yang berfungsi untuk menentukan orang, benda atau idea.


Dalam

bahasa

Inggeris,

perkataan

wacana

dikenali

sebagai

discourse. Perkataan discourse ini sering digunakan dalam kajian semantik


dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau
perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana ialah unit linguistik yang terdiri
daripada beberapa ayat sementara dalam analisis wacana, perkataan
wacana ialah singkatan kepada maklumat perbualan, iaitu komunikasi yang
melibatkan pengetahuan tertentu. Berdasarkan buku Tautan Dalam Wacana
Bahasa Melayu Akhbar karya Sanat Md. Nasir, terdapat beberapa definisi
wacana

yang

dikemukakan

oleh

ahli-ahli

pengkaji

bidang

bahasa.

Sementelahan itu, Chafe (2002:35) menyatakan bahawa wacana digunakan


dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Pada umumnya, wacana
dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat-ayat yang terpisahpisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya
merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Tegasnya,
wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut dan merupakan cabang
linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi dan
sintaksis. Menurut Trask (2002:35) pula, wacana dikatakan sebagai siri ujaran
yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Definisi Trask lebih

khusus daripada definisi Chafe yang pertama, iaitu menekankan aspek


lisannya.
Menurut Ng (2002: 36), wacana sebagai istilah umum yang bermaksud
percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang.
Oleh itu, wacana mempunyai topik dan sempadan yang biasanya lebih
daripada satu ayat.

Seterusnya, Crystal (2002:35) menyatakan bahawa

wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa, iaitu bahasa lisan
yang lebih besar daripada ayat. Definisi wacana yang paling luas, menurut
Crystal, merujuk kepada unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori
dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa
seperti perbualan, khutbah, dan temu duga. . Walau bagaimanapun,
kesimpulan tentang pandangan berhubung dengan wacana dapat kita lihat
menerusi pendapat yang dikemukakan oleh Tarigan.
Menurut Danes (2002:37), tautan sebagai rantaian hubungan tema rema
dalam janjang tematik perspektif ayat fungsian. Beliau memberikan lima jenis
janjang tematik dan hasilnya, beliau mencirikan jenis hubungan tautan yang
boleh disenaraikan sebagai rujukan, supraordinat, dan elipsis.

Analisis wacana berkaitan dengan analisis kalimat yang melibatkan penutur


dan pendengar atau penulis dan pembaca. Seseorang penutur atau penulis
bertutur atau menulis untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain. wacana harus dilihat sebagai satu kesatuan atau gagasan yang
menggambarkan sesuatu idea, konsep, dan pemikiran dalam konteks
tertentu.
Konteks
Sebagai contohnya,
1 ... rumah besar itu, terletak di atas bukit.
Dalam teks (1), unsur rumah besar itu ialah maklumat lama yang telah
diulang, iaitu maklumat itu telah pun disebutkan oleh penutur sebelum
ini. Unsur terletak di atas bukit pula ialah maklumat baharu.

Berkenaan dengan hal tersebut, Verschueren juga menambah bahawa


konteks ialah hasil interaksi yang dinamik antara penutur dengan pendengar
dalam situasi ujaran yang spesifik.
Ayat

Wacana / Teks
(analisis wacana /
analisis teks)

Ayat
Klausa
Frasa
Kata
Morfem
Fonem

Unit linguistik (analisis linguistik formal)

You might also like